Selasa, 1 Februari 2011

KES JIN ASYIK

Bismillahirrahmanirrahim..

"Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka,dan Dialah jua yang Maha Mendengar,lagi maha mengetahui"

Ada satu kes dimana ana merawat salah satu gangguan jin asyik..apabila pesakit masuk saja kebilik rawatan,pesakit terus menangis tanpa sebab yang jelas.Ini menunjukkan bahawa awal awal lagi jin penganggu sudah merasa terancam dengan kedudukanya.Oleh kerana pesakit sedang mengandung 6 bulan maka ana cuba elakkan pesakit dari menjadi histeria,bukan apa..risau menjejaskan kandungan pesakit.Sewaktu pesakit menangis ana terus melakukan kaedah tikam pada jin dan niatkan mana mana jin yang berada didalam badan pesakit akan tertikam dengan keagunggan Allah.Alhamdulillah,setelah itu pesakit sedar semula.Selepas itu ana rukyah semula pesakit untuk memastikan bahawa gangguan benar benar sudah keluar dari badan pesakit.ketika dirukyah pesakit tidak merasakan apa apa dan hanya merasa tenang ketika rukyah dibacakan..walaubagaimanapun pesakit ana nasihatkan agar sentiasa mengamalkan zikir zikir yang diberikan kerana tidak mustahil gangguan tersebut akan datang semula apabila pesakit lalai dari mengamalkan zikir zikr amalan yang diberikan.Pesakit dinasihat agar datang semula untuk membuat rawatan susulan.Kepada pesakit tersebut ana doakan semoga Allah sentiasa melindungi dan memberikan kesembuhan kepadanya.
Gangguan oleh jin asyik adalah yang terbanyak berbanding dengan jin saka dan sihir. Bezanya jin sihir perlu rawatan berulang sedangkan jin asyik dapat diselesaikan dengan 2-3kali rawatan bergantung kepada jenis jin asyik itu sendiri.
Gangguan jin asyik bermula dari peringkat seseorang itu diperingkat kanak-kanak atau remaja lagi. Apabila jin yang tinggal dirumah pesakit, asrama atau mana-mana tempat yang selalu dikunjungi atau dilalui oleh pesakit, jin berkenaan sentiasa memerhatikan pesakit dalam tempoh yang lama. Dia melihat pesakit sepertimana kita melihat ikan laga dalam botol, ataupun seperti menonton filem hindustan yang mana pesakit adalah tumpuan sebagai hero/heroin filem berkenaan. Dia mendengar pesakit menyanyi, memerhatikannya tidur, mandi, berdiri depan cermin, bersolek, membuka serta memakai pakaian dan sebagainya yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta dan sayang jin berkenaan kepada pesakit.
Apabila pesakit semakin dewasa, pesakit seboleh mungkin dihalang dari mempunyai pasangan kekasih mahupun berkahwin. Apabila ada sesiapa yang nak meminang jin ini berusaha keras menggagalkannya dengan menghodohkan wajah pesakit, merosakan kereta rombongan, mempengaruhi pesakit agar menolak pinangan. Jika semua gagal, jin ini berusaha menimbulkan bibit permusuhan antara pesakit dengan pasangannya.
Jin asyik juga boleh berasal dari jin sihir mahupun saka yang telah lama bertapak pada pesakit.
Tanda-tanda gangguan antaranya pesakit sering mengadu sakit kepala, pesakit amat sensitif, suka bersendirian, tak suka bercakap tetapi lebih banyak mendengar dan berkhayal, tidur di siang hari dan berjaga di waktu malam. Terdapat tanda lebam terutama di bahagian peha, betis, tangan, perut dsb. Ketika jaga adakala pesakit merasakan dia diperhatikan dan adakalanya mendengar bisikan atau suara terutamanya ketika berbaring.Apabila tidur bermimpi melihat seorang pemuda/wanita yang kacak dan dia mengajak untuk berkahwin dan bersama.
Kepada sesiapa yang mengalami simptom gangguan seperti diatas,dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan dari mana mana perawat islam kerana gangguan boleh menjadi semakin kritikal jika tidak dirawat dengan segera.Rawatlah sebelum parah..

Tiada ulasan: