Khamis, 13 Disember 2012

Al Kisah 2..Tazkirah Rawatan


سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Merawat

Puan A membawa anak saudaranya yang tinggal di kuala lumpur berjumpa saya bagi mendapatkan rawatan.Puan A merupakan bekas pesakit saya yang mengalami masaalah gangguan saka. Alhamdulillah, Puan A dah pulih dengan izin Allah. Anak saudara Puan A saya namakanya dengan panggilan adik k.

Sebelum memulakan proses rawatan, ayah adik K menasihatkan saya agar terlebih dahulu mengikat kaki dan tangan adik k kerana di khuatiri adik k akan bersilat tanpa di sedarinya. Dikatakan semasa membuat rawatan di kuala lumpur, adik k telah bersilat dan seramai 4 orang pemuda cuba memegangnya tetapi tidak berhasil dan gagal mengeluarkan jin tersebut. Saya terkejut juga dengan penjelasan Ayahnya. Wah..ganas juga jin ini,bisik hati kecil saya. Namun begitu, saya tidak mengikat adik k. entah mengapa.

Saya mulakan rawatan pada adik k dengan menggunakan kaedah Nur Qolbu. Ketika saya baru nak memulakan ayat, adik k sudah mula mendengus. Hmm..memang benar jin ini hebat. Belum mulakan rawatan, dia dah tunjukkan dirinya. Saya tikam jantungnya dengan Kaedah Pasak Bumi. Jin mula mendengus kencang dan memulakan langkah silatnya. Allahu Akbar..saya cuba mendekatinya tetapi tidak berhasil. Segala cubaan saya untuk menyentuhnya di tepisnya dengan hebat sekali hingga melukakan tangan saya. Saya tiada masa untuk berdialog denganya, saya merasa ini bukan masanya.

Saya tembak Jin silat dengan ayat. Alhamdulillah, jin silat jatuh dan cuba bangun kembali. Setiap kali dia bangun saya tembak lagi hingga akhirnya adik k rebah dan mula muntah dengan keras. Alhamdulillah, adik K dah sedar. Saya berehat sebentar sebelum mulakan semula sessi rawatan.

Rawatan pada adik k saya mulakan, adik k mula membuka langkah silatnya seperti mula mula tadi. Saya cuba menyembelihnya tetapi gagal kerana usaha untuk mendekati adik k pasti tidak berhasil. secara senyap dan dengan gerak perlahan saya dekatkan jari telunjuk saya ke leher adik k. Saya gunakan kaedah yang saya dapatkan dari TG saya Ust Rahman. Sambil membaca ayat, saya menarik nafas panjang dan menggunaka telunjuk saya memotong jin tersebut hingga akhirnya adik k rebah dan muntah. Biiznillah..

Bermimpi Jenazah

Keesaokan harinya ayah adik k bertanya pada saya,"semalam ustaz tak kena apa apa serangan ke? soal si ayah pada saya. Alhamdulillah, buat masa ni o.k saja hasil perlindungan ALLAH. Saya tanya pada ayah adik K, kenapa tanya macam tu?..rupa rupanya malan selepas mendapatka rawatan, ayah adik k telah bermimpi melihat satu jenazah yang perlu di mandikan namun begitu tidak ada sesiapa yang berani memandikan jenazah tersebut. Saya hanya tafsirkan saja mimpi itu dengan mengatakan berkemungkinan jin silat tu dah mati dengan izin ALLAH."Harapan saya macam tu lah"..kata ayah adik k.Keesokan paginya ayah adik k dan keluarganya berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Mendapat Teguran

2 hari selepas itu, saya mula merasakan kelainan apabila duduk atau berdiri di sebelah isteri saya walhal isteri saya nampak biasa sahaja dan tidak menunjukan sebarang kelainan atau tanda tanda kesihatanya terjejas. Saya merasakan seperti satu getaran elektrik yang menusuk hingga  ke tulang apabila memegang tanganya. Jam 6 petang saya mulakan rawatan pada isteri saya..Bismillahirrahmanirrahim,, saya panggil kamu ke hadapan saya. Isteri saya mula mengalirkan airmata..dan tak di sangka sangka, jin yang hadir hanya ingin menyampaikan rasa tidak puas hatinya kerana saya telah membunuh suaminya. Dia berkata bahawa suaminya seorang yang baik dan mengapa kamu tergamak membunuhnya. si isteri sangat bersedih di atas kematian suaminnya.

Timbul rasa penyesalan pada diri saya, saya buang segala ego, namun saya tetap mengatakan padanya bahawa suaminya telah menganggu ketenteraman manusia. Dan saya meminta maaf padanya atas tindakan saya. Dan setelah saya menjelaskan dengan mendalam akan kesalahan suaminya, barulah isterinya dapat menerima kenyataan dan memaafkan saya.

Nasihat Saya.

Sebaiknya perintahkanlah dahulu agar jin yang menganggu keluar dengan penuh ketaatan kepada ALLAH. Nasihatkan akan kesalahannya menganggu manusia dan sekiranya masih ingkar sakitilah dia. Dan jika telah anda usahakan semuanya tetapi jin masih berdegil maka layaklah anda membunuhnya.

Mereka juga seperti manusia, punya keluarga..kadang kala kita tersilap langkah. tetapi ingatlah, apapun yang berlaku merupakan ketetentuan dari ALLAH.


Ibadallah, Aghitsuni Taalaw Wanshurulillah..





Ahad, 9 Disember 2012

Doa Senjata Mukmin.Testimoni Pengamal Hizib Intikam


سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Suka saya coretkan hasil pengalaman beberapa pesakit yang mengamalkan hizib intikam ini. Bukan niat untuk menunjukan bahawa hizib tersebut mengandungi kekuatan yang luar biasa tetapi sekadar berkongsi pengalaman bahawa sesungguhnya setiap doa itu mengandungi kekuatan luar biasa yang hanya akan berlaku apabila ALLAH S.W.T menurunkan pertolonganya dan bantuan bala tenteranya pada sesiapa yang di kehendakinya.

Testimoni 1.
Puan M yang merupakan mangsa sihir. kali pertama memulakan amalan zikir hizib intikam melihat dalam pandangan rahmat ALLAH meiihat beribu ribu bala tentera ALLAH turun dan duduk mengelilinginya. Dan masuk hari ke 8 setelah menghabiskan zikir 313x. Puan M sebelum tidurnya telah melakukan solat istikharah memohon petunjuk dari ALLAH. Ketika dalam tidurnya puan M bermimpi seakan akan duduk di bawah langit yang mendung. Dan dalam masa yang sama Puan M melihat di setiap awan tersebut tertulis kalimah LAILAHAILLALLAH. Tidak lama selepas itu hujan pun turun mencurah menimpa Puan M bersama sama dengan kalimah suci tersebut.

Testimoni 2
Abg U ketika ketika mengamalkan ayat yang ke 5, badan dan kepala Abg U mula terasa berdenyut denyut dan badanya mula bergoncang dengan hebat. Ketika zikir mencecah ke angka 800 melihat seperti lalat kecil mula berkeluaran dari tubuhnya, pntu kaca bergegar dan terdengar seperti bunyi dentuman dari luar rumahnya.

Testimoni 3
Encik A..Orang yang membuat khianat kepadanya lumpuh serta merta apabila beliau selesai mengamalkan Hizib tersebut..Wallhualam

Ketahuilah saudara seagama ku bahawa doa itu merupakan senjata kita. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu adalah atas keizinan NYA. Jika ALLAH menghendakinya maka terjadilah dan sekiranya ALLAH menundanya maka ketahui bahawa rahmat ALLAH sentiasa pada hamba hambanya yang bersabar di atas UjianNYA..Wallahualam..

Ahad, 2 Disember 2012

Al Kisah 1 Cerita..


سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Al kisah..pada suatu hari dtg lah seorang makcik yg sakit lutut nak dapatkan rawatn..
setelah di rawat..
saya : makcik xde ape..
makcik tu dah mula sedih..
saya : kenapa mck sedih..patutnya makcik bersyukur sebab bebas dari gangguan jin..penyakit mck ni penyakit klinikal..xdak kena mengena dgn jin sihir,jin bara mahupun jin shamsudin.
makcik : aik..dah puas mck berubat..semua kata mck kena sihir..
saya : aik..(juga)..siapa yg sihir?
makcik : depa kata jiran sebelah!
saya : aik..betul ke..x baik tuduh tuduh..
makcik : aik..bukan tuduh..tengok ni.habis lutut ni sakit sakit dia sihir
saya : aik..mck berubat kat mana sebelum ni..
makcik : kat bomoh kg..
saya : aik..makcik caya cakap saya ke cakap dia(bomoh)
makcik : ntahlah..
saya : aik..o.k lah..untuk memuaskan hati mkck..saya akan tarik jin sihir masuk dlm badan mck.
makcik: aik..nape pulak
saya : aik..abis tu..makcik nak sgt kena sihir..
hehehe..cerita ni ada pengajaranya..renung renungkanlah..(saja tambahkan aik..bagi sedap sikit..aik..)

Selasa, 2 Oktober 2012

Tajuk Apa ? Korang Sendiri Letak Lah Yea !!!


Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih pada kengkawan yang tak henti bertanya khabar mengenai diri saya. Seronoknya ada kawan yang sudi ambil berat pada diri kita, Walaupun tak pernah bersua muka, tetapi jika kasih sayang itu timbul kerana Allah, pasti ianya terasa indah dan sangat bermakna. Kesempatan ni pun nak betulkan tanggapan kengkawan yang ingatkan saya sakit teruk atau apa apa je..(ni mesti di sebabkan artikel bertajuk "ALLAHU AKBAR" Aku Di Uji ). Salah tanggapan tu para sahabat semua..sebenarnya saya tak sakit..cuma hati yang sakit sebab dapat fitnah dan di fitnah. Huhuhu, alaa biasalah jadi perawat..macam macam ujian yang menimpa. Nak cerita lebih lanjut..ermm..malaslah..biarkan mereka dengan labu labunya..Kak Ida kata kat aku..dengan engkau takpelah shah..kesabaran tahap luar biasa..hehehe..apapun..aku harap semua faham yea..

O.k..kali ni nak cerita pasal keglamouran jin..Pak Man Rimau, Din Galah, Zam Ban (jamban) hehehe, dan macam macam lagi. Hehehe..itu semua nama glamour bagi kita..tapi kali ni den nak sajikan pada sahabat semua nama nama glamour puak diorang pulak..o.k..harap anda rileks serileksnya..selamat membaca..

Jin ialah sejenis makluk yang juga diciptakan oleh tuhan selain dari manusia. Jin juga mampu menukar rupa bentuk mereka kepada bentuk-bentuk lain dan menjadikan mereka terbahagikan kepada ketegori hantu yang berlainan jenis dan nama. Dikalangan masyarakat melayu juga mempunyai nama dan jenis-jenis hantu yang tersendiri. Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :-


1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak -
wanita berpakaian serba putih membalas dendam.
Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

2. Langsuir
Adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.

3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

4. Pelesit - boleh dipelihara
Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

5. Hantu air
Merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.

6. Hantu raya - boleh dipelihara
Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Cara mengambilnya ialah: amik dekat pokok kelapa yg kena panah petirHantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

7. Hantu bungkus
Makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

8. PolongHantu
Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.

9. Bota
Makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah. Hantu yang terkenal sehingga namanya digunakan sebagai nama sebuah kampung. Mengikut kepercayaan penduduk tempatan Bota, nama kawasan ini diambil bersempena sejenis gergasi yang wujud di sini. Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada rembang petang.Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan. Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.

10. Bajang
Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

11. Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.
Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi didalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.Semenjak orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih lama daripada manusia. Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaityu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.Orang Bunian Sungai TekaliPada Julai 1998, satu tapak perkhemahan baru telah dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tapak perkhemahan ini adalah milik Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama kali itu ialah Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Selangor.Segelintir penduduk kampung percaya dan melihat 3 orang (?) bunian mandi dalam anak sungai di tapak itu. Seperti biasa majlis bacaan Yassin diadakan pada hari pertama perkhemahan. Pada malam 'Night Walk' yang dikendalikan oleh Askar Briged Tengah, dua orang peserta telah 'hilang' dan seperti kerasukan selama beberapa bulan. Kejadian ini dikaitkan dengan orang bunian. Kini tapak perkhemahan itu telah 'bersih' dan tidak lagi kedengaran cerita-cerita seumpama itu.

12. Hantu Jepun
Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia.Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya.Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain (selain Singapura).

13. Hantu bukit.
Hantu bukit merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan bukit. Hantu bukit sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.

14. Hantu kubur
Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti dikalangan orang-orang asli kerana mampu menyebarkan penyakit. Ini adalah antara sebab orang asli berpindah randah sekiranya berlaku kematian. Malah ia ditakuti oleh puak asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka dipisahkan oleh selat Melaka. Sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.Cara mengambilnya ialah:tanah atau pacang kayu org mati kena bunuh/berdarah

15. Pari-pari
Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang terdapat dalam hutan. Pari-pari ini dikatakan mempunyai masyarat tersendiri dan boleh dikatakan menyerupai orang bunian. Pari-pari dikatakan tidak dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas.

16. Hantu punjut
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

17. Jerangkung
Jerangkung merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka.

18. Hantu laut
Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.

19. Hantu galah
Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.

20. Jin Tanah
Jin Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah).Jin Tanah biasanya menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka yang membuka tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin Tanah, biasanya upacara pembukaan tanah baru akan di adakan. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak, Jin Tanah akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.21. Hantu KeramatHantu Keramat merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang.

22. Hantu Kum-Kum
Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan.Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah XX perawan.Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan jibab.

23. Hantu Bungkus
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

24. Orang minyak
Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.Kisah orang minyak ini amat popular sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958. Filem ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd dan diarahkan oleh P. Ramlee.

25. Puaka
Hantu Puaka merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dikatakan sering berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.

26. Penanggalan
Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

27. Pocong
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

28. Hantu bidai
Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.

29. Hantu kopek
Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.

30. Hantu Tetek
Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.

31. Harimau jadian
Harimau jadian dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan musuh.Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.

32. Jembalang tanah
Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.

33. Hantu tengelong
Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.


Khamis, 20 September 2012

ALLAHU AKBAR! Aku Di Uji

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Tidak kira samaada perawat mahupun pesakit atau sesiapapun di muka bumi ini pasti akan mendapat ujian dar Allah, cuma bentuk ujian itu berbeza beza pada setiap hambaNya..

Allah menguji ku..
Dengan memberi kemenangan pada orang yang berhasad dengki pada Ku..

Seminggu yang lalu..
Bomoh Sihir menghantar bala tenteranya untuk menyerangku..
Alhamdulillah..
Bala tenteranya tidak mampu menembusi ku..
Serangan di alihkan pada isteri ku..
Dengan izin Allah..
Aku berhasil mengusir sekaligus membunuh jin itu...
Dari yang ku tahu..
Si Bomoh keparat ingin memberi amaran awal kepada ku..
Kerana aku telah menganggu sumber rezekinya..
Kerana dia telah kehilangan ramai pelangganya, yakni pesakitnya
Bersyukur aku pada Yang Maha Esa..
Kerana..
Awam dah mula mengenal kaedah perubatan yang sebenarnya..

Aku tahu dan mengenali siapa bomoh itu..
Ianya merupakan penduduk setempat yang bertinggal bersebelahan dengan kawasan ku..
Yang menggunakan perantara keris sebagai simbolik rawatanya..
Dengan menggunakan khidmat jin keparatnya..
Alhamdulillah..
AKu berjaya menundukkanya..
Siapalah aku tanpa bantuan dari Yang Maha Esa..

Tapi kali ini..
Hari ini..
Aku di uji lagi..
Dengan ujian yang berbeza dari yang sebelumnya..
Namun begitu..
Aku bersyukur pada Allah..
Kerana sentiasa memilih aku sebagai hamba yang sentiasa mendapat ujian dariNya..

Wahai mata..jatuhkanlah air mu..
Kerana sesungguhnya ..
Ia akan menunjukkan betapa kerdilnya diriku di hadapan Tuhan KU..


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Al-Baqarah: 214)

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(at-Taghaabun: 11)

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.
(Taha: 131)

Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
(Al-Fajr: 14-17)

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
(Az-Zumar: 49)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah: 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah: 286)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
(Al- Baqarah :153)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
(Al-Baqarah: 45)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar
(Al- Baqarah:155)

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
(Al-Imran: 200)

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
(Al-Nahl: 96)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.
(Al-Kahf: 17)

Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.
(At-Taubah: 129)

Sabtu, 8 September 2012

Bisikan Qorin

Pesan Guru Saya..apabila hadir bisikan WAS WAS di dalam hati mu..BIARKAN..JANGAN DI LAWAN..JANGAN DI LAYAN BISKANNYA..BIARKAN..KERANA SESUNGGUHNYA ..SYAITAN ITU SIFATNYA BERPUTUS ASA..DAN..BILA KAMU SEMAKIN MELAWAN  BISIKAN WAS WASNYA..MAKA..SEMAKIN MENEBAL WAS WAS YANG KAMU RASA DAN BERJAYALAH DIA..TETAPI..JIKA KAMU MEMBIARKANNYA TANPA SATU PUN HUJAH PADANYA..MAKA PERGILAH IA DENGAN RASA BERPUTUS ASA..

Qorin adalah jin yang dicipta oleh ALLAH SWT sebagai pendamping atau kembar kepada setiap manusia yang dilahirkan dimuka Bumi ni... Qorin dikatakan sebagai 'syaitan' kepada manusia... Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai Qorin masing2... Memang tak boleh nak elak dan Qorin manusia adalah Qorin kafir... Cuma seorang je yang Qorinnya adalah Muslim iaitu Rasulullah SAW... Subhanallah!~ Qorin ini tujuannya adalah untuk membisikkan kesesatan kepada kembarnya iaitu kita; manusia di muka Bumi ini... Itu memang tugas utama Qorin dan tak akan bertukar... Qorin akan menggoda manusia untuk melakukan kejahatan, seperti watak2 wanita penggoda dalam cerita2 korporat kat TV tu... Qorin akan membisikkan rasa was2, melalaikan ibadah seperti solat, malas membaca Al-Quran dan sebagainya... Malah si Qorin ini bekerja sekuat tenaga nuklear untuk menghalang manusia dampingannya daripada melakukan ibadah dan kebaikan...

kehadiran Qorin ini dapat dirasai apabila kita mengalami pergolakan  batin atau bimbang dalam menentukan pilihan, dan secara tiba2 ada semacam satu bisikan remaja dalam jiwa atau benak kita untuk memilih atau mengambil tindakan mana yang harus dipilih... Pada saat itulah Qorin menjalankan tugas utamanya iaitu memberikan bisikan di mana ia boleh jadi bisikan yang baik (datangya dari Malaikat) dan bisikan buruk (datangnya dari Qorin itu sendiri)... Sebagai contoh, jika korang sedang khusyuk memberikan taklimat dalam satu seminar dan tiba2 kedengaran suara Azan Zohor, apa yang akan korang buat? Dan Qorin akan berperanan dalam situasi ini...

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan setiap manusia pasti memiliki qarin dari golongan jin. Dari Ibnu Mas’ud radhiallahu’anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Setiap orang di antara kalian telah diutus untuknya seorang qorin (pendamping) dari golongan jin.” Para sahabat bertanya, “Termasuk Anda, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, وَإِيَّايَ إِلاَّ أَنَّ اللَّه أَعَانَنِي عَلَيْهِ فَأَسْلَمَ فَلا يَأْمُرنِي إِلاَّ بِخَيْرٍ “Termasuk saya, hanya saja Allah membantuku untuk menundukkannya, sehingga dia masuk Islam. Karen itu, dia tidak memerintahkan kepadaku kecuali yang baik.” (HR. Muslim)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ما منكم من أحد إلاوقد وكل به قرينه من الجن “Setiap orang di antara kalian telah diutus untuknya seorang qorin (pendamping) dari golongan jin.” (HR. Muslim)
Imam An-Nawawi mengatakan, “Dalam hadis ini terdapat peringatan keras terhadap godaan jin qorin dan bisikannya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi tahu bahwa dia bersama kita, agar kita selalu waspada sebisa mungkin. (Syarh Shahih Muslim, 17:158)

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Munajid menjelaskan, “Berdasarkan perenungan terhadap berbagai dalil dari Alquran dan sunah dapat disimpulkan bahwa tidak ada tugas bagi jin qorin selain menyesatkan, mengganggu, dan membisikkan was-was. Godaan jin qorin ini akan semakin melemah, sebanding dengan kekuatan iman pada disi seseorang.” (Fatawa Islam, tanya jawab, no. 149459)

jin Qarin :
Tidak diberi kemampuan dari Allah Ta’ala untuk menyakiti tubuh manusia
Tidak diberi kemampuan dari Allah Ta’ala untuk membuat manusia kesurupan.
Qarin tidak dapat dimusnahkan/dibunuh dengan bacaan Ruqyah sebab sudah menjadi ketentuan Allah akan mendampingi tiap manusia sampai dia meninggal dunia.
Bisikannya dapat dinetralisir dengan dzikir dan doa (jika Qarinnya kafir) namun tidak dapat dihilangkan 100% .
Seluruh Qarin membisikkan kejahatan kecuali Qarin pada para nabi termasuk Qarin Rasulullah hanya bisa membisikkan kebaikan.
Bisikan Qarin berupa dorongan/gerak hati untuk melakukan suatu dosa. Contohnya ada niat dalam hati untuk berzina dengan pacar, waspadai ini bisikan qarin.
Bisikan Qarin juga bisa menyamar menjadi bisikan hati.. Bahkan setiap Ulama, ustadz, para peruqyah atau masyarakat awam tetap memiliki qarin yang membisikkan kejahatan.
Bisikan Qarin sangat samar dan tidak dapat diajak dialog.
Bisikan Qarin membuat was-was manusia.
Qarin memiliki kemampuan untuk membuat angan-angan kosong pada manusia.

Jin Bukan Qarin :
Memiliki kemampuan untuk menyakiti tubuh manusia.
Memiliki kemampuan untuk membuat manusia kesurupan.
Dapat diusir, dimusnahkan atau dibunuh dengan bacaan Ruqyah.
Bisikan Jin bukan Qarin sangat jelas ditelinga dan bisa diajak dialog.
Bisikan Jin bukan Qarin bisa dihilangkan 100% dengan dzikir dan doa.
Bisikan Jin bukan Qarin membisikkan kejahatan pada seluruh manusia namun tidak diberi Kemampuan oleh Allah untuk membisikkan kejahatan pada para Nabi. (jika ada jin bukan qarin mendekat bisa ditangkap para nabi bahkan disekik sebagaimana Jin bukan Qarin yang mendekati Rasulullah ketika sholat ditangkap dan dicekik Rasulullah)
Bisikan Jin non Qarin berupa dorongan/gerak hati untuk melakukan suatu dosa. .
Tidak setiap orang dapat diperdaya jin non karin, jika ada seseorang membaca doa perlindungan maka jin non qarin benar-benar tidak dapat mendekati dan mempengaruhi manusia.
Jin non Qarin juga memiliki kemampuan untuk membuat angan-angan kosong dan was-was pada manusia.

Wallahua’lam............

Bagi tujuan mengimbangi usaha Qorin ini, ALLAH SWT telah menugutuskan Malaikat (kerana sesungguhnya ALLAH SWT itu maha Adil) untuk membantu manusia... Malaikat ini akan membisikkan hal2 kebenaran dan mengajak manusia untuk membuat kebaikan... Maka terpulanglah kepada setiap manusia untuk membuat pilihannya...

Walaubagaimanapun, orang2 Islam diberi kelebihan di mana mereka mampu untuk menguasai dan menjadikan pengarih Qorinnya lemah tak berdaya... Caranya ialah dengan memulakan setiap pekerjaan yang ingin dilakukan dengan membaca "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM" (Basmalah), banyakkan berzikir, melakukan kebaikan dan taat dalam melaksanakan segala perintah ALLAH SWT... Secara tidak langsung, manusia itu akan meninggalkan nafsu syahwat dan sifat2 tercela...

Pernah suatu ketika dahulu para 'ustaz' pendakwah menceritakan bahawa apabila kita makan berserta dengan lafaz Basmalah, syaitan akan kelaparan dan menjadi kurus, tetapi jika sebaliknya ia semakin gemuk... Pada awalnya memang mengelirukan dan sukar difahami bagaimana syaitan itu boleh kurus kerana bukan kita seorang sahaja manusia di muka Bumi ini... Bukan kesemua mereka membaca Basmalah apabila hendak makan dan minum...

Setelah dibangkitkan soal Qorin ini barulah kita faham tentang kedudukan sebenarnya...Syaitan yang dimaksudkan itu ialah jin Qorin ini (di mana sifatnya berlawanan dengan sifat Malaikat - sebab itu ia disebut syaitan) dan ia khusus untuk setiap individu manusia... Sabda Rasulullah SAW daripada Abdullah Mas'ud R.A. maksudnya : "Setiap kamu ada Qorin daripada bangsa jin, dan juga Qorin dari bangsa Malaikat...". Mereka bertanya, "Engkau juga ya Rasulullah?". Sabda Baginda, "Ya, aku juga ada, tetapi ALLAH telah membantu aku sehingga Qorin itu dapat ku Islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebaikan sahaja..." (Riwayat Ahmad dan Muslim). Qorin hanya akan berpisah dengan 'kembar'nya apabila manusia meninggal dunia... Roh manusia akan ditempatkan di alam Barzakh, sedangkan Qorin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang... Walaubagaimanapun, apabila tiba hari Akhirat nanti, ke-dua2nya bakal dihadapkan ke hadapan ALLAH SWT untuk diadili dan diperhitungkan...

Selasa, 31 Julai 2012

RAWATAN ISLAM KAEDAH ZIKIR (ZINK)


Pada Tahap ini para pelajar akan di dedahkan dan di ajar teknik rawatan menggunakan kaedah gelombang dan getaran zikir untuk merawat pesakit. Zikir Inti Nur Kalimah (ZINK), merupakan sebuah amalan dari himpunan ayat ayat muqataat yang lazimnya di jadikan sebagai Pakaian Amalan bagi perawat. Ianya juga merupakan salah satu kaedah rawatan penyembuhan menggunakan kaedah zikir dengan gabungan kaedah gelombang dan getaran.

Mengamalkan Zikir Inti Nur Kalimah di umpamakan memiliki sebuah Kotak First Aid Kit yang mana dengan energi dan gelombang zikir tersebut akan dapat di aplikasikan dengan berbagai tujuan, juga amat di sarankan sebagai rawatan penyembuhan diri sendiri bagi yang mengalami masaalah gangguan sihir ataupun saka. Selain sebagai benteng pertahanan. Memiliki Pakaian perawat seumpama anda memiliki kesempurnaa ilmu..insyaallah..

Antara silibus pengajian adalah :
  1. Teknik Pedang Nurunniyah
  2. Teknik Pasung Alif Lam Makrifat
  3. Teknik Nun
  4. Kaedah Pangkah Dan Pangkas
  5. Kaedah MembusungkaPenyihir/ Tukang Sihir
  6. Mengirimkan mimpi kepada orang lain
  7. Melakukan pengasihan khusus
  8. Membuat dan menciptakan pelaris perniagaan
  9. Melihat aura diri sendiri dan orang lain
  10. Merawat orang kerasukan,terkena sihir dan gangguan saka
  11. Mengubati penyakit busung atau kembung
  12. Meneutralkan tempat berpenunggu dan menghilangkan gangguan makhluk halus
  13. Memanggil orang lari dari rumah
  14. Membersihkan tempat yang terkena gangguan sihir
  15. Pemagaran dan pendinding rumah yang ampuh
  16. Penawar penyakit
  17. Supaya ditunaikan hajat
  18. Mengundang dan menarik rezeki secara khusus
  19. Ikhtiarkan permasalahan lelaki dan perempuan yang lambat jodoh
  20. Mengeluarkan sususk dan mematikan kuasa susuk
  21. Merawat ganggguan jin, sihir, saka
  22. Membuat air penerang hati
  23. Ikhtiar mengembalikan barang yang dicuri supaya kembali
  24. Penunduk umum dan khusus
  25. Selusuh beranak untuk wanita bersalin
  26. Mengaktifkan mata ke-3 dan menajamkan indera keenam
  27. Mempercepatkan rezeki
  28. Terawangan
  29. Rawatan Pulih tenaga batin lelaki
  30. Membuat ibu penawar
  31. Membuat ibu minyak pengasih,pelaris,penunduk dan lain-lain lagi
  32. Kaedah tarik penyakit menggunakkan kain putih
  33. Kaedah memindahkan makhluk halus secara jarak jauh
  34. Kaedah menghentam tukang sihir
  35. Rawatan kanser
Mahar : RM 555.99
Hubungi atau SMS 017 8942521

Khamis, 19 Julai 2012

Mimpi Pelajar UIA Bertemu Rasulullah S.A.W Dan Di Rawat Sahabat Nabi

Dari Blog "Aku Bukan An Nisaa"

Assalamualaikum w.b.t

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. .. Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

 Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang berterusan menyakiti diri. Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yang mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..” Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya telah pun ‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor telefon ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku dengan izin Allah.

Kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah…Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapakah orang ini? Cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ” Subhanallah..Baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar).

Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi.

Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. .. Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yang dikejar di akhirat kelak. Ya Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w..” Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan.

Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina ini, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan Salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakar, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakar memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakar yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yang agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti..” Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

 “Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..Waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakar mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk.

Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah. Kemudian sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan Alhamdulillah..Dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya diberi tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..” Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk saja dalam bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin, kan. Mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian?

Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…” Keperibadiannya indah. Cerminan Al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.Mencintainya suatu kemuliaan… Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidaknmereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sebagai ummat nabi Muhammad S.A.W… Banyakkanlah berselawat dan mendengar zikir.. InsyaAllah kita semua akan mendapat syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..

Ahad, 1 Julai 2012

Dialog Bersama Panglima Jin Sami Buddha ( Part 1 )

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Simptom : Sihir Berulang
Jenis Jin : Panglima Berstatus Sami
Jumlah : Empat

Berbagai bagai teknik dan kaedah saya cuba untuk mengalahkan Panglima ***( nama di rahsiakan ), namun tidak mendatangkan hasil..Panglima **** hanya tersenyum apabila saya melancarkan serangan padanya.
 "Engkau tak boleh kalahkan aku! aku dah kaji kaedah Mu"!..Katanya..
Saya masih tidak berputus asas dan mula kembali kepada teknik asas untuk mengalahkanya dengan melakukan beberapa torehan pada kedudukannya.
 "Ahhhh...aduuh..Heii! lepaskan aku..!

Saya terus melakukan torehan dan saya yakin dia pasti kalah dengan kaedah ini kerana dari pengalaman hanya sedikit bangsa jin yang mampu bertahan dengan kaedah ini. Panglima **** terus merayu minta di lepaskan agar dia boleh keluar dari tubuh pesakit. Saya tidak menghiraukan permintaanya. Torehan demi torehan saya lancarkan hingga akhirnya saya melihat si panglima *** mengaku kalah dan benar benar meminta maaf serta bersungguh sungguh akan keluar dari tubuh pesakit.
Saya hentikan torehan dan membuat beberapa sessi dialog bersama Panglima ****.

Saya : Apakah yang membuatkan kamu boleh bertahan terhadap serangan serangan yang aku lancarkan sebelum itu?
Panglima **** : Baiklah..akan aku ceritakan semuanya pada Mu..ketika aku masuk kedalam tubuh ini aku telah mengkaji setiap kaedah yang telah engkau gunakan pada wanita ini. Selama seminggu aku mengkaji setiap kaedah mu dari segi kelebihan dan kekuranganya agar aku boleh bertahan apabila berhadapan dengan mu nanti.
Saya : Aku sedikit musykil..bagaimanakah engkau mampu mengkajinya...

Panglima **** : Untuk pengetahuan mu, mana mana pesakit yang telah di rawat, perawat pasti meninggalkan ISIM (gelombang ) ke badan pesakit..dan melalui ISIM itulah aku mengkaji kelemahan dan kelebihan Mu.
Saya : nampaknya engkau ihklas..mahukan kau beritahu pada ku apakah ayat yang mampu menghancurkan benteng mu?
Panglima **** : Baiklah..terpulang pada mu untuk mempercayainya..Hanya denga ayat Kursi dan Lauanzalna kamu sudah pasti mampu menghancurkan benteng Ku..tetapi...

BERSAMBUNG...




Ahad, 24 Jun 2012

Rawatlah Diri Mu..


سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Cara Mengatasi Sihir

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Saka ( Keturunan )

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.
Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.

1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…..

Ahad, 17 Jun 2012

Tukang Urut Wanita - Hanya Untuk Wanita Sahaja

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Makluman..

Pihak RITEQ menyediakan khidmat rawatan Urut Traditional khusus untuk wanita sahaja. Antara rawatan dan perkhidmatan yang di sediakan ialah :

1.  Ururtan selepas bersalin
2.  Urutan seluruh badan

Tukang Urut Wanita : Puan Maryani Bt Mohd Noor

Sila hubungi/ sms untuk sebarang pertanyaan atau temujanji
012-4665364
017-8942521

Sabtu, 9 Jun 2012

Jin Bulan Jun..JIN JUN

Jenis Gangguan : Sihir
Simptom Penyakit : Lumpuh menjelang waktu maghrib
Jumlah Jin : Ratus


سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saya mulakan dengan kaedah toreh pada kedudukan tapak jin di tubuh pesakit dan hadir jin bernama M******. last sekali, M***** beritahu Tuan Bomoh dah order jin baru dari selangor untuk TopUp Jin Jin yang dah semakin berkurangan. Boleh Caya ke?..Kesudahanya..Sembelih.

Saya ikhtiarkan dengan kaedah Nur Qolbu dengan pembukaan pada 3 point utama iaitu ulu hati, Pintu jamal dan ubun ubun, tapi x berjaya kerana di halang oleh jin jin sihir yang masih bermaharaja lawak dalam tubuh pesakit. Ya..semua jin mesti di keluarkan atau di lemahkan dahulu.

Saya ikhtiarkan pula dengan kaedah Gerak Qolbu..Bermohon pada ALlah agar tangan pesakit di beri kekuatan untuk mencabut dan mengeluarkan segala jin jin sihir yang berada di tubuhnya. Bersama dengan kekuatan zikir..tangan kiri pesakit mula bergerak dengan sendirinya mengeluarkan jin jin sihir dan adakalanya pesakit muntah dan mengerang kesakitan semasa menarik gangguan keluar dari tubuhnya. Tangan kanan pesakit masih tidak dapa bergerak kerana di pegang dan di halang dari bergerak oleh seekor jin yang berada di luar tubuhnya. Dan akhirnya pesakit keletihan yang amat sangat dan tidak mampu lagi untuk mengeluarkan jin jin sihir yang terlau banyak jumlahnya..Alhamdulillah..izin dan gerak darinya walaupun hanya setakat ini saja.

Saya ikhtiarkan kembali dengan Kaedah Nur Qolbu..alhamdulillah, pesakit dah mula nampak..pembersihan di lakukan walaupun banyak halangan..Allah mudahkan..terdapat gelang sihir yang mengikat di setiap sendi kaki, leher dan pergelangan tangan serta kepingan wafaq yang di tanam pada tapak kaki dan bawah lutut pesakit. Ketika saya melakukan tarikan, korekan dan penghancuran, pesakit menjerit kesakitan. 

Terakhir..pesakit melihat 2 ekor jin di dalam kawasan bilik rawatan..seekor berbulu hitam dan seorang lelaki tua. Jin berbulu hitam saya pasung dengan Kaedah Alif Lam Makrifat dan sedut dengan Kaedah Nun..Lenyap..Pada jin tua saya cuba dengan kaedah yang sama, tapi Jin Tua  hanya tersengih..ooo..kutuk aku la tu. Saya tarik Energi Pedang Nurunniyah..masa tarik jin tua dah siap cabut lari..xpe..rezeki engko...

Moga Allah berikan kesembuhan pada pesakit tadi..Amiin.

Pada si tukang sihir..lama kelamaan habis juga jin engko tu..tak habis kat aku..insyaallah, akan di habiskan oleh perawat perawat kat malaysia ni. 


Isnin, 4 Jun 2012

Kaedah RITEQ


سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Kali ni RITEQ kerap kali menerima panggilan yang bertanyakan tentang kaedah kaedah yang RITEQ gunakan di dalam rawatan..Alahai..Kepada pesakit pesakit yang ingin mendapatkan rawatan dari Pihak RITEQ..ingin saya maklumkan bahawa apapun kaedah yang di gunakan..doanya dari perawat semua tetap sama iaitu memohon pada Allah agar penyakit ataupun gangguan di hadapi pesakit di beri kesembuhan oleh Allah S.W.T. Kaedah hanyalah membezakan status kaedah rawatan yang di gunakan oleh mana mana pusat rawatan islam tetapi motif dan hala tuju kami semua perawat tetap sama iaitu memohon kesembuhan seratus peratus daripada Allah tanpa melibatkan bantuan dari mana mana pihak samaada jin tanah, jin pakai toceng, jin bara atau jin shamsudin..

Untuk lebih jelas lagi di sini saya jelaskan kaedah atau pun teknik asas yang di gunakan oleh RITEQ dalam merawat gangguan..

1.   Bacaan Rukyah As Syariah
2.   Bacaan zikir ZINK ( Zikir Inti Nur Kalimah )
3.   Dialog Jari *** AKRINE
4.   Kaedah Gerak Qolbu ( gerak batin pesakit mengesan barang sihir di dalam tubuh )
5.   Kaedah Nur Qolbu ( Kasyaf Batin )
6.   Kaedah kain Putih ( menarik bisa penyakit )
7.   Kaedah Pasak Bumi
8.   Kaedah Toreh
9.   Teknik Nun ( menarik atau sedut gangguan di luar tubuh )
10. Kaedah Alif Lam Makrifat ( pasung gangguan di luar tubuh )
11. Teknik Pedang Nurunniyah
12. Kaedah Bakar Telur ( Counter Attack )
13. Dll Kaedah yang bersesuaian


Sabtu, 5 Mei 2012

Rawatan Di Sabah Siri 1

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rawatan di mulakan pada salah seorang pesakit terlebih dahulu. Pesakit sering merasa tidak selesa apabila suaminya berada di rumah dan sering terjadi pertengkaran di antara pesakit dan suaminya. Scanning tapak tangan saya ikhtiarkan dan tidak ada tanda tanda menunjukkan bahawa tubuh pesakit di huni oleh mana mana jin penganggu..ingin mengetahui apakah penyebab utamanya..saya tarik energi tangkal/ barang sihir yang berada di rumah pesakit masuk ke tubuh pesakit..setelah di tarik pesakit mula menggeletar pada seluruh tubuhnya. saya bacakan ayat ayat rukyah pada pesakit dan pesakit mula menangis dengan kuat. melihat pada keadaanya saya arahkan pesakit membaca ayat kursi..tetapi pesakit tidak mampu membacanya. 

Bagi sesetengah kes pasti ada yang beranggapan bahawa pesakit sudah pun di kuasai oleh jin penganggu. Tetapi keadaan seperti ini memerlukan kepastian yang lebih tepat agar kita tidak silap langkah menyoal pesakit kononnya jin penganggu yang telah kita interview. saya scanning menggunakan auranya..hmmm, tidak ada jin pada tubuhnya cuma energi barang sihir/ tangkal yang di tarik tadi membuatkan ketidakselesaan pada tubuhnya ( nampak gayanya suami pesakit nak kena rawat ni ) dan saya tarik kembali energi tersebut keluar melalui kakinya. Pesakit terus pengsan..

Setelah pesakit sedar kami bergerak ke rumah pesakit untuk mengambil sendiri barang sihir/ tangkal yang berada di rumahnya. Apabila masuk saja ke rumah pesakit, saya dan abg saya ( Bro Saiful merasakan energi yang sanagat panas di dalam rumah tersebut ). Saya duduk sekejap di ruang tamu dan bro saiful terus pergi mendapatkan barang sihir/ tangkal yang di gantung di celah atas berenda dapur pesakit.Fuhhh..memmang cun betul lokasi kedudukan barang sihir/ tangkal itu di letakkan..kiranya benda tu akan sentiasa berpusing apabila terkena tiupan angin.


Setelah barang sihir di ambil kami terus membawanya ke belakang rumah bagi menghapuskan/ mematikan barang sihir tersebut. Masa bawa benda tu, bro saiful bagitahu aku, " Hui..berat betul benda ni". Saya tersenyum mendengarkan pengakuannya..

Moga Allah memberikan kesembuhanya..Amiin.