Ahad, 29 Mei 2011

Iklan:Dalam Botol?

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saya tak pasti samaada imej ni terhasil dari biasan cahaya atau imej sebenar jin yang berjaya ditangkap hasil rawatan baru baru ni ketika merawat seorang wanita yang mengalami kebas dan sakit tapak kaki.

Selasa, 24 Mei 2011

Orang S******* Yang Suruh Aku

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Rawatan kali pertama tidak membuahkan hasil.Puan A apabila dirukyah hanya mengalami kekejangan seluruh badan dan saya terpaksa hentikan rawatan.Pesan guru saya"apabila pesakit dirukyah dan menunjukkan gejala kekejangan maka hentikanlah rawatan,kerana ianya hanya akan menyeksa fizikal pesakit",itulah pesanan guru saya.Ketika meerawat Puan A juga,saya merasakan belakang saya seperti dihiris hiris.Puan A saya bekalkan dengan bahan rawatan untuk dibuat minuman dan mandian.
Keesokan harinya,anak Puan A telefon saya mengatakan Yang ibunya menggeletar seluruh badan sebaik saja minum dan mandi air rawatan dan ibunya memininta saya datang kerumah mereka untuk melihat keadaannya.Saya beritahu keluarga pesakit agar bertenang dan itu merupakan petanda baik bahawa air rawatan itu berkesan dalam mengazab dan melemahkan gangguan yang berada didalam tubuh Puan A.Saya berjanji akan kerumah Puan A selepas maghrib.
JAm 8.15 saya pun sampai dirumah Puan A dan saya dapati keadaan Puan A sudah kembali normal.Oleh kerana dah terlajak sampai,suami Puan A meminta saya meneruskan rawatan kepada Puan A.
Saya memulakan rawatan dengan mengenggam kedua dua ibu jari kaki Puan A.Belum sempat dirukyah,kaki Puan A sudah mula bergoyang goyang.Saya bacakan zikir Yaa Muntaqiim dan kali ini badan Puan A pula yang berpusing pusing.Saya teruskan dengan bacaan rukyah.Puan A berteriak kesakitan.Pada mulanya jin dibadan Puan A enggan memberikan kerjasama,apabila saya tanya dia hanya mencebikkan mulutnya seperti mengejek saya.Apabila saya melakukan teknik torehan pada tapak kaki Puan A barulah ia mahu memberikan kerjasama.
Saya:kamu datang atas alasan apa?
Jin:Aku nak orang ni mati.
Saya:Engkau jin sihir ye?
Jin:orang s****** yang suruh aku.
Saya:engkau kafir ke islam?
Jin:aku kafir lahhh.
Saya:nak masuk islam tak?
Jin:tak nakkk!!
Saya:sekarang aku nak engkau keluar dari jasad ni.
Jin:tak nak,tak nak!
Saya:kalau tak nak,engkau akan terus aku siksa.(saya melakukan beberapa torehan pada tapak kaki Puan A dan jin mula berteriak kesakitan).
Jin:baiklah,baiklah..aku nak keluar.
Saya:betul engkau nak keluar?macamana kalau selepas ni engkau masuk balik?
Jin:aku betul betul nak keluar.Aku tak nak masuk dah.Sakit..sakit!
Saya:Sekarang aku kira sampai sepuluh..kalau engkau masih tak keluar aku sembelih engkau dengan izin Allah(sambil meletakkan tangan keleher Puan A)
Jin:aku tak nak kena sembelih..ok..ok aku keluar sekarang
Saya;1..2..3..4-10..
Suasana menjadi sunyi sepi menunggu reaksi Puan A.Puan A kelihatan amat lemah sekali.Saya scanning kembali Puan A.Alhamdulillah..nampak gayanya jin tersebut betul betul keluar dari jasad Puan A.Puan A mula sedar dan berdoa sambil menitiskan airmata.Puan A saya nasihatkan agar sentiasa istiqomah dengan amalan2 soleh bagi mengelak serangan yang seterusnya dan apapun yang dikatakan oleh jin tersebut,janganlah dipercayai seratus peratus kerana boleh jadi jin tersebut berbohong.
ILAHII ANTA MAKSUDI..WA REDHOKA MATLUBI..

Sabtu, 21 Mei 2011

Santau

Muqaddimah
Menurut para perawat traditional tidak menyatakan perbezaan yang jelas diantara santau dan racun,hanya terdapat beberapa ciri perbezaan bagi menentukan samaada seseorang itu terkena santau atau racun,manakala kesan santau hanya dapat dikesan dalam masa yg agak lama dimana mangsa tidak akan menyedari melainkan mangsa memakan limau nipis atau memakan nenas kerana santau sensitif kepada benda benda tersebut.

Jenis Jenis Santau
Santau terbahagi kepada 2 jenis:
1) santau yg diperbuat daripada bahan2 biasa dan diberi secara langsung kepada mangsa dan diletak kedalam makanan dan minuman.Ia tidak berkait dengan pemujaan jin dan syaitan,ini agak mudah diubati.
2) Santau yg disertai dengan pemujaan jin,santau ini juga dikenali sebagai santau angin.santau ini agak sukar diubati kerana ia melibatkan jin yang mempunyai sayap,jin tersebut mampu terbang diudara,biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.

Tanda Tanda terkena Santau

1) batuk berterusan,batuk berdarah dan bernanah serta keluar debu2 kecil seperti habuk atau kaca
2) keluar darah istihadah yang berpanjangan bg kaum wanita
3) sakit tulang belakang pada waktu maghrib dan malam jumaat,kadangkala sakit menjadi lebih kritikal ketika hampir solat jumaat
4) sakit dan sesak nafas terutama pada waktu maghrib
5) lenguh seluruh anggota badan
6) kuku memjadi hitam dan nafas menjadi busuk
Tanda Semasa tidur
1) mimpi jatuh dari tempat tinggi
2) mimpi bahan2 miang seperti miang buluh dan ulat bulu
3) mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu
4) mimpi kanak2 kecil
5) mimpi binatang menakutkan seperti ular

Kesan Kesan Santau
1) boleh membawa maut
2) hilang daya ingatan
3) kulit merekah dan keluarair bisa dan nanah
4) menjadi panas baran
5) badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan
6) gugur bulu2 badan
7) kelopak mata mennjadi hitam akibat tidur yang sering terganggu
8) kanser dan ketumbuhan

Selasa, 17 Mei 2011

Beberapa Kisah Rawatan

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kes 1
Puan A seorang guru pada mulanya datang untuk membuat rawatan bekam yang akan dikendalikan oleh isteri saya tetapi dinasihatkan isteri saya untuk membuat sessi scanning dahulu untuk mengesahkan penyakit yang dialaminya.Puan A disahkan doktor menghidap penyakit migrain dan telah beberapa kali mendapatkan rawatan dari beberapa perawat islam tetapi hasil scanning,Puan A diklasifikasikan bebas dari gangguan.Puan A saya rawat bermula dari bahagian kepala dan setelah beberapa minit merawat saya dapati gangguan telah lari kebahagian kaki.Saya halakan tapak tangan kebahagian kaki Puan K sambil menyebut Asma Allah(ya muntaqim)..Puan A mula menggigil kesakitan dan badanya menggeletar dengan kuat.Saya dapati Puan A masih dalam keadaan 50/50.Saya arahkan jin keluar dan jika menganggu lagi saya tidak akan bertolak ansur.Beberapa minit kemudian saya hentikan rawatan.Saya bekalkan Puan A dengan bahan rawatan.Keesokan harinya Puan A memberitahu saya malam tadi dia bermimpi membuang air besar dengan jumlah yang banyak.Tak tahu pula saya akan makna mimpi tersebut.Mungkin petanda baik kot.Insyaallah,akan dibuat rawatan susulan.
Kes 2
Jam 10.15malam.Baru nak makan malam..actually baru selesai sessi rawatan,dua orang pemuda berdiri diluar rumah.Tujuan nak minta diurut..aiseyman..ni dah salah rumah ni.saya katakan saya tak pandai mengurut,kena cari orang lain le.Saya hanya buat rawatan untuk kes2 tertentu sahaja.Abg A ni dah tak tahan,badannya sering saja sakit bermula dibahagian tengkuk hingga ketulang belikat.Abg A minta dirawat.Bacaan rukyah saya mulakan dan kaki Abg A mula menggigil dengan laju.Tidak ada dialog dengan penganggu.Saya tarik gangguan dan rawatan dihentikan.Terkejut Abg A.tak sangka pulak ada jin yang duduk dalam badan saya.Ingatkan sakit2 biasa je..kata Abg A.Saya katakan pada Abg A yang ini hanya gangguan kecil.Rajin2lah solat jenazah..opss..tersasul pulak..solat berjemaah.Oleh kerana dah hampir lewat malam,saya sarankan Abg A datang pada hari yang lain untuk membuat rawatan bekam.
Kes 3
Saya rasa perawat2 dibahagian utara tentu kenal dengan pesakit ni.Ada yang mengatakan pesakit dalam kategori sihir,saka dan sebagainya.Tetapi bagi saya,pesakit ni lebih kepada gangguan jin asyik.(mungkin gangguan pada pesakit berlapis lapis macam kek lapis).Pesakit ni saya namakan dengan Abg B.Abg B ni bila saja dirukyah akan mengeluarkan suara yang berubah ubah,menunjukkan yang jin tersebut tidak dapat mengimbangi dirinya dengan Abg B.Bila nak kerasukan je terus normal balik.aduhh..kalau baca dekat 2 jam pun tak guna ni.Saya bacakan ayat pada tapak tangan dan saya gerakkan pada bahagian yang disyaki.Sampai saja kebahagian tengkuk,Abg B mula menunjukkan reaksi seolah olah dibelai.Astagfirullah..saya ulangi lagi gerakkan tangan.Abg B tetap menunjukan reaksi seolah olah dibelai(macam kucing kena belai).dalam hati saya berkata"jin gila seks agaknya".Saya cuba tarik gangguan untuk dipasung pada buah limau tapi tak berjaya kerana tangan saya menggeletar teramat kuat apabila sampai saja kebahagian perut seolah olah tidak boleh melepasi sesuatu.Saya hanya bekalkan pesakit dengan bahan rawatan.
wallahualam..

Rabu, 11 Mei 2011

Serangan Pada Isteriku

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah..baru saja selesai merawat isteri.Nak dijadikan cerita 2 hari yang lepas isteri saya bermimpi didatangi 2 ekor ular dan selepas itu disusuli dengan sakit dan kebas pada kaki kanannya.Oleh kerana kesibukan dengan jadual rawatan dan tugas harian,maka rawatan tidak dapat dilakukan..rasa bersalah juga pada isteri.kerana kesibukan,isteri hampir diabaikan.
Siang tadi isteri saya beritahu bahawa malam tadi dia bermimpi didatangi oleh seseorang dan berkata"inilah risiko menjadi isteri seorang perawat"!hmm..bunyi tu lebih kurang macam bunyi ugutan.Dan ketika dia menyidai kain siang tadi,kakinya hampir hampir tidak boleh digerakkan.Astaghfirullah..serangan apakah ini..(masa tu saya tidak ada dirumah).Nasib baiklah isteri saya seorang yang kuat semangat.Setelah membaca beberapa potongan ayat al quran dan zikir,kesakitan beransur hilang.
Sebentar tadi saya mulakan rawatan pada isteri..ditengah tengah pembacaan,isteri saya minta dihentikan bacaan kerana dadanya terasa sesak yang amat sangat dan merasa seolah olah tidak boleh bernafas..saya arahkan isteri saya baring dan saya sambung semula pembacaan..Yaa ma'sarol jin..aku arahkan kamu untuk keluar dari jasad ini,apapun alasan kamu,maka kamu tidak layak menganggunya,dan jika kamu masih enggan maka aku tidak akan teragak agak untuk meyeksa dan membakar kamu sekalipun membunuh kamu dengan izin Allah..Maasya Allah hu kaana wamaa lam yasya'lam yakun..walahau la walaa quwwata illabillah.Isteri saya mula menangis sambil memegang dadanya.Ayat ayat pembakar jin saya bacakan..subhanallah..pada ketika itu juga,kaki kanan isteri saya mula bergerak gerak dan terangkat angkat dan berkurangan secara beransur ansur.Menandakan yang gangguan sudah mula bergerak keluar.Pembacaan ayat ayat diteruskan sehingga habis.Alhamdulillah..Allah berkuasa menundukkan sekalian makhluknya..
Teringat dengan kata kata Ust.Majid dalam laman blognya..
Inilah yang dikatakan sesetengah orang sebagai risiko menjadi perawat. Jin2 yang ada kaitan dengan rawatan yang kita lakukan akan mencari jalan bagi mengalahkan perawat. Sekiranya didapati perawat sukar diserang maka ahli keluarga terdekat akan dijadikan ganti, dengan harapan bahawa perawat akan pull-out dari kerja-kerja merawat.
Inilah yang menyebabkan ramai mu'allij muda/baru gugur apabila ujian datang... walaupun pada mulanya bersemangat tinggi.
Sebenarnya peristiwa ini dialami oleh semua perawat.
Secara positif ia adalah sebahagian dari proses ujian yang ALLAH sediakan bagi:
1.Menguji keikhlasan perawat
2.Menguji daya tahan dan kesabaran perawat
3.Memberi peluang kepada perawat mencari kaedah penyelesaian terhadap gangguan
4.Memantapkan ruqyah perawat
Dan ini pula kata kata dari USt.Tarmizy dari rukyah Assyariah Islamic:
Menjadi perawat bermaksud anda sudah bersedia untuk menanggung risiko yg ada. Menjadi perawat Islam atau muallij sama seperti anda menjadi seorang Mujahidin yang berjuang di jalan Allah, Fiisabilillah! Jadi apakah risiko seorang pejuang atau askar? Ye, kecederaan di medan perang atau kematian! dan ahli keluarga anda turut merasainya. Namun ganjaran yg Allah janjikan jika mati menentang tukang sihir (fiisabilillah) adalah shahid!
Namun begitu, jangan berperang tanpa meraih kemenangan, jangan berperang tanpa persediaan kerana keselamatan dan kesejahteraan umat Islam bersandar di bahu kita, pejuang-pejuang Islam.
Sebelum perawat layak merawat mana-mana pesakit, perlulah menjazam dalam dirinya ayat-ayat Kalamullah dan zikir-zikir, kerana ia bukan sahaja membantu dalam rawatan, malahan menjadi "defence" untuk kita. Bertanyalah kepada guru yg tahu cara-caranya.

FASAYAKFII KAHUMULLAH..WAHUWASSAMII UL ALIIM

Isnin, 2 Mei 2011

Gangguan Qarin Atau Gangguan Saka(adakah kesamaannya)?

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semalam telah merawat satu kes gangguan.Masuk ni dah kali ke 3 pesakit datang untuk membuat rawatan susulan.Masa sesi scaning pertama dulu..saya gunakan kaedah dialog kaki kerana pesakit ni memang takkan kerasukan,cuma apabila dibacakan set rukyah hanya merasakan kepanasan pada bahagian tengkuk dan tulang belikat.Hasilnya..gerakkan kaki memberi isyarat,ianya adalah gangguan saka..saya gunakan teknik menarik gangguan.Hasilnya..kaki kiri pesakit menjadi kebas..dan saya tarik semula gangguan menggunakan kaedah akrine..alhamdulillah..rasa kebas mula berkurangan..pesakit saya bekalkan dengan air dan limau rukyah untuk mandian dan minumanan..
Sesi kedua..set rukyah dibacakan..simptom yang sama,pesakit merasakan rasa panas pada bahagian tengkuk.Ketika pesakit menutup mata semasa set rukyah dibacakan..pesakit melihat gambaran kaabah dihadapanya tetapi tiba2 hilang dan muncul pula gambaran seorang wanita yang berpakaian ala ala cleopatra dlm cerita mesir purbakala.sekali lagi rawatan menarik gangguan diikhtiarkan..pesakit dibekalkan dengan minyak zaitun yang telah dirukyah dan saya berikan beberapa amalan rahsia untuk pesakit amalkan..hasil amalan itu pesakit mengatakan beberapa hari permulaan tengkuk pesakit menjadi semakin panas..saya katakan,itu adalah hasil tindakbalas dan dengan izin Alllah,gangguan merasa terazab dengan amalan itu..
Setelah rawatan berakhir saya mula memikirkan apakah sebenarnya yang menggangu pesakit ini..simptom pesakit adalah sukar untuk tidur dan sering mendengar bisikan was was,selain lenguh pada bahagian tengkuk dan hanya kadangkala bermimpi melihat anak anak kecil yang bermain dihadapanya..tapi gangguan yang paling kerap ialah pesakit sering mendapat lintasan hati atau bisikan was was.Saya cuba mencari jalan penyelesaianya tetapi masih buntu..dan malam semalam sebelum pesakit datang untuk membuat rawatan sesi ketiga..saya melakukan solat hajat mohon Allah berikan ilham dan mohon ditunjukkan gangguan serta mohon kesembuhan untuk pesakit..
Sesi ketiga yang berlangsung semalam..Saya memulakan dengan teknik nun dan teknik tekanan untuk mengesan gangguan pada pesakit.Semasa teknik nun dilakukan pesakit merasakan kesakitan yang amat sangat pada dahinya dan dia merasakan jari saya teramat tajam hingga menembus ketulang..belakang pesakit saya kuncikan dengan lam jalalalah niat agar gangguan terkunci dan hanya akan keluar apabila cukup syaratnya seperti yang diterangkan oleh Ustaz Syakirin RIDAM dan belakang pesakit saya tekapkan dengan tuala yang telah dicelup dengan air cuka rukyah.kesannya..pesakit merasakan seperti berbaring diatas parang yang tajam.Set terapi rukyah saya bacakan ditambah dengan ayat ayat pembakar jin.bacaan berlangsung selama hampir satu jam lebih dan akhirnya saya azankan ditelinga kanan pesakit.Saya cuba tembak gangguan dengan tenaga dalaman..pesakit dapat merasakan seperti ada perpecahan pada seluruh anggota tubuhnya dan akhirnya pesakit melihat gambaran makhkluk seperti dirinya sedang beredar dan berlari kebelakang saya dan cuba mencekik saya dan terus lari kearah luar tingkap yang terletak dihadapannya.saya cuba tarik makhluk tersebut dengan kaedah tarik kedalam botol.Pesakit mengatakan makhluk tersebut telah hilang dan muncul semula beberapa minit kemudian tetapi berada didalam jarak yang agak jauh..
Entah kenapa secara tiba tiba terkeluar dari mulut saya mengatakan yang ini adalah gangguan qarin..mengapa saya katakan begitu..adakah kerana pesakit melihat makhluk yang serupa seratus peratus seperti dirinya(teringat tentang kembar kita semasa dilahirkan)atau adakah ianya ilham dari Allah atau cuma tafsiran saya..adakah kesamaannya dengan saka..

saya cuba mencari maklumat tentang qarin ini..

Tentang Jin Qarin
Tahukah anda setiap manusia dilahirkan dengan kembar masing-masing? Setiap kali lepas ibu kita bersalin, si ayah akan membasuh uri atau orang tua-tua kata itu kembar kita... Sebenarnya kembar yang dimaksudkan itu dipanggil sebagai Qarin. Di sebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik manakala Qarin kita akan berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara-perkara yang jahat.Dalam hadis dari Rasulullah S.A.W ada disebutkan dengan lebih terperinci tentang Qarin.
Seorang ustaz pernah bercerita beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam hari. Dalam perjalanan, dia bertembung dengan seorang perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis. Ustaz ini menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan itubalik ke rumah. Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa dia seorang pelajar UKM tahun 2. Ustaz ni pun belum berkahwin, berasa seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu. Tambahan pula Ustaz ni pun mengajar di UKM. Sampai di rumah perempuan tersebut berpesan supaya tidak lagi datang ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang.
Balik dari menghantar perempuan tersebut, ustaz ini pun berceritalah pada rakan serumahnya. Dia berkenalan dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak berjumpa lagi. Hendak dijadikan cerita, esoknya ustaz tersebut mendapati perempuan semalam tertinggal payungnya. Adalah peluang dia pergi ke rumah perempuan tadi. Sampai di rumah perempuan tu ibunya saja yang ada di rumah. Ustaz tu pun bertanya tentang perempuan tadi dan ceritalah tentang payungnya yang tertinggal itu. Ibu perempuan itu terkejut dan menerangkan bahawaperempuan itu memang tinggal di situ, pelajar UKM tahun 2, tapi telah meninggal dunia dua tahun yang lalu.
Jika peristiwa itu pernah anda lalui atau akan lalui, jangan terkejut kerana apa yang anda jumpa ialah Qarin seseorang yang telah meninggal dunia. Qarin ini akan mengulangi detik-detik kematian seseorang serupa seperti yang berlaku setiap malam.Qarin akan memakai pakaian yang serupa contohnya: Jika seseorang mati dilanggar kereta ketika sedang menahan teksi, Qarin juga akan dilihat sedang menahan kereta seperti keadaan sebelum seseorang itu mati. Untuk itu jangan takut kerana setiap makhluk di muka bumi ini tak kira jin atau syaitan atau Qarin, semuanya adalah makhluk Allah belaka.
Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan jangan lupa membaca: A'uzubillahiminasyaitonirrajim... InsyaAllah... Selamat dan sejahtera. Kepada kita yang masih hidup, buatlah kebaikan supaya kita dapat mendidik Qarin kita untuk turut membuat kebaikan dan akhirnya tidak berupaya menyuruh kita membuat kejahatan...
Wallahu'alam