Isnin, 25 Ogos 2014

Di Hujung Rindu

Agak lama blog ni menyepi. Terkadang sibuk dengan urusan seharian membuatkan rasa malas untuk berkongsi beberapa kisah rawatan. Untuk makluman semua, Rawatan kini masih beroperasi di Taiping perak dan waktu operasi kini di ubah kepada 24 jam. Dalam sedar tak sedar, kini tinggal 6 bulan saja lagi saya akan bertapak di sini, (PERAK). Rasa sedih juga bila mengingatkan yang saya akan menutup operasi di Taiping, perak sehinggakan ada di antara pesakit dan penduduk di sini menghalang pemergian saya kembali ke Sandakan, Sabah. Ada yang bertanya.."ustaz dah pindah nanti, ada tak perawat yg akan menggantikan ustaz alaa susah la macam ni,esok esok ustaz dah takdak kami nak cari siapa".Itulah antara keluhan mereka.Insyaallah, ramai lagi perawat yang berkebolehan selain dari saya, Bab KLON atau pelajar, insyaallah sekitar taiping, penang, kedah dan langkawi dan singapura dah nampak bayangnya. Merekalah yang akan meneruskan perjuangan saya..

Antara kenangan manis masuk majalah wawancara sekitar tahun 2010....