Ahad, 31 Mac 2013

Perkongsian Kisah Rawatan 2



Apabila mendengar masaalah yang di hadapi oleh adik T, secara tidak langsung saya teringat bahawa ianya juga pernah berlaku pada adik saya ketika berumur 9 tahun, tak silap saya. Umur saya pula pada ketika sekitar 14 tahun..Hehehe..remaja lagi aku masa tu. Pada ketika itu adik saya sering pengsan apabila ke sekolah dan kadangkala berlaku ketika di rumah. Puaslah ke dua ibu bapa saya mendapatkan rawatan dari orang yang bijak pandai. Malangya pada masa itu, kaedah perubatan islam tidak menyerlah di bumi Sabah dan keadaan itu berlarutan sehinggalah (tak silap saya) dia berumur 19 tahun.

Berbalik pada kisah adik T, maka jenuhlah juga si ayah membawa anaknya berubat. Dari selatan hingga ke Utara, adik T sering  pengsan apabila menjejakkan kakinya ke sekolah. Apabila saya bertanya pada adik T, adik T sering melihat sosok tubuh lembaga hitam yang menyeramkan apabila atau ada ketika sessi pembelajaran berlangsung.

Tidak banyak yang dapat saya ceritakan mengenai rawatan yang di lakukan pada adik T, cuma ketika adik T pengsan, saya terus melakukan serangan penghancuran ke atas tapak homestay jin tersebut. Alhamdulillah, adik T sedar. (Agaknya jin tu kelam kabut keluar dari tubuh nak selamatkan home theater ngan TV 40 inci nya). Hinggalah kaedah letup dan Zasssss. Alhamdulillah..sehingga ke hari ini, adik T mula menunjukkan perkembangan. Tidak lagi pengsan mahupun melihat kelibat sosok lembaga hitam di sekolahnya..

P/S: Geram sangat kat jin tu sampaikan nak minum, nak makan, ke dapur, lepas solat sempat lagi zasss kat jin tu..heheheh. Sampaikan pada satu keadaan jin tu nyorok kat tong sampah sekolah, sempat lagi kena Zassss...hehehe... (jin kat luar badan, izin Allah mudah nak settle sebab tak guna tubuh manusia sebagai sarung).

ayat yg di guna pakai ...Yaa ma'sarol jin..
                                    Ainama takunuu...
                                    Falam tak tuluuhum...Alla Hu kotalahum..Alla Hu kotalahum...




Sabtu, 16 Mac 2013

Perkongsian Kisah Rawatan..


Saya di hubungi keluarga pesakit mengatakan bahawa pesakit berada dalam kedaan histeria sejak jam 8 malam lagi. Melihat jam di dinding, pesakit dah histeria dekat 3 jam. Pesakit dah di rawat oleh keluarga terdekat tetapi keadaan masih tidak berubah.

Sesiapapun tidak terlepas mengalami perkara seperti ini, tidak kira perawat manapun, begitu juga diri saya kerana saya beriktikad bahawa yang menyembuhkan bukan saya, tetapi ALLAH lah yang menyembuhkannya. 
Dan Inilah sifatnya ilmu, kadang menjadi kadangnya tidak dan apa yang berlaku juga merupakan semata mata melalui keizinan ALLAH serta kemudahan yang ALLAH berikan pada si Perawat mahupun si Pesakit. 

Saya cuba berdialog dengan jin melalui telefon, cuba memujuknya untuk keluar dari tubuh pesakit sambil membacakan ayat ayat al quran. Malangnya, tawaran yang di berikan tidak di terima dan jin tersebut menyanyi semasa saya membacakan ayat ayat al quran. Akhirnya saya katakan kepada jin tersebut bahawa saya akan berhadapan dengannya dan jin tersebut mula menangis tetapi tetap enggan keluar dari tubuh pesakit.

5 minit kemudian tak silap saya, keluarga pesakit dah sampai di rumah saya. Saya persilakan keluarga pesakit masuk, kelihatan si pesakit masih di kuasai dengan sedikit keegoan pada jin tersebut. Setelah segala pesrsiapan di buat saya cuba berdialog dengan jin tersebut sambil membacakan ayat al quran ke telinganya. Jin sedikit terazab. Jin itu mengatakan dia tak heran dengan pembacaan ayat ayat al quran kerana dia sendiri sering mendengar pesakit membaca al quran setiap hari.

Dengan izin ALLAH saya dapat mengesan kedudukan jin di dalam tubuh dan menikamnya dengan jari. Jin tersebut mula kesakitan. Saya dalamkan lagi tikaman hingga jin mula meraung raung minta di lepaskan. Saya azab pula dengan kedah toreh, maka bertambahlah tangisan dan raungannya minta di lepaskan. Oleh kerana jin masih berdegil walaupaun di azab, maka saya ikhtiarkan pula dengan kaedah yang lain. saya tiupkan hawa nafas ke rongga pernafasan pesakit dan membawanya perlahan lahan ke perut, kemudian menarik semula nafas yang di kirimkan dan di keluarkan semula melalui nafas pesakit. Alhamdulillah, pesakit sedar. Tetapi ianya berlaku hanya beberapa minit. Jin masuk semula ke dalam tubuh pesakit dan mula menguasai pesakit. Berat sangat ia nak meninggalkan pesakit ini.

Saya lakukan serangan dengan membutakan mata jin, sambil meniup zikir ke tapak tangan dengan hembusan nafas "Allah Hu"..saya halakan ke pandangan mata pesakit agar jin tersebut akan lumpuh segala pergerakanya. Persoalanya, mengapa mata yang di lumpuhkan, tidak anggota tubuhnya?. Ini kerana bagi saya, mata lah yang memandu segala galanya kerana tanpa mata gagallah segala pergerakan mahupun perbuatannya.

Setelah itu saya baringkan pesakit dan akhirnya cuba menyembelih jin tersebut. Setelah ayat ke tapak tangan di bacakan dengan iringan zikir nafas "ALLAH HU" di hembuskan. Saya sembelih jin tersebut dengan memfokuskan pencarian urat utama jin tersebut. Alhamdulillah, urat utama saya temukan dan sembelihan hanya di lakukan di point tersebut. Alhamdulillah, pesakit sedar semula cuma merasakan sedikit ketidak selesaan pada bahagian bermula dari leher ke bawah. Saya tahu bahawa jin tersebut dah tepisah kepala dan badanya, maka saya sudahi rawatan dengan menarik bahagian tubuh jin yang terpisah dan membuangnya dari tubuh pesakit. Selesai membuat penarikan, pesakit akui bahawa tubuh nya sudah kembali ringan dan hilang segala debaran yang meresahkannya.

Alhamdulillah, puji pujian hanya untuk ALLAH yang memudahkan segala kesulitan yang di alami oleh hamba hambanya.