Sabtu, 31 Mei 2014

Kisah Dari Seorang Hamba ALLAH


Di ceritakan oleh seorang hamba ALLAH....
anak sulungnya( si berhajat) mengalami penyakit sopak dan lumpuh selama 11 tahun.Hanya sekadar duduk di atas kerusi roda. Ayah pesakilt lalu menghubungi hamba ALLAH tersebut minta pandangan tentang penyakit anaknya. Hamba ALLAH tersebut bersetuju untuk membantunya..sebelumnya si ayah mengatakan sebelum anaknya sakit, si ayah telah bermimpi di jadikan sebagai imam oleh satu jemaah yg lengap berjubah di satu masjid.selesai memberi salam dan berpaling kekiri si ayah melihat satu selendang berwarna kuning berada di bahu kirinya. Si ayah tersedar dari mimpinya. Tidak lama selepas itu anak sulungnya mula mengalami penyakit seperti yang di nyatakan. Dan selama itulah si ayah tak berhenti henti membawa anaknya berubat ke sana sini dan kebanyakanya mengatakan si ayah dan anaknya mewarisi saka juga mengalami masaalah sihir.

Maka hamba ALLAH tersebut memohon pada ALLAH kerana hamba ALLAH tersebut menyakini sebenar benar pengetahuan hanyalah milik ALLAH. Di dalam tidur, Hamba ALLAH tersebut di perlihatkan oleh ALLAH seperti satu teka teki yang perlu hamba ALLAH tersebut rungkaikan sendiri. Hamba ALLAH tersebut meilhat ayah pesakit berjalan dan berpusing di salah satu bukit yang tak di ketahui(tidak di ketahui tujuanya). Tak lama kemudian, HAmba ALLAH tersebut berada di sekitar tubuh anaknya dan mendapati beberapa makhluk besar( berwarna putih) tanpa wajah yang jelas berada di sekitar anaknya. Hamba ALLAH tersebut tiba2 merasa gerun lalu beredar meninggalkan anak pesakit.

Hamba ALLAH tersebut tersedar dari tidurnya, lalu memikirkan apakah petunjuk yang ALLAH berikan padanya tadi. Pada sebelah malamnya lagi, HAmba ALLAH tersebut sekali lagi memohon pada ALLAH agar di berikan petunjuk yang lebih jelas. Melalui kaedah zikir, hamba ALLAH di perlihatkan akan sebuah gua, Hamba ALLAH tersebut cuba memasuki gua tersebut tetapi terhalang dengan satu sarang labah labah menutupi pintu gua tersebut. Hamba ALLAh tersebut menghentikan zikirnya.

ke esokan harinya, si ayah menelefon hamba ALLAH tersebut dan mengatakan perihal petunjuk yang ALLAH berikan padanya dan bertanyakan pernahkan si ayah pergi ke sebuah bukit atau hutan sebelum anaknya sakit. Si ayah mengiyakan kata kata hamba ALLAH tersebut dan mengatakan sekitar 2001/2002 si ayah ada masuk ke hutan sebuah bukit untuk mencari cari pokok hutan sebagai hiasan rumah. dan si ayah juga mengatakan selepas 2 tahun barulah dia bermimpi menjadi imam seperti yang di nyatakan di atas. si ayah juga pernah bermimpi di suruh oleh lelaki berserban dan berjubah untuk pergi bertapa di sebuah gua. Apa yang di ceritakan oleh si ayah seolah olah menjadi jawapan bagi petunjuk yang di alami oleh hamba ALLAH tersebut.

Jawapan hamba ALLAH tersebut..
1. berkemungkinan semasa pergi ke hutan bukit tersebut si ayah telah di kenankan/di idamkan/di sukai oleh pendduduk halus di situ dan ingin mengangkatnya sebagai sahabat mereka.(mimpi berjemaah).
2. simbolik penerimaan si ayah pada hubungan tersebut adalah melalui kain kuning.
3. punca penyakit anaknya adalah dari keengganan si ayah melaksanakan perintah golongan halus tersebut untuk melakukan pertapaan di sebuah gua. dan kerana melanggar janji dan ikatan(simbolik kain kuning).

wallahualam..ALLAH lebih mengetahui segala yang ghaib..Apa yang di perlihatkan secara klu oleh ALLAh pada hamba ALLAH tersebut merupakan sebahagaian dari kasihNYA dan tentang bagaimana untuk merungkaikan petunjuk tersebut tergantung atas ke bijaksanaan hamba hambanya..

"(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredhaiNya."

Al-Hafiz ibn Hajar al-'Asqalani menerangkan ayat di atas seperti berikut:

Ayat tersebut jelas menunjuk bahawa Rasul boleh melihat sesetangah perkara ghaib, dan begitu juga dengan para wali yang mengikut nabi-nabi yang telah Allah turunkan pada masa ke semasa. Setiap wali menerima ilmu mereka daripada para nabi-nabi yang tertentu, maka di kurniakan (yukram) intipati ilmu tersebut. Perbezaan di antara para nabi dan awliya ialah nabi-nabi menerima ilmu tersebut melalui wahyu, dan bagi para awliya ilmu tersebut diperolehi melalui mimpi, mahupun ilham - dan Allah yang lebih mengetahui.

Rabu, 7 Mei 2014

Penduduk Langit ?


Sementara menunggu kehadiran pelajar tahap 4, aku di datangi seorang pesakit lelaki yang mengadu mengalami gangguan selama bertahun tahun lamanya sejak sebelum mendirikan rumahtangga. Di ceritakan oleh pesakit tersebut bahawa beliau tidak mengalami apa apa masaalah kesihatan kecuali seringkali menerima bisikan ataupun teguran apabila pesakit melakukan dosa kesalahan terhadap manusia mahupun pada ALLAH. Keadaan tersebut membuatkan pesakit mengalami ketakutan dan telah mencuba berbagai bagai kaedah rawatan hinggakan ada sesetengah perawat yang meminta untuk berguru dengan pesakit tersebut.

Setelah selesai meneliti dan berbual bual dengan pesakit, lalu aku mengarahkan pesakit duduk bersandar sambil aku membacakan ayat ayat pembuka, pembenteng bagi diriku. Ku perhatikan, pesakit mula menggigil dan reaksinya mula berubah seolah sudah di resapi oleh makhluk yang di maksudkannya.
Aku membiarkan saja reaksi pesakit, lalu aku memulakan pembacaan ayat ayat rukyah. Ketika di bacakan ayat ayat tersebut, makhluk tersebut hanya menggelengkan kepalanya. Hinggalah pada bacaan ayat ayat kursi dan seterusnya, makhluk tersebut mula mengikuti bacaan ku dan sekali sekalai membaca " La haula wal quwwata illa billah" dan kadangkala berzikir menyebut nama ALLAH. Aku mula mengazab makhluk tersebut dengan perlbagai kaedah azab tetapi tidak menimbulkan reaksi sakit, hanya kedengaran darinya akan sebutan Haqaulah dan zikir ALLAH.

Kadang timbul perasaan buntu pada diri ku hinggalah mahkluk tersebut berkata," Wahai manusia akhir zaman, sesungguhnya telah datang peringatan dari Tuhan Mu bahawa huru hara pasti berlaku.(lebih kurang seperti itu).Aku menyakini bahawa makhluk tersebut beragama islam lalu aku mengambil peluang tersebut untuk berdialog dengannya. Mengikut dialog tersebut, dia(makhluk tersebut), turun ke bumi setiap seribu tahun sekali ke dunia atas perintah ALLAH untuk pergi kepada manusia pilihan ALLAH untuk di beri peringatan. Berkata juga makhluk tersebut bahawa ianya dari golongan wali ALLAH. Apabila ia berkata seperti itu, aku terus  memasang perangkap dengan bertanya padanya adakah kamu dari golongan wali manusia atau wali dari golongan jin.?, tetapi malangnya soalan maut ku tidak berjaya apabila makhluk tersebut mengatakan bahawa dia adalah golongan dalam Sirr/ rahsia ALLAH.

Merasa gagal dengan perangkapku lalu aku mengemukakan berbagai hujah agar makhluk tersebut merasakan bahawa perbuatannya adalah salah. Tetapi hujah makhluk tersebut lebih baik dari hujah ku hinggakan aku sendiri kekadang tertanya tanya adakah benar apa yang di perkatakannya.
Buntu..aku membiarkan mahkluk tersebut terus berkata kata, lalu dalam diam aku binasakan diri dan fanakan dalam isyarat gerak syahadah. Tiba tiba yang ku tahu pesakit sudah sedar dari resapan makhluk tersebut sambil menghela nafas panjang lantaran keletihan. Aku baringkan pesakit lalu aku pegang dadanya sambil membacakan ayat suarah al fajr ayat 27-30 berulang ulang sambil berniat untuk kesembuhan pesakit. Di tengah tengah ketenangan tersebut kedua dua pelajar tahap 4 ku sampai dan mula duduk di hadapan ku dan aku beberapa minit kemudian aku hentikan rawatan dengan bertanya pada pesakit bagaimana dengan perasaan mu di saat ini. ALhamdulillah, pesakit merasa sedikit ketenangan dari yang sebelumnya. pesakit bertanya padaku apakah jenis gangguan yang di alaminya. Aku jawab dengan baik, datang lagi selepas 3 hari dan akan saya terangkan pada kamu.

Saya jeling pelajar tahap 4 sambil berkata,"rugi kamu tak sampai awal tadi"....

Tertanya tanya juga perihal makhluk tersebut..bermain main di benak fikiran salah satu bait syairnya.."di intai hamba(pesakit) ini oleh penduduk langit ketika di alam kandungan lagi",,telah ku tanyakan pada pesakit perihal adakah ibunya ada mengalami masaalah gangguan atau sesuatu yang bersifat gahib semasa mengandungkan pesakit.? Pesakit menidakkannya dan hanya mengatakan bahawa ibunya hanya rajin membaca Al-Quran semasa mengandungkanya.Siapakah makhluk tersebut?????moga kita tidak tersesat dalam menempuh jalan kebaikan.
ALLAH berfirman:
"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" (al-Baqarah: 255).

Hanya setakat itu sahaja kadar rezeki ilmu dan kefahaman yang dituangkan oleh Allah Taala kepada Fakir Yang Jahil ini.  Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa fakir yang hina jika ada pena yang tergelincir dari yang "haq" kerana maklumlah untuk memperkatakan sesuatu yang halus itu,  kesamaran dan kekeliruan sentiasa sahaja membayanginya.  Hamba yang fakir ini mohon berlindung dari kemurkaanMu Ya Allah.  Sesungguhnya hambamu ini sentiasa menzholimi diri sendiri.  La haula wala Quwwatailla billahil 'Alim yil 'Azhim.

Semoga sidang pembaca akan mendapat rahmat keberkatan tulisan ini..