Ahad, 24 April 2011

Detik Terakhir Kematian Jin

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Cerita pun lebih kurang sama seperti post yang lepas..pesakit menjadi mangsa sihir untuk memporak perandakan perkahwinan.Baru baca basmallah,pesakit dah kerasukan.Jin tersebut diarahkan untuk keluar dari badan pesakit,tetapi enggan kerana katanya,ia diberi makanan yang sedap sedap oleh tuannya.Pesakit mula bangun dan membuka beberapa gerakan silat.Pesakit dihentam sedikit dengan kaedah tujahan kewal dan tujahan stir.Jin mula memohon ampun..ana tanya"nak bersilat lagi ke?..Jin kata..'tak nak..ampun!
Ana arahkan lagi jin keluar tetapi tetap berkeras untuk duduk dibadan pesakit.Katanya"kalau aku keluar pun aku akan masuk balik!..kalau macam tu engkau tak payah keluar..engkau rasakan saja azab dari Allah.Jin diseksa sedikit demi sedikit.Jin memohon ampun tetapi tetap berkeras untuk duduk dijasad pesakit.Ana tak ada pilihan lain..niat nak sembelih je..nafas diatur sambil jantung dipenuhi dengan zikir allah..setelah nafas hampir pada kemuncaknya..jin tersebut disembelih sambil melaungkan kalimah"AllahuAkbar"berulang kali..
Derik terakhir kematiannya disudahi sambil menyebut nama Tuannya"nohhh..nohhh..nohhh..".Alangkah indahnya jika detik terakhir kematian itu disudahi dengan kalimat"asyhaduallaa ilaa ha illallah,wa asyhaduanna muhammadar rasulullah..
Persoalannya:
Adakah jin itu benar benar telah mati..semuanya atas izin Allah jua..jika Allah izinkan jin itu mati,maka matilah dia..jika tidak tentu ada hikmah yg ingin Allah berikan padanya..Hanya merupakan salah satu ikhtiar dan permohonan kita kepada Allah..berusaha dan bertawakkal.

Khamis, 14 April 2011

Kesan Terapi Rukyah Yang Berterusan

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Artikel ni bukanlah bertujuan untuk membesarkan diri,bersifat riak,ujub,suma'ah dan sebagainya,tetapi tujuan saya menulis artikel ini semata mata untuk menunjukkan contoh terbaik seorang pesakit yang sentiasa sabar dan istiqomah dalam membuat beberapa sessi rawatan yang saya jalankan.Ada sebilangan pesakit,apabila kita katakan"minggu depan kena mai lagi",mulalah nak kata.."ai dah masuk dua kali x sembuh sembuh lagi",.."ni nak duit je ni"..apapun terpulanglah pada persepsi pesakit kerana bagi saya..tidak semua pesakit akan sembuh selepas pertama kali sessi rawatan(bergantung pada tahap gangguan),dan semakin istiqomah seseorang pesakit pada seseorang perawat,semakin besar peratus kesembuhannya..itupun dengan izin Allah juga..

Minggu pertama rawatan..
Mungkin gangguan jin hantu raya.Ianya berdasarkan pengakuan pesakit yang sering melihat bayangan lembaga seperti mawas besar samaada ketika tidur atau jaga.Pertama kali sessi rawatan,pesakit muntah dengan banyaknya dan pesakit mengatakan inilah kali pertama dia muntah setelah banyak kali mendapatkan khidmat rawatan dari beberapa perawat yang bagi saya tidaklah menggunakan kaedah rawatan yang mengikut syara'..bagi saya,ini semua adalah izin Allah.

Minngu Kedua Rawatan..
Pesakit menggigil dengan kuat ketika proses bacaan rukyah..rukyah dibacakan berulang ulang hampir satu jam lebih..pesakit mengatakan ketika bacaan tersebut..pesakit merasakan dirinya seperti berada didalam peti sejuk..pesakit diberikan beberapa ayat amalan..

minggu ketiga rawatan..
pesakit merasakan pergerakan pada betis ketika terapi rukyah dibacakan..gangguan ditarik menggunakan beberapa kaedah tetapi tidak berjaya..pesakit dinasihatkan agar terus menerus membaca beberapa ayat amalan..

minggu keempat rawatan..
Pesakit merasakan seperti pergerakan beribu ribu semut bergerak keluar kehujung kakinya semasa terapi rukyah yang seterusnya..berkemungkinan petanda gangguan telah keluar..Alhamdulillah..nampaknya ada perubahan..

minggu kelima rawatan..
pesakit tidak merasa apa apa semasa sessi terapi rukyah dibacakan..Alhamdulillah..

beberapa hari selepas rawatan..
Pesakit telefon.."Alhamdulillah nak..sekarang ni makcik dapat merasakan perubahan besar pada diri makcik..kalau dulu nak angkat kaki pun pun punyalah susah,tapi sekarang alhamdulillah..mimpi pun dah normal..takda mimpi yang buruk dan menyeramkan..

tapi ada satu malam tu makcik mimpi yang lembaga cuma melihat makcik dari jauh dan berlindung disebalik pokok..x berani nak datang dekat dengan makcik sampai makcik kata kat benda tu.."awat hang pandang aku dari jauh..mai la sini..tak berani nak datang dekat ke!tapi benda tu hanya diamkan diri dan terus hilang".Huish..berani jugak makcik ye..tapi apapun saya nasihatkan agar terus menerus membaca beberapa ayat amalan tersebut kerana tidak mustahil yang gangguan akan datang semula apabila kita lalai dari melakukan bererapa amalan amalan soleh..tabik spring kat makcik tu kerana sentiasa istiqomah dalam menjalankan bebrapa sessi rawatan..dengan izin mu ya Allah..

Sabtu, 9 April 2011

Pertemuan Antara Dua Qolbu

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bersama Syeikh Qolbu Solehin(Ustaz Anwa Samlan)
Orang kanan Qolbu Solehin(Mualij Shahrom)


Semalam,lebih kurang jam 9.30malam,saya menerima kunjungan dari sahabat seperjuangan yang saya kasihi, beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Ustaz Anwar Samlan pengasas Qolbu Solehin, kunjungan beliau bersama Syeikh Shahrom membuatkan saya terharu dan menguatkan lagi ikatan silaturrahim diantara hubungan sesama perawat.
Pertemuan lebih kurang dua jam lebih itu kami isi dengan perbincangan tentang hal ehwal semasa, tentang keterbukaan minda didalam perbincangan ilmu dan teknik rawatan serta permasaalahan didalam rawatan.
Semoga pertemuan ini memberikan seribu kemanfaatan..

Jumaat, 1 April 2011

Jin Pakar Psikologi

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pesakit pernah mengalami serangan sihir dan berkemungkinan juga gangguan saka.setelah menjalani sesi rawatan yang pertama,dengan izin Allah..keadaan pesakit semakin baik.cuma setelah kebelakangan ini,pesakit dihantui pula dengan gangguan gangguan yang bersifat luaran.
Kali ini peskait datang untuk membuat rawatan susulan.Rawatan TKR diikhtiarkan..
RITEQ:kamu dimana sekarang?
PSKT:saya terapung apung dibilik ni.(kepala pesakit bergerak kekiri dan kanan seperti memErhatikan keadaan sekeliling)
Dalam kesempatan tersebut,saya mengarahkan pskt untuk melihat kebotol vakum untuk pastikan jika benar ada jin yang berjaya disedut..
RITEQ:apa yang kamu nampak didalam botol ini?
PSKT:banyak juga jin yg duduk dalam botol tu!
RITEQ:cuba kamu tanya..ada tak mana mana jin yang nak keluar.
PSKT:(diam seketika)..ada yang minta keluar dan bertaubat dan ada juga yang tak mahu keluar..
RITEQ:(dalam hati berkata..mungkin yang tak nak keluar tu adalah jin jin sihir yang takut kepada Tuannya).
RITEQ:baik!sekarang bergerak kerumah kamu!
PSKT:??
RITEQ:apa yang kamu nampak?
PSKT:ada 3 ekor jin diatas siling rumah..
pesakit diminta menadahkan tanganya dan dibekalkan ayat.Pesakit melihat kalimah ALLAH MUHAMMAD pada tapak tanganya.Gangguan yang ada dilempar dengan kalimah tadi.Satu demi satu ruangan didalam rumah dibersihkan sehinggalah sampai pada bilik tidur pesakit..
PSKT:benda ni lain macam sikit(pskt seperti ketakutan)..bentuknya macam gorila.
RITEQ:lempar sekarang
PSKT:tak jadi apa!(pesakit mula menangis)
RITEQ:kenapa kamu menangis
PSKT:dia hina saya dan hina arwah ayah saya(pesakit mula menangis teresak esak)
pesakit diminta bertahan dan jgn mempedulikan segala kata kata jin tersebut tetapi tangisan pesakit semakin kuat dan rawatan terpaksa dihentikan.
Saya meminta keluarga pesakit agar sentiasa membacakan keseluruhan surah al-baqarah didalam rumah bagi mengusir gangguan tersebut..Semoga Allah mempermudahkannya..