Ahad, 13 April 2014

Gangguan Jin..Bagaimana Kita Mentafsirkannya..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma Solli Alaa Saidina Muhammad
Wa Alaa Alii Saidina Muhammad..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..Di izinkan jua oleh yang empunya gerak untuk berkongsi sedikit pengalaman ketika merawat seorang pesakit yang mengalami masaalah berkaitan bisikan was was dalam urusan agama.Seringkali juga bermimpi membawa beberapa kanak kanak kecil menaiki sampan. Sekilas bila di tafsirkan, di sangka daripada mimpi tersebut, pesakit berkemungkinan mengalami masaalah gangguan jin saka dan hasutan was was mungkin berpunca dari gamgguan atau bisikan qorin.

Rawatan secara di bacakan ayat ayat rukyah agak tidak memberi kesan kepada pesakit..pesakit kelihatan duduk dalam keadaan yang tenang. ALLAH memberi gerak dan pengetahuan agar mengkhususkan rawatan pada rohani pesakit. Maka dengan kehendak ALLAH, tergerak lidah berkata kata, mohon binasa jasad diri dan binasa jasad pesakit agar roh wujud dalam bayangan makrifat. Lantas si pesakit tiba tiba tumbang, terbaring kaku. Bacaan ayat ayat rukyah di teruskan lalu jari telunjuk di sentuhkan pada bahagian leher pesakit.

Dengan izin ALLAH jua, berkata katalah jin yang menjadi punca kepada bisikan was was pada pesakit. Minta di kembalikan ke tempat asalnya. Mengaku berasal dari korea dan penganut agama roman katholik dan hidup sezaman dengan Firaun.Jin bersayap dan mempunyai kemampuan untuk terbang.  Dikatakan masuk ke dalam tubuh ketika pesakit berkunjung/ melancong ke Korea beberapa tahun yang lepas.Dengan izin dan kekuatan ALLAH jua , jin tersebut berjaya di keluarkan. Pesakit akhirnya sedar.

Rawatan di teruskan lagi memandangkan persoalan  mengenai mimpi membawa kanak kanak yang ramai di dalam sampan belum terjawab. Adakah ianya petunjuk mengenai saka. Kehendak ALLAH jua agar hadirnya  penguasa jin yang berada di dalam tubuh pesakit. Bacaan ayat Al Baqarah 148 di ulang ulang sehingga dengan izin ALLAH, maka hadirlah jin yang di maksudkan.

Jin tersebut mengakui berasal dari madinah dan membawa bersama sama pengikutnya yang ramai masuk ke dalam tubuh pesakit. Masuknya juga jin tersebut adalah ketika berkunjungnya pesakit ke madinah beberapa tahun yang lepas. Setelah di tarbiah, dengan izin ALLAH, akhirnya jin tersebut bersetuju untuk keluar dari tubuh pesakit. Setelah lafaz ikrar dan sumpah, maka menangislah jin tersebut sambil berkata kata pada pengikutnya. "Wahai pengikutku, keluarlah kamu dari tubuh ini, sedangkan aku sendiri tidak mempunyai tempat untuk berada di dalam tubuh ini"..bercucuran deras air mata kesedihan melalui mata pesakit. Sebelum keluar, jin tersebut meminta kebenaran, sekiranya pesakit berkunjung lagi ke Madinah, dia meminta izin untuk hanya mendekati dan melihat pesakit tetapi tidak akan memasuki tubuhnya.

Alhamdulillah..rahsia dalam pengetahuan ALLAH..segala yang berlaku adalah ketetapan ALLAH. Masuknya jin ke dalam tubuh, bergeraknya pesakit dan sembuhnya pesakit juga merupakan qada dan qadar ALLAH. Telah kering pena yang tercatat di Loh Mahfuz.Sedikit pun tidak berkuasa kita mengubahnya. Sedikit catatan pengalaman dari yang faqir ini. Moga bermanfaat untuk semua.



Sabtu, 5 April 2014

Pengalaman Pelajar/Perwat RITEQ-Dendam Si Madu

Kisah pengalaman rawatan pelajar RITEQ (Mualij Hafizi), saya copy dari Fan Page Kumpulan Perawat RITEQ. Moga sidang pembaca mendapat manfaatnya.

Mendapat panggilan telefon dari Puan S. mengadu kepada saya bahawa bapanya lain macam sedikit semenjak kebelakangan ini.Sikap bapanya semenjak dua ini lebih kepada ibu tirinya.Dengan temujanji yang telah dibuat saya pon sampai kerumah pesakit.keadaan sangatlah dingin masing-masing membuat hal sendiri.
Tanpa berlengah panjang saya pon membaca doa nurrubuwah dan membuat scanning di sekeliling rumah dan keatas ibu dan bapa puan S.saya mendapati mata kedua ibubapanya berubah kepada cahaya kebiruan dan kemerahan dan dibelit oleh seekor ular yang amat besar.saya syaki ini mungkin kes sihir.tanpa berlengah panjang zikir ZINK dibaca sebanyak satu set.alhamdulilah gangguan tersebut merubah menjadi ulat-ulat yang amat besar dan mata sipesakit pulih seperti biasa. Cuma pesakit berasa terlalu letih dan tidak bermaya lalu saya membuat air 7 sumur untuk dibuat mandi oleh pesakit.sehari selepas saya merawat pesakit tersebut saya mendapat amaran dari si pengupah sihir agar jangan dicampuri urusan keluarganya.Dengan tanpa rasa bersalah saya berkata "ADA AKU KISAH"..hahaha...kalau cemburu pon tak perlu menyihir si suami sendiri..adakah mereka tidak takut akan azab ALLAH adalah lebih pedih lagi.Dengan mengambil jalan mudah sihir digunakan..Puan S memberitahu setiap kali musim cuti sekolah mesti pengupah sihir akan balik ke kelantan untuk mencari BOMOH baru...adoi..letih leee cam nier....asyik sihir je bila nak selesai....hahahha...moga keluarga puan S sentiasa dilindungi ALLAH dari bahana manusia..ALLAHURABBI....

Isnin, 31 Mac 2014

Situasi Dan Penyelesaiannya

Bismillahirrahmaniirahim.
Allahumma Solli A'laa Saidina Muhammad, Wa A'laa Ali Saidina Muhammad


Alhamdulillah,masih di beri kesempatan oleh ALLAH untuk berkongsi serba sedikit perihal bab dan kisah rawatan kepada sidang pembaca sekalian. sepanjang bulan mac ini saya seringkali menghadapi beberapa kes rawatan yang memerlukan kepada penyelidikan yang mendalam dalam menyelesaikan situasi gangguan.

Sebelumnya ada yang pernah bertanya kepada saya,bagaimana caranya apabila kita menghadapi kes/ situasi rawatan yang mana apabila kita membacakan ayat ayat rukyah, pesakit akan mengalami kesakitan yang amat sangat pada sebahagian anggota badannya sehingga pesakit memaksa kita agar menghentikan rawatan. insyaallah, akan saya kongsikan beberapa kaedah/ adab sekiranya sekiranya  perawat menghadapi siutasi tersebut. berikut saya ambil beberapa contoh kes rawatan kepada pesakit yang mengalami situasi seperti yang di bnicangkan.

Contoh kes 1.
Puan A sebelum mendapatkan rawatan, telah mengalami mimpi yang agak menakutkan, di mana di dalam mimpi tersebut, beliau telah di belah oleh seseorang dan dari belahan itu keluar seorang bayi lalu di ambil oleh tukan belah tersebut. Pada keesokan harinya, puan A sering mengalami kesakitan yang luar biasa pada perutnya dan dia juga sering merasakan ada benda sepanjang 3 inci bergerak gerak di sekitar perutnya.

Sessi rawatan, ketika saya membacakan ayat ayat rukyah padanya, puan A merasakan kesakitan yang amat sangat pada perutnya dan meminta di hentikan pembacaan. Risau dengan keadaan pesakit, maka saya hentikan bacaan dan memmfokuskan untuk menarik sahaja gangguan dari perutnya.

Contoh kes 2.
Abang A mengalami sakit pada bahagian paha kirinya dan menyukarkan beliau untuk berjalan dan melakukan ibadah solat. Sebelumnya, abang A telah kencing di salah satu sungai dan selepas itu beliau mula mengalami kesakitan pada kakinya. Risau jika perbuatannya itu telah menyebabkan ada makhluk yang terkena, maka dia mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan.

Sessi rawatan, sebelum membacakan ayat ayat rukyah, saya terlebih dahulu menegaskan sekiranya ada makhlus halus yang marah pada perbuatannya, maka saya menegaskan bahawa sekali kali bahawa pesakit ini tidak melihat kewujudan anda di tempat tersebut, maka seharusnya andalah yang telah di berikan pengetahuan oleh ALLAH untuk mengelak dari pesakit tersebut. Jauh sekali untuk meminta maaf dan di arahkanjin tersebut keluar tanpa apa-apa syarat.

Cara dan kaedahnya:
Sekiranya anda mengalami situasi tersebut maka bacakanlah apa apa ayat rukyah pada tapak tangan, lalu letakkan tangan anda ke bahagian yang sakit. Lalu mohonlah pada ALLAH agar jin tersebut terikat sehingga ia tidak mampu mendatangkan apa apa mudharat atau kesakitan apabila anda membacakan ayat ayat al quran. Bacalah apa saja ayat yang terlintas di fikiran anda. Bagi pelajar RITEQ maka gunakan kaedah ikat Rantai dalam silibus tahap 1.Insyaallah, selepas anda melakukan kaedah tersebut, maka jin tersebut tidak lagi mempunyai kemampuan untuk menyakitkan pesakit apabila anda membacakan ayat ayat al-quran untuk mengazabnya.

Seterusnya anda bacakan ayat dalam kaedah menarik gangguan dan anda tarik secara makrifat gangguan tersebut keluar dari tubuh pesakit. Boleh juga selepas di ikat anda teruskan dengan bacaan ayat ayat rukyah untuk mengazab jin tersebut hingga ia menyerah untuk keluar dari tubuh pesakit.
Hasil dari kaedah tersebut, maka puan A dan Abang B hilang kesakitan dari tubuh mereka dengan serta merta.. Alhamdulillah..

Moga catatan serba ringkas dari yang faqir ini dapat di jadikan panduan..Wallahualam.



Rabu, 26 Mac 2014

Kesinambungan Kisah Rawatan Pelajar/Perawat RITEQ..

Assalamualaikum wbt.... Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat... Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat…. Kisah rawatan ini adalah kesinambungan dari kisah rawatan pelajar/perawat RITEQ yang terdahulu "ZINK dan IKAK Senjata Terakhir"......semoga ada sesuatu dari kisah ini yang boleh kita ambik sebagai iktibar bersama, insyaAllah...

Seperti yang telah dijanjikan, keesokan harinya saya datang ke rumah pesakit selepas Isyak. Sewaktu tiba, saya disambut mesra oleh pesakit beserta isteri dan ibu mertuanya. Kelihatan isteri pesakit, Pn. S. kelihatan tenang tetapi masih agak lemah kerana keletihan dek kesan rasukan malam sebelumnya...Saya memohon agar Allah permudahkan urusan saya pada malam itu. Pesakit minta dirinya dirukyah sekali lagi sebelum saya memagar rumah mereka....saya juga mengijazahkan beberapa amalan sebagai pendinding kepada mereka sekeluarga... Selepas merukyah pesakit selesai(tanpa apa-apa tanda masalah atau gangguan), saya pun memulakan proses pemagaran rumah pesakit. Bahan-bahan yang saya minta pesakit sediakan adalah garam kasar, air mineral dan limau purut. kesemua bahan tadi saya bacakan dengan ZINK dan ditutup dengan Doa Karomah Nur Nubuwwah. Sebelum memagar rumah, saya membuat "pengisytiharan" bahawa saya akan memagar rumah pesakit. Sedang saya melafazkan pengisytiharan, ibu mertua pesakit sendawa dengan kuat sambil mendengus-denguskan nafasnya seperti hendak membuang sesuatu dari hidung beliau....saya biarkan saja keadaan beliau begitu, dan ia berlanjutan sepanjang saya memagar rumah tersebut. Setelah selesai pemagaran, ibu mertua pesakit meminta izin pula untuk dirukyah, beliau pun menceritakan serba sedikit kisah bagaimana mereka sekeluarga di sihir.

Semasa peringkat awal rukyah, makcik hanya sendawa dan mendengus-dengus kuat....hinggalah ketika tiba pada ayat "Lauanzalna..." tiba-tiba macik bersuara...."Aku keluar....aku keluar....aku nak keluar....aku dah lama duduk dalam badan ni, aku nak keluar.....tapi dengan satu syarat".... "Aku nak keluar dengan cara yang terhormat...." Sesi soal jawab saya lakukan serba sedikit untuk mengetahui punca gangguan, jin tersebut adalah jin sihir orang asli, ditujukan kepada makcik bertujuan untuk membuatnya menderita sakit....oleh kerana sudah terlalu lama dalam tubuh makcik,hingga jin tersebut tidak tahu apakah jantina dirinya sendiri... pada mulanya saya cuba bawa jin tersebut kepada Islam, tapi dia enggan....lalu saya bacakan ayat "Nuurunn'alaa nuur...." dan Selawat Tafrijiyyah lalu saya hembus lembut ke wajah makcik....Jin itu hanya diam, dan selepas seketika dia bersuara...."Ustaz....saya nak masuk Islam...." "Saya nak tebus dosa-dosa saya pada perempuan ni, saya dah banyak menyeksa dia..." Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik hinggalah jin tersebut keluar dari tubuh makcik, walaupun mengambil masa agak lama.... Satu pengajaran dari makcik yang saya dapat dan terkesan dihati saya adalah sifat sabar dan redha makcik terhadap dugaan yang Allah turunkan...disamping itu juga makcik rajin menunaikan solat sunat Tahajjud setiap malam disamping mengajar kanak-kanak mengaji Al-Quran...ini memberi kekuatan rohaniah dan batiniah pada makcik melawan kejahatan sihir yang ditujukan padanya...Semoga Allah berikan kesembuhan buat mereka, kesembuhanNYA yang tiada sakit walau sedikit pun.....

Mualij Saiful (Perawat RITEQ Sandakan,Sabah)

Ahad, 9 Mac 2014

Kisah Rawatan Pelajar/ Sahabat RITEQ

Mualij Hafiz 019-4360859

Kisah pengalaman ini  saya copy dari post FB kumpulan Pelajar/ Perawat RITEQ, merupakan pengalaman rawatan dari salah seorang pelajar RITEQ. Moga pembaca mendapat manfaat.....

Mendapat panggilan dari pesakit.bertanyakan mengenai rawatan,pelik juga sebab macam mana pesakit ini mengetahui nama saya.Ingatkan guru bahasa arab tadi.Oooo rupanya dapat tahu dari  Ustaz shah,Pesakit ini menceritakan pelbagai masalah sehinggakan pernah berubat dengan pelbagai perubatan tradisional yang lain.Sehingga ada yang meminta sehingga RM1500 dan pengeras lain sebagai upah rawatan..kayo tuer..hahahah..Aishh..Hati tak sedap duduk dah nier..macam2 dok pikir dalam kepala hotak nier..hurm sampai terbawa2 dalam tido sebab tak pernah lagi buat rawatan kepada orang luar.bnyak rawatan keatas keluarga sendiri sahaja..Risau pon ada takot tak menjadi.. Tapi allah sentiasa ada disisi,ketika kita resah dan gelisah dier sentiasa memberi kekuatan dan ilham.Saya menguatkan semangat dan bertekad agar redah sahaja.Lepas sahaja zohor saya start motor dan menuju kerumah pesakit.dalam perjalanan macam2 kaedah dok pikir apa nak guna...Hurm..macam2..Sampai dirumah pesakit jer saya masuk memberi salam..sambil melangkah saya merasakan rumah tuer tenang takda gangguan pon.Pesakit bertanya takda rasa apa2 ker masa masuk tadi.Saya cakap tiada apa pon..ketika sesi temubual saya agak sihir..wallahuallam mana saya tahu..hihihih dok teka2..tapi hati sanubari berkata kita test tgk apa gangguan yang ada.Saya mula membaca ayat2 rukyah tapi takda kesan apa pon..pesakit macam kebingungan..mesti dalam kepala hotak dier pikir mamat cabuk nier dok nak sembang apa plak...hahaha..tapi dengan hati yang tenang saya suruh pesakit mengambil wuduk dan duduk terlunjur..hati sanubari kuat mengatakan aku perlu gunakan zikir ZINK..Allahurabbi..pesakit tak nampak apa yang berlaku saya jer nampak..rupanya disihir oleh bomoh hindu.hurmm jin hindu nier plak pandai menyorok plak..

Saya teruskan ZINK sambil makrifatkan keseluruh gelombang dan getaran melalui rahim..woowww terseksa jin hindu tuer..jin hindu tersebut marah suruh stop bacaan..takda masa nak layan..suka ko menyeksa orang yerk...dengan ZINK terungkai segalanya...barang sihir ada dalam perut si pesakit..macam cahaya lilin..padanlah pesakit dok kata perut keras dan meloya macam nak muntah tapi tak muntah...kita tak tahu apa..tapi setiap kejadian ada hikmahnya..saya bertanya kepada pesakit ada nampak apa2 tak..mereka kata takda..saya cakap jin yang selalu ganggu tuer dah kena dera..saya cakap la jin hindu tue kurus kering dan bercota..lalu anak pesakit berkata...itulah hantu yang dier selalu nampak dalam rumah...barulah si pesakit percaya yang saya nier bukan kaki sembang..dengan gerak hati saya meminta kepada pesakit semangkuk garam untuk dirukyah dengan kaedah ZINK..saya tidak tahu kenapa saya rukyah kan garam tersebut.semua berlaku secara spontan.perancangan ALLAH lagi hebat Allahurabbi.rupanya cahaya lilin itu adalah sihir puja yang dilakukan oleh situkang sihir untuk membusung pesakit.saya dapat tahu pon setelah saya balik kerumah rasa diserang dari pelusuk penjuru dan tiba2 perut jadi keras dan mengeluarkan angin.

Dengan garam yang di ZINK kan itu dijadikan sebagai bahan penawar busung tersebut.lalu saya menghubungi pesakit adakah simptom yang sama dier kena macam saya...ALLAHURABBI..sungguh hebat perancangan allah..kalau macam ini punya perancangan ALLAH..masih ragu2 lagi ker akan kebesarannya..istifar panjang saya..allahurabbi...setelah rukyah saya kunci kalimah lailahaillallah dengan kaedah IKAK kaedah yang sama seperti 7 mubin tapi digantikan dengan ikak bagi melindungi pesakit kerana khuatir serangan balas akan berlaku..dengan setiap ucapan zikir tersebut situkang sihir dan pengupah sihir akan menerima barang sihir tersebut semula dan apa yang terjadi kepada pesakit akan jadi kepada situkang sihir dan labu-labunya..JIn hindu tersebut diikat dengan simpulan rantai api ayatul kursi dan dihantar kepenjara jin..moga dier insaf disana..hahaha....

Selain itu juga saya memagar rumah pesakit dengan kekuatan Doa Nurrubuwah,Ini pon berlaku secara spontan tak tahu kenapa..Rupanya saya diserang lepas keluar sahaja dari rumah tersebut..tapi dier serang silap orang..hahahaha..alhamdulilah...moga pesakit tersebut pulih seperti biasa dan boleh bekerja seperti biasa..moga kita sentiasa dilindungi dalam ar rahman dan ar rahimnya... Nukilan dari Insan Kerdil..Sekadar Membantu..Insyaallah dipermudahkan

Selasa, 4 Mac 2014

Himpunan Kisah Rawatan

Agak lama tidak bercerita mengenai kisah rawatan. Kadang tu malas juga bila nak bercerita bab bab sebegini. Sehinggakan ada sebuah pusat rawatan menabur fitnah ( tak nak sebut namaya ) menuduh kaedah saya sesat dan salah.Bila saya ajak berjumpa, mereka hanya mendiamkan diri. Datanglah sini, buka dan semak kitab ilmu amalan den. Takpelah, den ambik saham akhirat saja. Teringat perihal bab muflis di akhirat nanti. Tak takutkah kamu?????.  Siapalah den  ini. Bak kata Allahyarham Nordin Ahmad, "Dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang saya mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang saya menumpang lalu. (salah tlg betulkan ), hehehehe. Lantak lerrr..Tapi tidak di nafikan ada pembaca dan pengikut setia blog RITEQ sentiasa mengharapkan kehadiran kisah kisah tersebut.Kadang tu ada yang call bertanya mengapa menyepi ?  Bukan apa kata mereka, sekurang kurangnya dapat di jadikan panduan dan pengajaran bagi mereka. Ribuan Ribu Riban terima kasih kepada mereka yang sentiasa setia mengikuti perkembangan Blog RITEQ ini, Kali ni nak bercerita sedikit beberapa kes kes rawatan sepanjang bulan februari ni..Ringkas sahaja tapi moga dapat mesej yang di sampaikan..

(Gambar Hiasan Sahaja Tapi Elok Di Jadikan Bahan Bacaan Anak Anak Kita.hehehehe)


Pekerja Indonesia Di Rasuki Jin Penunggu Rumah
Saya di panggil oleh pengurus mereka untuk merawat salah seorang pekerja wanita indonesia di hostel tempat tinggal mereka. Katanya dah kerasukan hampir 5 jam. Wati ( bukan nama sebenar ) bersama 8 lagi pekerja indonesia yang lain baru 3 bulan menetap di sini. Demi mencari sesuap nasi, tekad meninggalkan ibu bapa, suami dan anak anak agar kehidupan lebih terjamin dan dapat mengumpul duit lebih sebagai modal apabila balik ke kampung halaman nanti.
Ketika melangkah masuk, kelihatannya pesakit duduk di satu sudut bilik dalam keadaan termenung. Saya bertanya serba sedikit mengenai keadaan pesakit daripada teman temannya. Kata mereka, pesakit ketika kerasukan, jin dalam tubuh pesakit  memarahi mereka kerana sering membuat bising di hostel tersebut. Duduk saja di tepi pesakit, lalu saya letakkan tangan di atas kepala pesakit lantas pesakit terus tersedar dan beritighfar berkali kali. Apa sudah jadi ?,katanya. Beberapa rakan menenangkannya dan menerangkan situasi yang sebenar. Allah mudahkan..Alhamdulillah.
Saya membuat beberapa pengesanan di sekitar ruangan hostel mereka. Hmmmm..Jin menyorok kat tandas rupanya. Saya teruskan saja rawatan dengan membersihkan tapak hostel tersebut.

Berdepan Jin Harimau
Pesakit mengalami batuk yang teruk..makan ubat semua tak jadi. Ketika di rawat, di bacakan ayat ayat rukyah asas, pesakit kadangkala hanya mengeletar. Saya ubah teknik kepada hawa nafas. Pesakit mula menjauhkan diri dan jin menunjukkan perwatakan yang sebenar. Grrrrrrrrr..grrrrrrr. Tangan mula mengejang dan jari mencengkam ke lantai. Aksi di lakukan seperti pelakunya seorang penjinak haiwan di pertunjukkan sarkas.Hehehehe...di sebat dengan kaedah tasbih dan akhirnya terpaksa di sembelih. Bunyi dengusan nafas sangat jelas kedengaran ketika sembelihan di lakukan.
2 hari selepas rawatan, pesakit bermimpi melihat satu jenazah di rumahnya dan ramailah orang orang hindu menziarahi jenazah tersebut. Pesakit bertanya mengenai perihal mimpi tersebut kepada saya. Saya teringat akan kes rawatan pada jin silat  pada pesakit lain satu ketika dulu. Setelah jin silat berjaya di bunuh, pesakit juga mengalami mimpi yang hampir sama. Kisah tersebut http://qolbuinsan.blogspot.com/2012/12/merawat-puan-membawa-anak-saudaranya.html.Wallahualam. Kita hanya mengharapkan yang terbaik untuk kesembuhan pesakit.

Men ZINK kan Saka Monyet
Rawatan pada Puan A mengalami masaalah ketiduran yang melampau.hehehe..24 jam asyik nak tidur sahaja. Tidur yang tak mampu nak di kawal. Semasa rawatan, di bacakan ayat ayat rukyah, kelihatan kaki pesakit seperti kejang dan tangan pesakit seperti lagaknya seekor monyet..
Saya duduk di hujung kaki pesakit dan saya mulakan bacaan zikir dan lakarkan setiap huruf zikir ke tubuh pesakit. Masyaallah, jin sesak mengalami sesak nafas dan akhirnya lenyap begitu saja. Allah kan ada, tak beri sedikit mudharat pun melainkan dengan keizinan NYA.

Alhamdulillah, segala gerak datang dariNYA jua. Yang baik datangnya dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari kelemahan dari diri saya sendiri. Letakkan segala galanya pada kekuatan dan kebesaran ALLAH. Moga perkongsian kali ini dapat anda ambil iktibarnya..Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Taqobbalallahu Minkum..Minna Wa Minkum Taqobbal Ya Kariim.

Khamis, 20 Februari 2014

Tahap 4(Terakhir)-Induk Pamungkas Pembangkitan Roh Amalan(IPRA)


IPRA ataupun Induk Pamungkas Pembangkitan Roh Amalan merupakan sebuah ilmu tunggal ataupun tunggak amalan yang sangat di rahsiakan oleh guru. Apabila ilmu ini di bangkitkan/di hidupkan, cukup dengan satu amalan(IPRA), maka ianya akan memberi kekuatan/ membangkitan dan menyatukan seluruh ilmu yang ada di tahap 1,2 dan tahap 3.

Ianya juga merupakan tahap terakhir dan tertinggi yang yang ada dalam gemblengan keilmuan yang di anjurkan dalam pengajian RITEQ. Juga merupakan tahap pelepas yang mana hanya di buka kepada pelajar yang telah mengambil ketiga-tiga tahap iaitu tahap 1(asas), tahap 2(ZINK) dan tahap 3(IKAK). Apa yang di maksudkan sebagai tahap pelepas ialah pelajar telah mendapat ijazah dan kebenaran penuh untuk mengajar dan menurunkan pengajian RITEQ di tahap 1 hingga ke tahap 4. Nama anda juga akan di senaraikan di dalam blog sebagai wakil tenaga pengajar RITEQ.

Mengapa perlu saya menurunkan ilmu ini?
1. Melahirkan ramai tenaga pengajar RITEQ
2. Bagi memudahkan sahabat sahabat di tanah semenanjung, singapura dan brunei untuk mempelajari semua keilmuan RITEQ dari wakil pengajar apabila saya berpindah ke sabah nanti.
3. Tak sabar nak balik kampung..heheheheheheheheheheheheh....

MAHAR PELEPAS: RM400.00


.