Khamis, 31 Januari 2013

Kaedah Letup Jin

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sedikit perkongsian buat pelajar yang telah mengambil ijazah amalan asas dan lanjutan perawat. Berkemungkinan semasa dalam rawatan kita buntu untuk menyelasaikan kes gangguan yang berada di luar tubuh pesakit ataupun ketika merawat pesakit, pesakit mengatakan melihat segerombolan jin berada di luar tubuh atau rumah, hanya menunggu masa untuk masuk ke tubuh pesakit. Kaedah tersebut sudah biasa saya gunakan dan izin Allah memberi kelebihan dalam rawatan.

kaedahnya:
gunakan teknik hentam bomoh sihir cuma kaedah pergerakan atau perbuatan si perawat berubah.
  1. bacakan ayat ayat dalam kaedah hentam tukang sihir(dalam silibus amalan lanjutan) - sambil kedua tangan di depakan seperti sedia membuat tepukan
  2. selepas membaca ayat al fath diam sebentar dalam kedaan menahan nafas
  3. dalam masa yang sama perawat memusatkan segala visual dan makrifat
  4. ketika nafas hampir habis temukan kedua tapak tangan sambil membuat tepukan yang kuat dengan niat meletupkan jin
Keberkesanan kaedah bergantung pada fokus dan kekuatan niat si perawat serta kemudahan yang Allah berikan pada si perawat mahupun si pesakit.. moga bermanfaat. wallahu'alam.

Ahad, 27 Januari 2013

Sahabat Perawat Johor Bharu


Perawat merupakan seutama utama pekerjaan

Syeikhul islam Ibn Tamiyah mengatakan adalah merupakan fardhu kifayah terhadap orang yg mempunyai pengetahuan untuk mengubati kerasukan dan ia juga merupakan sesuatu yang disyariatkan dan seutama-utama pekerjaan dan inilah yang dilakukan oleh para nabi dan solehin.

Alhamdulillah, Insyaallah kepada yang memerlukan khidmat rawatanya, bolehlah menghubungi sahabat perawat  di Negeri Johor Cikgu Zainudin di no 013 7891513.

Jumaat, 18 Januari 2013

Pengajian Bekam

Pendapat Imam Ghazali :

" Al Hijamah adalah termasuk fardhu kifayah. Jika di suatu wilayah tidak ada seorang pun yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa. Namun jika salah seorang melaksanakannya, maka gugurlah kewajiban dari yang lain."

Hadis Rasulullah S.A.W :

  1. Sebaik baik perubatan yang kamu lakukan adalah al hijamah/ bekam.(HR.Ahmad, Shahih)
  2. Pada malam aku di isra'kan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata,"Wahai Muhammad suruhlah umat Mu berbekam,"(HR sunan abu daud dan Ibnu Majah).


Pengajian bekam

Setiap pelajar akan di ajar kaedah dan tata cara membekam dan mengenal titik/ point bekam bagi penyakit:

  1. Point bekam sunnah
  2. menyegarkan tubuh
  3. menajamkan minda
  4. mencerahkan mata
  5. menguatkan kaki
  6. menguatkan pinggang
  7. melancarkan pernafasan
  8. menguatkan otot lengan
  9. point penyakit gangguan sihir/ jin
  10. demam
  11. batuk/ selsema
  12. kencing manis
  13. resdung
  14. radang hati
  15. hepatitis
  16. Masalah hempedu
  17. buasir
  18. insomania
  19. cirit birit
  20. darah rendah
  21. gastrik
  22. mengantuk
  23. allergik
  24. darah tinggi
  25. migrain
  26. gout
  27. sakit pinggang/ bahu
  28. melancarkan haid
  29. lemah syahwat
  30. masaalah frostat
  31. jerawat
  32. sakit gigi
Mahar pengajian : Rm300.00 percuma set bekam.
Tarikh : Bergantung pada permintaan pelajar( Pengajian secara personal)

Isnin, 14 Januari 2013

Al Kisah 3. Busung Tak Jadi..

Assalamualikum Ustaz, berkali kali kedengaran bunyi salam dari luar rumah. Dalam keadaan baju pasukan chealse masih tersarung kemas di tubuh (peminat fanatik)hehehe, Kelihatan jam di dinding menunjukkan jam 1230 tgh malam. Saya bangun dalam keadaan mamai sambil membuka tingkap rumah. Kelihatan 2 lelaki berdiri di luar rumah berhajat untuk mendapatkan rawatan. "Maaflah ganggu ustaz tengah malam begini. Kelihatan di sampingnya seorang pemuda berdiri dalam keadaan yang teramat lemah. "takpelah, pakcik masuk dulu, kat dalam nanti boleh sembang", kata saya pada lelaki tersebut.

Saya dudukkan pesakit, kelihatanya wajah pesakit dalam keadaan pucat sambil menahan kesakitan.Mata saya terus tertumpu ke arah perut pesakit yang kelihatan kembung dan menyenakkan. Lantas saya sentuhkan jari telunjuk saya kearah ulu hati pesakit sambil membaca syahadah dan pesakit mula memuntahkan cecair berwarna oren kekuningan. Setelah pesakit selesai memuntahkan  segala isi alamnya maka saya teruskan pembacaan ayat ayat rukyah sambil memegang perut pesakit. Pesakit akhirnya histeria dan berlakulah beberapa dialog dengan jin tersebut.

Jin tersebut mengakui di datangkan khas oleh bomoh sakai dari gua txxxxxxxxg bagi tujuan sihir.Izin Allah, akhirnya jin tersebut keluar setelah di azab dengan kaedah pasak bumi. Sekali lagi dengan izin Allah, saya dapat mengesan sebilangan jin yang lari bersembunyi di kawasan kemaluan pesakit. Setelah menyentuh bahagian ari arinya sambil membacakan ayat maka bergetarlah seluruh tubuh pesakit dan di akhiri dengan gerakan di bahagian hujung hujung jarinya.

Alhamdulillah, Allah mudahkan segala galanya pada malam tersebut. Perut pesakit yang kelihatan kembung semasa awal rawatan tadi menjadi kempis serta merta apabila kesemua jin (insyaallah) berjaya di keluarkan.
Apapun yang pasti, berkemungkinan pesakit akan mengalami serangan semula selagi objek sihir dalam genggaman penyihir belum di hancurkan. 

Wallahu'alam...


Rabu, 9 Januari 2013

RITEQ ALOR SETAR (RAWATAN ISLAM)

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah atas kemunculan Perawat RITEQ di kawasan Utara Negeri Kedah. Terima Kasih kepada Ustaz Khairol atas kesanggupan memikul tugas ini. Moga Allah jadikan segala usaha ini sebagai jalan dakwah dan mendatangkan manfaat kepada pesakit pesakit di sebelah utara.

RITEQ ALOR SETAR (RAWATAN ISLAM)

Foto Saya

http://ritequtara.blogspot.com/

Selasa, 1 Januari 2013

Parang Terbang 13 Mei

سم الله الرحمن الرحيم

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Moga Kisah ini dapat memberikan manfaat pada semua. Abg man.(bukan nama sebenar) merasakan sakit di perutnya sejak ogos 2011 seminggu selepas ayahnya meninggal dunia. Berbagai kaedah rawatan yang dia dapatkan dalam usahanya merawat dirinya termasuklah ke hospital pakar, namun kes masih menjadi misteri.
sebilangan perawat pula mengatakan dia di sihir, maka habislah tanah di sekeliling halaman rumahnya di cangkul bagi mencari barang sihir.

Di takdirkan Allah, maka berjumpalah Abg man dengan saya. Ketika rawatan, Abg Man pun histeria tetapi tidak berlaku dialog  mencari punca sebenar. Setelah sedar dari histeria, Abg Man mengakui sudah beberapa perawat yang dia kunjungi, tidak pernah langsung dia mengalami perkara seperti itu. Cuma perawat mengkasifikasikan kes Abg man adalah SIHIR.


Allah yang menggerakkan hati setiap hambanya..saya tanyakan pada Abg man jika ada menyimpan pedang lama. Ya..Abg Man mengakuinya dan dia sedikit pun tidak mengesyaki bahawa pedang tersebut adalah punca segala galanya, kerana bagi abg man dan keluarganya pedang tersebut merupakan pedang bersejarah milik arwah ayahnya.

Akhirnya, abg man menyerahkan pedang tersebut kepada saya., dan kini menunggu masa untuk saya kuburkan di satu tempat yang sangat rahsia. Biarlah.. asalkan sejarahnya tak pernah luput dari bangsa melayu di negara kita. Kini, Abg man pulih dari kesakitan yang di deritainya. Moga Allah kekalkan kesejahteraan itu pada dirinya.