Khamis, 17 Oktober 2013

Sakit Mata Akibat Sihir


3 minggu lamanya pesakit mengalami masaalah penglihatan. Mata pesakit akan menjadi sakit, kabur dan terasa berpasir apabila menjelang tibanya waktu maghrib. Puas menggunakan segala ubat ubatan, pesakit mencuba untuk mendapatkan rawatan al quran.

Saya mulakan rawatan dengan membacakan pada tapak tangan saya dengan bacaan ayatul kursi lalu saya letakkan tapak tangan pada bahagian mata pesakit. Ketika bacaan ayat ayat al quran, kelihatan tangan pesakit mula bergerak dan cuba mengalihkan tangan saya dari bahagian mata pesakit. saya teruskan bacaan al quran sehingga jin dalam tubuh pesakit mula berbicara.

Saya : kenapa ganggu pesakit ini?
Jin : Aku nak dia buta!
Saya : Siapa Tuan kamu dan di mana usul nya?
Jin : Aku tak tahu..yang aku tahu tiba tiba saja aku sudah berada di tubuhnya!

Saya ancam jin tersebut dengan Ayat pembakar dan ternyata jin tersebut mula meraung kesakitan. ALLAHUAKBAR! HEBATNYA AYAT AYAT ALLAH! Terkandung segala kelebihan, penawar dan rahmat kebaikan bagi orang yang mengimaninya. Ketika sedang khusyuk meneruskan bacaan, tiba tiba pesakit sedar dari rasukan. Lalu saya suruh pesakit beristighfar dan menumpukan semula pada rawatan yang di jalankan.

Saya memohon pada  ALLAH..Ya Allah sekiranya jin ini terlepas lari saya mohon kekuatan dan pertolongan mu untuk menariknya semula masuk ke dalam jasad ini. Lalu saya membuat pasungan dengan kaedah Alif lam makrifat dan sedut semula dengan menggunakan kaedah Nun dalam Kaedah Zikir ZINK.

Dengan izin ALLAH, jin hadir semula ke dalam tubuh pesakit dan mula merayu minta di lepaskan. Saya mohon pada ALLAH untuk berbicara dengan tukang sihir. Bismillah..Karamallah Hu ALLAH...Ilaa Ruuuhi.....Alhamdulillah. Semua dengan keizinan ALLAH. Tukang sihir berjaya di hadirkan dan dengan izin ALLAH jua hati tukang sihir berjaya di lunakkan. Jin berjanji untuk keluar dan menawarkan diri untuk membuang segala barang sihir di bahagian mata pesakit tanpa di minta. Saya arahkan jin tersebut meletakkan barang sihir di atas tapak tangan saya. Sihir di letakkan dan terasa bahang panasnya.

Setelah semua selesai akhirnya pesakit sedar semula. Alhamdulillah, hilang segala kesan dan kesakitan pada matanya. Syukur pada Mu Ya ALLAH.









Tiada ulasan: