Memaparkan catatan dengan label INFO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INFO. Papar semua catatan

Selasa, 28 Mei 2013

Ada Yang Bertanya ? Perbezaan ZINK DAN ILMU KEROHANIAN KAROMAH AYATUL KURSI

Keduanya saling memerlukan. Ilmu Kerohanian Ayatul Kursi lebih kepada kerohanian dan alam ghaib. Amat berguna sebagai senjata pertempuran alam ghaib. Menggunakan teknologi ROH sebagai kekuatan utama dalam latihan mahupun rawatan.

Apakah itu rohani ? Perkara rohani atau pekerjaan rohani, berlaku pada diri kita setiap hari, masa, saat dan pada setiap ketika. Pekerjaan rohani itu, sedang mengalir, sedang meliputi jasad dan sedang menggerakkan tubuh badan kita, tanpa kita sedari dan tanpa boleh ditahan-tahan atau disekat-sekat. Yang menggerakkan kita adalah diri rohani dan yang mematikan kita, adalah juga rohani. Pekerja rohani, boleh berlaku dan boleh bekerja semasa secara serentak. Bila kita tidur, telinga dan seluruh anggota termasuk akal kita juga turut tertidur. Sungguhpun begitu, bilamana ada orang datang memanggil nama kita sewaktu kita tidur, kita masih boleh mendengar dan terjaga. Begitu juga bilamana kita terasa hendak terkencing malam, walau jam menunjukkan pukul dua atau tiga pagi sekalipun, kita akan terjaga untuk membuang air kecil, walhal tidak ada kuasa akal untuk menggerak atau mengejutkan kita dari tidur untuk tujuan membuang air kecil.
Perkara-perkara seumpama itu, semuanya diluar kotak pemikiran akal. Ini adalah yang dikatakan gerak rohani dan itulah yang dikatakan “PEKERJAAN ROH”. Rohlah rohani kita, nyawa kita, nafas kita, nadi kita, jantung kita dan itulah rohani. Yang mengawal dan menjaga kita sewaktu kita tidur mahupun semasa kita jaga.
Hanya segelintir sahaja yang tahu untuk memerhatikannya. Rohani itulah roh kita dan itulah juga sebenar-benar diri kita yang hakiki bahawa segala gerak itu, adalah gerak dari Allah. Yang sebenar-benar menggerakkan kita itu, adalah kuasa dari gerak Allah, yang dialirkan ke dalam tubuh kita melalui akal, iaitu melalui roh, dengan menggunakan roh (zat) Allah sendiri sedari azali. Roh dengan roh tidak ada perantara dan tidak ada hijab, bagi yang dapat menghilangkan hijab atau dinding pemisah antara roh dengan Allah, maka itulah orang yang mengenal diri dan mengenal gerak roh.

Manakala ZINK pula adalah salah satu kaedah rawatan yang hanya menggunakan ZIKIR/ MAKRIFAT/ GELOMBANG DAN GETARAN sebagai metode utama dalam rawatan. Amat bermanfaat bagi sesiapa yang benar benar berminat/ tekad untuk membuka Pusat Rawatan kerana ianya  boleh di gunakan untuk merawat penyakit medis mahupun non medis.

Bersambung.......

Khamis, 31 Januari 2013

Kaedah Letup Jin

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sedikit perkongsian buat pelajar yang telah mengambil ijazah amalan asas dan lanjutan perawat. Berkemungkinan semasa dalam rawatan kita buntu untuk menyelasaikan kes gangguan yang berada di luar tubuh pesakit ataupun ketika merawat pesakit, pesakit mengatakan melihat segerombolan jin berada di luar tubuh atau rumah, hanya menunggu masa untuk masuk ke tubuh pesakit. Kaedah tersebut sudah biasa saya gunakan dan izin Allah memberi kelebihan dalam rawatan.

kaedahnya:
gunakan teknik hentam bomoh sihir cuma kaedah pergerakan atau perbuatan si perawat berubah.
  1. bacakan ayat ayat dalam kaedah hentam tukang sihir(dalam silibus amalan lanjutan) - sambil kedua tangan di depakan seperti sedia membuat tepukan
  2. selepas membaca ayat al fath diam sebentar dalam kedaan menahan nafas
  3. dalam masa yang sama perawat memusatkan segala visual dan makrifat
  4. ketika nafas hampir habis temukan kedua tapak tangan sambil membuat tepukan yang kuat dengan niat meletupkan jin
Keberkesanan kaedah bergantung pada fokus dan kekuatan niat si perawat serta kemudahan yang Allah berikan pada si perawat mahupun si pesakit.. moga bermanfaat. wallahu'alam.

Selasa, 2 Oktober 2012

Tajuk Apa ? Korang Sendiri Letak Lah Yea !!!


Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih pada kengkawan yang tak henti bertanya khabar mengenai diri saya. Seronoknya ada kawan yang sudi ambil berat pada diri kita, Walaupun tak pernah bersua muka, tetapi jika kasih sayang itu timbul kerana Allah, pasti ianya terasa indah dan sangat bermakna. Kesempatan ni pun nak betulkan tanggapan kengkawan yang ingatkan saya sakit teruk atau apa apa je..(ni mesti di sebabkan artikel bertajuk "ALLAHU AKBAR" Aku Di Uji ). Salah tanggapan tu para sahabat semua..sebenarnya saya tak sakit..cuma hati yang sakit sebab dapat fitnah dan di fitnah. Huhuhu, alaa biasalah jadi perawat..macam macam ujian yang menimpa. Nak cerita lebih lanjut..ermm..malaslah..biarkan mereka dengan labu labunya..Kak Ida kata kat aku..dengan engkau takpelah shah..kesabaran tahap luar biasa..hehehe..apapun..aku harap semua faham yea..

O.k..kali ni nak cerita pasal keglamouran jin..Pak Man Rimau, Din Galah, Zam Ban (jamban) hehehe, dan macam macam lagi. Hehehe..itu semua nama glamour bagi kita..tapi kali ni den nak sajikan pada sahabat semua nama nama glamour puak diorang pulak..o.k..harap anda rileks serileksnya..selamat membaca..

Jin ialah sejenis makluk yang juga diciptakan oleh tuhan selain dari manusia. Jin juga mampu menukar rupa bentuk mereka kepada bentuk-bentuk lain dan menjadikan mereka terbahagikan kepada ketegori hantu yang berlainan jenis dan nama. Dikalangan masyarakat melayu juga mempunyai nama dan jenis-jenis hantu yang tersendiri. Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :-


1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak -
wanita berpakaian serba putih membalas dendam.
Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

2. Langsuir
Adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.

3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

4. Pelesit - boleh dipelihara
Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

5. Hantu air
Merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.

6. Hantu raya - boleh dipelihara
Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Cara mengambilnya ialah: amik dekat pokok kelapa yg kena panah petirHantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

7. Hantu bungkus
Makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

8. PolongHantu
Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.

9. Bota
Makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah. Hantu yang terkenal sehingga namanya digunakan sebagai nama sebuah kampung. Mengikut kepercayaan penduduk tempatan Bota, nama kawasan ini diambil bersempena sejenis gergasi yang wujud di sini. Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada rembang petang.Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan. Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.

10. Bajang
Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

11. Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.
Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi didalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.Semenjak orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih lama daripada manusia. Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaityu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.Orang Bunian Sungai TekaliPada Julai 1998, satu tapak perkhemahan baru telah dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tapak perkhemahan ini adalah milik Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama kali itu ialah Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Selangor.Segelintir penduduk kampung percaya dan melihat 3 orang (?) bunian mandi dalam anak sungai di tapak itu. Seperti biasa majlis bacaan Yassin diadakan pada hari pertama perkhemahan. Pada malam 'Night Walk' yang dikendalikan oleh Askar Briged Tengah, dua orang peserta telah 'hilang' dan seperti kerasukan selama beberapa bulan. Kejadian ini dikaitkan dengan orang bunian. Kini tapak perkhemahan itu telah 'bersih' dan tidak lagi kedengaran cerita-cerita seumpama itu.

12. Hantu Jepun
Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia.Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya.Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain (selain Singapura).

13. Hantu bukit.
Hantu bukit merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan bukit. Hantu bukit sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.

14. Hantu kubur
Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti dikalangan orang-orang asli kerana mampu menyebarkan penyakit. Ini adalah antara sebab orang asli berpindah randah sekiranya berlaku kematian. Malah ia ditakuti oleh puak asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka dipisahkan oleh selat Melaka. Sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.Cara mengambilnya ialah:tanah atau pacang kayu org mati kena bunuh/berdarah

15. Pari-pari
Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang terdapat dalam hutan. Pari-pari ini dikatakan mempunyai masyarat tersendiri dan boleh dikatakan menyerupai orang bunian. Pari-pari dikatakan tidak dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas.

16. Hantu punjut
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

17. Jerangkung
Jerangkung merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka.

18. Hantu laut
Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.

19. Hantu galah
Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.

20. Jin Tanah
Jin Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah).Jin Tanah biasanya menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka yang membuka tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin Tanah, biasanya upacara pembukaan tanah baru akan di adakan. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak, Jin Tanah akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.21. Hantu KeramatHantu Keramat merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang.

22. Hantu Kum-Kum
Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan.Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah XX perawan.Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan jibab.

23. Hantu Bungkus
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

24. Orang minyak
Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.Kisah orang minyak ini amat popular sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958. Filem ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd dan diarahkan oleh P. Ramlee.

25. Puaka
Hantu Puaka merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dikatakan sering berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.

26. Penanggalan
Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

27. Pocong
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

28. Hantu bidai
Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.

29. Hantu kopek
Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.

30. Hantu Tetek
Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.

31. Harimau jadian
Harimau jadian dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan musuh.Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.

32. Jembalang tanah
Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.

33. Hantu tengelong
Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.


Selasa, 17 April 2012

Pembatalan Seminar Rawatan ( Siaran Lewat )

Di maklumkan bahawa seminar rawatan islam keilmuan terapi nur hikmah yang di jangka berlangsung pada 21 april 2012 terpaksa di batalkan atas sebab yang tidak dapat di elakkan. Namun, atas permintaan beberapa peserta yang bersungguh sungguh ingin mendalami keilmuan tersebut maka kursus bimbingan secara personal akan di adakan pada 17 april 2012 bermula dari jam 730mlm hingga jam 12 malam bertempat di lokasi yang sama.
Maaf atas keterlewatan saya mengupdatekan blog ini...

Isnin, 28 November 2011

Hantu Penanggal..Balan Balan

Mungkin di sesetengah tempat ada yang mengatakan makhluk ini buka di kategorikan sebagai hantu memandangkan ia terjadi hasil dari orang yang mengamalkan ilmu sesat atau ilmu hitam. Makhluk ini juga mempunya banyak nama bergantung kepada kawasan. Antaranya hantu penaggal bagi masyarakat di semenanjung tetapi bagi masyarakat di sabah ia lebih dikenali sebagai hantu balan-balan. Malah bagi suku kaum Bugis, makhluk ini dikenali sebagai "popokan".
Biasanya sasaran makhluk ini menjadikan wanita bersalin sebagai sasaran dengan menghisap darah wanita bersalin dan juga memakan bayi yang baru dilahirkan. Tetapi bagi di kawasan Sabah, makhluk ini sering dikaitkan dengan pencurian mayat-mayat yang baru meninggal. Disebabkan itulah apabila berlaku kematian maka penjagaan ketat dilakukan malah sehingga seminggu setalah mayat dikebumikan. Biasanya mayat yang dicuri akan digantikan dengan batang pisang. Kisah ini pernah di filemkan satu masa dahulu.

Bagi mengatasi masalah gangguan penaggal ini, kebanyakan masyarakat menggunakan limau purut sebagai pendinding. Dipercayaai penanggal takut dengan limau purut. Selain itu terdapat juga ranting-ranting limau digantung di atas jendela kononnya bagi mengelakkan penanggal masuk kedalam rumah. Jika di fikirkan secara logik ada benarnya juga memandangkan keadaan fizikal penanggal yang hanya berupa kepala yang terbang beserta dengan organ dalaman seperti jantung, paru-paru dan juga usus. Jika terkena dengan ranting limau akan mendatangkan kecederaan kepadanya. Sebab itulah penanggal amat takut pada limau dan juga ranting limau.

Ahad, 14 Ogos 2011

Tentang Kerasukan

Sebab sebab kerasukan?
1. Gangguan yang di sebabkan oleh permusuhan
Jenis ini terjadi disebabkan permusuhan dendam diantara puak puak syaitan terhadap manusia.Permusuhan ini seoerti yang kita ketahui telah mula berlaku sejak dizaman Nabi Adam lagi,dan oleh sebab itulah syaitan selalu berharap dapat merosakkan manusia walau dengan apapun cara yang akan di tempuhinya,kerana permusuhannya dengan Bani Adam as telah berlangsung sejak ia diciptakan Allah.
2. Gangguan kerana balas dendam
Perkara ini berlaku disebabkan seseorang manusia telah menzalimi seseorang tanpa ia sedari seperti ia melempar atau membuang air panas di suatu tempat perbuatanya itu telah menyebabkan kesakitan atau kematian terhadap jin tersebut.Dan oleh sebab itulah,jin tersebut membalas perbuatan orang tersebut dengan cara merasuk atau meyakitinya.Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah menyatakan terjadinya perkara ini adalah disebabkan kebodohan dan kezaliman jin terhadap manusia,maka ia segera membalas dendam melebihi apa yang seharusnya.
Berikut merupakan tanda tanda seseorang diserang jenis gangguan diatas:
Seseorang aakan menjadi lemah pada sebahagian anggota tubuhnya atau menjadi buta atau merasakan sakit yang amat sangat disekujur tubuhnya atau pada sebahagian tubuhnya sahaja sehingga doktor tidak dapat mengesan atau mengenal pasti punca dan penyebab peyakitnya.
3. Gangguan kerana hawa nafsu
Iaitu seekor jin lelaki mencintai seorang wanita atau jin wanita mencintai seorang lelaki.Masuknya mereka kedalam tubuh manusia adalah kerana disebabkan syahwat,hawa nafsunya dan kecintaanya,sama seperti yang terjadi antara manusia dengan manusia.Adapun gejala yang ditimbulkan adalah:
a. Mersakan seolah olah ada seseorang yang tidur disebelahnya ketika ia hampir tertena.
b. Merasakan seolah olah ada seseorang diatas tempat tidurnya.
c. Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin
d. Tidak mempunyai keinginan terhadap pasanganya.
e. Jika ia sudah berumah tangga,aia akan merasaka tekanan dari pasanganya khusunya ketika melakukan hubungan suami isteri
Ketika apakah Jin dapat mempengaruhi manusia sehingga akhirnya ia dapat masuk kebadannya?
a. Ketika manusia jauh dari Allah dan mengikuti syahwatnya serta lupa untuk mengingati Allah
b. Membiasakan diri dengan kemaksiatan hingga seseorang melupakan Allah
c. Kesedihan yang mendalam akan menbuatkan seseorang lupa kepada Allah.Kebanyakan kita apabila ditimpa musibah akan sangat berduka dan bersedih hatisehinnga terlupa bahawa segala musibah dan cubaan itu adalah ketentuan dari Allah S.W.T dan sebahagian dari kita menolak qadha dan qadhar Allah sehingga berkata"kenapa aku diuji sperti ini ya Allah!atau"apa yang aku lakukan sehingga engkau menghukum aku seperti ini!dan seterusnya berkata kata sehingga mengambarkan sesuatu perkara dan perbuatan yang menyesatkan.
Orang orang seperti ini sangat mudah dirasukioleh syaitan.Sedangkan seseorang mukmin,maka diantara sifatnya adalah redha,sabar dan memuji Allah atas ketentuan Allah S.W.T.Diriwatkan dari ABu Musa al-Asyari:"Rasulullah s.a.w bersabda:'Apabila anak seseorang hamba wafat,maka Allah berkata kepada para malaikat:'kamu telah mencabut nyawa anak hambaku?"mereka berkata:"ya".maka Allah berkata;"kamu telah mencabut nyawa buah hatinya;"mereka menjawab;"ya".Allah kemudian berkata lagi;"lalu apakah yang dikatakan oleh hambaku?"mereka berkata;"ia memujimu dan mengembalikanya kepadamu(innalillahi wa inna ilaihi rojiun).Kemudian Allah berkata:"Buatlah sebuah rumah untuk hambaku disyurga dan namakn dengan rumah pujian."
d. Ketakutan yang sangat mendalam sehingga ia lupa menginggati Allah.Adapun ketakutan terbahagi kepada dua iaitu ketakutan jabali dan ketakutan dari ALlah.
Ketakutan jabali adalah ketakutan alami oleh manusia seperti seseoran yang takut melihat singa atau ular,ini merupaka sesuata yang biasa.Allah telah menjelaskan ketakutan ini didalam Al-Quran ketiak menceritakan tentang Nabi Musa dan para penyihir(surah taha ayat 65-67).Rasa takut adalah tabiat manusaia,akan tetapi jika rasa takut ini disertai dengan hubungan hamba kepada Tuahanyadan mengingatiNya,maka ketakutan tersebut tidak akan membahayakanya.Sedangkan ketika ketaatan telah hilang dari diri seseorang dan lupa untuk mengingati Allah,maka syaitan akan menambah nambahkan ketakutan kepadanya sehingga seseorang itu merasakan ketakutan yang amat sangat.Allah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalahsyaitan yangg menakut nakuti(kamu)dengan kawan kawanya(orang orang musyrik quraisy),keran itu janganlah kamu takut kepadan mereka,tetapi takutlah kepadaKu,jika kamu benar benar orang yang beriman."
Ketika seseorang berada dalam ketakutan dan lalai mengingati Allah serta tidak menyebut nama Allah,maka waktu inilah syaitan dengan mudah dapat merasuk dan memperalatkanya serta menambah ketakutanya.

Sabtu, 21 Mei 2011

Santau

Muqaddimah
Menurut para perawat traditional tidak menyatakan perbezaan yang jelas diantara santau dan racun,hanya terdapat beberapa ciri perbezaan bagi menentukan samaada seseorang itu terkena santau atau racun,manakala kesan santau hanya dapat dikesan dalam masa yg agak lama dimana mangsa tidak akan menyedari melainkan mangsa memakan limau nipis atau memakan nenas kerana santau sensitif kepada benda benda tersebut.

Jenis Jenis Santau
Santau terbahagi kepada 2 jenis:
1) santau yg diperbuat daripada bahan2 biasa dan diberi secara langsung kepada mangsa dan diletak kedalam makanan dan minuman.Ia tidak berkait dengan pemujaan jin dan syaitan,ini agak mudah diubati.
2) Santau yg disertai dengan pemujaan jin,santau ini juga dikenali sebagai santau angin.santau ini agak sukar diubati kerana ia melibatkan jin yang mempunyai sayap,jin tersebut mampu terbang diudara,biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.

Tanda Tanda terkena Santau

1) batuk berterusan,batuk berdarah dan bernanah serta keluar debu2 kecil seperti habuk atau kaca
2) keluar darah istihadah yang berpanjangan bg kaum wanita
3) sakit tulang belakang pada waktu maghrib dan malam jumaat,kadangkala sakit menjadi lebih kritikal ketika hampir solat jumaat
4) sakit dan sesak nafas terutama pada waktu maghrib
5) lenguh seluruh anggota badan
6) kuku memjadi hitam dan nafas menjadi busuk
Tanda Semasa tidur
1) mimpi jatuh dari tempat tinggi
2) mimpi bahan2 miang seperti miang buluh dan ulat bulu
3) mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu
4) mimpi kanak2 kecil
5) mimpi binatang menakutkan seperti ular

Kesan Kesan Santau
1) boleh membawa maut
2) hilang daya ingatan
3) kulit merekah dan keluarair bisa dan nanah
4) menjadi panas baran
5) badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan
6) gugur bulu2 badan
7) kelopak mata mennjadi hitam akibat tidur yang sering terganggu
8) kanser dan ketumbuhan

Sabtu, 26 Februari 2011

JAWAPAN KEPADA ARTIKEL JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" DI SMS






Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" di SMS,yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".

Penulisnya menulis:
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".



Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)





فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ



Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)



Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.



Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.



سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬



Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)



Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:



وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا



Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)



إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ



Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)



سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ



"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)



سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ



"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)



Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.



Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,



الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله





Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..

Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..



Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,



إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا



"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)



“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]



Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?



p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

Selasa, 16 November 2010

PERIHAL DIBANGKITKAN BINATANG KORBAN

Pengertian Korban
Korban ialah dari perkataan Qurba bereti hampir.Menurut istilah ialah menyembelih binatang ternakan yang disebut sebagai na'am seperti lembu,kambing,kerbau,unta dan sebagainya untuk tujuan ibadah bagi menghampirkan diri kepada Allah s.w.t,bermula pada hari raya haji sepuluh Zulhijjah sehingga tiga hari tasyrik(11,12 dan 13 Zulhijjah).

Dalil Qurban
Firman Allah S.W.T:
Bermaksud:"Maka Sembahyanglah engkau (pada hari raya qurban) kerana Tuhan engkau dan sembelihlah Qurban." (Al-Kauthar:2)
Sabda Rasululllah S.A.W:
Bermaksud:"Aku telah diperintahkan menyembelih korban dan korban itu sunat bagi kamu."
Sabda Rasulullah S.A.W:
Bermaksud:"Muliakan korban kamu kerana ia jadi tunggangan kamu dititian Siratul Mustaqim pada hari Kiamat."

Perihal DiBangkitkan Binatang Korban
At-Tirmidzi,Ibn Majah dan Al-Hakim meriwayatkan hadis daripada Aisyah r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:"Tiadalah amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari nahar  yang lebih Allah kasihi selain daripada menumpahkan darah (menyembelih korban),dan bahawasanya ia (binatang) datang pada hari kiamat dengan tanduk,bulu dan kukunya.Bahawasanya sebelum darahnya tumpah pada tempatnya ,maka Allah terlebih dahulu menerimanya sebelum ia tumpah kebumi.Oleh itu perbaikilah nafsumu dengan Ia.(yakni dengan menyembelih korban)

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA