Rabu, 22 Jun 2011

4 Yang Datang 3 Yang Tumbang

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

4 orang pesakit yang berhajat datang dari Pulang Pinang dan Kedah.Kesemua Pesakit merupakan keluarga dari Puan S yang mengalami gangguan sihir yang menyebabkan kakinya membengkak dan mengeluarkan air bisa.(boleh cek pada entry yang lepas).Dari maklumat suami pesakit,keadaan Puan S sudah semakin pulih dan bengkak dikakinya semakin berkurangan dan Puan S sudah mula boleh bergerak untuk melakukan kerja kerja rumah.Syukur pada Allah diatas segala izinNya.Moga Allah memberikan kesembuhan sepenuhnya pada Puan S.
Oleh kerana kesemua pesakit datang bersama,saya mengumpulkan pesakit untuk diperdengarkan dengan bacaan ayat ayat rukyah.Daripada 4 yang datang,3 pesakit tumbang apabila mendengar bacaan ayat2 al quran.Pesakit pertama pula rebah apabila disuruh berzikir dengan kalimat Allah.Alhamdulillah..insyallah,kesemua gangguan berjaya dikeluarkan.

Rabu, 15 Jun 2011

Jin Yang Kufur,Fasik Dan Munafik

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Puan S merupakan mangsa sihir.Kakinya membengkak dan mengeluarkan air bisa dari paras paha hingga kebetis kaki kanannya.Ini merupakan rawatan yang kedua pada Puan S.Setelah dibekalkan dengan air mawar dan tepung ubi serta cuka epal.Alhamdulillah,kaki Puan S nampak semakin kering cuma bengkak masih tidak berkurangan.Sessi rawatan kedua dijalankan seperti biasa.Muncullah Jin sihir beragama islam yang mengaku bahawa dialah yang menyebabkan kaki Puan S membengkak.Setelah diseksa dan ditoreh berkali kali pada tapak kaki kiri Puan S,barulah Jin tersebut bersetuju untuk keluar.Dia juga mengatakan bahawa ada 5 ekor jin lagi yang berada didalam tubuh Puan S.Sebelum keluar saya tanyakan dimanakan barang sihir tertanam,Jin tersebut mengatakan bahawa barang sihir ditanam dihadapan rumah bedekatan dengan tong sampah.Jin tersebut saya arahkan untuk bersumpah dengan nama Allah untuk tidak lagi menganggu Puan S,tetapi Jin tersebut enggan menyebut nama Allah."AKu tak nak sebut namanya,aku benci Allah".Kurang ajar punya jin.Saya tazkirah jin tersebut agar dia bertaubat dan menyesali segala perbuatanya tetapi jin tersebut tetap berdegilSaya toreh berkali kali pada tapak kaki Puan S.Aduhhh..sakitlah bodoh!Jerit jin tersbut."Baiklah..aku bersumpah atas nama Allah".dan akhirnya jin tersebut keluar dari jasad Puan S.Semoga dia mendapat laknat Allah.
Selepas itu muncul pula jin yang mengatakan bahawa dia adalah jin yang mencintai Puan S.Jin ini juga enggan keluar kerana katanya dia adalah iblis dan sangat kuat.Saya katakan iblis tak masuk badan manusia.Jangan cuba nak berlakon.Kamu ni syaitan.Jin tesebut hanyak tergelak.Kau tak boleh keluarkan aku,aku kuat.Saya katakan hanya Allah saja yang kuat.Saya toreh pada tapak kaki Puan S jin tersebut ketawa dan berkata"hoi..gelilah!Hmmm..nampaknya kawasan ini buka kedudukan tapak jin tersebut.Dengan izin Allah,akhirnya saya dapat mengesan kedudukanya dan betis Puan S saya toreh berkali kali.Aduhh..sakitlah bodoh.Bodoh betullah engkau ni.Saya tak hiraukan cacian jin itu.saya teruskan saja torehan pada betis Puan S.(saya tak toreh pada kaki kanan puan S yang bengkak tetapi saya toreh pada kaki kirinya).Baiklah,aku nak keluar.Saya arahkan jin tersebut keluar tetapi katanya dia tak boleh keluar.Hai..banyak main betul engkau ni.Kalau engkau tak boleh nak keluar terpaksalah aku sembelih engkau.Jin tersebut menjawab"sembelih je".Saya letakkan besi pada leher Puan S dan Jin tersebut mula menangis kesakitan dan akhirnya jin tersebut saya sembelih.Tetapi dari pemerhatian saya jin tersebut mempunyai kelebihan untuk mencantumkan kembali jasadnya apabila disembelih.Rawatan saya hentikan dan akan dibuat sessi rawatan lain pada Puan S nanti.Moga Allah mempermudahkan.

Jumaat, 10 Jun 2011

Pengsan Setelah DiRukyah

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tujuan Puan K datang berjumpa saya adalah untuk meminta saya merawat anaknya.Setelah membaca beberapa potongan Ayat ayat Al quran,saya melihat Puan K yang duduk dibelakang anaknya mula menunjukkan reaksi kurang selesa.Puan K kelihatan sangat tidak selesa sambil memicit micit bahagian bahu dan pinggangnya.Saya habiskan rawatan pada anaknya dan saya mengesahkan bahawa anak Puan K tidak mengalami sebarang gangguan.Selepas itu Puan K meminta pula saya merawatnya kerana katanya dia merasa amat tidak selesa ketika mendengar bacaan ayat ayat al-quran semasa saya merawat anaknya tadi.
Semasa dibacakan Ayat ayat rukyah,Puan K terus pengsan.Saya membuat beberapa dialog menggunakan jari dan jin didalam jasad Puan K enggan keluar,dan dengan izin Allah,saya dapat mengesan kedudukan gangguan tersebut dan akhirnya Puan K mula sedar dari pengsan dan terus muntah.Setelah selesai rawatan,Puan K berkata"ingatkan anak makcik yang sakit,rupa rupanya makcik pula yang sakit.Patutlah selama ni makcik selalu sakit pada bahagian pinggang dan bahu dan nafas makcik kadangkala berbau nanah".

Rabu, 8 Jun 2011

Jin Islam Bina Perkampungan Di Kepulauan Borneo

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Lanjutan dari siri rawatan pada Puan D,3 ekor jin telah berjaya dikeluarkan.Dengan izin Allah,Ketiga tiga jin tersebut saya kesan duduk dibahagian tapak kaki dan betis,manakala jin islam pula duduk dibahagian tangan pesakit.Dua daripadanya bersetuju untuk keluar dan bersumpah untuk tidak masuk lagi kedalam jasad Puan D.Jin islam pula minta dihantar keserambi madinah.Dia bersungguh sungguh ingin bertaubat dan bertekad mahu mendalami ajaran islam.Dia juga mengatakan masih banyak lagi jin yang berada didalam jasad puan D.Rawatan saya hentikan kerana pesakit dilihat tersangat letih.Saya bekalkan pesakit dengan bahan rawatan dan akan membuat rawatan susulan.
Beberapa hari berlalu,pesakit histeria lagi dan muncullah beberapa jin yang menyatakan hasratnya untuk keluar beramai ramai.2 daripadanya telah ditangkap oleh tukang sihir.Jin islam dan jin kafir berpakat untuk tidak lagi masuk kedalam jasad Puan D.Jin islam pula mahu lari ke kepulauan Borneo untuk membina perkampungan mereka.Alhamdulillah,bahan rawatan berjaya mengazab dan melemahkan mereka.
Dua hari selepas itu,Puan D dirukyah lagi dan tidak menunjukkan apa apa respon.Syukur pada Allah yang memnerikan kesembuhan pada Puan D.