Ahad, 21 November 2010

ILMU KEKUATAN TANGAN

Sesungguhnya segala puji hanyalah bagi Allah semata mata,kita memujiNya,memohon pertolonganNya dan memohon keampunan dariNya.Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hamba dan RasulNya.
Terdetik dihati ana untuk berkongsi salah satu kaedah yang ana dapat dari datuk sebelah ibu ana yang berbangsa sungai.Kenapa dan mengapa ana nak kongsikan?Sebabnya kaedah ini pun dah lama sangat ana simpan dan tak pernah ana amalkan.Ana dapat kaedah ni ketika berumur 11 tahun.Lama sangat dah.Jadi terpulanglah pada sesiapa diluar sana yang nak mencubannya.
Caranya cukup mudah,gaullah pasir didalam kuali dengan tangan sambil membaca "KAF HA YA AIN SOD,HA MIM AIN SIN KOF".Gaul sehingga pasir menjadi hangus sambil membaca ayat diatas berulang ulang.Selepas tu tepat jam 12 mlm,ketuklah paku '5'inci kedinding dan cubalah pulas paku tersebut sehingga bengkok dengan tangan anda.
Tapi..kalau tak berhasil jangan salahkan ana ye,sebab anda harus ingat pada satu perkara"Tidak ada daya  dan kekuatan melainkan dengan izin Allah Jua".
SELAMAT MENCUBA...

Selasa, 16 November 2010

PERIHAL DIBANGKITKAN BINATANG KORBAN

Pengertian Korban
Korban ialah dari perkataan Qurba bereti hampir.Menurut istilah ialah menyembelih binatang ternakan yang disebut sebagai na'am seperti lembu,kambing,kerbau,unta dan sebagainya untuk tujuan ibadah bagi menghampirkan diri kepada Allah s.w.t,bermula pada hari raya haji sepuluh Zulhijjah sehingga tiga hari tasyrik(11,12 dan 13 Zulhijjah).

Dalil Qurban
Firman Allah S.W.T:
Bermaksud:"Maka Sembahyanglah engkau (pada hari raya qurban) kerana Tuhan engkau dan sembelihlah Qurban." (Al-Kauthar:2)
Sabda Rasululllah S.A.W:
Bermaksud:"Aku telah diperintahkan menyembelih korban dan korban itu sunat bagi kamu."
Sabda Rasulullah S.A.W:
Bermaksud:"Muliakan korban kamu kerana ia jadi tunggangan kamu dititian Siratul Mustaqim pada hari Kiamat."

Perihal DiBangkitkan Binatang Korban
At-Tirmidzi,Ibn Majah dan Al-Hakim meriwayatkan hadis daripada Aisyah r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:"Tiadalah amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari nahar  yang lebih Allah kasihi selain daripada menumpahkan darah (menyembelih korban),dan bahawasanya ia (binatang) datang pada hari kiamat dengan tanduk,bulu dan kukunya.Bahawasanya sebelum darahnya tumpah pada tempatnya ,maka Allah terlebih dahulu menerimanya sebelum ia tumpah kebumi.Oleh itu perbaikilah nafsumu dengan Ia.(yakni dengan menyembelih korban)

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Sabtu, 13 November 2010

GANGGUAN JIN LOMBONG TEKAH

Segala puji hanya bagi Allah,kita memujinya,memohon pertolonganNya dan memohon keampunan dariNya.Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu adalah Hamba dan RasulNya.
Alhamdulillah..baru sebentar tadi ana dipanggil untuk merawat seorang gadis yang pengsan secara tiba tiba.Rumah pesakit pun tidak jauh dari rumah ana,dalam kira kira 10minit perjalanan.Sesampainya ana dirumah pesakit tersebut,pesakit masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.Bila ana cuba pegang kepala pesakit tersebut,dengan tiba tiba pesakit meludah kemuka ana.sabar je lah.memang sudah menjadi risiko perawat.Ana ajak berbicara,tetapi jin penganggu masih berdegil."kenapa kau nak ganggu aku"kata jin penganggu berkali kali.Pesakit mengamuk dengan keadaan yang begitu agresif.Ana bagi kata dua pada jin tersebut"Nak keluar atau terbakar dalam jasad ini",tapi jin penganggu hanya ketawa.Malas nak melayan karenah jin penganggu,ana terus bacakan ayat ayat pembakar jin yang terdiri daripada 15 surah.Alhamdulillah.belum habis kesemua surah dibaca,pesakit sedar sepenuhnya.
Bila ana tanya ayah pesakit,siayah menceritakan yang anaknya pengsan dengan tiba tiba selepas pulang dari kerja.Setelah ana perhatikan,barulah ana tahu yang pesakit melalui kawasan lombong ketika balik kerja seorang diri.
Nasihat ana pada semua yang berada diluar sana,jika boleh elakkan melalui kawasan lombong diwaktu malam ketika berseorangan,kerana faktor keselamatan yang tidak terjamin,dan kawasan lombong juga merupakan salah satu kawasan kediaman bagi golongan jin dan syaitan.

Selasa, 9 November 2010

JIN DARI MEKAH

Segala puji bagi Allah semata mata,kita memujinya,memohon pertolongannNya dan memohon keampunan dariNya.Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yg selain Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hamba dan RasulNya.
Suami isteri ni datang menemui ana dan mengadu tentang gangguan yang dialami oleh isterinya.Seringkali tidur isterinya terganggu dengan mimpi mimpi yang menakutkan.Kadangkala siisteri melihat kelibat makhluk halus didalam rumah mereka.Puas sudah bertemu dengan mana mana bomoh tapi gangguan masih berulang.Dikesempatan itu,sempat juga ana nasihatkan pada suami isteri tersebut agar tidak mendapatkan rawatan dari mana mana perawat yang bergelar bomoh.sebaiknya carilah perawat yang menggunakan kaedah yang dituntut oleh syara'.Ketika pertama kali melihat wajah isterinya,ana dapat melihat sebelah wajah isterinya seakan kehitaman.mungkin petanda bahawa makhluk tersebut masih berada didalam tubuh isterinya.
Ketika memulakan sesi Rukyah,siisteri sudah mula menggeletar,Ana dapat lihat jari kelingking dikedua dua tangannya bergerak dengan begitu cepat.Bila ana tanya siapa dan apa agama kamu.Jin tersebut masih dengan sikap angkuhnya.Jin tersebut tak nak menjawab walau sepatah pun soalan ana.selepas itu ana membuat beberapa pukulan ringan menggunakan tasbih pada setiap sendi dan tapak kakinya.Akhirnya jin tersebut mengerang kesakitan tetapi masih dengan sikap degilnya untuk tidak mahu berbicara dengan ana.Akhirnya,ana membuat tepukan dengan tapak tangan ana pada belakang pesakit sambil menyebut "bismillahimasyaalah".akhirnya terkeluar perkataan "AllahuAkbar"dari pesakit tersebut sambil berkata"sudah,sudah aku dah tak tahan.aku letih.sakit..sakit"!
Ana: ooo..engkau islam ye.Kenapa engkau ganggu wanita ini.
Pes: Aku sayangkan dia.aku cintakan dia.Aku benci suami dia.Suaminya selalu mengabaikannya.
Ana: Bukan hak engkau untuk campurtangan dalam urusan rumahtangganya.Sekarang engkau keluar dari tubuhnya.
Pes: Tak nak!aku dah sayangkan dia.aku tak boleh berpisah dgn dia.
Ana: baik! kalau engkau tak nak keluar dari tubuh ni,maka aku akan masukkan engkau kedalam botol ni.kiamat nanti baru engkau boleh keluar.engkau nak!(ana gertak je sambil menunjukkan botol kaca dihadapan pesakit.sambil tu ana dakwah jin tersebut tentang kesalahan dan dosa akibat perbuatanya itu.)
Pes: jangan..jangan.baiklah aku akan keluar,tapi mana aku nak duduk lepas ni.
Ana: engkau baliklah ke tempat asalmu.dimana tempat asalmu?
Pes: Mekah.Uiii..jauuuh..kalau nak balik tempat aku,aku kena lalu madinah dulu.penaaat.
Ana: itu terpulang pada engkau.pandai engkau datang,pandailah engkau balik.Sekarang nak keluar ke tidak?
Pes: Baiklah,aku akan keluar.sebelum tu aku nak cakap sesuatu dengan suaminya dulu.
Ana: hah..cakaplah.
Pes: (sambil memandang kepada suami pesakit tersebut).aku nak kau jaga dia.sayangilah dia.jangan abaikan dia.aku selalu melihat dia dalam kesedihan.sayangilah dia dengan sepenuh hatimu dan jangan kecewakan dia.(sisuami hanya mengangguk angguk kan kepalanya).
Ana: sudah..sudah.jangan kau nak buang masa.sekarang engkau keluar.sebelum tu aku nak tahu nama mu?
Pes: namaku Ibnu..
Ana: baiklah Ibnu,sekarang keluarlah engkau dan jangan kembali lagi.ingat pesan ku.pesakit ini akan sentiasa aku awasi..Jika aku mengetahui engakau kembali lagi ketubuh wanita ini,maka aku takkan teragak agak untuk menghancurkan engkau.
Pes: baiklah.aku berjanji.Assalamualaikum.
Ana: Waalaikumsalam.
Akhirnya pesakit pun pulih seperti sediakala.Dekat 3 bulan juga pesakit berulang ketempat ana untuk melakukan terapi rukyah.Alhamdulillah,akhirnya pesakit pulih sepenuhnya.Segalanya diatas izin Allah jua.Ada pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini..Apa dia?Tepuk dada dan tanyalah Selera..

Ahad, 7 November 2010

PERBEZAAN ANTARA IBLIS,JIN DAN SYAITAN

HAKIKAT IBLIS
Iblis laknatullah adalah bapa dan asal dari bangsa jin,sebagaimana Adam adalah bapa dan asal dari manusia.sebagaimana yang dikatakan Atthabari:dari Alhasan:
artinya: Tidak adalah iblis itu dari malaikat sekejap mata pun,dan sesungguhnya dia itu asalnya jin sebagaimana Adam asalnya manusia.
Tetapi kadangkala kita terkeliru mengenai ayat yang memerintahkan malaikat untuk sujud kepada Adam,adakah Iblis juga didalam golongan malaikat?untuk jawapanya perhatikanlah apa yang dikatakan oleh Azzamakhasyari dalam tafsir Al-kassyafnya:
Ertinya: Tatkala bersifat iblis itu dengan sifat malaikat maka dihimpunkanlah ia bersama malaikat didalam ayat tersebut dan kerananya dihayatilah suatu pengecualian dan telah diterangkan perkara itu didalam firman Allah: "kecuali iblis,adalah ia dari bangsa jin"
            
HAKIKAT JIN
Disebutkan didalam kitab Alkaukabul Ajuj halaman 152,seperti berikut:
Ertinya: Dan adapun jin itu,maka yaitu zat zat yang halus,yang dapat berubah ubah bentuk dengan bentuk yang berlain lainan dan dapat nyata darinya perbuatan yang aneh.sebahagian dari mereka ada yang beriman  dan ada yang kafir,ada yang taat dan ada yang derhaka.

HAKIKAT SYAITAN
Syaitaan adalah mufradnya dari Syayathin.Syeikh Ahmad Asshawi telah berkata mengenai makna dan asal Syaitan didalam tafsirnya,pada juz 1,halaman 5,sebabagai berikut:
Ertinya: Dan lafaz syaitan itu asalnya Syathana,ertinya jauh dari rahmat Allah.Ada juga dikatakan berasal dari Sya-tha,dengan makna ihtaroqa ertinya;terbakar.Dan syaitan itu nama  bagi tiap tiap yang derhaka dari bangsa jin dan manusia.
Daripada keterangan diatas,dapatlah kita pastikan bahawa syaitan itu adalah nama sifat dan tidaklah ia diberi bentuk atau asal tertentu.Kalau jin bersifat derhaka,maka dialah syaitan.begitu juga jika ia manusia yang bersifat derhaka,maka dialah syaitan.Kadangkala lafaz syaitan juga diberikan kepada Iblis laknatullah.Diterangkan dalam Surah Al-An'Am ayat 112,seperti berikut:
Ertinya: Dan demikianlah telah kami jadikan bagi tiap tiap nabi itu musuh musuh berupa syaitan yang terdiri daripada jin dan manusia,yang membisikkan setengah mereka itu kepada sesetengahnya akan kata kata yang dihiasi dengan tipudayanya,
Syaitan manusia itu kadangkalanya adalah diri kita,isteri kita,teman kita atau anak anak kita yang membuat kita berpaling dari taat kepada Allah.Malik bin Dinar berkata:
Ertinya: Sesungguhnya syaitan manusia itu lebih hebat keatasku daripada syaitan jin,maksudnya :apabila aku berlindung kepada Allah,maka berlalulah syaitan jin.sedangkan syaitan manusia itu datang kepadaku,maka diseretlah aku kepada segala kemaksiatan.
Hujjatul Imam Al-Ghazali berkata:
"berhati hatilah engkau kepada syaitan manusia.kerana sesungguhnya syaitan syaitan manusia itu telah memberi kesenangan kepada syaitan syaitan jin daripada keletihanya."
Daripada keterangan diatas,dapatlah kita perhatikan bahawa Iblis laknatullah adalah syaitan kerana ia telah membangkang dan derhaka pada perintah Allah untuk sujud kepada Adam.Sedangkan syaitan bukanlah iblis,kerana Iblis adalah lafaz untuk menyebut seorang jin yang tertentu yang bernama Azazil.Pada setiap orang  terdapat syaitan akan tetapi pada setiap orang tidak ada iblis.
"bahawa Aisyah,isteri Nabi s.a.w mengatakan,"Rasulullah s.a.w keliar pada satu malam daripada sisinya.Aisyah berkata"aku lalu berlari mengejar baginda hingga mendapatkanya."Melihat apa yang aku lakukan,Baginda berkata,"ada apa dengan kamu wahai aisyah,apakah kamu cemburu?"aisyah berkata,"bagaimana orang sepertiku tidak cemburu terhadap orang seperti kamu".Baginda kemudian berkata,"atau syaitan telah datang kepada kamu?aisyah berkata,"adakah padaku ada syaitan?Baginda berkata,"Ya".aisyah berkata lagi,"apakah dia juga ada pada setiap orang".Nabi berkata"Ya".aisyah berkata,"apakah pada kamu juga?Nabi menjawab,"Ya,hanya saja Allah menolongku untuk menakluknya sehingga ia memeluk islam" (riwayat muslim)

Jumaat, 5 November 2010

MAKHLUK APA NI?

  Salam sejahtera kepada semua pembaca blog.mlm ni,ana pun tak tahu nak tulis arikel tentang apa.Ada gak pesakit yg datang dari kuala kangsar petang tadi,tapi ana pun tak dapat nak ceritakan tentang kisah rawatan  pesakit tersebut kerana ana dah janji pada pesakit tersebut yang ana akan simpan rahsia mereka.Biarlah Allah,ana dan pesakit saja yang tahu masaalah mereka.semoga Allah memberikan kesembuhan kepada pesakit tersebut.Amiin..
    Cuma pada malam ni ana tergerak hati nak kongsikan gambar makhluk halus yg ana tangkap semasa berkelah bersama keluarga di kawasan air terjun,batu hampar,taiping perak.ana tak terfikir pun nak tangkap gambar ni tetapi oleh kerana keboringan yg melampau (ana ni bukan jenis yg suka pi duk lama lama dalam air),maka,ana pun saja sajalah test kaedah mata dalam(bukan mata batin ye)..masa nak tangkap gambar ni pun,ana tak nampak ada makhluk yg berdiri atas batu dan atas dahan pokok tu.cuma setelah menggunakan kaedah mata dalam,ana dapat merasakan(dalam hati ana le)ada satu aura negatif sedang memerhatikan ana.Inilah hasil yg ana dapat..Wallahu'a'lam..