Isnin, 26 Mac 2012

Si Saka Dan Si Penumpang..

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bismillah..anda siapa?
Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya. Kes kali ini merupakan kes gangguan saka yang mana kehadiran jin saka di tubuh wanita tersebut menyebabkan wanita tersebut sering mengalami masaalah dalam hubungan suami isteri..pesakit mudah terasa dan dan mudah cemburu tanpa sebab. Untuk pengetahuan..kes seperti ini hampir serupa dengan sihir penghalang pernikahan tapi jika di perhatikan betul betul, jin saka juga boleh bertindak sedemikian bagi menghancurkah ikatan perkahwinan suami isteri kerana bagi jin saka, tubuh mangsa yang di dudukinya merupakan hak miliknya. Boleh jadi juga sebagai tujuan agar apabila terjadinya perceraian maka mudahlah si saka menguasai tubuh orang yang di dudukinya..mungkin terjadi kerana si suami sering membwa isterinya berubat ke sana sini bagi membuang saka isterinya.
Saka : aku saka neneknya..
Saya : apasal ganggu kehidupan dia..adakah engkau yang menyebabkan hadirnya kecurigaan si wanita ini pada suaminya ?
Saka : Ya..aku lah penyebabnya. Hahahaha..padan mukanya..
Saya : Aku beri kata dua..keluar atau terbunuh!
Saka : Aku pernah keluar tapi saja aku masuk balik sebab badan orang yang aku duduk tu dah penuh..aku dah tak tau mana tempat lagi aku nak pergi..
Dalam diam saya menarik energi pedang dengan Hak Kaaf Ha Ya Ain Shod..Sambil mengenggam pedang saya sembelih saka tersebut. Saka menangis dan dusssh..jatuh terkulai..

Pesakit masih tidak sedarkan diri..energi pedang saya tarik sekali lagi dan cuba utk menyembelih. belum sempat di sembelih pesakit bingkas bangun..ada jin lain rupanya. Lantas saya kunci dengan Kaedah Nurunniyah Alif Lam Mim..agar jin x keluar begitu saja dari tubuh pesakit.
Jin tumpang : tolong jangan sembelih aku..aku nak keluar.
saya : Aku tak nak lepaskan ko. Ooo senang senang nak masuk senang senang nak keluar ye! apasal masuk dalam badan dia?
Jin Tumpang : aku saja saja masuk dalam badan dia..aku tengok dia selalu duduk luar rumah petang petang, jadi aku masuk la.

Saya : Aku tak kira..kau dah buat salah, jadi kau juga harus di bunuh! ( saya letakkan genggaman di leher pesakit dan berlaku sedikit tarik menarik. Jin tumpang menghalang saya dari membunuhnya sambil menolak tangan saya)
Jin Tumpang : Tolonglah jgn bunuh aku, aku janji aku takkan masuk lagi. Kau zalim jika kau membunuh aku..aku dah minta maaf..( sambil menangis).
Saya : aku tak kira,aku nak bunuh juga. Hari ni aku rasa macam nak jadi pembunuh aje.( saya acah acah je)
Jin Tumpang : kau zalim..kau zalim..aku dah pun sedar kesalahan aku..tolonglah lepaskan aku. Kau pasti meyesal jika membunuh aku.
Saya : Ehhhh..aku tak zalim, ko yang zalim sebab masuk dalam badan dia. Kenapa pulak aku nak menyesal. Seronok pe bunuh jin..
Jin tumpang : kau zalim kau zalim (hish hish hish)
Saya : Ok..kali ni aku lepaskan ko..lain kali jangan masuk lagi. kalau ko buat lagi aku ada hak utk membunuh engko..o.k mana jin saka tadi..
Jin tumpang : dah mati..jasadnya dah hilang..aku nak keluar sekarang.
Pesakit sedar setelah saya lepaskan genggaman pada ibu jarinya. Alhamdulillah. Sekian untuk dongengan pada kali ini sebagai tatapan pembaca.



Sabtu, 17 Mac 2012

Derita Sihir 12 Tahun


سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rawatan pada hari pertama saya fokuskan untuk mengeluarkan jin sihir yang berada di tubuh pesakit. Alhamdulillah, Jin bernama salmah berusia 300 tahun berasal dari utara dapat di keluarkan dan yang terakhir,  seekor anak lipan keluar melalui celah tangan pesakit.
Hari kedua pula saya fokuskan untuk mengesan dan mengeluarkan bisa mahupun objek sihir dari tubuh pesakit. Hasil diagnosis, pesakit sering sakit pada bahagian kepala, pinggang dan perut. Pencarian menggunakan kaedah batin, Allah memperlihatkan barang sihir yang berada di perut pesakit, alhamdulillah..pembuangan dapat di lakukan dengan sempurna melalui tarikan dari sebelah kiri ke kanan perut pesakit. Di bahagian kepala pesakit terdapat beratus ratus bilah jarum. Sebatang kayu dan paku yang telah berkarat menusuk di bahagian bahu, dada dan tulang rusuk dan dawai yang berselerak di bahagian pinggang pesakit. Saya merasa letih yang teramat sangat setelah menarik objek objek sihir tersebut. Alhamdulillah..kesemua objek sihir tersebut dapat di keluarkan dan pesakit sendiri dapat merasakan objek tersebut keluar dari tubuhnya semasa proses tarikan di lakukan. Cuma tarikan di bahagian pinggang, perut dan bahu menyebabkan pesakit sedikit mengerang kesakitan.
Moga Allah memberikan kesembuhan yang berkekalan kepadanya..Amiin..

Khamis, 1 Mac 2012

Seminar Rawatan Islam - 21 April 2012, Di Sandakan, Sabah

DI BUKA

Program Keilmuan Terapi Amalan Nur Hikmah

Mari menambah ilmu pengetahuan serta HIKMAH dengan mengikuti Program Keilmuan Terapi Amalan Nur Hikmah. Khusus bagi orang awam dan perawat Islam yang mahu menambah ilmu pengetahuan dan mencari hikmah yang amat luas. Ingatlah ilmu Allah sangatlah luas dan disebarkan di kalangan kita melalui kurniaan Allah yang terpilih. Bukan ilmu tenaga dalam dan sewaktu dengannya, semata-mata suatu pendekatan taqarrub kepada Allah melalui petunjuk daripada Allah semata-mata.

Lokasi : Bilik Kuliah Masjid Ikhwanul Muslimin, Hospital Duchess Of Kent, Sandakan.

Tarikh : 21 april 2012 ( 8:00 am – 5:pm )

Pendaftaran:
Sila buat bayaran sebanyak RM200.00 ke akaun berikut selewatnya 18hb april 2012 dan maklumkan maklumat bayaran ke 017-8942521 atau ke Terapiqolbu@gmail.com. 

Pendaftaran SMS
Taipkan (TANH) (NAMA) (NO K.P) (DAERAH) ( MAKLUMAT PEMBAYARAN) DAN HANTAR KE 017-8942521. Sila simpan slip transaksi sebagai bukti pembayaran.

Akaun Maybank
Nama: Shahnon Ahmad
No: 155041031942

Silibus kursus

1.     Kaedah  merawat gangguan jin, sihir dan saka serta membuang aura negatif pada diri pesakit.
2.     Teknik scan/ mengesan gangguan.
3.     Kaedah membuat rawatan jarak jauh
4.     Kaedah pagar diri dan membuat pagaran badan pada pesakit
5.     Kaedah Mengisi ilmu pengasih.
6.     Kaedah Membuat susuk ayat (menggunakan ayat2 suci Al-Quran)
7.     Kaedah Menghentam tukang sihir.
8.     Mengubati penyakit berat  dengan  kaedah Nurun Nubuwwah.
10.   Mempertajamkan indera ke 6
11.   Kaedah Benteng diri yang kukuh
12.   Menarik Sukma
13.   Teknik Pedang Kursi
14.   Teknik pancaran Kursi

Amalan Bonus:

1.      Hizib intikam ( tujuan penyerangan )
2.      Hizib Sakron ( tujuan pertahanan )
3.      Amalan Membuka Mata Batin

Memandangkan limit penyertaan hanya 30 orang, sila buat bayaran awal sebagai pengesahan awal.
Untuk pengetahuan. Seminar kali ini merupakan penutup bagi program keilmuan ini.

Sebarang Pertanyaan : Boleh menghubungi saya atau En.Saiful Ahmad (penyelaras RITEQ sandakan)
: 014-2815708

Ahad, 19 Februari 2012

Pengertian Dan Di Sebalik Fungsi Hizib Intikam


سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Soalan..?
1.    Apa yang di maksudkan dengan Hizib ?
2.    Apakah kegunaan/ Fungsi Hizib Intikam ?
Jawapan..
1.  Hizib berasal dari bahasa Arab: HIZBUN. Yang ertinya: kelompok, golongan,  jenis, wirid, atau senjata. Hizib adalah himpunan ayat-ayat Al-Qur’an dan untaian kalimat zikir, Asma Allah (ismul a’azham) dan do’a yang disusun untuk diamalkan dengan membacanya atau diwiridkan (diucapkan berulang-ulang) sebagai salah satu bentuk ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT (Taqarrub Ilallah).

Jadi kandungan dari sebuah Hizib selain berisi pujian mengagungkan Asma Allah SWT dan shalawat Nabi juga mengandung doa untuk memohon pertolongan kepada Allah. Hizib juga mengandungi banyak rahsia (sirr) yang sulit difahami oleh orang awam, seperti kutipan beberapa ayat Al Quran yang terkadang isinya seperti tidak terkait dengan lafal rangkaian doa sebelumnya. Para ahli Hizib berpendapat bahwa dalam hal ini yang terkait adalah asbabun nuzul-nya.
Hizib yang Haq (benar) secara langsung atau tidak, akan bersumber dari ayat-ayat Al Quran, dalil hadist Nabi SAW dan doa-doa yang baik. Sedangkan Hizib yang bertentangan dengan nash (Al Quran dan Hadist) baik dalam lafal hizib maupun fungsi dari hizib, maka hizib tersebut di anggap sesat.

2.  Hizib  Intikam ini  termasuk  dalam  kategori  hizib  penghancur, dan  di kelompokkan  dalam satu paket keilmuan  dengan  Keilmuan Terapi nur Hikmah.
Hizib Intikam adalah terdiri dari 6 ayat pendek dari al-quran yang amat jelas ertinya sehingga mudah di fahami dan di resapi.  Jika  ada  yang  pernah  mengamalkan  amalan2  pendek  seperti  Hizib  Maghrobi  (1-3),  ASR  madura, Asma malaikat (1-5) juga Asma Suryani dan Hizib Kursi maka setelah mengamalkan Hizib Intikam ini akan  merasakan  perbezaan  dengan  amalan2  tersebut  kerana  lebih  cepat  hasilnya dan lebih dahsyat daya hancurnya pada segala bentuk kezaliman, sihir, santet dll.  Amat di galakan di amalkan bagi pesakit yang mengalami gannguan sihir, dan apabila  di  gunakan  untuk  menolong  orang  yang  mengalami gangguan dan serangan sihir,  maka  dengan  izin,  ridha  dan  rahmat Allah,  seluruh  jin2  zalim  beserta  bomohnya  beserta  yang  menyuruhnya  hancur  (paling  ringan terganggu jiwanya) karena terkena azab Allah.
Hizib  Intikam    ini  termasuk  dalam  kategori  hizib  penghancur. Dalam  aplikasinya,  dengan  Rahmat Allah, Hizib Intikam  mampu membalikkan serangan sihir / ghaib dengan kekuatan beribu2 kali lipat kepada  mahluk  yg  terlibat  dalam  menzalimi,  baik  dari  golongan  jin,  syaitan,  binatang  buas, maupun manusia.

Isnin, 23 Januari 2012

Merawat Pesakit Strok

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pagi tadi saya di jemput oleh keluarga pesakit bagi merawat ayah mertuanya yang telah sakit lumpuh selama lebih kurang 8 bulan. Berbagai kaedah telah di gunakan termasuklah rawatan traditional, urutan, fisioterapi, berbekam dan macam macam lagi. Hukum Allah..tiada kesembuhan melainkan dengan keizinanNya.Perjalanan ke rumah pesakit mengambil masa sekitar dua puluh minit.dalam perjalanan sempat juga berbual bual mengenai punca kenapa pesakit menjadi lumpuh.
Setibanya di rumah pesakit, saya terus mendiagnos pesakit bermula dari kaki kanannya.Bisa terasa menusuk ke tangan kanan hingga ke siku apabila saya menyentuh  kaki pesakit.Hmmm..maybe..benarlah ada gangguan. Saya membacakan beberapa potongan ayat ayat al quran sambil menepuk nepuk bahagian yang lumpuh dan di selang selikan dengan memicit micit pada bahagian point point tertentu. Seterusnya melakukan beberapa tikaman dan di akhiri dengan menarik aura negatif pada tubuh pesakit.
Setelah semua selesai..pesakit cuba mengangkat kaki kanannya yang lumpuh, Alhamdulillah..kaki pesakit sudah boleh di gerakkan dan pesakit mengangkat kakinya sambil mengoyang goyangkanya. Tangan pesakit pun sudah mula menjadi lembut. Di akhir rawatan, barulah keluarga pesakit mengatakan sebelum ni mereka telah membawa seorang doktor ke rumah mereka bagi merawat penyakit ayahnya, dan mengikut keterangan doktor tersebut, pesakit sememangnya tidak mengalami penyakit strok dan doktor tersebut mencadangkan agar pesakit melakukan rawatan fisioterapi.
Harapan saya pada pesakit agar sentiasa dan rajin melakukan senaman supaya segala urat saraf yang sudah sekian lama tidak berfungsi menjadi aktif semula. Moga kesembuhan berkekalan hendaknya. Amiin..

Ahad, 25 Disember 2011

Pentas Opera..Esok Bila Ayah Dah pergi


Bismillahirrahmanirrahim...
Artikel ni ana copy dari blog abg ana SaifulSkan atau lebih mendalam lagi maknanya Pedang Sandakan. Sedih dan sebak rasanya bila terbaca wasiat dari seorang ayah (arwah Cikgu Azam) pada anak-anaknya melalui blognya.....Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..Ameen...



ESOK BILA AYAH PERGI

Anak-anak ayah
Dengar betu-betul pesan ayah
Lepas ni tak boleh cakap dah
Apabila kelu mulut dan lidah..

Sekiranya esok ayah pegi
Jangan le anak ayah tangisi
Tapi kalau sedih di sanubari
Itu tanda anak ayah tetap dihati...

Nabi dulupun sedih juga
Bila anak lelaki dia pergi tiga-tiga
Tapi jangan nangis lama sangat
Banyak benda anak ayah kena buat....

Sedih lama sangat ayah tak mahu
Sebab tempat ayah pegi tu semua dah tahu
Ayah nak jumpa Dia
Ayah menyahut seruan Nya.....

 Mula-mula sekali
Pasal solat sudahlah pasti
Kena buat setiap hari
Jangan abaikan walau sekali.....

 Anak-anak ayah kena janji
Kena jaga diri sendiri
Ayah serahkan anak-anak pada Allah
Sebagai Penjaga, Pemelihara ayah berserah....

 Anak-anak ayah
Mama tu kena le dijaga
Waktu susah waktu selesa
Selama ni dia dah berjaga
Membesarkan kamu semua....

Kata-kata mama jangan dilawan
Ayah tak de nak dibuat kawan
Lagi satu ayah nak pesan
Mama nak kahwin sila izinkan.....

Bila ayah dah pergi
Ayah dah tak de sapa-sapa
Kalau anak-anak ayah sudi
Doa-doakan ayah kat sana....

Kalau anak-anak ayah simpati
Kirim-kirimlah fatihah
kalau ayah dekat dihati
Rajin-rajinlah bersedekah.....

Bukannya apa
Ayah dah tak de apa
Amal pun tak seberapa
Dosa yang bertimpa-timpa.....

Doa-doakanlah ayah
Semoga Allah tak marah
Banyaknya dosa tak tahu nak cakap dah
Soal jawab diharap mudah.....

Anak-anak ayah dah tahu dah
Ayah nak anak-anak ayah
Jadi hafiz dan hafizah
Jangan hampakan harapan ayah.....

Nanti bila ayah dah pergi
Anak-anak ayah jangan kelahi
Harta dunia ni macam daki
Semua orang boleh cari
Yang ada tu pakat le kongsi.....

Amalan setiap malam jangan dilupa
Surah Al Mulk Sejadah selalule baca
Solat malam diteruskan juga
Walau terpaksa bersengkang mata....

Al quran dan Sunnah jadi panduan
Ayah ingatkan sebagai bekalan
Tinggalan oleh Rasul junjungan
Buat umat sepanjang zaman....

Kawan-kawan ayah tolong beritahukan
Orang bawahan orang atasan
Segala silap tolong maafkan
Maklum le ayahkan Cuma insan....

Hutang ayah tolong selesaikan
Guna duit ayah dalam simpanan
Yang baki tu bahagi2kan
Untuk yg hidup jadi bekalan....

Ingat le anak-anak ayah nak kata
Pesan ni mesti dikota
Hidup jangan bersengketa
barulah kita tidak derita......

Sekian saja pesanan ini
Untuk yang hidup dari yang mati
Ayah ni jangan dilupai
Lawatlah ayah jengukle sesekali......

Di pusara ayah menanti
Amal sedikit temani diri
Wasiat ayah sila turuti
Supaya hidup bahagialah diri.....

p/s: Jangan lupa cium dahi ayah sebelum dikapankan yaa..

Sumber cerita http://pedangskan.blogspot.com

Sabtu, 17 Disember 2011

Gangguan Jin..Tanpa Di Sedari


سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apabila anda diganggu, terdapat banyak tanda-tanda yang menunjukkan anda sedang
diganggu oleh makhluk halus. Antara tanda-tanda tersebut yang mungkin anda alami sekarang adalah..

1.    Sakit kepala dan dada selepas waktu asar dan ke atas.

2.    Badan terasa berat dan menjadi malas.

3.    Sukar mendapat jodoh sehingga digelar bujang tua atau andartu.

4.    Badan terasa bisa atau gatal.
 
6.    Sukar untuk tidur malam.

7.    Sakit pinggang tanpa sebab.

8.    Mimpi melihat binatang berbisa seperti ular.

9.    Bermimpikan bayi atau kanak-kanak atau menyusukan bayi.
10.    Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.

11.    Bermimpi berada di tempat yang kotor.

12.    Sakit anggota badan tertentu seperti kaki atau tangan selepas waktu asar.

13.    Terasa seperti ada benda bergerak di bawah kulit.

14.    Bayi yang anda jaga kerap menangis.

15.    Bunyi guli jatuh dan bergolek di atas syiling.

16.    Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

17.    Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

18.    Malas beribadat.

19.    Panas baran dan marah tanpa sebab.

20.    Sikap berubah secara mendadak.

21.    Gelisah dan panas di tengkuk apabila mendengar bacaan al-quran.

22.    Suka melakukan tabiat buruk.

23.    Kerap sendawa apabila mendengar bacaan al-quran.

24.    Kerap keguguran.

25.    Gagal melakukan hubungan kelamin.

26.    Mengantuk apabila mendengar bacaan al-quran.

27.    Bermimpikan sesuatu yang sangat menakutkan.

28.    Darah haid tidak kering lebih dari 15 hari.

29.    Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.

30.    Selalu ditindih ketika tidur.

31.    Kuat berangan kosong.

32.    Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

33.    Nafsu seksual yang melampau.

34.    Selalu melihat kelibat di rumah.

35.    Terasa diri selalu diperhatikan atau diekori.

36.    Mandul.

37.    Kerap mendengar sesuatu bisikan.

38.    Melihat makhluk halus secara terus.

39.    Sakit mental atau gila.

40.    Sakit tulang belakang tanpa sebab.

41.    Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal.

42.    Loya atau sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.

43.    Sakit di bahagian tulang rusuk kiri atau kanan dan ulu hati.

44.    Sakit di bahagian tulang punggung tanpa sebab.

45.    Timbul rasa takut tanpa sebab.

46.    Sering pengsan tanpa sebab.

47.    Kerap mendengar bisikan atau hasutan untuk  melakukan perkara-perkara syirik.

48.    Ragu-ragu tentang keimanan yang boleh menyebabkan murtad.

49.    Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.

50.    Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa, sekiranya anda mempunyai tiga tanda daripada
tanda-tanda di atas, menunujukkan anda sekarang sedang diganggu oleh makhluk halus dan harus menjalani rawatan.