Sabtu, 29 Januari 2011

HISTERIA..RAWATAN AWAL BAGI PESAKIT

Bismillahirrahmanirrahim..
Sekiranya ada diantara anggota keluarga,tetangga dan jiran anda yang mengalami histeria,maka lakukanlah rawatan awal sementara menunggu kehadiran perawat islam.Sejak kebelakangan ini,saya sering menerima panggilan telefon tentang kes kes histeria,pada masa yang sama pula saya sedang merawat pesakit yang lain dan ada masanya berada diluar kawasan.Jadi eloklah keluarga atau sahabat pesakit yang ada pada masa itu melakukan rawatan awal pada pesakit.Kaedahnya seperti berikut:
1). Kumandangkan azan ditelinga pesakit sebanyak tujuh kali.
2). bacalah surah Al-Fatihah sekali.
3). baca ayatul Kursi sekali.
4). baca 3 Qul
5). Jika boleh bacakan juga surah Al-Alaq,As-Shafaat,lau anzalna,surah At-Tariq sekali.
Ketika membaca dekatkan mulut pada telinga pesakit.InsyaAllah..

Bagi menidurkan pesakit sementara nak tunggu perawat bolehlah diikhtiarkan kaedah ini:
1) asingkan pesakit kesebuah bilik
2) bacakan dihadapan pesakit ayatulKursi dan al mukminun 115-118 dan tepuk belakang pesakit 3X sambil menyebut BismillahimasyaAllah...
InsyaAllah..yakinlah akan pertolongan Allah.

Sabtu, 15 Januari 2011

KAK TAK SANGKA PULAK BENDA NI SALAH!

Bismillahirrahmanirrahim,
Segala Puji bagi Allah SWT..Tuhan Pentadbir Sekalian Alam,Selawat dan Salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Seorang pesakit mendapatkan rawatan dari ana,setelah mengisi borang rawatan dan serba sedikit diagnosis perbualan ana dapati berkemungkinan pesakit mendapat gangguan setelah mempelajari satu ilmu membuang saka yang dikenali sebagai cahaya kursani.
Setelah dirukyah,pesakit mula mengeletar dan muntah dengan banyaknya..sessi pembacaan rukyah diteruskan sehingga hadirlah jin penganggu,sambil jin penganggu membuat lagak membuka jurus..maka berlangsunglah dialog dengan jin tersebut..
terapiqolbu: Bismillah..siapa ni?
Jin: Aku adalah dia dan dia adalah aku..
terapiqolbu: Tidak..kamu adalah golongan jin,dan kamu tidak sebangsa dengan dia.tidak ada persamaan diantara kamu dan dia.
Jin: tidakkk!aku adalah dia dan dia adalah aku.
terapiqolbu:apakah jantina mu?
jin: aku pun tak tahu..kekadang aku menjadi lelaki dan kekadang aku menjadi perempuan.
terapiqolbu: sudahlah..jangan kamu cuba mengelirukan orang orang yang hadir disini..kenapa kamu ganggu dia?
Jin: aku tak ganggu dia..kami sedang mencari hala tuju hidup kami..
terapiqolbu: secara tidak sedar,kamu telah menganggu kehidupannya dan kerana itulah dia mendapatkan rawatan untuk memulihkan penyakitnya..apa yang kamu cari?
Jin: aku pun tak tahu!!kau orang mulia dan kau lebih tahu..(perlu diingat ini merupakan sandiwara jin agar perawat merasa kagum dan lupa bahawa segala pertolongan adalah milik Allah)
terapiqolbu: yang kamu cari sebenarnya adalah redha Allah..mahukah aku tunjukkan kepada kamu jalan yang boleh memberikan kamu rahmat dan ketenangan.
jin: tak mahuuu..siapa nak jaga dia.?(lantas ana memukul lantai dengan rotan berkali kali)..tak payah nak rotan rotan..
terapiqolbu: cukuplah Allah yang menjaganya dan aku akan sentiasa memimpinnya.aku bagi engkau 3 pilihan,pertama..engkau keluar dari jasadnya..kedua,engkau masuk islam dengan kerelaanmu..ketiga,kau akan terbunuh atau terbakar dengan keagunggan al-quran.
jin: (mula menangis)..baiklah..aku memilih untuk memeluk islam..
Alhamdulillah..akhirnya jin dapat diislamkan tanpa ada sebarang pertentangan..selepas itu jin tersebut pun keluar.Pesakit benar benar tak sangka ilmu yang dipelajarinya selama ini mengundang jin untuk menjadi pendampingnya.Tidak dinafikan yang dulu,pesakit mampu merawat orang yang mengalami gangguan saka..tapi tak sangkakan..jin membuang jin saka.

Ahad, 9 Januari 2011

KERANA ZIKIR MUNAJAT,JIN ASYIK MEMELUK ISLAM


Bismillahirrahmanirrahim,
Segala Puji bagi Allah SWT,Tuhan yang mentadbir sekalian alam.Ia memuliakan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Ia menghinakan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.Selawat dan Salam keatas Junjungan besar Nabi Muhammad SAW,Keluarga dan para Sahabat Baginda SAW..
Bercerita mengenai rawatan baru baru ini,ana benar benar tersentuh dengan keadaan dimana jin penganggu mendapat hidayah hanya kerana mendengar ana membaca beberapa potongan zikir zikir munajat.Bermula dari sesi rawatan,jin tersebut memang terlalu degil dan enggan untuk keluar dari jasad pesakit.Setiap kali disembelih,jin akan mengerang kesakitan dan selepas itu mula menepuk nepuk bahagian yang disembelih seolah olah menunjukkan yang ia sedang cuba mencantumkan kembali bahagian yang terputus.Jin tersebut diseksa namun masih berkeras untuk tetap dijasad pesakit sekiranya ana tidak mendapatkan seorang wanita muslimah sebagai ganti pesakit tersebut.Ana sarankan agar jin itu pergi saja kepada jin jin wanita dikalangan mereka,namun jin tersebut enggan kerana katanya kaumnya banyak yang jahat.Ana ajak jin tersebut masuk islam supaya dapat ana doakan agar dia dipertemukan dengan jin musimah dikalangan mereka,namun jin tersebut enggan.Akhirnya..entah kenapa dengan izin Allah, secara tiba tiba ana mengalunkan beberapa potongan ayat ayat zikir munajat.."astaghfirullahal aziim..allazila ila hailla..huwal hayyul qoyyum..wa atuubu ilaih"..Allah..Allah..Allah..Ya Allah..Allah..Ya allah..Allah Ya Allah....
Dengan tiba tiba..jin tersebut ikut sama mengalunkan zikir dan tak lama kemudian jin tersebut mula menangis teresak esak.ALLAHUAKBAR..suasana menjadi cukup sayu pada masa tu,dan ana serta orang orang disekeliling ana hampir hampir menitiskan air mata.Setelah beberapa lama mengalunkan zikir munajat akhirnya jin tersebut berkata"ya Allahhhhh..aku cintamu ya Allahhhh..shah!aku nak masuk islam..ajar aku masuk islam shah..aku cintamu ya Allah!!!Alhamdulillah...akhirnya Allah memberikan hidayahnya kepada jin tersebut.Setelah jin tersebut mengucap syahadah,jin tersebut berjanji tidak akan menganggu pesakit lagi.Sebelum keluar jin berkata pada ana.."shah..ingat aku ya..jangan lupakan aku ya..jangan lupakan Hussin ya(nama jin tersebut)..(sambil menangis teresak esak)"sampaikan pada suaminya aku minta maaf banyak banyak".Setelah itu jin yang bernama Hussin pun keluar.
Pesakit sedar semula tapi tak lama selepas itu perwatakan pesakit bertukar.Hahh..ni jin mana pulak ni.Ana gertak jin tersebut.."engakau husin kan!kenapa tak keluar lagi dari jasadnya".Jin menjawab,"aku bukan hussin,aku juga nak masuk islam macam hussin,aku nak ikut hussin,hussiiin..,tunggu aku hussiiin!"(sambil melambai lambai kesuatu arah).Alhamdulillah,dengan izin Allah,jin tersebut dapat juga ana islamkan.
Setelah melalui pengalam tersebut,ana semakin merasakan bahawa betapa kerdilnya kita jika dibandingkan dengan kehebatan Allah SWT.Siapalah kita untuk mengeluarkan jin tersebur dari jasad pesakit,siapalah kita untuk menghancurkan jin tersebut dari jasad pesakit..tapi lihatlah..hanya kerana namaNya yang agung bisa melunakkan hati yang keras..bisa meyakinkan hati yang ragu..bisa mengubat hati yang sakit..semoga Allah menjadikan kita semua termasuk orang orang yang banyak berzikir kepadanNya.
Wallahua'lam...