Ahad, 25 September 2011

Rawatan Di Taiping,Perak Beroperasi Semula

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah,sejak kembali ke Taiping,Perak pada 21hb yang lalu saya di sibukkan dengan aktiviti aktiviti rawatan yang dah lama tertangguh.Alhamdulillah..hari ini baru ada kesempatan untuk menjenguk blog rawatan.
Untuk pengetahuan semua,saya kini sudah pun kembali ke kediaman saya di taiping, perak dan sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan rawatan bolehlah menghubungi saya untuk membuat temujanji rawatan.

Rabu, 14 September 2011

Rahmatnya Dan RedhoNya

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sejak kebelakangan ini saya disibukkan dengan beberapa kes rawatan yang melibatkan gangguan sihir dan saka.Dengan izin dan rahmatnya Allah jua beberapa kes tersebut berjaya diselesaikan,terutamanya kes yang melibatkan sihir yang termakan.Alhamdulillah,3 jin sihir dan 2 jin saka berjaya diislamkan dalam suasana yang penuh kesyahduan.Moga Allah sentiasa memberikan petunjuk,rahmat dan keredhaanya kepada kaum kaum tersebut termasuklah kita semua.
Alhamdulillah dan merupakan satu kemajuan juga apabila timbulnya kesedaran orang orang sabah akan kebaikan dan kelebihan berbekam.Insyaallah,akan saya kongsikan nanti beberapa kisah rawatan sepanjang saya berada disabah.
Beberapa hari ini terutamanya saudara saudara kita dari semenanjung,ramai yang berhajat menelefon saya untuk mendapatkan rawatan.Untuk pengetahuan semua,pada masa ini saya masih lagi berada di sabah dan akan kembali semula ke Taiping Perak pada 22hb Sept ini.Insyaallah..

Rabu, 7 September 2011

Seminar Lanjutan RIDAM Di Taiping Perak

SEMINAR LANJUTAN SESI 3 .. pertama di adakan di TAIPING..!

Posted by Darul Manzil at 8:50 PM
Assalamualaikum wbt
Seminar ke-3 kali ini pertama kali akan di adakah di Taiping sebagai penghargaan penyertaan warga utara yang ramai menyertai seminar RIDAM sebelum ini selepas Kuala Lumpur diikuti seterusnya di Kuantan, Pahang.

Tarikh: 1-10-2011 (Sabtu)
Tempat: Dewan Solehin, No.32, Tingkat Atas,
Jln Medan Kamunting, Perak(diatas kedai kursus perkahwinan Hassani bersebelahan stesen bas kamunting)


Pada asalnya, RIDAM BERCADANG untuk mengisi modul kebatinan, sufi dan rohani dalam program lanjutan ke-3.. Dimana cadangan asal akan dibuat di kawasan rekreasi air terjun dan hutan belantara. Tetapi memandangkan masih banyak yang perlu diajar untuk rawatan am, maka skop rawatan dalaman mungkin akan dilanjutkan pada pengajian berikutnya. Lagipun RIDAM tak galakkan WANITA ambil bahagian sebab risiko di belantara yang penuh dengan aneka 'kampung' yang mungkin mengundang masalah.
Jadi, pada program terbaru kali ini, insyaallah, kita sama-sama akan berkongsi untuk merawat dan membantu di samping berikhtiar dengan permasalahan berikut:-
1. Badi: Pengenalan dan rawatan
2. Ilmu Pengasih: Pengenalan dan rawatan
3. Santau dan herba rawatan
4. Ilmu Pelaris: kaedah & rawatan
5. Doa booster untuk aktifkan peranan roh diri
6. Kaedah dan teknik merawat Amukan Isim
7. Rawatan Sakit Jantung dan doa: PENGIJAZAHAN
8. Rawatan Sihir saraf: kaedah bukaan saraf tunjang dan rawatan.
9. Ilmu Ros Merah: akan diterangkan dalam Seminar.. SMS X LAYAN bila tanya pasal bab ni. :D
Pendaftaran:
Sila buat bayaran sebanyak RM180.00 ke akaun berikut selewatnya 28hb September 2011 dan maklumkan maklumat bayaran ke 019-9891078 / 012-6763447 atau darulmanzil@yahoo.com
Akaun Maybank
Nama: Noor Syahida Mohd Suyud
No: 162085479181
Akaun CIMB
Nama: Khairul Syakirin Abdul Wahab
No: 1313-0000343-52-9
Memandangkan limit penyertaan hanya 40 orang, sila buat bayaran awal sebagai pengesahan awal. Harap Maklum

p/s:Call RITEQ bagi mengetahui lebih lanjut mengenai lokasi seminar