(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.(Al-Anfal 9)
Ahad, 26 Januari 2014
Pengajian Ilmu Al Hikmah-Jurus 7 Sendi
Merupakan amalan jurusan al hikmah yang menggunakan amalan zikir asmaul husna sebagai sarana pengisian kekuatan dalaman. Di namakan jurus 7 sendi kerana ianya memfokuskan serangan makrifat pada 7 anggota makhluk mengikut rahsia hari.
Mahar : RM260.00
Metode Pengisian : Zikrullah
Kaedah Pembelajaran : Hadir atau jarak jauh
Hubungi : 017-8942521
Ahad, 19 Januari 2014
Perawat-Mantapkan Diri Mu Dengan Ilmu Yang Bermanfaat
Pagi tersebut,aku merasakan sesuatu kelainan pada diriku.aku merasakan diriku seperti di hujani berbagai serangan dari setiap penjuru. firasat batin memimpin ku mencari jawapannya. serba tak kena.keadaan berterusan sehingga ke waktu maghrib. usai melakukan solat maghrib, tergerak bibir ku menzikirkan petikan dari surah Thaha ayat 69,.."tidak menang tukang sihir tersebut,dari manapun ia datang". Gedebuk..terdengar dengan jelas bunyi jatuh dan langkah kaki berlari di atas siling. aku hanya mendiamkan diri. anak dan isteri ku turut mendengarnya dan mula mengajukan berbagai pertanyaan pada ku. aku hanya mendiamkan diri dan hanya mengatakan bahawa aku tidak mendengar apa apa.dan aku berharap jawapan ku itu dapat menenangkan hati anak dan isteriku.Aku teruskan lagi zikir tersebut..sekali lagi terdengar bunyi yang sama. Nahhhh!!! ALLAH telah menunjukkan pada ku asbab bagi perasaan ku ini. Anak dan isteri mula menjadi risau.
Penyerang ku telah mula menunjukkan dirinya..maka ku mulakan langkah serangan. dua hembusan ku hembuskan ke arah mereka. ALhamdulillah, ALLAH memelihara ku dari perbuatan khianat musuh musuhku..
Risiko perawat..
Sebaliknya anda perlu mengambil kira akan kemungkinan sebarang serangan balas. Antaranya serangan balas itu boleh jadi dari jin yang mengganggu pesakit dan adakalanya sekiranya sihir anda berkemungkinan akan menghadapi serangan daripada tukang sihir. Anda juga berkemungkinan menghadapi serangan dari mana-mana jin yang berniat buruk terhadap anda samada kerana anda melakukan sesuatu yang tak disukainya.
Bukan hanya anda...tapi ahli keluarga anda terutamanya boleh menjadi sasaran serangan balas. Maka amalan pendinding diri dan keluarga sangat penting. Merawat diri atau orang lain bererti anda berurusan dengan makhluk-makhluk ghoib. Walau mereka yakni bangsa jin juga adalah makhluk ALLAH seperti kita , namun anda perlu tahu risikonya...dan bersedialah menghadapi sesuatu yang diluar jangkaan anda sendiri. Wahai perawat. carilah dan penuhilah dada mu dengan ilmu yang dapat memanfaatkan diri dan ahli keluarga mu.
Rabu, 15 Januari 2014
Ilmu Karomah Nur Nubuwwah
Insayaallah, sebelum balik dan berpindah ke sabah april 2015
tahun depan.maka tergerak hati ini untuk mengijazahkan lagi satu
khazanah ilmu yg sudah lama berada dalam simpanan saya.Dalam versi lain amalan
doa nur nubuwwah merupakan amalan warisan keluarga kami dari arwah kakek/Datuk
saya seterusnya di perturunkan kepada ayah saya.merupakan kumpulan amalan ilmu
hikmah tingkat tinggi yang mempunyai kegunaan yang sangat banyak bergantung
dari pengamalnya, semakin lama anda mengamalkan amalan ini maka semakin
terkumpul kuat tenaga metafizik di dalam tubuh anda sehingga boleh dipergunakan
untuk berbagai hajat dan keperluan di antaranya:
- Benteng Badan Gaib.
- keselamatan mutlaq dari
kejahatan kasar dan halus.
- Memagari Rumah, kedai,
kilang, ladang, benda, dll.
- Melancarkan Rezeki
- Membayar Hutang.
- Menyerap Tenaga
Metafisik (tenaga alam, karomah wali, dll).
- Silat Karomah / Bela
Diri Setrum / Bela Diri Hubungi / Silat Ghaib.
- Merawat Penyakit
perubatan maupun non perubatan
- Membuat Air Husada +
minyak husada
- Terapi Halilintar
- Memindahkan Penyakit ke
Dalam Telur
- Merawat Kesurupan
- Merawat santet
- Rawatan Dadah
- Pembungkam Orang Zalim
atau Anjing Galak atau Buaya atau Ular.
- Menghilang Dari
Pandangan musuh
- Menyingkirkan Mendung
atau Hujan
- Memanggil Sukma Orang
Lain
- Memanggil Jin atau
Khodam lokasi
- Mengetahui dan
Berkomunikasi Dengan Isi Pusaka
- Membuka Mata Batin dan
Indra Keenam Serta Mengasah Ilmu.
- Meringankan Tubuh.
- Melihat Aura,
Terawangan.
- Menawar Santet
- Menawar Sial / Membuang
Tenaga Negatif
- Bedah Aura
- Membakar Jin / Terhindar
dari Semua Kejahatan.
- Puter Giling atau
Mengembalikan Barang yang Hilang.
- Dipenuhi Semua Hajat.
- Pemburu Jin atau Hantu.
- Mengendalikan Nafsu dan
Kuat Sex.
- Menyatukan Suami Isteri
atau Dua Hati (Pengasihan Tingkat Tinggi).
- Mustika payung rosul,
dan masih banyak kegunaan lainya.
- Ilmu khusus terawangan
Mahar : RM260.00
Cara Pengajian : Hadir ataupun Jarak jauh
Hubungi : 017-8942521
Rabu, 1 Januari 2014
Perawat Sandakan, Sabah
Syeikhul islam Ibn Tamiyah mengatakan adalah merupakan
fardhu kifayah terhadap orang yg mempunyai pengetahuan untuk mengubati
kerasukan dan ia juga merupakan sesuatu yang disyariatkan dan seutama-utama
pekerjaan dan inilah yang dilakukan oleh para nabi dan solehin.
Kepada yang memerlukan khidmat
rawatanya, bolehlah menghubungi sahabat perawat m, Sdr. Saiful Ahmad di No tel : 014-2815708. Khidmat rawatan melalui temujanji sahaja.
Ahad, 17 November 2013
Sihir Tok Cha
Pesakit mengalami gangguan kronik selama 3 tahun dan pernah menghadapi saatnya seumpamanya nazak sakaratul maut. Terpaksa di letakkan di tengah ruang tamu rumah bagi memudahkan kaum keluarga dan kenalan menziarahinya. Pernah saatnya seperti nazak maka di panggilah jiran tetangga dan saudara terdekat membacakan yassin padanya. Di saat mereka membacakan yassin, pesakit berkelakuan aneh dengan mencekik lehernya sendiri. Puas suami pesakit membawa berubat ke merata tempat, ke utara dan ke selatan sehinggakan ada perawat yang terpaksa menolak pesakit ini apabila minta di rawat lagi. Hampir berputus asa dengan keadaan,maka terlantarlah si pesakit di tengah ruang tamu rumahnya hanya menunggu berlakunya keajaiban. Suatu hari si suami mendapat nombor telefon saya melalui rakannya yang juga pernah di rawat oleh saya. Maka temujanji pertemuan pun di adakan.
Ketika sampai di rumah pesakit, pesakit mengarahkan suaminya agar menyuruh saya balik. Kelihatan tangan dan tubuh pesakit menggeletar dengan kuat. Saya hanya ,mendiamkan diri, lalu saya dekati pesakit perlahan lahan. Kesimpulan dari cerita si suami, saya beranggapan kuat bahawa jin yang menganggu pesakit ini bukanlah jin biasa, sehinggakan ada perawat yang menolak apabila di minta untuk merawatnya.
Saya pasrahkan hanya kepada ALLAH, tiada yang hebat melainkan ALLAH, tiada yang Agung melainkan ALLAH, Tiada yang memberi mudarat melainkan dengan keiizanan ALLAH. Saya alunkan Zikir ZINK ke telinga pesakit dengan harapan memberi manfaat pada pesakit. Masyaallah, Subhanallah. hanya ALLAH yang mengatur segala galanya dan memberikan apa yang terbaik buat hamba yang berserah pada NYA. Sedikit pun tidak kelihata jin tersebut terazab dengan zikir zikir yang saya bacakan, akan tetapi jin tersebut seperti tertunduk dengan segala perintah dan tegahan yang saya ucapkan. Benarlah rahsianya hanya pada pengetahuan Penciptanya.
Segalanya menjadi mudah selepas itu, walaupun jin tersebut sedikit pun tidak merasa terazab tetapi ia patuh pada setiap perintah yang saya ucapkan. Jin tersebut akur untuk mengeluarkan semua barang sihir di dalam tubuh pesakit sambil membaca mantera yang tidak saya fahami(siam).Segalanya berlaku tanpa di rancang, saya hanya menanti sahaja sehingga semua barang sihir di keluarkan.
Seminggu selepas itu suami pesakit menghubungi saya. ALHAMDULILLAH, suami berkata tidak ada lagi tanda tanda gangguan pada diri isterinya.
Yassin, demi Al Quran yang penuh Hikmah. Alif Lam Mim,kitab Al Quran itu tidak ada keraguan padanya dan menjadi petunjuk bagi orang orang yang bertakwa. .
Khamis, 17 Oktober 2013
Sakit Mata Akibat Sihir
3 minggu lamanya pesakit mengalami masaalah penglihatan. Mata pesakit akan menjadi sakit, kabur dan terasa berpasir apabila menjelang tibanya waktu maghrib. Puas menggunakan segala ubat ubatan, pesakit mencuba untuk mendapatkan rawatan al quran.
Saya mulakan rawatan dengan membacakan pada tapak tangan saya dengan bacaan ayatul kursi lalu saya letakkan tapak tangan pada bahagian mata pesakit. Ketika bacaan ayat ayat al quran, kelihatan tangan pesakit mula bergerak dan cuba mengalihkan tangan saya dari bahagian mata pesakit. saya teruskan bacaan al quran sehingga jin dalam tubuh pesakit mula berbicara.
Saya : kenapa ganggu pesakit ini?
Jin : Aku nak dia buta!
Saya : Siapa Tuan kamu dan di mana usul nya?
Jin : Aku tak tahu..yang aku tahu tiba tiba saja aku sudah berada di tubuhnya!
Saya ancam jin tersebut dengan Ayat pembakar dan ternyata jin tersebut mula meraung kesakitan. ALLAHUAKBAR! HEBATNYA AYAT AYAT ALLAH! Terkandung segala kelebihan, penawar dan rahmat kebaikan bagi orang yang mengimaninya. Ketika sedang khusyuk meneruskan bacaan, tiba tiba pesakit sedar dari rasukan. Lalu saya suruh pesakit beristighfar dan menumpukan semula pada rawatan yang di jalankan.
Saya memohon pada ALLAH..Ya Allah sekiranya jin ini terlepas lari saya mohon kekuatan dan pertolongan mu untuk menariknya semula masuk ke dalam jasad ini. Lalu saya membuat pasungan dengan kaedah Alif lam makrifat dan sedut semula dengan menggunakan kaedah Nun dalam Kaedah Zikir ZINK.
Dengan izin ALLAH, jin hadir semula ke dalam tubuh pesakit dan mula merayu minta di lepaskan. Saya mohon pada ALLAH untuk berbicara dengan tukang sihir. Bismillah..Karamallah Hu ALLAH...Ilaa Ruuuhi.....Alhamdulillah. Semua dengan keizinan ALLAH. Tukang sihir berjaya di hadirkan dan dengan izin ALLAH jua hati tukang sihir berjaya di lunakkan. Jin berjanji untuk keluar dan menawarkan diri untuk membuang segala barang sihir di bahagian mata pesakit tanpa di minta. Saya arahkan jin tersebut meletakkan barang sihir di atas tapak tangan saya. Sihir di letakkan dan terasa bahang panasnya.
Setelah semua selesai akhirnya pesakit sedar semula. Alhamdulillah, hilang segala kesan dan kesakitan pada matanya. Syukur pada Mu Ya ALLAH.
Sabtu, 12 Oktober 2013
Doa Pedang (Syaifush Saghir )
Sayfush Shaghir artinya pedang kecil. Doa ini digunakan
untuk melunakkan dan menundukkan hati lawan, orang-orang yang zalim. Saya terima ijjazah doa ini dari sebuah Perguruan xxxxxxx Indonesia. Sebaiknya di baca setiap Ba'da solat atau sebaiknya setiap malam jumaat.
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صـل على محمد وآل محمد
رَبِّ اَدْخِلْنِيْ فِي لُجَّةِ بَحْرِ أَحَدِيَّتِكَ،
وَطَمْطَامِ يَمِّ وَحْدَانِيَّتِكَ. وَقَوِّنِي بِقُوَّةِ سَطْوَةِ سُلْطَانِ
فَرْدَانِيَّتِكَ. حَتَّى اَخْرُجَ إِلَى فَضَآءِ سَعَةِ رَحْمَتِكَ وَفِي
وَجْهِيْ لَمَعَاتُ بَرْقِ اْلقُرْبِ مِنْ أَثَارِ حِمَايَتِكَ، مَهِيْبًا
بِهَيْبَتِكَ، عَزِيْزًا بِعِنَايَتِكَ، مُتَجَلِّلاً مُكَرَّمًا بِتَعْلِيْمِكَ
وَتَزْكِيَّتِكَ.
وَاَلْبِسْنِيْ
خِلَعَ اْلعِزَّةِ وَاْلقَبُوْلِ. وَسَهِّلْ لِيْ مَنَاهِجَ اْلوُصْلَةِ
وَاْلوُصُوْلِ. وَتَوِّجْنِيْ بِتَاجِ اْلكَرَامَةِ وَاْلوَقَارِ.
وَاَلِّفْ
بَيْنِيْ وَبَيْنَ أَحِبَّآئِكَ فِيْ دَارِ الدُّنْيَا وَ دَارِ اْلقَرَارِ.
وَارْزُقْنِيْ مِنْ نُوْرِ اسْمِكَ هَيْبَةً وَسَطْوَةً تَنْقَادُ لِيَ
اْلقُلُوْبُ وَاْلأَرْوَاحُ. وَتَخْضَعُ لَدَيَّ النُّفُوْسُ وَاْلأَشْبَاحُ.
يَا مَنْ
ذَلَّتْ لَهُ رِقَابُ الْجَبَابِرَةِ، وَخَضَعَتْ لَدَيْهِ اَعْنَاقُ
اْلأَكَاسِرَةِ، وَلاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ وَلاَ
إِعَانَةَ إِلاَّ بِكَ وَلاَ اتِّكَآءَ إِلاَّ عَلَيْكَ
.اِدْفَعْ عَنِّي كَيْدَ اْلحَاسِدِيْنَ وَظُلُمَاتِ
شَرِّ الْمُعَانِدِيْنَ. وَارْحَمْنِي تَحْتَ سُرَادِقَاتِ عَـرْشِكَ. يَا
أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ أَيِّدْ ظَاهِرِيْ فِي تَحْصِيْلِ مَرَاضِيْكَ
. وَنَوِّرْ قَلْبِيْ وَسِرِّيْ بِاْلإِطْلاَعِ عَلَى
مَنَاهِجِ مَسَاعِيْكَ.
إِلَهِيْ كَيْفَ اَصْدُرُ عَنْ بَابِكَ بِخَيْبَةٍ
مِنْكَ وَقَدْ وَرَدْتُهُ عَلَى ثِقَةٍ بِكَ، وَكَيْفَ تُؤْيِسُنِيْ مِنْ
عَطَآئِكَ وَقَدْ أَمَرْتَنِيْ بِدُعَآئِكَ. وَهَا أَنَا مُقْبِلٌ عَلَيْكَ
مُلْتَجِئٌ إِلَيْكَ..
بَاعِدْ
بَيْنِيْ وَبَيْنَ أَعْدَآئِي كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ أَعْدَآئِكَ، إِخْتَطِفْ
أَبْصَارَهُمْ عَنِّيْ بِنُوْرِ قُدْسِكَ وَجَلاَلِ مَجْدِكَ إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ
الْمُعْطِي جَلآَئِلَ النِّعَمِ الْمُكَرَّمَةِ لِمَنْ نَاجَاكَ بِلَطَآئِفِ
رَحْمَتِكَ
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَا اْلجَلاَلِ
وَاْلإِكْرَامِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ
أَجْمَعِيْنَ الطَّيِّبِيْنَ الطَّاهِرِيْنَ.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan
keluarganya
Tuhanku, masukkan aku ke dalam samudra keesaan-Mu, dan
keluasan lautan ketunggalan-Mu. Kuatkanlah aku dengan kekuatan keperkasaan
kekuasaan kesatuan-Mu. Sehingga aku keluar memasuki limpahan keluasan kasih-Mu,
dan dalam wajahku ada kilatan cahaya kedekatan dengan-Mu, akibat
perlindungan-Mu, berwibawa dengan wibawa-Mu, perkasa dengan bantuan-Mu,
ditinggikan dan dimuliakan dengan pengajaran-Mu dan pensucian-Mu.
Bungkuslah aku dengan busana kemuliaan dan penerimaan-Mu.
Mudahkan bagiku jalan-jalan untuk mencapai dan bergabung dengan-Mu. Mahkotai
aku dengan mahkota kemuliaan dan kehormatan.
Ikatkan kecintaan antara aku dengan para kekasih-Mu, di
kampung dunia dan kampung abadi. Karuniakan kepadaku dari cahaya nama-Mu
kewibawaan dan kekuasaan yang menyebabkan semua hati dan arwah tunduk di
hadapanku, yang membuat semua jiwa dan makhluk merendah kepadaku.
Wahai yang terhempas di hadapan-Nya kuduk-kuduk para
penguasa dan pasrah kepada-Nya leher-leher para tiran, tiada tempat berlindung
dan tiada tempat keselamatan dari-Mu kecuali pada-Mu. Tidak ada bantuan kecuali
dengan-M, tidak ada sandaran kecuali kepada-Mu.
Tolakkan dariku reka-perdaya orang-orang yang dengki dan
kezaliman kejahatan musuh-musuhku. Sayangilah aku di bawah naungan Arasy-Mu.
Wahai Yang Paling Pemurah dari segala yang pemurah. Kokohkan badan lahirku
untuk memperoleh keridhaan-Mu. Sinari hatiku dan batinku untuk bisa melihat
jalan-jalan menuju-Mu.
Ilahi, Tuhanku, bagaimana mungkin aku keluar dari
pintu-Mu dengan kesia-siaan dari-Mu, padahal telah aku pasrahkan diriku pada
kepercayaan kepada-Mu. Bagaimana mungkin Engkau membuat aku putus asa, padahal
telah Kau perintahkan aku untuk berdoa kepada-Mu. Inilah aku menghadap
kepada-Mu dan berlindung kepada-Mu.
Jauhkan aku dari musuh-musuhku sebagaimana Engkau
menjauhi musuh-musuh-Mu. Silaukan pandangan mereka kepadaku dengan cahaya
kesucian-Mu dan kebesaran kemuliaan-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Allah, Pemberi
anugrah yang besar dan dimuliakan kepada orang yang menyeru-Mu melalui
kelembutan rahmat-Mu.
Ya Hayyu Ya Qayyum. Wahai Yang Hidup, wahai Yang Abadi.
Wahai pemilik keagungan dan kemuliaan, semoga Allah menyampaikan shalawat
kepada junjungan kami dan Nabi kami Muhammad beserta semua Keluarganya yang
baik dan suci.
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)




.jpg)
.jpg)
.jpg)