Isnin, 21 Mac 2011

Bayangan Sihir Saka

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah..masih diberi kesempatan dan masa yang terluang,walaupun beberapa hari ini RITEQ disibukkan dgn kehadiran pesakit yang kadangkala datang sehingga lewat malam.Minggu ini juga RITEQ banyak menerima jemputan rawatan dibeberapa kedai makan dan kilang perusahaan.
Kes terbaru..
kes sihir saka..rukyah dibacakan pada isteri dan siisteri melihat bayangan orang yang disyaki datang ingin membuka kunci sihir tetapi dihalang oleh bayangan saka ayah mertua yang berdiri didepan pintu,dan pada masa yang sama pula..sisuami yang tadinya duduk berdekatan dengan siisteri mula menangis teresak esak kerana secara tidak sedar sisuami melihat bayanagan ayahnya.Pesakit akan membuat rawatan susulan.Moga Allah permudahkan.

lagi kes sihir..
seorang guru datang mengadu sakit yang teramat bisa pada kepala dan beberapa bahagian anggota badan dan rawatan juga telah dirujuk kehospital tapi doktor mengesahkan pesakit hanya demam biasa dan keadaan pesakit berlanjutan selama bebrapa hari.rawatan dimulakan dengan semburan air rukyah..pesakit mula menggigil kesakitan dan belangsung dialog dengan jin penganggu.rawatan diakhirkan dengan teknik pasung pada buah limau.Bisa pada kepala dan badan hilang serta merta.Scanning masih dilakukan dan masih berbaki gangguan pada tubuh pesakit..dan diikhtiarkan dengan kaedah vakum pada botol..alhamdulillah.Allah memudahkan segalanya.

Selasa, 15 Mac 2011

Jeritan Dari Senjata Lama

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Petang tu pesakit bawa semua barangan pusaka termasuk keris dan tahi besi.Semasa mengeluarkan keris dari sarungnya,tangan ana serta merta menjadi sengal dan bisa terasa menembus sampai ketulang jari.Malam tu jugak,semua barangan tu direndam didalam air yang dibacakan ayat ayat suci al-quran dan dibiarkan semalaman.besen rendaman tu ana letakkan saja diberenda rumah dan ana rahsiakan dari pengetahuan anak.bukan apa takut nanti menakutkan mereka dan mempengaruhi psikologi mereka.
Keesokannya..ketika anak ana sedang leka bermain diberenda rumah,dia dikejutkan dengan satu suara menjerit kesakitan yang mana suara itu datangnya dari rendaman senjata lama tersebut.anak ana menjadi ketakutan,lantas isteri ana menelefon ana dan beritahu apa yang anak ana alami..ana katakan..biarkan saja..mungkin dah sampai masanya..

Rabu, 9 Mac 2011

GAMBAR KENANGAN SEMINAR LANJUTAN RIDAM DITAIPING,PERAK

Assalamualaikum..
Syukur ke hadrat Allah SWT..atas izin-Nya, maka program Seminar Rawatan Alternatif RIDAM berlangsung dengan jayanya.
Semoga mendapat manfaatnya..

Mari kita lihat candid sepanjang sesi Seminar Lanjutan RIDAM ini..
Bicara sebentar berkenaan asas rawatan bagi pelajar baru dan pengukuhan bagi pelajar lama..
Asas sebelum merawat penting..Tiada awal (asas), maka tiadalah akhirnya... "Meh sini tengok cara nak spray pesakit.."..
Jangan 'tembak' direct sangat..Lencun muka pesakit tu...
Rakam...rakam..jangan tak rakam...Tapi kalau dah rakam pun telefon jugak malamnya, tak penuh rakam lagi la tu.. hehehe
"Kalau jin budak, cara 'tarik'nya macam ni...."
Kaedah tepuk...penerangan cara membuang susuk...
Demo dan perkongsian: Kaedah Panggil Orang balik
Talaki bacaan dan amalan untuk peserta..
Keseluruhan program berjalan dengan lancar...Alhamdulillah..
majlis tambah berseri dengan kehadiran TG.Ust Wan Asrul(TIAF)

Rabu, 2 Mac 2011

KEMASKINI LALUAN KURSUS LANJUTAN RIDAM DITAIPING,PERAK




Assalamualaikum WMT dan salam hormat kepada semua.

Buat makluman kepada peserta-peserta yang menyertai kursus pada 05 MAC 2011.Lokasi kursus dinyatakan seperti di atas

Peserta-peserta luar sama ada dari utara mahupun selatan boleh keluar melalui Plaza Tol Taiping Utara / Kamunting terus melalui Jalan Kamunting Lama ke Taiping dan akan bertemu dengan simpang empat lampu isyarat dengan membelok ke kiri dan akan berjumpa MASJID JAMEK KAMUNTING dengan lokasi kursus iaitu DEWAN PLANET 12(marker bertanda biru) yang terletak bersebelahan dengan masjid tersebut.

Jika ada masaalah,hubungi 017-8942521

wassalam..