Khamis, 17 Oktober 2013

Sakit Mata Akibat Sihir


3 minggu lamanya pesakit mengalami masaalah penglihatan. Mata pesakit akan menjadi sakit, kabur dan terasa berpasir apabila menjelang tibanya waktu maghrib. Puas menggunakan segala ubat ubatan, pesakit mencuba untuk mendapatkan rawatan al quran.

Saya mulakan rawatan dengan membacakan pada tapak tangan saya dengan bacaan ayatul kursi lalu saya letakkan tapak tangan pada bahagian mata pesakit. Ketika bacaan ayat ayat al quran, kelihatan tangan pesakit mula bergerak dan cuba mengalihkan tangan saya dari bahagian mata pesakit. saya teruskan bacaan al quran sehingga jin dalam tubuh pesakit mula berbicara.

Saya : kenapa ganggu pesakit ini?
Jin : Aku nak dia buta!
Saya : Siapa Tuan kamu dan di mana usul nya?
Jin : Aku tak tahu..yang aku tahu tiba tiba saja aku sudah berada di tubuhnya!

Saya ancam jin tersebut dengan Ayat pembakar dan ternyata jin tersebut mula meraung kesakitan. ALLAHUAKBAR! HEBATNYA AYAT AYAT ALLAH! Terkandung segala kelebihan, penawar dan rahmat kebaikan bagi orang yang mengimaninya. Ketika sedang khusyuk meneruskan bacaan, tiba tiba pesakit sedar dari rasukan. Lalu saya suruh pesakit beristighfar dan menumpukan semula pada rawatan yang di jalankan.

Saya memohon pada  ALLAH..Ya Allah sekiranya jin ini terlepas lari saya mohon kekuatan dan pertolongan mu untuk menariknya semula masuk ke dalam jasad ini. Lalu saya membuat pasungan dengan kaedah Alif lam makrifat dan sedut semula dengan menggunakan kaedah Nun dalam Kaedah Zikir ZINK.

Dengan izin ALLAH, jin hadir semula ke dalam tubuh pesakit dan mula merayu minta di lepaskan. Saya mohon pada ALLAH untuk berbicara dengan tukang sihir. Bismillah..Karamallah Hu ALLAH...Ilaa Ruuuhi.....Alhamdulillah. Semua dengan keizinan ALLAH. Tukang sihir berjaya di hadirkan dan dengan izin ALLAH jua hati tukang sihir berjaya di lunakkan. Jin berjanji untuk keluar dan menawarkan diri untuk membuang segala barang sihir di bahagian mata pesakit tanpa di minta. Saya arahkan jin tersebut meletakkan barang sihir di atas tapak tangan saya. Sihir di letakkan dan terasa bahang panasnya.

Setelah semua selesai akhirnya pesakit sedar semula. Alhamdulillah, hilang segala kesan dan kesakitan pada matanya. Syukur pada Mu Ya ALLAH.









Sabtu, 12 Oktober 2013

Doa Pedang (Syaifush Saghir )


Sayfush Shaghir artinya pedang kecil. Doa ini digunakan untuk melunakkan dan menundukkan hati lawan, orang-orang yang zalim. Saya terima ijjazah doa ini dari sebuah Perguruan xxxxxxx Indonesia. Sebaiknya di baca setiap Ba'da solat atau sebaiknya setiap malam jumaat.

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صـل على محمد وآل محمد
رَبِّ اَدْخِلْنِيْ فِي لُجَّةِ بَحْرِ أَحَدِيَّتِكَ، وَطَمْطَامِ يَمِّ وَحْدَانِيَّتِكَ. وَقَوِّنِي بِقُوَّةِ سَطْوَةِ سُلْطَانِ فَرْدَانِيَّتِكَ. حَتَّى اَخْرُجَ إِلَى فَضَآءِ سَعَةِ رَحْمَتِكَ وَفِي وَجْهِيْ لَمَعَاتُ بَرْقِ اْلقُرْبِ مِنْ أَثَارِ حِمَايَتِكَ، مَهِيْبًا بِهَيْبَتِكَ، عَزِيْزًا بِعِنَايَتِكَ، مُتَجَلِّلاً مُكَرَّمًا بِتَعْلِيْمِكَ وَتَزْكِيَّتِكَ.
 وَاَلْبِسْنِيْ خِلَعَ اْلعِزَّةِ وَاْلقَبُوْلِ. وَسَهِّلْ لِيْ مَنَاهِجَ اْلوُصْلَةِ وَاْلوُصُوْلِ. وَتَوِّجْنِيْ بِتَاجِ اْلكَرَامَةِ وَاْلوَقَارِ.
 وَاَلِّفْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ أَحِبَّآئِكَ فِيْ دَارِ الدُّنْيَا وَ دَارِ اْلقَرَارِ. وَارْزُقْنِيْ مِنْ نُوْرِ اسْمِكَ هَيْبَةً وَسَطْوَةً تَنْقَادُ لِيَ اْلقُلُوْبُ وَاْلأَرْوَاحُ. وَتَخْضَعُ لَدَيَّ النُّفُوْسُ وَاْلأَشْبَاحُ.
 يَا مَنْ ذَلَّتْ لَهُ رِقَابُ الْجَبَابِرَةِ، وَخَضَعَتْ لَدَيْهِ اَعْنَاقُ اْلأَكَاسِرَةِ، وَلاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ وَلاَ إِعَانَةَ إِلاَّ بِكَ وَلاَ اتِّكَآءَ إِلاَّ عَلَيْكَ
.اِدْفَعْ عَنِّي كَيْدَ اْلحَاسِدِيْنَ وَظُلُمَاتِ شَرِّ الْمُعَانِدِيْنَ. وَارْحَمْنِي تَحْتَ سُرَادِقَاتِ عَـرْشِكَ. يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ أَيِّدْ ظَاهِرِيْ  فِي تَحْصِيْلِ مَرَاضِيْكَ
. وَنَوِّرْ قَلْبِيْ وَسِرِّيْ بِاْلإِطْلاَعِ عَلَى مَنَاهِجِ مَسَاعِيْكَ.
إِلَهِيْ كَيْفَ اَصْدُرُ عَنْ بَابِكَ بِخَيْبَةٍ مِنْكَ وَقَدْ وَرَدْتُهُ عَلَى ثِقَةٍ بِكَ، وَكَيْفَ تُؤْيِسُنِيْ مِنْ عَطَآئِكَ وَقَدْ أَمَرْتَنِيْ بِدُعَآئِكَ. وَهَا أَنَا مُقْبِلٌ عَلَيْكَ مُلْتَجِئٌ إِلَيْكَ..
 بَاعِدْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ أَعْدَآئِي كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ أَعْدَآئِكَ، إِخْتَطِفْ أَبْصَارَهُمْ عَنِّيْ بِنُوْرِ قُدْسِكَ وَجَلاَلِ مَجْدِكَ إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ الْمُعْطِي جَلآَئِلَ النِّعَمِ الْمُكَرَّمَةِ لِمَنْ نَاجَاكَ بِلَطَآئِفِ رَحْمَتِكَ
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَا اْلجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ أَجْمَعِيْنَ الطَّيِّبِيْنَ الطَّاهِرِيْنَ. 


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Tuhanku, masukkan aku ke dalam samudra keesaan-Mu, dan keluasan lautan ketunggalan-Mu. Kuatkanlah aku dengan kekuatan keperkasaan kekuasaan kesatuan-Mu. Sehingga aku keluar memasuki limpahan keluasan kasih-Mu, dan dalam wajahku ada kilatan cahaya kedekatan dengan-Mu, akibat perlindungan-Mu, berwibawa dengan wibawa-Mu, perkasa dengan bantuan-Mu, ditinggikan dan dimuliakan dengan pengajaran-Mu dan pensucian-Mu.
Bungkuslah aku dengan busana kemuliaan dan penerimaan-Mu. Mudahkan bagiku jalan-jalan untuk mencapai dan bergabung dengan-Mu. Mahkotai aku dengan mahkota kemuliaan dan kehormatan.
Ikatkan kecintaan antara aku dengan para kekasih-Mu, di kampung dunia dan kampung abadi. Karuniakan kepadaku dari cahaya nama-Mu kewibawaan dan kekuasaan yang menyebabkan semua hati dan arwah tunduk di hadapanku, yang membuat semua jiwa dan makhluk merendah kepadaku.
Wahai yang terhempas di hadapan-Nya kuduk-kuduk para penguasa dan pasrah kepada-Nya leher-leher para tiran, tiada tempat berlindung dan tiada tempat keselamatan dari-Mu kecuali pada-Mu. Tidak ada bantuan kecuali dengan-M, tidak ada sandaran kecuali kepada-Mu.
Tolakkan dariku reka-perdaya orang-orang yang dengki dan kezaliman kejahatan musuh-musuhku. Sayangilah aku di bawah naungan Arasy-Mu. Wahai Yang Paling Pemurah dari segala yang pemurah. Kokohkan badan lahirku untuk memperoleh keridhaan-Mu. Sinari hatiku dan batinku untuk bisa melihat jalan-jalan menuju-Mu.
Ilahi, Tuhanku, bagaimana mungkin aku keluar dari pintu-Mu dengan kesia-siaan dari-Mu, padahal telah aku pasrahkan diriku pada kepercayaan kepada-Mu. Bagaimana mungkin Engkau membuat aku putus asa, padahal telah Kau perintahkan aku untuk berdoa kepada-Mu. Inilah aku menghadap kepada-Mu dan berlindung kepada-Mu.
Jauhkan aku dari musuh-musuhku sebagaimana Engkau menjauhi musuh-musuh-Mu. Silaukan pandangan mereka kepadaku dengan cahaya kesucian-Mu dan kebesaran kemuliaan-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Allah, Pemberi anugrah yang besar dan dimuliakan kepada orang yang menyeru-Mu melalui kelembutan rahmat-Mu.

Ya Hayyu Ya Qayyum. Wahai Yang Hidup, wahai Yang Abadi. Wahai pemilik keagungan dan kemuliaan, semoga Allah menyampaikan shalawat kepada junjungan kami dan Nabi kami Muhammad beserta semua Keluarganya yang baik dan suci.