Sementara menunggu kehadiran pelajar tahap 4, aku di datangi seorang pesakit lelaki yang mengadu mengalami gangguan selama bertahun tahun lamanya sejak sebelum mendirikan rumahtangga. Di ceritakan oleh pesakit tersebut bahawa beliau tidak mengalami apa apa masaalah kesihatan kecuali seringkali menerima bisikan ataupun teguran apabila pesakit melakukan dosa kesalahan terhadap manusia mahupun pada ALLAH. Keadaan tersebut membuatkan pesakit mengalami ketakutan dan telah mencuba berbagai bagai kaedah rawatan hinggakan ada sesetengah perawat yang meminta untuk berguru dengan pesakit tersebut.
Setelah selesai meneliti dan berbual bual dengan pesakit, lalu aku mengarahkan pesakit duduk bersandar sambil aku membacakan ayat ayat pembuka, pembenteng bagi diriku. Ku perhatikan, pesakit mula menggigil dan reaksinya mula berubah seolah sudah di resapi oleh makhluk yang di maksudkannya.
Aku membiarkan saja reaksi pesakit, lalu aku memulakan pembacaan ayat ayat rukyah. Ketika di bacakan ayat ayat tersebut, makhluk tersebut hanya menggelengkan kepalanya. Hinggalah pada bacaan ayat ayat kursi dan seterusnya, makhluk tersebut mula mengikuti bacaan ku dan sekali sekalai membaca " La haula wal quwwata illa billah" dan kadangkala berzikir menyebut nama ALLAH. Aku mula mengazab makhluk tersebut dengan perlbagai kaedah azab tetapi tidak menimbulkan reaksi sakit, hanya kedengaran darinya akan sebutan Haqaulah dan zikir ALLAH.
Kadang timbul perasaan buntu pada diri ku hinggalah mahkluk tersebut berkata," Wahai manusia akhir zaman, sesungguhnya telah datang peringatan dari Tuhan Mu bahawa huru hara pasti berlaku.(lebih kurang seperti itu).Aku menyakini bahawa makhluk tersebut beragama islam lalu aku mengambil peluang tersebut untuk berdialog dengannya. Mengikut dialog tersebut, dia(makhluk tersebut), turun ke bumi setiap seribu tahun sekali ke dunia atas perintah ALLAH untuk pergi kepada manusia pilihan ALLAH untuk di beri peringatan. Berkata juga makhluk tersebut bahawa ianya dari golongan wali ALLAH. Apabila ia berkata seperti itu, aku terus memasang perangkap dengan bertanya padanya adakah kamu dari golongan wali manusia atau wali dari golongan jin.?, tetapi malangnya soalan maut ku tidak berjaya apabila makhluk tersebut mengatakan bahawa dia adalah golongan dalam Sirr/ rahsia ALLAH.
Merasa gagal dengan perangkapku lalu aku mengemukakan berbagai hujah agar makhluk tersebut merasakan bahawa perbuatannya adalah salah. Tetapi hujah makhluk tersebut lebih baik dari hujah ku hinggakan aku sendiri kekadang tertanya tanya adakah benar apa yang di perkatakannya.
Buntu..aku membiarkan mahkluk tersebut terus berkata kata, lalu dalam diam aku binasakan diri dan fanakan dalam isyarat gerak syahadah. Tiba tiba yang ku tahu pesakit sudah sedar dari resapan makhluk tersebut sambil menghela nafas panjang lantaran keletihan. Aku baringkan pesakit lalu aku pegang dadanya sambil membacakan ayat suarah al fajr ayat 27-30 berulang ulang sambil berniat untuk kesembuhan pesakit. Di tengah tengah ketenangan tersebut kedua dua pelajar tahap 4 ku sampai dan mula duduk di hadapan ku dan aku beberapa minit kemudian aku hentikan rawatan dengan bertanya pada pesakit bagaimana dengan perasaan mu di saat ini. ALhamdulillah, pesakit merasa sedikit ketenangan dari yang sebelumnya. pesakit bertanya padaku apakah jenis gangguan yang di alaminya. Aku jawab dengan baik, datang lagi selepas 3 hari dan akan saya terangkan pada kamu.
Saya jeling pelajar tahap 4 sambil berkata,"rugi kamu tak sampai awal tadi"....
Tertanya tanya juga perihal makhluk tersebut..bermain main di benak fikiran salah satu bait syairnya.."di intai hamba(pesakit) ini oleh penduduk langit ketika di alam kandungan lagi",,telah ku tanyakan pada pesakit perihal adakah ibunya ada mengalami masaalah gangguan atau sesuatu yang bersifat gahib semasa mengandungkan pesakit.? Pesakit menidakkannya dan hanya mengatakan bahawa ibunya hanya rajin membaca Al-Quran semasa mengandungkanya.Siapakah makhluk tersebut?????moga kita tidak tersesat dalam menempuh jalan kebaikan.
ALLAH berfirman:
"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" (al-Baqarah: 255).
Hanya setakat itu sahaja kadar rezeki ilmu dan kefahaman yang dituangkan oleh Allah Taala kepada Fakir Yang Jahil ini. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa fakir yang hina jika ada pena yang tergelincir dari yang "haq" kerana maklumlah untuk memperkatakan sesuatu yang halus itu, kesamaran dan kekeliruan sentiasa sahaja membayanginya. Hamba yang fakir ini mohon berlindung dari kemurkaanMu Ya Allah. Sesungguhnya hambamu ini sentiasa menzholimi diri sendiri. La haula wala Quwwatailla billahil 'Alim yil 'Azhim.
Semoga sidang pembaca akan mendapat rahmat keberkatan tulisan ini..