Jumaat, 31 Disember 2010

SAMBUNGAN KISAH RAWATAN PRIMADONA SAKA MAKYONG

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala Puji Bagi Allah SWT,Tuhan seru sekalian alam,Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga serta sahabat baginda.
Seperti yang dijanjikan,pesakit datang semula berjumpa ana bagi melakukan rawatan terapi susulan.Nampak gayanya tak tengok bola lah ana  malam ni(final mas vs indon).Takpe,kerja kerja dakwah kena diutamakan.Semasa pesakit duduk dihadapan ana,pesakit mengatakan seakan ada satu suara bisikan pada hatinya yang berkata"aku nak tendang ustaz nanti,aku nak bunuh ustaz nanti".Hmmm,ana kata itu hanyalah bisikan syaitan,bukan kata hati kamu yang sebenarnya.Ini bermakna,awal awal lagi jin penganggu dah tak senang duduk dengan pertemuan kita.
Kali ini ana gunakan teknik RENTAP untuk merawat pesakit."BismillahimasyaAllah"..ana memulakan sebatan pada pesakit.Jin penganggu menjelmakan diri..seksaan demi seksaan ana lakukan."banyak mana jin yang tinggal dalam jasad ni"?..10,20,30..?jin menggelengkan kepala."Habis tu berapa..bawah seratus..?"jin menganggukkan kepalanya.
Seekor demi seekor jin penganggu ana sembelih..ada juga yang ana pasung pada buah limau dan masukkan kedalam botol.last sekali..sebelum ana nak hentikan rawatan,ana scan semula pesakit menggunakan besi yang disentuh pada hujung kaki pesakit dan ana dapat lihat dengan jelas seperti ada ketulan daging yang bergerak gerak dipaha kiri pesakit.Pesakit dan suaminya menjadi kehairanan..
Sekali lagi teknik RENTAP digunakan..kali ini jin penganggu mula membuka langkah seperti orang bersilat.Silat apa ntah..pesakit mula membuat beberapa tumbukan kearah ana..alhamdulillah berjaya ana tepis...nasib baiklah pesakit bersilat dalam keadaan menutup mata.kalau tak?????..ana katakan pada jin penganggu"ooo..yang ni lah yang duk bisik kat pesakit tadi nak tendang dan bunuh aku",last sekali jin tersebut ana sembelih juga dengan izin Allah..proses rawatan ana hentikan.
Alhamdulillah,rawatan pada malam itu dengan izin Allah dapat berjalan dengan lancar.Tahi besi yang sudah lama dalam simpanan pesakit,ana hapuskan.Namun begitu,bukan semua jin penganggu dapat dikeluarkan dan dihapuskan.Apapun,pesakit kena protect dirinya sendiri disamping iltizam agar diri pesakit pulih sepenuhnya.InsyaAllah..
Akan datang..akan ana ceritakan bagaimana sewaktu proses rawatan ana keatas salah seorang pesakit yang lain(rawatan dilakukan dirumah pesakit)terganggu dengan kehadiran bomoh yang bercakap siam yang menawarkan diri untuk merawat..Insyaallah..

Sabtu, 25 Disember 2010

JIN SIAM..pertarungan yang belum selesai


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
"Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh musuh kamu,(oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu)dan cukuplah Allah sebagai pengawal yang melindungi,dan cukuplah Allah sebagai penolong(yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka).Surah Ali Imran ayat 45

Ini merupakan pengalaman yang pertama kalinya ana merawat pesakit yang disihir dengan penangan bomoh siam.Ana bersama seorang sahabat dijemput untuk merawat pesakit yang sudah 3 tahun menderita sihir.Ana mulakan rawatan dengan membaca ayat pemanggil."Apa yang kamu rasa sekarang"?tanya ana pada pesakit.Pesakit mengatakan yang dia merasakan seperti air yang mengalir laju melalui seluruh urat darahnya,dan bahagian tengkuknya terasa amat panas.Ana minta pesakit untuk teruskan zikir.Tak lama kemudian pesakit mula bertingkahlaku seperti seekor harimau.Ana suruh ayah pesakit meletakkan limau nipis pada genggaman tangan anaknya,bukan apa..takut2 pesakit mencederakan dirinya sendiri.Tak lama kemudian,pesakit menjadi semakin garang dan mengunyah limau tersebut.Aii..rimau apa ni,punyalah ganas,habis tangan ana kena cakaran pesakit tersebut.Ana berubah keposisi belakang pesakit dan memegang bahagian tengkuknya dan membaca beberapa ayat azab.Si harimau pun mula kesakitan.
Tak lama selepas itu,perwatakan pesakit berubah menjadi seorang wanita tua yang mengelarkan dirinya sebagai tok cha.kali ini dialog berlaku..katanya dia adalah penjaga wanita ini,dia adalah cucu aku..aku tak boleh lepaskan dia.Setelah tiada kata sepakat dicapai..akhirnya ana bacakan ayat ayat pembakar jin.Tok cha mula meraung kesakitan dan tak lama lepas tu pesakit pun pengsan..ingatkan masaalah dah settle..tiba tiba pesakit yang pengsan tadi bangun semula dan menjeling tajam kearah ana dan bercakap siam dengan nada yang marah.Alamak..ini yang aku tak gemar ni.Dah la ana tak faham bahasa siam ditambah pula dengan gaya bahasanya seolah olah memaki hamun ana.Ana pegang belakang pesakit tapi dia mengeliat dan mengalihkan badannya.Ana ulangi bacaan rukyah..pada mulanya jin siam tu menangis kesakitan tapi selepas tu dia buat tak tahu je.Macam macam kaedah ana gunakan termasuk sembelih,tikam,bunuh tarik dalam botol,habis 17 surah pembakar jin dan penghancur kebal jin ana bacakan tapi jin tu buat dek je,siap nyanyi lagu siam lagi.Jin siam tu siap buat isyarat lagi yang tuan dia sekarang ni tengah sembahyang puja.Ana ajak jin tu masuk islam  tapi jin nak kekal dengan agamanya.Aduss..ana mula jadi hilang punca,nak buat macam mana ni.Inilah kali petama ana menghadapi keadaan macam ni.
Ana rileks sat..ana mula mengatur strategi..nak lawan ke tak lawan.Last sekali ana ambik keputusan untuk hentikan rawatan.Satu masaalah pulak..bila pesakit tu ana cuba sedarkan tapi tak sedar sedar jugak.Jam kat dinding dah menunjukkan jam 11.30.Dah masuk 2 jam setengah ana bertarung dengan jin siam ni.Ana tengok jin tu pun dah mula menguap.Akhirnya ana katakan kepada jin tersebut"macamnilah..kau dah letih dan aku pun dah letih..apa kata kita sambung lain kali..tapi yang pasti pertarungan akan datang akan lebih mencabar.kau nak tak?"Jin mula berfikir sambil menggaru garukan pipinya dan membuat isyarat tanda setuju..huii..brutal jugak jin ni.Last sekali ana tepuk belakang pesakit sambil membaca BISMILLAHIMASYALLAH.Pesakit sedar semula.Alhamdulillah...Ana sarankan keluarga pesakit beberapa nama pusat rawatan islam yang lebih arif untuk menyelasaikan kes ni.Bila ana sampai kerumah(masa tu mentua ana ada kat rumah)mak mentua ana kata"kuat betul bau kemenyan lekat kat hang ni!".Aduuh..masaalah ni..apapun kali ni ana nekad kalau bomoh siam tu serang ana,ana nekad hentam balik dengan maghrifat hifdzo ataupun yassin tunggal.Ana terus mandi dan solat..pas tu ana zikir dgn sebanyak banyaknya.Alhamdulillah..xda apa yang berlaku pada ana,tapi apapun ana tak harus lalai kerana bomoh dan jin siam tu akan sentiasa mengintai peluang untuk tembak ana.Apapun sampai sekarang ni ana masih terfikir fikir tentang kisah rawatan tadi....."BISMILLAH..TAWAKKALTU ALALLAH,WALAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAH"..
Kepada pesakit ana katakan"kesembuhan bukanlah ada ditangan perawat,tetapi hanyalah milik Allah.Perawat hanya berikhtiar tapi Allah yang menyembuhkan".

Khamis, 23 Disember 2010

PRIMADONA SAKA MAKYONG


Segala Puji hanyalah milik Allah SWT..,Selawat dan Salam semoga dicurahkan kepada Nabi Muhammad SAW,keluarga serta sahabat sahabat baginda SAW.
Niat kerumah pesakit bukanlah atas sebab ingin merawat tapi sekadar memenuhi permintaan pesakit untuk membuat pagar rumah.Pesakit mengadu yang dia sering melihat lembaga lembaga yang menakutkan disekitar rumahnya.Pernah beberapa kali bertemu dengan bomoh(bukan mualij ye)untuk menyelesaikan masaalahnya,keputusannya..tok moh kata rumah bermasaalah.Malam tu,ana pergi dengan hanya membawa botol spray sebab niat cuma nak buat pagar rumah saja.Sampai dirumah pesakit,serba sedikit pertanyaan diajukan kepada pesakit.Hasil perbualan,didapati pesakit mengalami 90% simptom simptom gangguan jin.Alahai..kena tukar strategi rawatan..kena rawat pesakit dulu.
Rawatan pun dimulakan dgn meletakkan tangan pada kepala pesakit..hanya dimulakan dengan ayat seru..maka hadirlah jin penganggu.!Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan.(Sebenarnya badan pun letih kerana sebelum tu kena pergi merawat dirumah pesakit yang lain.Pesakit tu suka menghantukkan kepalanya kedinding dan dah 2 minggu tak tidur.InsyaAllah,cerita rawatannya akan ana tulis dilain kali).Maka berlangsunglah dialog dengan jin tersebut.Tapi jin penganggu agak degil tapi tak bersikap agresif..oklah.mudah sikit kerja rawatan,cuma bila ditanya dia hanya main angguk angguk geleng geleng.Sekali sekala siap menari tarian MakYong.Hai..Jin kelantan agaknya.Proses rawatan agak mencabar kerana terdapat beberapa ekor jin yang duduk didalam badan pesakit.Rawatan mengambil masa hampir sejam.Akhirnya..dibacakan ayat ayat pembakar jin..jin mula ketakutan.."tidak..tidak..sakit..sakiiiit"..sambil tangan jin membuat isyarat tangan seperti memohon ampun stail budhha.Malas nak layan dah..ana teruskan pembacaan 17 surah.Alhamdulillah,pesakit sedar semula.Tapi..menurut pemerhatian ana,masih ada lagi jin yang berada ditubuh pesakit.Pesakit dibekalkan bahan rawatan bagi melemahkan gangguan.InsyaAllah..tunggu dan lihat macammana dengan sesi rawatan yang seterusnya.

Rabu, 22 Disember 2010

SIHIR GABUNGAN

Puji dan sanjungan hanyalah milik Allah SWT..,Selawat dan salam semoga mencucuri Rasulullah SAW.
Alhamdulillah..kali ini ana diberi kesempatan untuk merawat pesakit yang mana menurut pendapat ana terkena sihir yang melibatkan sihir melalui makanan dan minuman.Dan daripada pemerhatian ana pada borang rawatan yang diisi oleh pesakit,berkemungkinan juga pesakit terkena sihir pemisah dan sihir yang berbalik kepada diri sendiri.
Rawatan dimulakan pada jam 8malam.Semasa sesi rukyah jin penganggu hampir hampir menunjukkan reaksi kerana pada pemerhatian ana,raut wajah pesakit seperti berubah ubah dan seakan menjauhkan telinganya daripada bacaan rukyah.Ini kerana ana lebih suka melakukan pembacaan rukyah dalam jarak 5-7 inci dari telinga pesakit.Selesai merukyah,pesakit mengatakan yang badannya terasa panas dan seperti ada sesuatu yang bergerak gerak didalam perutnya.
Kebiaasannya,ana suka melakukan pembacaan rukyah dalam versi yang berbeza.Selepas itu ana sentuh belakang pesakit dan ana qasadkan serangan pada bahagian perut pesakit..Alhamdulillah..pesakit mula memuntahkan cecair yang berwarna kuning.Mungkin sihir telah berjaya dikeluarkan dari tubuh pesakit.Pesakit mula menjadi lemah.Ana scan semula pesakit dan didapati masih ada gangguan yg berbaki ditubuh pesakit.Oleh kerana keadaan pesakit yang terlalu lemah,ana sarankan pesakit untuk datang semula bagi rawatan susulan.Semoga Allah permudahkan pada proses rawatan nanti.

Sabtu, 18 Disember 2010

FAEDAH AYAT SATU:PENDINDING DIRI DARI KEJAHATAN MUSUH DAN ORANG ZALIM

Segala puji adalah milik Allah SWT yang mentadbir sekalian alam,selawat dan salam semoga tetap Allah curahkan keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga dan sahabat Baginda serta seluruh kaum muslimin yang mengikut jejak mereka dalam kebaikan.
Adapun lafaz ayat satu adalah seperti berikut:
Ertinya:
"Allah SWT adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu,bagi kami adalah amalan amalan kami dan bagi kamu adalah amalan amalan kamu,tiada sebarang pertengkaran antara kami dan kamu,Allah SWT menghimpunkan antara kita dan kepadaNya kita kembali"..(as-syura:15)

Khasiat ayat satu:
a. Apabila ia dibaca setiap kali setelah solat fardhu dengan membayangkan kehadiran lawan yang zalim dan menyakinkan hati untuk memohon perlindungan kepada Allah SWT,maka dengan izinNya akan dapat menghindari segala tipu muslihatnya.

b. Apabila sedang berhadapan dengan musuh,orang yang zalim atau orang yang ditakuti ataupun binatang buas,maka hendaklah membaca ayat satu sebanyak satu kali,InsyaAllah akan terhindar dari sebarang bahaya dan kejahatan.

Semoga amalan ini dapat memberi manfaat dan mendapat keredhaan Allah SWT..amiin.

Rabu, 15 Disember 2010

KENANGAN SEMINAR RAWATAN RIDAM DI TAIPING,PERAK

Alhamdulillah..Seminar rawatan islam bersama RIDAM diTaiping,Perak telah selamat diadakan dengan jayanya.Maaf dipohon kerana kelewatan menyiarkan gambar gambar semasa seminar tempohari.Moga setiap peserta beroleh manfaat.








 








Selasa, 7 Disember 2010

SHAH!KAKI AKAK TAK BENGKAK DAH!

Puji dan sanjungan hanya untuk Allah s.w.t.,selawat dan salam semoga dilimpah kepada Nabi dan Rasul termulia,Nabi kita Muhammad s.a.w.keluarga dan sahabat sahabatnya.
Kali ini ana ingin kongsikan mengenai pengalaman merawat seorang pesakit yang mengalami kesakitan dan bengkak pada kaki selama lebih dari 3 bulan.Puas sudah pesakit mendapatkan rawatan dari doktor namun tiada kesembuhan.Pesakit mula merasakan yang dia telah disihir.Sewaktu pesakit berkunjung kerumah,ana tengok pesakit berjalan dalam keadaan terhenjut henjut akibat kesakitan yang dialami.
Semasa melakukan sesi rukyah pada pesakit,pesakit merasakan kesakitan semakin terasa dari pinggang hingga kehujung kaki pesakit.Ana tarik gangguan tersebut menggunakan kaedah tarik dan pasung pada buah limau.Alhamdulillah,selepas itu pesakit sudah boleh berjalan seperti biasa,walaupun kesan bengkak belum surut sepenuhnya.Ana bekalkan pesakit dengan bahan rawatan untuk pesakit lakukan proses penyembuhan sendiri dirumah.
Petang keesokan harinya,pesakit datang menemui ana dalam keadaan riang,sambil menunjukkan kesan bengkak pada kakinya hilang serta merta dan pesakit sudah boleh berjalan seperti biasa.Terpancar cahaya kegembiraan pada wajah pesakit tersebut.Tidak ada yang perkara yang lebih mengembirakan seorang perawat apabila melihat pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya.Alhamdulillah,Allah makbulkan doa ana.Syukur pada mu ya Allah.
" Suara orang yang berterima kasih atas kebaikan dan pertolongan yang kamu lakukan adalah lebih indah daripada suara kicauan burung,cerahnya pagi,gemersik pohonan dan petikan tali gitar :"segala puji bagimu ya Allah "

Sabtu, 4 Disember 2010

MERAWAT DI WAD ICU..BERSABARLAH

Ya Allah hanya kepadaMu segala puji yang lebih baik daripada apa yang kami ucapkan,melebihi daripada yang kami ucapkan.Agung kedudukanMu,tinggi pujianMu,suci nama namaMu.Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,pada keluarga dan sahabatnya.
Petang semalam ana dipanggil untuk merawat pesakit diwad icu hospital taiping.Sampai diwad,pesakit masih dalam keadaan koma.Isteri pesakit mengatakan bahawa sudah seminggu suaminya terlantar tidak sedarkan diri.Hasil perbualan dengan isteri pesakit dan dari pemeriksaan klinikal,pesakit disyaki menghidap jangkitan kuman.Cuma siiteri minta suaminya diperiksa takut takut terkena bahana sihir.
Setelah melakukan scanning pada pesakit,ana dapati sisuami memang bersih daripada gangguan bahana sihir.Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Sedih melihat keadaan pesakit dan kagum melihat kekuatan seorang isteri menjaga suami yang terlantar.namun jauh dilubuk hati si isteri tersimpan perasaan duka,sedih,lemah dan takut pada keadaan yang menimpa suaminya.Ana cuma doakan pesakit agar cepat sembuh dan memberi kata kata semangat pada isteri pesakit agar tabah dan sabar.
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang orang yang terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa malapetaka dan kesengaraan,serta digoncangkan (dengan bermacam macam cubaan) sehinnga berkatalah Rasul dan orang orang yang beriman bersamannya:"Bilakah datangnya pertolongan Allah?"Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu amatlah dekat." (al-baqarah 214)
Sesungguhnya salah satu yang menjadi rahsia kekalnya agama ini adalah bahawa ia hidup bersama orang orang yang mendapat ujian,sehingga Allah dapat menampakkan kejujuran,ketulusan dan keteguhan iman mereka.
"kirimkan surat pada waktu fajar : dakwatnya adalah airmata,kertasnya adalah pipi,tukang posnya adalah harapan dikabulkan dan alamatnya keArasy.Lalu tunggulah jawapanNya."

Khamis, 2 Disember 2010

ADUH!PEDIHNYA BAGAI DIHIRIS

Segala puji hanyalah bagi Allah,kita memujiNya,memohon pertolonganNya dan memohon keampunan dariNya.Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammmad adalah Hamba dan RasulNya.
Serba sedikit bercerita mengenai pengalaman merawat.Kali ini ana mendapat panggilan telefon dari pesakit yang mengadu badannya sakit seperti dihiris hiris dengan pisau pada bahagian tengkuk dan beberapa bahagian tubuh.Ana katakan pada pesakit yang ana tak dapat merawat malam ni kerana ada hal penting yang perlu ana selesaikan.Tapi pesakit mendesak yang dia dah tak tahan,kalau boleh malam ni juga dia minta dirawat.Kasihan dengan keadaan pesakit,ana bergegas kerumah pesakit sekitar jam 9.30malam.Suami pesakit menjemput ana dihadapan sekolah kebangsaan bukit jana.Sampai dirumah pesakit,ana terus mulakan sesi diagnosis utk mengetahui lebih lanjut akan punca penyakit.Pesakit mengatakan bahawa beberapa bulan ni,dia sering bermimpi menyusukan bayi.Terdetik dihati ana,"ni mungkin gangguan saka".
Ana mulakan rawatan tetapi tidak ada apa apa yang berlaku pada pesakit.Cuma pesakit merasakan rasa pedih semakin berkurangan.Selepas itu ana lakukan kaedah tarik penyakit dan bekalkan pesakit dengan cuka yang telah dirukyah untuk disapu pada bahagian sakit dan air rukyah untuk pesakit minum dan mandi sambil dicampur dengan tujuh helai daun bidara.Selepas rawatan,pesakit tanya ana samada dia terkena sihir atau tidak.Ana hanya katakan "Wallahu'a'lam".Ana suruh pesakit datang kerumah ana selepas 3 hari untuk buat rawatan susulan.
Selepas 3 hari,pesakit datang menemui ana dan mengatakan yang tanda tanda kesembuhan semakin ketara.Pesakit sudah boleh bekerja dengan cergas,dan pesakit menyatakan yang dia semakin yakin untuk meneruskan rawatan dengan ana.Ana katakan pada pesakit bahawa kesembuhan bukannya datang dari ana,tetapi hanyalah milik Allah.Ana cuma berikhtiar dan berdoa sahaja.Apa yang penting adalah kamu harus terus berikhtiar dan bertawakkal diatas segala yang kamu lakukan dan yakin bahawa pertolongan Allah sangat dekat terhadap hambaNya.Alhamdulillah..Ana teruskan dengan rawatan susulan,selepas rawatan pesakit menyatakan ada sesuatu seperti angin yang keluar ditelinga kirinya semasa proses rawatan.Ana bekalkan pesakit dengan kaedah mandian seperti yang disarankan oleh Ust.Syakirin(RIDAM).Terima kasih pada Ust.Syakirin.Beliau merupakan diantara guru guru yang ana sentiasa jadikan rujukan dan panduan dalam hal ehwal perubatan.Beliau banyak membantu ana dan menasihati ana.
Segala kesembuhan hanyalah milik Allah,kerana sesungguhnya tiada kesembuhan melainkan dengan kesembuhanNya.

Ahad, 21 November 2010

ILMU KEKUATAN TANGAN

Sesungguhnya segala puji hanyalah bagi Allah semata mata,kita memujiNya,memohon pertolonganNya dan memohon keampunan dariNya.Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hamba dan RasulNya.
Terdetik dihati ana untuk berkongsi salah satu kaedah yang ana dapat dari datuk sebelah ibu ana yang berbangsa sungai.Kenapa dan mengapa ana nak kongsikan?Sebabnya kaedah ini pun dah lama sangat ana simpan dan tak pernah ana amalkan.Ana dapat kaedah ni ketika berumur 11 tahun.Lama sangat dah.Jadi terpulanglah pada sesiapa diluar sana yang nak mencubannya.
Caranya cukup mudah,gaullah pasir didalam kuali dengan tangan sambil membaca "KAF HA YA AIN SOD,HA MIM AIN SIN KOF".Gaul sehingga pasir menjadi hangus sambil membaca ayat diatas berulang ulang.Selepas tu tepat jam 12 mlm,ketuklah paku '5'inci kedinding dan cubalah pulas paku tersebut sehingga bengkok dengan tangan anda.
Tapi..kalau tak berhasil jangan salahkan ana ye,sebab anda harus ingat pada satu perkara"Tidak ada daya  dan kekuatan melainkan dengan izin Allah Jua".
SELAMAT MENCUBA...

Selasa, 16 November 2010

PERIHAL DIBANGKITKAN BINATANG KORBAN

Pengertian Korban
Korban ialah dari perkataan Qurba bereti hampir.Menurut istilah ialah menyembelih binatang ternakan yang disebut sebagai na'am seperti lembu,kambing,kerbau,unta dan sebagainya untuk tujuan ibadah bagi menghampirkan diri kepada Allah s.w.t,bermula pada hari raya haji sepuluh Zulhijjah sehingga tiga hari tasyrik(11,12 dan 13 Zulhijjah).

Dalil Qurban
Firman Allah S.W.T:
Bermaksud:"Maka Sembahyanglah engkau (pada hari raya qurban) kerana Tuhan engkau dan sembelihlah Qurban." (Al-Kauthar:2)
Sabda Rasululllah S.A.W:
Bermaksud:"Aku telah diperintahkan menyembelih korban dan korban itu sunat bagi kamu."
Sabda Rasulullah S.A.W:
Bermaksud:"Muliakan korban kamu kerana ia jadi tunggangan kamu dititian Siratul Mustaqim pada hari Kiamat."

Perihal DiBangkitkan Binatang Korban
At-Tirmidzi,Ibn Majah dan Al-Hakim meriwayatkan hadis daripada Aisyah r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:"Tiadalah amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari nahar  yang lebih Allah kasihi selain daripada menumpahkan darah (menyembelih korban),dan bahawasanya ia (binatang) datang pada hari kiamat dengan tanduk,bulu dan kukunya.Bahawasanya sebelum darahnya tumpah pada tempatnya ,maka Allah terlebih dahulu menerimanya sebelum ia tumpah kebumi.Oleh itu perbaikilah nafsumu dengan Ia.(yakni dengan menyembelih korban)

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Sabtu, 13 November 2010

GANGGUAN JIN LOMBONG TEKAH

Segala puji hanya bagi Allah,kita memujinya,memohon pertolonganNya dan memohon keampunan dariNya.Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu adalah Hamba dan RasulNya.
Alhamdulillah..baru sebentar tadi ana dipanggil untuk merawat seorang gadis yang pengsan secara tiba tiba.Rumah pesakit pun tidak jauh dari rumah ana,dalam kira kira 10minit perjalanan.Sesampainya ana dirumah pesakit tersebut,pesakit masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.Bila ana cuba pegang kepala pesakit tersebut,dengan tiba tiba pesakit meludah kemuka ana.sabar je lah.memang sudah menjadi risiko perawat.Ana ajak berbicara,tetapi jin penganggu masih berdegil."kenapa kau nak ganggu aku"kata jin penganggu berkali kali.Pesakit mengamuk dengan keadaan yang begitu agresif.Ana bagi kata dua pada jin tersebut"Nak keluar atau terbakar dalam jasad ini",tapi jin penganggu hanya ketawa.Malas nak melayan karenah jin penganggu,ana terus bacakan ayat ayat pembakar jin yang terdiri daripada 15 surah.Alhamdulillah.belum habis kesemua surah dibaca,pesakit sedar sepenuhnya.
Bila ana tanya ayah pesakit,siayah menceritakan yang anaknya pengsan dengan tiba tiba selepas pulang dari kerja.Setelah ana perhatikan,barulah ana tahu yang pesakit melalui kawasan lombong ketika balik kerja seorang diri.
Nasihat ana pada semua yang berada diluar sana,jika boleh elakkan melalui kawasan lombong diwaktu malam ketika berseorangan,kerana faktor keselamatan yang tidak terjamin,dan kawasan lombong juga merupakan salah satu kawasan kediaman bagi golongan jin dan syaitan.

Selasa, 9 November 2010

JIN DARI MEKAH

Segala puji bagi Allah semata mata,kita memujinya,memohon pertolongannNya dan memohon keampunan dariNya.Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yg selain Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hamba dan RasulNya.
Suami isteri ni datang menemui ana dan mengadu tentang gangguan yang dialami oleh isterinya.Seringkali tidur isterinya terganggu dengan mimpi mimpi yang menakutkan.Kadangkala siisteri melihat kelibat makhluk halus didalam rumah mereka.Puas sudah bertemu dengan mana mana bomoh tapi gangguan masih berulang.Dikesempatan itu,sempat juga ana nasihatkan pada suami isteri tersebut agar tidak mendapatkan rawatan dari mana mana perawat yang bergelar bomoh.sebaiknya carilah perawat yang menggunakan kaedah yang dituntut oleh syara'.Ketika pertama kali melihat wajah isterinya,ana dapat melihat sebelah wajah isterinya seakan kehitaman.mungkin petanda bahawa makhluk tersebut masih berada didalam tubuh isterinya.
Ketika memulakan sesi Rukyah,siisteri sudah mula menggeletar,Ana dapat lihat jari kelingking dikedua dua tangannya bergerak dengan begitu cepat.Bila ana tanya siapa dan apa agama kamu.Jin tersebut masih dengan sikap angkuhnya.Jin tersebut tak nak menjawab walau sepatah pun soalan ana.selepas itu ana membuat beberapa pukulan ringan menggunakan tasbih pada setiap sendi dan tapak kakinya.Akhirnya jin tersebut mengerang kesakitan tetapi masih dengan sikap degilnya untuk tidak mahu berbicara dengan ana.Akhirnya,ana membuat tepukan dengan tapak tangan ana pada belakang pesakit sambil menyebut "bismillahimasyaalah".akhirnya terkeluar perkataan "AllahuAkbar"dari pesakit tersebut sambil berkata"sudah,sudah aku dah tak tahan.aku letih.sakit..sakit"!
Ana: ooo..engkau islam ye.Kenapa engkau ganggu wanita ini.
Pes: Aku sayangkan dia.aku cintakan dia.Aku benci suami dia.Suaminya selalu mengabaikannya.
Ana: Bukan hak engkau untuk campurtangan dalam urusan rumahtangganya.Sekarang engkau keluar dari tubuhnya.
Pes: Tak nak!aku dah sayangkan dia.aku tak boleh berpisah dgn dia.
Ana: baik! kalau engkau tak nak keluar dari tubuh ni,maka aku akan masukkan engkau kedalam botol ni.kiamat nanti baru engkau boleh keluar.engkau nak!(ana gertak je sambil menunjukkan botol kaca dihadapan pesakit.sambil tu ana dakwah jin tersebut tentang kesalahan dan dosa akibat perbuatanya itu.)
Pes: jangan..jangan.baiklah aku akan keluar,tapi mana aku nak duduk lepas ni.
Ana: engkau baliklah ke tempat asalmu.dimana tempat asalmu?
Pes: Mekah.Uiii..jauuuh..kalau nak balik tempat aku,aku kena lalu madinah dulu.penaaat.
Ana: itu terpulang pada engkau.pandai engkau datang,pandailah engkau balik.Sekarang nak keluar ke tidak?
Pes: Baiklah,aku akan keluar.sebelum tu aku nak cakap sesuatu dengan suaminya dulu.
Ana: hah..cakaplah.
Pes: (sambil memandang kepada suami pesakit tersebut).aku nak kau jaga dia.sayangilah dia.jangan abaikan dia.aku selalu melihat dia dalam kesedihan.sayangilah dia dengan sepenuh hatimu dan jangan kecewakan dia.(sisuami hanya mengangguk angguk kan kepalanya).
Ana: sudah..sudah.jangan kau nak buang masa.sekarang engkau keluar.sebelum tu aku nak tahu nama mu?
Pes: namaku Ibnu..
Ana: baiklah Ibnu,sekarang keluarlah engkau dan jangan kembali lagi.ingat pesan ku.pesakit ini akan sentiasa aku awasi..Jika aku mengetahui engakau kembali lagi ketubuh wanita ini,maka aku takkan teragak agak untuk menghancurkan engkau.
Pes: baiklah.aku berjanji.Assalamualaikum.
Ana: Waalaikumsalam.
Akhirnya pesakit pun pulih seperti sediakala.Dekat 3 bulan juga pesakit berulang ketempat ana untuk melakukan terapi rukyah.Alhamdulillah,akhirnya pesakit pulih sepenuhnya.Segalanya diatas izin Allah jua.Ada pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini..Apa dia?Tepuk dada dan tanyalah Selera..

Ahad, 7 November 2010

PERBEZAAN ANTARA IBLIS,JIN DAN SYAITAN

HAKIKAT IBLIS
Iblis laknatullah adalah bapa dan asal dari bangsa jin,sebagaimana Adam adalah bapa dan asal dari manusia.sebagaimana yang dikatakan Atthabari:dari Alhasan:
artinya: Tidak adalah iblis itu dari malaikat sekejap mata pun,dan sesungguhnya dia itu asalnya jin sebagaimana Adam asalnya manusia.
Tetapi kadangkala kita terkeliru mengenai ayat yang memerintahkan malaikat untuk sujud kepada Adam,adakah Iblis juga didalam golongan malaikat?untuk jawapanya perhatikanlah apa yang dikatakan oleh Azzamakhasyari dalam tafsir Al-kassyafnya:
Ertinya: Tatkala bersifat iblis itu dengan sifat malaikat maka dihimpunkanlah ia bersama malaikat didalam ayat tersebut dan kerananya dihayatilah suatu pengecualian dan telah diterangkan perkara itu didalam firman Allah: "kecuali iblis,adalah ia dari bangsa jin"
            
HAKIKAT JIN
Disebutkan didalam kitab Alkaukabul Ajuj halaman 152,seperti berikut:
Ertinya: Dan adapun jin itu,maka yaitu zat zat yang halus,yang dapat berubah ubah bentuk dengan bentuk yang berlain lainan dan dapat nyata darinya perbuatan yang aneh.sebahagian dari mereka ada yang beriman  dan ada yang kafir,ada yang taat dan ada yang derhaka.

HAKIKAT SYAITAN
Syaitaan adalah mufradnya dari Syayathin.Syeikh Ahmad Asshawi telah berkata mengenai makna dan asal Syaitan didalam tafsirnya,pada juz 1,halaman 5,sebabagai berikut:
Ertinya: Dan lafaz syaitan itu asalnya Syathana,ertinya jauh dari rahmat Allah.Ada juga dikatakan berasal dari Sya-tha,dengan makna ihtaroqa ertinya;terbakar.Dan syaitan itu nama  bagi tiap tiap yang derhaka dari bangsa jin dan manusia.
Daripada keterangan diatas,dapatlah kita pastikan bahawa syaitan itu adalah nama sifat dan tidaklah ia diberi bentuk atau asal tertentu.Kalau jin bersifat derhaka,maka dialah syaitan.begitu juga jika ia manusia yang bersifat derhaka,maka dialah syaitan.Kadangkala lafaz syaitan juga diberikan kepada Iblis laknatullah.Diterangkan dalam Surah Al-An'Am ayat 112,seperti berikut:
Ertinya: Dan demikianlah telah kami jadikan bagi tiap tiap nabi itu musuh musuh berupa syaitan yang terdiri daripada jin dan manusia,yang membisikkan setengah mereka itu kepada sesetengahnya akan kata kata yang dihiasi dengan tipudayanya,
Syaitan manusia itu kadangkalanya adalah diri kita,isteri kita,teman kita atau anak anak kita yang membuat kita berpaling dari taat kepada Allah.Malik bin Dinar berkata:
Ertinya: Sesungguhnya syaitan manusia itu lebih hebat keatasku daripada syaitan jin,maksudnya :apabila aku berlindung kepada Allah,maka berlalulah syaitan jin.sedangkan syaitan manusia itu datang kepadaku,maka diseretlah aku kepada segala kemaksiatan.
Hujjatul Imam Al-Ghazali berkata:
"berhati hatilah engkau kepada syaitan manusia.kerana sesungguhnya syaitan syaitan manusia itu telah memberi kesenangan kepada syaitan syaitan jin daripada keletihanya."
Daripada keterangan diatas,dapatlah kita perhatikan bahawa Iblis laknatullah adalah syaitan kerana ia telah membangkang dan derhaka pada perintah Allah untuk sujud kepada Adam.Sedangkan syaitan bukanlah iblis,kerana Iblis adalah lafaz untuk menyebut seorang jin yang tertentu yang bernama Azazil.Pada setiap orang  terdapat syaitan akan tetapi pada setiap orang tidak ada iblis.
"bahawa Aisyah,isteri Nabi s.a.w mengatakan,"Rasulullah s.a.w keliar pada satu malam daripada sisinya.Aisyah berkata"aku lalu berlari mengejar baginda hingga mendapatkanya."Melihat apa yang aku lakukan,Baginda berkata,"ada apa dengan kamu wahai aisyah,apakah kamu cemburu?"aisyah berkata,"bagaimana orang sepertiku tidak cemburu terhadap orang seperti kamu".Baginda kemudian berkata,"atau syaitan telah datang kepada kamu?aisyah berkata,"adakah padaku ada syaitan?Baginda berkata,"Ya".aisyah berkata lagi,"apakah dia juga ada pada setiap orang".Nabi berkata"Ya".aisyah berkata,"apakah pada kamu juga?Nabi menjawab,"Ya,hanya saja Allah menolongku untuk menakluknya sehingga ia memeluk islam" (riwayat muslim)

Jumaat, 5 November 2010

MAKHLUK APA NI?

  Salam sejahtera kepada semua pembaca blog.mlm ni,ana pun tak tahu nak tulis arikel tentang apa.Ada gak pesakit yg datang dari kuala kangsar petang tadi,tapi ana pun tak dapat nak ceritakan tentang kisah rawatan  pesakit tersebut kerana ana dah janji pada pesakit tersebut yang ana akan simpan rahsia mereka.Biarlah Allah,ana dan pesakit saja yang tahu masaalah mereka.semoga Allah memberikan kesembuhan kepada pesakit tersebut.Amiin..
    Cuma pada malam ni ana tergerak hati nak kongsikan gambar makhluk halus yg ana tangkap semasa berkelah bersama keluarga di kawasan air terjun,batu hampar,taiping perak.ana tak terfikir pun nak tangkap gambar ni tetapi oleh kerana keboringan yg melampau (ana ni bukan jenis yg suka pi duk lama lama dalam air),maka,ana pun saja sajalah test kaedah mata dalam(bukan mata batin ye)..masa nak tangkap gambar ni pun,ana tak nampak ada makhluk yg berdiri atas batu dan atas dahan pokok tu.cuma setelah menggunakan kaedah mata dalam,ana dapat merasakan(dalam hati ana le)ada satu aura negatif sedang memerhatikan ana.Inilah hasil yg ana dapat..Wallahu'a'lam..

Ahad, 31 Oktober 2010

BENTUK DAN SIFAT JIN

 Petikan dari kitab shahafi ma'a jin al muslim:
     "menurut hemat saya,bentuk kami tidaklah berbeza dari bentuk manusia,kecuali beberapa perbezaan kecil disana sini.Kepala kami,misalnya sedikit lebih besar dalam bandinganya dengan tubuh kami,bila dibandingkan dengan perbandingan kepala dan tubuh manusia.mata kami memanjang dan tidak bulat seperti mata manusia.Diantara kami ada yang mempunyai mata memanjang arah keatas,dan ada pula yang sedikit miring kearah dahi,mirip mata lazimnya orang orang cina atau jepun dikalangan kamu.mata kami tidak sepet seperti manusia,tetapi lazimnya besar dan lebar seperti mata rusa,namun dengan bentuk yang memanjang.mata kami ada yang berwarna hitam,kuning,coklat tua,seperti mata manusia,sekalipun hitamnya berbeza dengan hitamnya mata manusia.mata hitam kami cenderung keputih putihan.
     "Sedangkan telinga kami kedua duanya mirip telinga kuda ,khususnya dalam bentuknya runcing.ada pula diantara kami ada yang telinganya mirip telinga kucing.maka hidung kami terletak ditengah tengah wajah kami.serupa seperti hidung manusia.hanya tidak mancung seperti hidung kalian.lazimnya hidung kami pesek dan bulat.
     "Jin islam memanjangkan janggutnya kerana mengikuti petunjuk Nabi Muhammad S.A.W.Rambut kepala kami sangat tebal,dan lebih tebal lagi pada kaum wanita jin.Dikalangan kaum laki laki,rambut kami lebih kasar,dan dalam skala yang besar lebih banyak yang botak.rambut jin wanita bagi kami sangat panjang.dan itu merupakan lambang kecantikan."
     "Tangan kami seperti tangan kalian.cuma dari segi panjang lengan dan kuku sangat berbeza.lengan kami dibandingkan dengan tubuh kami sangat panjang,bila dibandingkan dengan lengan manusia dengan tubuh manusia.demikian juga halnya dengan kuku kami.sebab,jari jari kami pun panjang.Alat kelamin kami sama seperti manusia.hanya lebih kecil bila dibandingkan dengan manusia,dan dalam bandinganya dengan tubuh kami.Wanita jin pun seperti kaum wanita manusia.mereka mempunya selaput dara yang pecah ketika terjadi hubungan seksual.
     "setiap jin mempunyai dua tanduk.tetapi kedua tanduk tersebut sangat kecil seperti huruf "NUN" dan tidak panjang seperti yang diganbarkan oleh manusia.Tanduk iblis pula besar sesuai dengan tubuhnya.Iblis sangat tua usianya,jauh lebih tua dari manusia yang pertama.kami adalah makhluk yang bertubuh lemah,seperti tubuh manusia yang mengalami proses kelemahan sejalan dengan perjalanan waktu.Warna kulit kami lebih hitam daripada manusia yg berkulit hitam.sebab kulit kami hitam pekat dan melekat dengan daging kami,sebagaimana halnya dengan kulit dan daging kalian.warnanya mirip dengan warna kerbau kalian.diantara kami ada jin yang lebih tebal bulunya.juga ada yang putih dan merah.
     "Jin kafir mengenakan terompah dikaki kirinya,sedangkan kaki kirinya dibiarkan telanjang.(Rasulullah s.a.w bersabda...janganlah salah seorang diantaramu berjalan dengan satu terompah,sebab syaitan berjalan dengan satu terompah pula.)bagi jin muslim ia mengenakan terompah dikedua kakinya."

  Kepada pengunjung blog sekalian..artikel ini hanyalah sebagai maklumat sahaja,dan janganlah kita mempercayai 100%.mugkin juga ada kebenaran dan kebatilan didalam dialog tersebut.kerana sesungguhnya ALLAH S.W.T berfirman:
"WAHAI AIANK ADAM,JANGANLAH SEKALI KALI KAMU DAPAT DITIPU OLEH SYAITAN SEBAGAIMANA DIA TELAH MENGELUARKAN KEDUA IBU BAPAMU DARI SYURGA.DIA MENANGGALKAN DARI KEDUANYA PAKAIANNYA UNTUK MEMPERLIHATKAN KEPADA KEDUA AURATNYA.SESUNGGUHNYA DIA DAN PENGIKUT PENGIKUTNYA MELIHAT KAMU DARI SUATU TEMPAT YANG KAMU TIDAK BOLEH MELIHAT MEREKA.SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENJADIKAN SYAITAN SYAITAN ITU PEMIMPIN BAGI ORANG ORANG YANG TIDAK BERIMAN"  (surah Al-A'raf: 27)

Selasa, 26 Oktober 2010

FADHILAT SURAH AL-BAQARAH

   Al Baqarah adalah surah yang terpanjang didalam al quran dan paling banyak ayatnya didalam al quran.ianya mempunyai beberapa kedudukan dan fadhilat  yg sangat istimewa.Al baqarah adalah puncak dari seluruh al quran.Rasulullah s.a.w bersabda: "Pada saat turunya al baqarah turun bersamanya setiap ayatnya disertai 80 malaikat."
    Sesungguhnya al baqarah merupakan benteng yg sangat kuat terhadap gangguan jin dan syaitan dikediaman kita.Kerana itulah rumah yg dibacakan surah al baqarah didalamnya,maka syaitan dan jin tidak akan mampu menembusinya.Rasulullah s.a.w bersabda: "janganlah kamu membuat rumah kamu sebagai kubur,sesungguhnya syaitan akan menyingkir dari rumah yang dibacakan surah al baqarah didalamnya."
    Dari an nu'man bin Basyir bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya ALLAH telah menulis sebuah kitab sebelum menciptakan langit dan bumi,darinya Ia menurunkan dua ayat yang dengan keduanya surah al baqarah ditutup,apabila keduanya tidak dibacakan selam 3 malam,maka syaitan akan mendekatinya."
    Sesungguhnya Allah akan menjaga keamanan bagi sesiapa yang membaca 10 ayat dari surah al baqarah dari sesuatu yang tidak disukainya.10 ayat yang dimaksudkan adalah 4 ayat pertama,ayat kursi dan 2 ayat sesudahnya dan 3 ayat terakhir dari surah al baqarah.Barangsiapa membacanya maka syaitan dan segala sesuatu yg tidak disenanginya tidak akan dapat mendekatinya dan keluarganya pada hari itu juga.
    Bagi pesakit yg mengalami gangguan,digalakkan membacanya sebelum tidur.Insyallah,ALLAH pasti akan melindungi pada sesiapa yg istiqomah mengamalkanya.

Sabtu, 23 Oktober 2010

TANDA TANDA GANGGUAN JIN DAN SIHIR

TANDA TANDA GANGGUAN JIN

a.  Tanda tanda diwaktu sedar
   1. Malas untuk beribadah
   2. Merasa sesak dada terutama selepas waktu asar
   3. suka bersendirian
   4. pelupa/nyanyuk
   5. Sering mengalami kebingungan atau stress
   6. Sering mengalami ketakutan
   7. Merasa benci kepada orang orang disekitarnya dan sering berasa curiga
   8. Selalu merasa malas dan lesu
   9. Sering merasa pening
b. Tanda tanda semasa tidur
   1. Gelisah ketika tidur
   2. sukar untuk tidur
   3. selalu bermimpi yg buruk dan mencemaskan
   4. sering mengigau
   5. Mimpi melihat ular

TANDA TANDA GANGGUAN SIHIR
  1. Perut memulas/sakit(santau)
  2. Merasa selalu ingin muntah(santau)
  3. batuk yang berpanjangan(santau)
  4. merasa sesak nafas dan cepatnya denyutan jantung
  5. sakit dibawah tulang punggung
  6. sering merasa kejang diseluruh tubuh
  7. merasa tertekan dan mudah panas baran
  8. Ketumbuhan atau kanser
  9. lesu dan tidak bermaya
10. suka berseorangan
11. sakit pada salah satu anggota badan
12. mimpi yang menakutkan
13. mimpi jatuh dari tempat tinggi
14. mimpi berada dikawasan perkuburan atau rumah ibadat agama lain
15. mimpi berulang ulang seperti kucing,anjing dan ular

jika anda mengalami simptom simptom seperti tanda tanda diatas,maka segeralah berjumpa dgn mana mana perawat islam untuk rawatan selanjutnya.




Khamis, 21 Oktober 2010

PENGALAMAN PERTAMA MENJADI PERAWAT

     Teringat lagi pengalaman ketika mula mula menjadi perawat dulu.kalau tak silap kisah ni berlaku pada penghujung tahun 2008.masa tu cuma berguru dgn allahyarham  ust. azizi sahaja.ilmu pun x banyak mana..hanya berbekalkan kaedah rukyah dan pembakar jin sahaja.
     Ada seorang pesakit perempuan ni datang jumpa aku..katanya dah 8 tahun dia selalu didatangi lembaga menakutkan dan dah 8 tahun kahwin masih belum dikurniakan cahaya mata.pada mulanya aku hanya bekalkan pesakit dgn air rukyah sahaja untuk dibuat mandian dan minuman.sebenarnya,aku pun tak bersedia lagi untuk menjadi perawat masa tu.aku tanya pesakit.."sapa yg habaq kat kak yg saya ni boleh merawat"?.kak tu kata"sapa lagi,bini ko le.".
     3 hari selepas tu,kak tu datang lagi minta dirawat.kak tu kata dia dah tak tahan dgn gangguan tu.selepas minum air rukyah,lembaga tu selalu datang ganggu dia,siap habaq"kenapa ko nak buang aku!"kesian betul dekat akak tu.
     Masa nak mulakan sesi rukyah,aku hanya bertawakkal pada ALLAH agar dipermudahkan segalanya.Almaklumlah,inilah kali pertama aku merawat pesakit.semasa sesi rukyah,sampai sahaja ayat 285 surah al-baqarah,akak tu dah mula menggeletar.aku panggil nama akak tu,tapi akak tu buat de' aje.masa tu aku yakin yg akak tu dah mula kerasukan.di pendekkan cerita jin tu pun setuju utk keluar dari badan pesakit setelah diazab dengan kaedah pembakar jin.2 bulan selepas tu,akak tu datang jumpa aku dan bagitahu yg dia dah mengandung.Alhamdulillah..ALLAH permudahkan segala urusan ku pada masa itu..
    Teringat satu kata kata hikmah yg berbunyi:"Jika orang orang memerlukan kamu,maka itu adalah kenikmatan.janganlah mengabaikan keperluan mereka kerana itu adalah bencana.ketahuilah bahawa waktu waktu terbaik kamu adalah waktu anda dicari oleh orang lain dan bukan waktu anda mencari orang lain."
  

Rabu, 20 Oktober 2010

PERAWAT MERUPAKAN SEUTAMA UTAMA PEKERJAAN

    Syeikhul islam Ibn Tamiyah mengatakan adalah merupakan fardhu kifayah terhadap orang yg mempunyai pengetahuan untuk mengubati kerasukan dan ia juga merupakan sesuatu yang disyariatkan dan seutama-utama pekerjaan dan inilah yang dilakukan oleh para nabi dan solehin.
     Sesungguhnya para nabi dan orang orang soleh sentiasa mempertahankan anak adam daripada apa yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya.Nabi Isa juga melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi kita Muhammad S.A.W.
      Ini menunjukkan bahawa pengubatan orang yang kena sihir seperti yang dipelajari oleh umat islam yang mempunyai kelebihan ilmu dan sebagainya adalah fardhu kifayah.Maka sekiranya disalah sebuah tempat,tidak ada sesiapa yang boleh mengubati orang yang kena gangguan jin itu melainkan seorang sahaja,maka tertanggunglah orang yang mengetahui itu.

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum...
Syukur alhamdulillah,saya rafa"kan kesyukuran ke hadrat Ilahi diatas segala izin,taufiq dan inayahNya.Sesungguhnya saya akui bahawa diri ini masih tidak begitu lengkap dan berkemungkinan masih banyak kekurangannya,maka segala komen dan teguran daripada para guru,rakan perawat dan sahabat sangat dialu alukan semoga dengan teguran itu dapat memperbaiki lagi diri ini dari semasa ke semasa.Saya mengharapkan sokongan dari rakan-rakan semua. Semoga apa yang akan dikongsikan dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua. Sekiranya ada teguran dan nasihat boleh e-mel saya di terapiqolbu@gmail.com. Saya amat mengalu-alukannya.