Jumaat, 1 April 2011

Jin Pakar Psikologi

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pesakit pernah mengalami serangan sihir dan berkemungkinan juga gangguan saka.setelah menjalani sesi rawatan yang pertama,dengan izin Allah..keadaan pesakit semakin baik.cuma setelah kebelakangan ini,pesakit dihantui pula dengan gangguan gangguan yang bersifat luaran.
Kali ini peskait datang untuk membuat rawatan susulan.Rawatan TKR diikhtiarkan..
RITEQ:kamu dimana sekarang?
PSKT:saya terapung apung dibilik ni.(kepala pesakit bergerak kekiri dan kanan seperti memErhatikan keadaan sekeliling)
Dalam kesempatan tersebut,saya mengarahkan pskt untuk melihat kebotol vakum untuk pastikan jika benar ada jin yang berjaya disedut..
RITEQ:apa yang kamu nampak didalam botol ini?
PSKT:banyak juga jin yg duduk dalam botol tu!
RITEQ:cuba kamu tanya..ada tak mana mana jin yang nak keluar.
PSKT:(diam seketika)..ada yang minta keluar dan bertaubat dan ada juga yang tak mahu keluar..
RITEQ:(dalam hati berkata..mungkin yang tak nak keluar tu adalah jin jin sihir yang takut kepada Tuannya).
RITEQ:baik!sekarang bergerak kerumah kamu!
PSKT:??
RITEQ:apa yang kamu nampak?
PSKT:ada 3 ekor jin diatas siling rumah..
pesakit diminta menadahkan tanganya dan dibekalkan ayat.Pesakit melihat kalimah ALLAH MUHAMMAD pada tapak tanganya.Gangguan yang ada dilempar dengan kalimah tadi.Satu demi satu ruangan didalam rumah dibersihkan sehinggalah sampai pada bilik tidur pesakit..
PSKT:benda ni lain macam sikit(pskt seperti ketakutan)..bentuknya macam gorila.
RITEQ:lempar sekarang
PSKT:tak jadi apa!(pesakit mula menangis)
RITEQ:kenapa kamu menangis
PSKT:dia hina saya dan hina arwah ayah saya(pesakit mula menangis teresak esak)
pesakit diminta bertahan dan jgn mempedulikan segala kata kata jin tersebut tetapi tangisan pesakit semakin kuat dan rawatan terpaksa dihentikan.
Saya meminta keluarga pesakit agar sentiasa membacakan keseluruhan surah al-baqarah didalam rumah bagi mengusir gangguan tersebut..Semoga Allah mempermudahkannya..

Tiada ulasan: