(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.(Al-Anfal 9)
Khamis, 20 Februari 2014
Induk Pamungkas Pembangkitan Roh Amalan(IPRA)
IPRA ataupun Induk Pamungkas Pembangkitan Roh Amalan merupakan sebuah ilmu tunggal ataupun tunggak amalan yang sangat di rahsiakan oleh guru. Apabila ilmu ini di bangkitkan/di hidupkan, cukup dengan satu amalan(IPRA), maka ianya akan memberi kekuatan/ membangkitan dan menyatukan seluruh ilmu yang ada.
Amalan ini merupakan pintu masuk anda ke alam kebatinan dan ianya merupakan sebuah teknik pembangkitan energy zikir dan merupakan pembangkitan kepada semua energy yang bersifat kerohanian.Ianya merupakan sebuah amalan zikir teknik dan teknik pembangkitan energy yang sangat di rahsiakan oleh guru guru perguruan. Cukup dengan satu amalan iaitu IPRA, maka ianya akan membangkitan segala ilmu yang ada dalam khazanah atau yang pernah anda amalkan.
MAHAR PELEPAS: RM400.00
Kaedah Pembelajaran : Bertemu/ Jarak Jauh
Selasa, 18 Februari 2014
Kisah Rawatan Pelajar/ Perawat
ZINK DAN IKAK SEBAGAI SENJATA TERAKHIR
Assalamualaikum wbt....
Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat….
Kisah rawatan ini berlaku seminggu yang lalu, tujuan saya coretkan di sini sekadar perkongsian pengalaman untuk kita sama-sama ambik iktibar betapa segala sesuatu itu letaknya pada kuasa dan izin Allah SWT..Sebenarnya rakan pesakit menelefon saya pada awal pagi Isnin lebih kurang jam 1.30 pagi tapi tak terjawab kerana saya dah “koma” lebih awal….keesokan harinya rakan pesakit menelefon kembali dan memberitahu masalah yang dihadapi oleh pesakit….
Menurut beliau pesakit telah kerasukan sejak 12.30 malam hinggalah akhirnya pesakit tertidur kerana kepenatan….mereka cuba mendapatkan bantuan pada malam itu dari beberapa orang perawat tapi tidak berjaya, termasuklah saya….rakan pesakit meminta pertolongan saya untuk datang merawat, dan saya janji untuk datang pada petangnya kerana pesakit telah mula sedar, dan saya juga sudah ada temujanji rawatan dengan pesakit di Taman Samudera Sandakan….
Petang hari tersebut, lebih kurang jam 3.00 petang saya tiba di rumah pesakit seorang diri…rakan pesakit ada maklumkan saya untuk bawa kawan kerana takut pesakit kerasukan dan tiada kaum lelaki di rumah pesakit, cuma isteri dan ibu mertuanya saja….Allahuakhbar…saya beritahu saya tak pernah bawa kawan pergi merawat, dan saya minta pertolongan rakan-rakan pesakit untuk datang membantu saya, selebihnya saya hanya pasrahkan dan bertawakkal pada ALLAH SW. Saya disambut mesra oleh pesakit, yang merupakan seorang tentera, ibu mertua serta isterinya…mereka berasal dari salah sebuah negeri di Semenanjung Malaysia dan bekerja di sini. Jelas kelihatan di wajah pesakit kepenatan dan kesakitan yang dialami, hingga wajahnya kelihatan suram dan tidak bermaya.
Setelah berbual-bual dan mengetahui serba sedikit “pucuk pangkal” kisahnya (kes sihir), saya memulakan rawatan ke atas pesakit…saya mulakan dengan pembuka kunci Terapi Amalan Nur Hikmah (TANH), dan diteruskan dengan Rukyah….pada ketika saya membaca Ayatul Qursi, saya ulang-ulang bacaan sebanyak mungkin pada lafaz “walaayauuduhu hifzuhuma” hinggalah tiba-tiba pesakit muntah dengan banyaknya. Dan ia tidak berhenti setakat di situ saja, pesakit terus muntah dengan banyaknya hinggalah saya tutup rukyah tersebut dengan Doa Nurbuwwah….