Isnin, 21 Mac 2011

Bayangan Sihir Saka

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah..masih diberi kesempatan dan masa yang terluang,walaupun beberapa hari ini RITEQ disibukkan dgn kehadiran pesakit yang kadangkala datang sehingga lewat malam.Minggu ini juga RITEQ banyak menerima jemputan rawatan dibeberapa kedai makan dan kilang perusahaan.
Kes terbaru..
kes sihir saka..rukyah dibacakan pada isteri dan siisteri melihat bayangan orang yang disyaki datang ingin membuka kunci sihir tetapi dihalang oleh bayangan saka ayah mertua yang berdiri didepan pintu,dan pada masa yang sama pula..sisuami yang tadinya duduk berdekatan dengan siisteri mula menangis teresak esak kerana secara tidak sedar sisuami melihat bayanagan ayahnya.Pesakit akan membuat rawatan susulan.Moga Allah permudahkan.

lagi kes sihir..
seorang guru datang mengadu sakit yang teramat bisa pada kepala dan beberapa bahagian anggota badan dan rawatan juga telah dirujuk kehospital tapi doktor mengesahkan pesakit hanya demam biasa dan keadaan pesakit berlanjutan selama bebrapa hari.rawatan dimulakan dengan semburan air rukyah..pesakit mula menggigil kesakitan dan belangsung dialog dengan jin penganggu.rawatan diakhirkan dengan teknik pasung pada buah limau.Bisa pada kepala dan badan hilang serta merta.Scanning masih dilakukan dan masih berbaki gangguan pada tubuh pesakit..dan diikhtiarkan dengan kaedah vakum pada botol..alhamdulillah.Allah memudahkan segalanya.

Tiada ulasan: