Memaparkan catatan dengan label rawatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rawatan. Papar semua catatan

Ahad, 13 April 2014

Gangguan Jin..Bagaimana Kita Mentafsirkannya..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma Solli Alaa Saidina Muhammad
Wa Alaa Alii Saidina Muhammad..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..Di izinkan jua oleh yang empunya gerak untuk berkongsi sedikit pengalaman ketika merawat seorang pesakit yang mengalami masaalah berkaitan bisikan was was dalam urusan agama.Seringkali juga bermimpi membawa beberapa kanak kanak kecil menaiki sampan. Sekilas bila di tafsirkan, di sangka daripada mimpi tersebut, pesakit berkemungkinan mengalami masaalah gangguan jin saka dan hasutan was was mungkin berpunca dari gamgguan atau bisikan qorin.

Rawatan secara di bacakan ayat ayat rukyah agak tidak memberi kesan kepada pesakit..pesakit kelihatan duduk dalam keadaan yang tenang. ALLAH memberi gerak dan pengetahuan agar mengkhususkan rawatan pada rohani pesakit. Maka dengan kehendak ALLAH, tergerak lidah berkata kata, mohon binasa jasad diri dan binasa jasad pesakit agar roh wujud dalam bayangan makrifat. Lantas si pesakit tiba tiba tumbang, terbaring kaku. Bacaan ayat ayat rukyah di teruskan lalu jari telunjuk di sentuhkan pada bahagian leher pesakit.

Dengan izin ALLAH jua, berkata katalah jin yang menjadi punca kepada bisikan was was pada pesakit. Minta di kembalikan ke tempat asalnya. Mengaku berasal dari korea dan penganut agama roman katholik dan hidup sezaman dengan Firaun.Jin bersayap dan mempunyai kemampuan untuk terbang.  Dikatakan masuk ke dalam tubuh ketika pesakit berkunjung/ melancong ke Korea beberapa tahun yang lepas.Dengan izin dan kekuatan ALLAH jua , jin tersebut berjaya di keluarkan. Pesakit akhirnya sedar.

Rawatan di teruskan lagi memandangkan persoalan  mengenai mimpi membawa kanak kanak yang ramai di dalam sampan belum terjawab. Adakah ianya petunjuk mengenai saka. Kehendak ALLAH jua agar hadirnya  penguasa jin yang berada di dalam tubuh pesakit. Bacaan ayat Al Baqarah 148 di ulang ulang sehingga dengan izin ALLAH, maka hadirlah jin yang di maksudkan.

Jin tersebut mengakui berasal dari madinah dan membawa bersama sama pengikutnya yang ramai masuk ke dalam tubuh pesakit. Masuknya juga jin tersebut adalah ketika berkunjungnya pesakit ke madinah beberapa tahun yang lepas. Setelah di tarbiah, dengan izin ALLAH, akhirnya jin tersebut bersetuju untuk keluar dari tubuh pesakit. Setelah lafaz ikrar dan sumpah, maka menangislah jin tersebut sambil berkata kata pada pengikutnya. "Wahai pengikutku, keluarlah kamu dari tubuh ini, sedangkan aku sendiri tidak mempunyai tempat untuk berada di dalam tubuh ini"..bercucuran deras air mata kesedihan melalui mata pesakit. Sebelum keluar, jin tersebut meminta kebenaran, sekiranya pesakit berkunjung lagi ke Madinah, dia meminta izin untuk hanya mendekati dan melihat pesakit tetapi tidak akan memasuki tubuhnya.

Alhamdulillah..rahsia dalam pengetahuan ALLAH..segala yang berlaku adalah ketetapan ALLAH. Masuknya jin ke dalam tubuh, bergeraknya pesakit dan sembuhnya pesakit juga merupakan qada dan qadar ALLAH. Telah kering pena yang tercatat di Loh Mahfuz.Sedikit pun tidak berkuasa kita mengubahnya. Sedikit catatan pengalaman dari yang faqir ini. Moga bermanfaat untuk semua.



Ahad, 17 November 2013

Sihir Tok Cha


Pesakit mengalami gangguan kronik selama 3 tahun dan pernah menghadapi saatnya seumpamanya nazak sakaratul maut. Terpaksa di letakkan di tengah ruang tamu rumah bagi memudahkan kaum keluarga dan kenalan menziarahinya. Pernah saatnya seperti nazak maka di panggilah jiran tetangga dan saudara terdekat membacakan yassin padanya. Di saat mereka membacakan yassin, pesakit berkelakuan aneh dengan mencekik lehernya sendiri. Puas suami pesakit membawa berubat ke merata tempat, ke utara dan ke selatan sehinggakan ada perawat yang terpaksa menolak pesakit ini apabila minta di rawat lagi. Hampir berputus asa dengan keadaan,maka terlantarlah si pesakit di tengah ruang tamu rumahnya hanya menunggu berlakunya keajaiban. Suatu hari si suami mendapat nombor telefon saya melalui rakannya yang juga pernah di rawat oleh saya. Maka temujanji pertemuan pun di adakan. 

Ketika sampai di rumah pesakit, pesakit mengarahkan suaminya agar menyuruh saya balik. Kelihatan tangan dan tubuh pesakit menggeletar dengan kuat. Saya hanya ,mendiamkan diri, lalu saya dekati pesakit perlahan lahan. Kesimpulan dari cerita si suami, saya beranggapan kuat bahawa jin yang menganggu pesakit ini bukanlah jin biasa, sehinggakan ada perawat yang menolak apabila di minta untuk merawatnya.

Saya pasrahkan hanya kepada ALLAH, tiada yang hebat melainkan ALLAH, tiada yang Agung melainkan ALLAH, Tiada yang memberi mudarat melainkan dengan keiizanan ALLAH. Saya alunkan Zikir ZINK ke telinga pesakit dengan harapan memberi manfaat pada pesakit. Masyaallah, Subhanallah. hanya ALLAH yang mengatur segala galanya dan memberikan apa yang terbaik buat hamba yang berserah pada NYA. Sedikit pun tidak kelihata jin tersebut terazab dengan zikir zikir yang saya bacakan, akan tetapi jin tersebut seperti tertunduk dengan segala perintah dan tegahan yang saya ucapkan. Benarlah rahsianya hanya pada pengetahuan Penciptanya.

Segalanya menjadi mudah selepas itu, walaupun jin tersebut sedikit pun tidak merasa terazab tetapi ia patuh pada setiap perintah yang saya ucapkan. Jin tersebut akur untuk mengeluarkan semua  barang sihir di dalam tubuh pesakit sambil membaca mantera yang tidak saya fahami(siam).Segalanya berlaku tanpa di rancang, saya hanya menanti sahaja sehingga semua barang sihir di keluarkan.

Seminggu selepas itu suami pesakit menghubungi saya. ALHAMDULILLAH, suami berkata tidak ada lagi tanda tanda gangguan pada diri isterinya. 

Yassin, demi Al Quran yang penuh Hikmah. Alif Lam Mim,kitab Al Quran itu tidak ada keraguan padanya dan menjadi petunjuk bagi orang orang yang bertakwa. .

Khamis, 17 Oktober 2013

Sakit Mata Akibat Sihir


3 minggu lamanya pesakit mengalami masaalah penglihatan. Mata pesakit akan menjadi sakit, kabur dan terasa berpasir apabila menjelang tibanya waktu maghrib. Puas menggunakan segala ubat ubatan, pesakit mencuba untuk mendapatkan rawatan al quran.

Saya mulakan rawatan dengan membacakan pada tapak tangan saya dengan bacaan ayatul kursi lalu saya letakkan tapak tangan pada bahagian mata pesakit. Ketika bacaan ayat ayat al quran, kelihatan tangan pesakit mula bergerak dan cuba mengalihkan tangan saya dari bahagian mata pesakit. saya teruskan bacaan al quran sehingga jin dalam tubuh pesakit mula berbicara.

Saya : kenapa ganggu pesakit ini?
Jin : Aku nak dia buta!
Saya : Siapa Tuan kamu dan di mana usul nya?
Jin : Aku tak tahu..yang aku tahu tiba tiba saja aku sudah berada di tubuhnya!

Saya ancam jin tersebut dengan Ayat pembakar dan ternyata jin tersebut mula meraung kesakitan. ALLAHUAKBAR! HEBATNYA AYAT AYAT ALLAH! Terkandung segala kelebihan, penawar dan rahmat kebaikan bagi orang yang mengimaninya. Ketika sedang khusyuk meneruskan bacaan, tiba tiba pesakit sedar dari rasukan. Lalu saya suruh pesakit beristighfar dan menumpukan semula pada rawatan yang di jalankan.

Saya memohon pada  ALLAH..Ya Allah sekiranya jin ini terlepas lari saya mohon kekuatan dan pertolongan mu untuk menariknya semula masuk ke dalam jasad ini. Lalu saya membuat pasungan dengan kaedah Alif lam makrifat dan sedut semula dengan menggunakan kaedah Nun dalam Kaedah Zikir ZINK.

Dengan izin ALLAH, jin hadir semula ke dalam tubuh pesakit dan mula merayu minta di lepaskan. Saya mohon pada ALLAH untuk berbicara dengan tukang sihir. Bismillah..Karamallah Hu ALLAH...Ilaa Ruuuhi.....Alhamdulillah. Semua dengan keizinan ALLAH. Tukang sihir berjaya di hadirkan dan dengan izin ALLAH jua hati tukang sihir berjaya di lunakkan. Jin berjanji untuk keluar dan menawarkan diri untuk membuang segala barang sihir di bahagian mata pesakit tanpa di minta. Saya arahkan jin tersebut meletakkan barang sihir di atas tapak tangan saya. Sihir di letakkan dan terasa bahang panasnya.

Setelah semua selesai akhirnya pesakit sedar semula. Alhamdulillah, hilang segala kesan dan kesakitan pada matanya. Syukur pada Mu Ya ALLAH.









Ahad, 1 September 2013

Pelepas Saka Part 3 - Kunci

أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

Saya mendapat khabar bahawa gadis tersebut telah di masuki jin yang lain berdasarkan perbualan telefon melalui adik pesakit. Setelah mendapat sedikit gambaran saya sarankan pesakit datang, tetapi keluarga pesakit menetapkan untuk datang pada hujung minggu kerana pesakit perlu mendapat surat pelepasan cuti hujung minggu dari majikannya.

Rawatan pada hari yang di janjikan, pesakit tiba sekitar jam 830 malam setelah mengharungi perjalanan dari kuala lumpur. Semasa melakukan rawatan, saya agak buntu kerana tidak bertemu dengan punca gangguan. Alhamdulillah, setelah di scan dengan lebih teliti, rupa rupanya jin tersebut bersembunyi di bahagian tulang belakang pesakit. Saya lakukan ikhtiar dengan meletakkan tangan ke belakang pesakit dan menghentam gangguan dengan kaedah menahan nafas bersama bacaan ayat.

Akhirnya jin hadir..seperti biasa saya azab jin tersebut dengan torehan dan pasak. Jin setuju untuk keluar tetapi terkunci, dan kunci tersebut di letakkan di bahagian jantung pesakit. Setelah di teliti, kunci tersebut adalah objek sihir yang berbentuk pedal ayam.

Setelah membelah bahagian dada pesakit, dengan kurnia ALLAH, saya berjaya mengeluarkan kunci tersebut. Beberapa jin saka bomoh dengan izin ALLAH berjaya di keluarkan.

Kejayaan mengeluarkan kunci sihir tersebut telah membuka jalan bagi penemuan barang barang sihir yang seterusnya dan berjaya mengesan barang pemujaaan dan pelakunya. Rupa rupanya pada seluruh tubuh pesakit masih terdapat barang sihir terdahulu yang mana pada setiap anggota pesakit telah di masukkan tulang rangka seorang bayi bagi menghasilkan simptom atau perwatakan budak bagi menyakitkan pesakit. Dengan izin ALLAH jua, kesemua tulang rangka berjaya di keluarkan dan rangkan pemujaan pada simpanan penyihir berjaya di hancurkan. Rawatan selesai.

Alhamdulillah, setelah dua minggu berlalu saya saya mendapat khabar bahawa pesakit masih berada dalam keadaan kesihatan yang memuaskan. Moga ALLAH kekalkan kesembuhan itu.




Sabtu, 17 Ogos 2013

Sambungan Kisah Pelepas Saka-Ikatan Terlerai


Seperti masa yang di janjikan, keluarga pesakit datang bagi meneruskan rawatan susulan. Setelah mengharungi perjalanan selama 3 jam lebih, pesakit sampai di rumah saya kira kira jam 930 malam.

Rawatan di mulakan pada 4 pesakit yang mengalami respon aktif semasa rawatan pertama dahulu. Alhamdulillah, 2 pesakit telah bebas dari gangguan.

Rawatan pada Ayah pesakit, hampir lima belas minit di bacakan ayat ayat rukyah, pesakit hanya menunjukkan respon pasif. Saya tukar strategi rawatan dengan membacakan zikir ZINK. Ketika pembacaan zikir, tubuh badan pesakit seperti senget ke kanan dan ketika sampai pada kalimat zikir NUN..saya letakkan genggaman tangan saya ke dahi pesakit dan kepala pesakit mula bergoyang dengan kuat dan akhirnya pesakit rebah pengsan. Berlaku beberapa dialog, penganut agama kirstian, puas saya dakwah, tapi memohon kebenaran RAJA RIMBA untuk menukar agamanya. Saya beri jaminan, akhirnya jin tersebut saya islamkan. Minta di hantar ke Mekah.

Rawatan pada anak gadis mereka di teruskan.Saya tumpukan serangan pada bahagian perut, memohon pada ALLAH S.W.T di beri kekuatan pada tangan saya untuk memotong segala buhul sihir yang mengikat. Di kesan berada di perut dan kemaluan pesakit. Setelah membuat beberapa potongan, akhirnya jin hadir. Rupa rupanya jin yang hadir merupakan jin sihir yang menyerang pesakit 3 tahun yang lalu. dan yang menyebakan keluarga pesakit mendapatkan khidmat dari bomoh tersebut. Ikatan sihir pada bahagian perut, izin ALLAH berjaya di putuskan. Jin masih enggan keluar, setelah di azab dengan kaedah toreh dan pasak, akhir jin mengalah. Walaubagaimanapun  jin mengatakan ia tetap tidak dapat keluar dari tubuh pesakit kerana barang sihir di kemaluan pesakit masih ada dan selagi barang sihir yang ada pada simpanan penyihir masih ada, selagi itulah kekuatan sihir tidak akan sirna. Saya buntu seketika. Saya membuat perjanjian dengan jin tersebut, sekiranya di izinkan ALLAH saya akan menghancurkan barang sihir yang ada pada penyihir maka jin tersebut harus berjanji untuk keluar dari tubuh pesakit. Jin tersebut setuju.

Saya pasrahkan diri dan memohon pada ALLAH. "INNAMA AMRUHU........KUN FAYAKUN". Saya mengumpulkan segala kekuatan yang ada lalu melepaskan nafas di iringi gerakan. ALHAMDULILLLAH, barang sihir di hancurkan. Semasa melepaskan nafas, tubuh badan pesakit di hadapan saya terangkat dan turut merasa kesakitan. Jin mengerang kesakitan. Ianya berlaku kerana ada hubungan di antara barang sihir yang ada pada penyihir dan barang sihir yang tertanam di kemaluan pesakit. Apabila di hancurkan maka kedua duanya akan merasakan  kesannya.

Jin tersebut akhirnya keluar. Pulih akhirnya, setelah 3 tahun pesakit menderita. Satu masaalah terlerai akhirnya Saya lihat ayah pesakit mengalirkan airmata dan mencium pipi anaknya. Tanda kasih sayang seorang ayah. Si Ibu mengatakan akan menunaikan NAZARNYA. Anak gadis mereka berkata, cukuplah tak mahu lagi sakit setetlah bertahun lamanya. Kami mengucapkan syukur kepada ALLAH. Mohon agar ALLAH kekalkan kesembuhan. . Rawatan di hentikan, insyaallah akan bertemu di lain masa yang di rancangkan bagi mengeluarkan saki baki saka bomoh yang masih berada di tubuhnya.

Selesai rawatan, saya bertanya padanya..Ya..ia sedar dan tahu apa yang berlaku pada dirinya selama ini. Cuma seperti terkunci lidah dan anggota seperti tidak berfungsi. Tidak mempunyai kekuatan untuk membebaskan diri...

Hasbunallah Hu Wa Nikmal Wakil...




Sabtu, 16 Mac 2013

Perkongsian Kisah Rawatan..


Saya di hubungi keluarga pesakit mengatakan bahawa pesakit berada dalam kedaan histeria sejak jam 8 malam lagi. Melihat jam di dinding, pesakit dah histeria dekat 3 jam. Pesakit dah di rawat oleh keluarga terdekat tetapi keadaan masih tidak berubah.

Sesiapapun tidak terlepas mengalami perkara seperti ini, tidak kira perawat manapun, begitu juga diri saya kerana saya beriktikad bahawa yang menyembuhkan bukan saya, tetapi ALLAH lah yang menyembuhkannya. 
Dan Inilah sifatnya ilmu, kadang menjadi kadangnya tidak dan apa yang berlaku juga merupakan semata mata melalui keizinan ALLAH serta kemudahan yang ALLAH berikan pada si Perawat mahupun si Pesakit. 

Saya cuba berdialog dengan jin melalui telefon, cuba memujuknya untuk keluar dari tubuh pesakit sambil membacakan ayat ayat al quran. Malangnya, tawaran yang di berikan tidak di terima dan jin tersebut menyanyi semasa saya membacakan ayat ayat al quran. Akhirnya saya katakan kepada jin tersebut bahawa saya akan berhadapan dengannya dan jin tersebut mula menangis tetapi tetap enggan keluar dari tubuh pesakit.

5 minit kemudian tak silap saya, keluarga pesakit dah sampai di rumah saya. Saya persilakan keluarga pesakit masuk, kelihatan si pesakit masih di kuasai dengan sedikit keegoan pada jin tersebut. Setelah segala pesrsiapan di buat saya cuba berdialog dengan jin tersebut sambil membacakan ayat al quran ke telinganya. Jin sedikit terazab. Jin itu mengatakan dia tak heran dengan pembacaan ayat ayat al quran kerana dia sendiri sering mendengar pesakit membaca al quran setiap hari.

Dengan izin ALLAH saya dapat mengesan kedudukan jin di dalam tubuh dan menikamnya dengan jari. Jin tersebut mula kesakitan. Saya dalamkan lagi tikaman hingga jin mula meraung raung minta di lepaskan. Saya azab pula dengan kedah toreh, maka bertambahlah tangisan dan raungannya minta di lepaskan. Oleh kerana jin masih berdegil walaupaun di azab, maka saya ikhtiarkan pula dengan kaedah yang lain. saya tiupkan hawa nafas ke rongga pernafasan pesakit dan membawanya perlahan lahan ke perut, kemudian menarik semula nafas yang di kirimkan dan di keluarkan semula melalui nafas pesakit. Alhamdulillah, pesakit sedar. Tetapi ianya berlaku hanya beberapa minit. Jin masuk semula ke dalam tubuh pesakit dan mula menguasai pesakit. Berat sangat ia nak meninggalkan pesakit ini.

Saya lakukan serangan dengan membutakan mata jin, sambil meniup zikir ke tapak tangan dengan hembusan nafas "Allah Hu"..saya halakan ke pandangan mata pesakit agar jin tersebut akan lumpuh segala pergerakanya. Persoalanya, mengapa mata yang di lumpuhkan, tidak anggota tubuhnya?. Ini kerana bagi saya, mata lah yang memandu segala galanya kerana tanpa mata gagallah segala pergerakan mahupun perbuatannya.

Setelah itu saya baringkan pesakit dan akhirnya cuba menyembelih jin tersebut. Setelah ayat ke tapak tangan di bacakan dengan iringan zikir nafas "ALLAH HU" di hembuskan. Saya sembelih jin tersebut dengan memfokuskan pencarian urat utama jin tersebut. Alhamdulillah, urat utama saya temukan dan sembelihan hanya di lakukan di point tersebut. Alhamdulillah, pesakit sedar semula cuma merasakan sedikit ketidak selesaan pada bahagian bermula dari leher ke bawah. Saya tahu bahawa jin tersebut dah tepisah kepala dan badanya, maka saya sudahi rawatan dengan menarik bahagian tubuh jin yang terpisah dan membuangnya dari tubuh pesakit. Selesai membuat penarikan, pesakit akui bahawa tubuh nya sudah kembali ringan dan hilang segala debaran yang meresahkannya.

Alhamdulillah, puji pujian hanya untuk ALLAH yang memudahkan segala kesulitan yang di alami oleh hamba hambanya.


Isnin, 14 Januari 2013

Al Kisah 3. Busung Tak Jadi..

Assalamualikum Ustaz, berkali kali kedengaran bunyi salam dari luar rumah. Dalam keadaan baju pasukan chealse masih tersarung kemas di tubuh (peminat fanatik)hehehe, Kelihatan jam di dinding menunjukkan jam 1230 tgh malam. Saya bangun dalam keadaan mamai sambil membuka tingkap rumah. Kelihatan 2 lelaki berdiri di luar rumah berhajat untuk mendapatkan rawatan. "Maaflah ganggu ustaz tengah malam begini. Kelihatan di sampingnya seorang pemuda berdiri dalam keadaan yang teramat lemah. "takpelah, pakcik masuk dulu, kat dalam nanti boleh sembang", kata saya pada lelaki tersebut.

Saya dudukkan pesakit, kelihatanya wajah pesakit dalam keadaan pucat sambil menahan kesakitan.Mata saya terus tertumpu ke arah perut pesakit yang kelihatan kembung dan menyenakkan. Lantas saya sentuhkan jari telunjuk saya kearah ulu hati pesakit sambil membaca syahadah dan pesakit mula memuntahkan cecair berwarna oren kekuningan. Setelah pesakit selesai memuntahkan  segala isi alamnya maka saya teruskan pembacaan ayat ayat rukyah sambil memegang perut pesakit. Pesakit akhirnya histeria dan berlakulah beberapa dialog dengan jin tersebut.

Jin tersebut mengakui di datangkan khas oleh bomoh sakai dari gua txxxxxxxxg bagi tujuan sihir.Izin Allah, akhirnya jin tersebut keluar setelah di azab dengan kaedah pasak bumi. Sekali lagi dengan izin Allah, saya dapat mengesan sebilangan jin yang lari bersembunyi di kawasan kemaluan pesakit. Setelah menyentuh bahagian ari arinya sambil membacakan ayat maka bergetarlah seluruh tubuh pesakit dan di akhiri dengan gerakan di bahagian hujung hujung jarinya.

Alhamdulillah, Allah mudahkan segala galanya pada malam tersebut. Perut pesakit yang kelihatan kembung semasa awal rawatan tadi menjadi kempis serta merta apabila kesemua jin (insyaallah) berjaya di keluarkan.
Apapun yang pasti, berkemungkinan pesakit akan mengalami serangan semula selagi objek sihir dalam genggaman penyihir belum di hancurkan. 

Wallahu'alam...


Selasa, 1 Januari 2013

Parang Terbang 13 Mei

سم الله الرحمن الرحيم

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Moga Kisah ini dapat memberikan manfaat pada semua. Abg man.(bukan nama sebenar) merasakan sakit di perutnya sejak ogos 2011 seminggu selepas ayahnya meninggal dunia. Berbagai kaedah rawatan yang dia dapatkan dalam usahanya merawat dirinya termasuklah ke hospital pakar, namun kes masih menjadi misteri.
sebilangan perawat pula mengatakan dia di sihir, maka habislah tanah di sekeliling halaman rumahnya di cangkul bagi mencari barang sihir.

Di takdirkan Allah, maka berjumpalah Abg man dengan saya. Ketika rawatan, Abg Man pun histeria tetapi tidak berlaku dialog  mencari punca sebenar. Setelah sedar dari histeria, Abg Man mengakui sudah beberapa perawat yang dia kunjungi, tidak pernah langsung dia mengalami perkara seperti itu. Cuma perawat mengkasifikasikan kes Abg man adalah SIHIR.


Allah yang menggerakkan hati setiap hambanya..saya tanyakan pada Abg man jika ada menyimpan pedang lama. Ya..Abg Man mengakuinya dan dia sedikit pun tidak mengesyaki bahawa pedang tersebut adalah punca segala galanya, kerana bagi abg man dan keluarganya pedang tersebut merupakan pedang bersejarah milik arwah ayahnya.

Akhirnya, abg man menyerahkan pedang tersebut kepada saya., dan kini menunggu masa untuk saya kuburkan di satu tempat yang sangat rahsia. Biarlah.. asalkan sejarahnya tak pernah luput dari bangsa melayu di negara kita. Kini, Abg man pulih dari kesakitan yang di deritainya. Moga Allah kekalkan kesejahteraan itu pada dirinya.

Khamis, 13 Disember 2012

Al Kisah 2..Tazkirah Rawatan


سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Merawat

Puan A membawa anak saudaranya yang tinggal di kuala lumpur berjumpa saya bagi mendapatkan rawatan.Puan A merupakan bekas pesakit saya yang mengalami masaalah gangguan saka. Alhamdulillah, Puan A dah pulih dengan izin Allah. Anak saudara Puan A saya namakanya dengan panggilan adik k.

Sebelum memulakan proses rawatan, ayah adik K menasihatkan saya agar terlebih dahulu mengikat kaki dan tangan adik k kerana di khuatiri adik k akan bersilat tanpa di sedarinya. Dikatakan semasa membuat rawatan di kuala lumpur, adik k telah bersilat dan seramai 4 orang pemuda cuba memegangnya tetapi tidak berhasil dan gagal mengeluarkan jin tersebut. Saya terkejut juga dengan penjelasan Ayahnya. Wah..ganas juga jin ini,bisik hati kecil saya. Namun begitu, saya tidak mengikat adik k. entah mengapa.

Saya mulakan rawatan pada adik k dengan menggunakan kaedah Nur Qolbu. Ketika saya baru nak memulakan ayat, adik k sudah mula mendengus. Hmm..memang benar jin ini hebat. Belum mulakan rawatan, dia dah tunjukkan dirinya. Saya tikam jantungnya dengan Kaedah Pasak Bumi. Jin mula mendengus kencang dan memulakan langkah silatnya. Allahu Akbar..saya cuba mendekatinya tetapi tidak berhasil. Segala cubaan saya untuk menyentuhnya di tepisnya dengan hebat sekali hingga melukakan tangan saya. Saya tiada masa untuk berdialog denganya, saya merasa ini bukan masanya.

Saya tembak Jin silat dengan ayat. Alhamdulillah, jin silat jatuh dan cuba bangun kembali. Setiap kali dia bangun saya tembak lagi hingga akhirnya adik k rebah dan mula muntah dengan keras. Alhamdulillah, adik K dah sedar. Saya berehat sebentar sebelum mulakan semula sessi rawatan.

Rawatan pada adik k saya mulakan, adik k mula membuka langkah silatnya seperti mula mula tadi. Saya cuba menyembelihnya tetapi gagal kerana usaha untuk mendekati adik k pasti tidak berhasil. secara senyap dan dengan gerak perlahan saya dekatkan jari telunjuk saya ke leher adik k. Saya gunakan kaedah yang saya dapatkan dari TG saya Ust Rahman. Sambil membaca ayat, saya menarik nafas panjang dan menggunaka telunjuk saya memotong jin tersebut hingga akhirnya adik k rebah dan muntah. Biiznillah..

Bermimpi Jenazah

Keesaokan harinya ayah adik k bertanya pada saya,"semalam ustaz tak kena apa apa serangan ke? soal si ayah pada saya. Alhamdulillah, buat masa ni o.k saja hasil perlindungan ALLAH. Saya tanya pada ayah adik K, kenapa tanya macam tu?..rupa rupanya malan selepas mendapatka rawatan, ayah adik k telah bermimpi melihat satu jenazah yang perlu di mandikan namun begitu tidak ada sesiapa yang berani memandikan jenazah tersebut. Saya hanya tafsirkan saja mimpi itu dengan mengatakan berkemungkinan jin silat tu dah mati dengan izin ALLAH."Harapan saya macam tu lah"..kata ayah adik k.Keesokan paginya ayah adik k dan keluarganya berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Mendapat Teguran

2 hari selepas itu, saya mula merasakan kelainan apabila duduk atau berdiri di sebelah isteri saya walhal isteri saya nampak biasa sahaja dan tidak menunjukan sebarang kelainan atau tanda tanda kesihatanya terjejas. Saya merasakan seperti satu getaran elektrik yang menusuk hingga  ke tulang apabila memegang tanganya. Jam 6 petang saya mulakan rawatan pada isteri saya..Bismillahirrahmanirrahim,, saya panggil kamu ke hadapan saya. Isteri saya mula mengalirkan airmata..dan tak di sangka sangka, jin yang hadir hanya ingin menyampaikan rasa tidak puas hatinya kerana saya telah membunuh suaminya. Dia berkata bahawa suaminya seorang yang baik dan mengapa kamu tergamak membunuhnya. si isteri sangat bersedih di atas kematian suaminnya.

Timbul rasa penyesalan pada diri saya, saya buang segala ego, namun saya tetap mengatakan padanya bahawa suaminya telah menganggu ketenteraman manusia. Dan saya meminta maaf padanya atas tindakan saya. Dan setelah saya menjelaskan dengan mendalam akan kesalahan suaminya, barulah isterinya dapat menerima kenyataan dan memaafkan saya.

Nasihat Saya.

Sebaiknya perintahkanlah dahulu agar jin yang menganggu keluar dengan penuh ketaatan kepada ALLAH. Nasihatkan akan kesalahannya menganggu manusia dan sekiranya masih ingkar sakitilah dia. Dan jika telah anda usahakan semuanya tetapi jin masih berdegil maka layaklah anda membunuhnya.

Mereka juga seperti manusia, punya keluarga..kadang kala kita tersilap langkah. tetapi ingatlah, apapun yang berlaku merupakan ketetentuan dari ALLAH.


Ibadallah, Aghitsuni Taalaw Wanshurulillah..





Ahad, 1 Julai 2012

Dialog Bersama Panglima Jin Sami Buddha ( Part 1 )

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Simptom : Sihir Berulang
Jenis Jin : Panglima Berstatus Sami
Jumlah : Empat

Berbagai bagai teknik dan kaedah saya cuba untuk mengalahkan Panglima ***( nama di rahsiakan ), namun tidak mendatangkan hasil..Panglima **** hanya tersenyum apabila saya melancarkan serangan padanya.
 "Engkau tak boleh kalahkan aku! aku dah kaji kaedah Mu"!..Katanya..
Saya masih tidak berputus asas dan mula kembali kepada teknik asas untuk mengalahkanya dengan melakukan beberapa torehan pada kedudukannya.
 "Ahhhh...aduuh..Heii! lepaskan aku..!

Saya terus melakukan torehan dan saya yakin dia pasti kalah dengan kaedah ini kerana dari pengalaman hanya sedikit bangsa jin yang mampu bertahan dengan kaedah ini. Panglima **** terus merayu minta di lepaskan agar dia boleh keluar dari tubuh pesakit. Saya tidak menghiraukan permintaanya. Torehan demi torehan saya lancarkan hingga akhirnya saya melihat si panglima *** mengaku kalah dan benar benar meminta maaf serta bersungguh sungguh akan keluar dari tubuh pesakit.
Saya hentikan torehan dan membuat beberapa sessi dialog bersama Panglima ****.

Saya : Apakah yang membuatkan kamu boleh bertahan terhadap serangan serangan yang aku lancarkan sebelum itu?
Panglima **** : Baiklah..akan aku ceritakan semuanya pada Mu..ketika aku masuk kedalam tubuh ini aku telah mengkaji setiap kaedah yang telah engkau gunakan pada wanita ini. Selama seminggu aku mengkaji setiap kaedah mu dari segi kelebihan dan kekuranganya agar aku boleh bertahan apabila berhadapan dengan mu nanti.
Saya : Aku sedikit musykil..bagaimanakah engkau mampu mengkajinya...

Panglima **** : Untuk pengetahuan mu, mana mana pesakit yang telah di rawat, perawat pasti meninggalkan ISIM (gelombang ) ke badan pesakit..dan melalui ISIM itulah aku mengkaji kelemahan dan kelebihan Mu.
Saya : nampaknya engkau ihklas..mahukan kau beritahu pada ku apakah ayat yang mampu menghancurkan benteng mu?
Panglima **** : Baiklah..terpulang pada mu untuk mempercayainya..Hanya denga ayat Kursi dan Lauanzalna kamu sudah pasti mampu menghancurkan benteng Ku..tetapi...

BERSAMBUNG...




Ahad, 24 Jun 2012

Rawatlah Diri Mu..


سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Cara Mengatasi Sihir

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Saka ( Keturunan )

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.
Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.

1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…..

Ahad, 17 Jun 2012

Tukang Urut Wanita - Hanya Untuk Wanita Sahaja

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Makluman..

Pihak RITEQ menyediakan khidmat rawatan Urut Traditional khusus untuk wanita sahaja. Antara rawatan dan perkhidmatan yang di sediakan ialah :

1.  Ururtan selepas bersalin
2.  Urutan seluruh badan

Tukang Urut Wanita : Puan Maryani Bt Mohd Noor

Sila hubungi/ sms untuk sebarang pertanyaan atau temujanji
012-4665364
017-8942521

Sabtu, 9 Jun 2012

Jin Bulan Jun..JIN JUN

Jenis Gangguan : Sihir
Simptom Penyakit : Lumpuh menjelang waktu maghrib
Jumlah Jin : Ratus


سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saya mulakan dengan kaedah toreh pada kedudukan tapak jin di tubuh pesakit dan hadir jin bernama M******. last sekali, M***** beritahu Tuan Bomoh dah order jin baru dari selangor untuk TopUp Jin Jin yang dah semakin berkurangan. Boleh Caya ke?..Kesudahanya..Sembelih.

Saya ikhtiarkan dengan kaedah Nur Qolbu dengan pembukaan pada 3 point utama iaitu ulu hati, Pintu jamal dan ubun ubun, tapi x berjaya kerana di halang oleh jin jin sihir yang masih bermaharaja lawak dalam tubuh pesakit. Ya..semua jin mesti di keluarkan atau di lemahkan dahulu.

Saya ikhtiarkan pula dengan kaedah Gerak Qolbu..Bermohon pada ALlah agar tangan pesakit di beri kekuatan untuk mencabut dan mengeluarkan segala jin jin sihir yang berada di tubuhnya. Bersama dengan kekuatan zikir..tangan kiri pesakit mula bergerak dengan sendirinya mengeluarkan jin jin sihir dan adakalanya pesakit muntah dan mengerang kesakitan semasa menarik gangguan keluar dari tubuhnya. Tangan kanan pesakit masih tidak dapa bergerak kerana di pegang dan di halang dari bergerak oleh seekor jin yang berada di luar tubuhnya. Dan akhirnya pesakit keletihan yang amat sangat dan tidak mampu lagi untuk mengeluarkan jin jin sihir yang terlau banyak jumlahnya..Alhamdulillah..izin dan gerak darinya walaupun hanya setakat ini saja.

Saya ikhtiarkan kembali dengan Kaedah Nur Qolbu..alhamdulillah, pesakit dah mula nampak..pembersihan di lakukan walaupun banyak halangan..Allah mudahkan..terdapat gelang sihir yang mengikat di setiap sendi kaki, leher dan pergelangan tangan serta kepingan wafaq yang di tanam pada tapak kaki dan bawah lutut pesakit. Ketika saya melakukan tarikan, korekan dan penghancuran, pesakit menjerit kesakitan. 

Terakhir..pesakit melihat 2 ekor jin di dalam kawasan bilik rawatan..seekor berbulu hitam dan seorang lelaki tua. Jin berbulu hitam saya pasung dengan Kaedah Alif Lam Makrifat dan sedut dengan Kaedah Nun..Lenyap..Pada jin tua saya cuba dengan kaedah yang sama, tapi Jin Tua  hanya tersengih..ooo..kutuk aku la tu. Saya tarik Energi Pedang Nurunniyah..masa tarik jin tua dah siap cabut lari..xpe..rezeki engko...

Moga Allah berikan kesembuhan pada pesakit tadi..Amiin.

Pada si tukang sihir..lama kelamaan habis juga jin engko tu..tak habis kat aku..insyaallah, akan di habiskan oleh perawat perawat kat malaysia ni. 


Sabtu, 5 Mei 2012

Rawatan Di Sabah Siri 1

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rawatan di mulakan pada salah seorang pesakit terlebih dahulu. Pesakit sering merasa tidak selesa apabila suaminya berada di rumah dan sering terjadi pertengkaran di antara pesakit dan suaminya. Scanning tapak tangan saya ikhtiarkan dan tidak ada tanda tanda menunjukkan bahawa tubuh pesakit di huni oleh mana mana jin penganggu..ingin mengetahui apakah penyebab utamanya..saya tarik energi tangkal/ barang sihir yang berada di rumah pesakit masuk ke tubuh pesakit..setelah di tarik pesakit mula menggeletar pada seluruh tubuhnya. saya bacakan ayat ayat rukyah pada pesakit dan pesakit mula menangis dengan kuat. melihat pada keadaanya saya arahkan pesakit membaca ayat kursi..tetapi pesakit tidak mampu membacanya. 

Bagi sesetengah kes pasti ada yang beranggapan bahawa pesakit sudah pun di kuasai oleh jin penganggu. Tetapi keadaan seperti ini memerlukan kepastian yang lebih tepat agar kita tidak silap langkah menyoal pesakit kononnya jin penganggu yang telah kita interview. saya scanning menggunakan auranya..hmmm, tidak ada jin pada tubuhnya cuma energi barang sihir/ tangkal yang di tarik tadi membuatkan ketidakselesaan pada tubuhnya ( nampak gayanya suami pesakit nak kena rawat ni ) dan saya tarik kembali energi tersebut keluar melalui kakinya. Pesakit terus pengsan..

Setelah pesakit sedar kami bergerak ke rumah pesakit untuk mengambil sendiri barang sihir/ tangkal yang berada di rumahnya. Apabila masuk saja ke rumah pesakit, saya dan abg saya ( Bro Saiful merasakan energi yang sanagat panas di dalam rumah tersebut ). Saya duduk sekejap di ruang tamu dan bro saiful terus pergi mendapatkan barang sihir/ tangkal yang di gantung di celah atas berenda dapur pesakit.Fuhhh..memmang cun betul lokasi kedudukan barang sihir/ tangkal itu di letakkan..kiranya benda tu akan sentiasa berpusing apabila terkena tiupan angin.


Setelah barang sihir di ambil kami terus membawanya ke belakang rumah bagi menghapuskan/ mematikan barang sihir tersebut. Masa bawa benda tu, bro saiful bagitahu aku, " Hui..berat betul benda ni". Saya tersenyum mendengarkan pengakuannya..

Moga Allah memberikan kesembuhanya..Amiin.

Sabtu, 7 April 2012

Menyerang Si Bomoh Siam


سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Gerak hati dan pandangan batin menyatakan ini adalah sihir kiriman dari siam. Terlihat seorang bomoh mengenakan lilitan hitam pada kepalanya sambil duduk dengan lipatan sila yang kemas. Perasaan  itu saya suarakan pada anak si pesakit yang merupakan tetangga di kawasan taman saya. Jam menunjukkan jam 12 malam, si pesakit di datangkan dari ipoh ke taiping pada malam tu jugak kerana sudah dua pusat rawatan masih belum dapat memulihkan ibunya yang berkeadaan demikian selama 2 minggu. Perasaan geram anak si pesakit pada ke dua dua pusat rawatan tersebut kerana acuh tak acuh semasa merawat ibunya. Insyaallah, saya akan ikhtiarkan sebaik mungkin, kata saya kepadanya.

Pesakit masih dalam keadaan sedarkan diri, badan menggeletar dan lemah tidak bermaya. Satu set bacaan rukyah saya kumandangkan, namun tidak memberi kesan. Saya berehat sebentar di luar rumah mencari ilham dan petunjuk dari Allah..Masyaallah..memang berat kes ni. Terlalu banyak jin sihir yang berada di tubuh pesakit ini.  Saya masuk semula dan membacakan set nurunniyah..YA.. jin mula hadir tapi bersifat on off..bila di tanya..'aku tak tahu..aku tak tahu"..bla bla bla..prom pai preng pai cem prai'..entah apa yang di katakanya. Keluarga pesakit terkejut..benarlah ini adalah sihir dari bomoh siam. Dengan nama Allah, saya tarik energi pedang Kaf Ha Ya Ain Sod, sambil mengenggam saya terus menyembelihnya..jin meraung dan setelah 3x sembelihan pesakit rebah.

Tumbangnya salah satu jin sihir tidak menunjukkan kes selesai sepenuhnya..masih banyak yang perlu di usahakan. Saya memohon redha Allah..untuk menyerang si bomoh sihir. Memohon pada Allah dengan penghayatan kalimah toyyibah berulang ulang, subhanallah pedang idaman terasa di dalam genggaman.. Maha Agung Engkau Ya ALLAH, Engkau memberikan anugerah teragung pada diriku. Dalan keaadan fana terlihat kembali si bomoh sihir..Dengan Nama Allah, tujahan demi tujahan pedang saya lemparkan ke bomoh sihir..dan dalam masa yang sama si pesakit mula jatuh terkulai.. hanya Allah yang layak menentukan bentuk apakah pembalasan yang layak kepada si tukang sihir.. hanya Allah yang berhak menetukan bentuk azab kepada si tukang sihir. Tidak berkuasa kita menentukannya..siapa kita untuk menghukumnya..Alhamdulillah.. pesakit sudah kembali normal.

Hari ni dah masuk seminggu si ibu berada dalam kondisi yang meyenangkan. Teringin sangat si ibu untuk bertemu dengan saya..Subhanallah..inilah bantuan Allah, inilah Rahmat Allah yang tidak bisa di ungkapkan dengan kata kata walaupun hati dan lidah mengucapkan Suhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allah Hu Akbar..
Terima Kasih Ya Allah..
Moga Kesembuhan Berkekalan Hendaknya..Amiiiin.

Isnin, 26 Mac 2012

Si Saka Dan Si Penumpang..

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bismillah..anda siapa?
Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya. Kes kali ini merupakan kes gangguan saka yang mana kehadiran jin saka di tubuh wanita tersebut menyebabkan wanita tersebut sering mengalami masaalah dalam hubungan suami isteri..pesakit mudah terasa dan dan mudah cemburu tanpa sebab. Untuk pengetahuan..kes seperti ini hampir serupa dengan sihir penghalang pernikahan tapi jika di perhatikan betul betul, jin saka juga boleh bertindak sedemikian bagi menghancurkah ikatan perkahwinan suami isteri kerana bagi jin saka, tubuh mangsa yang di dudukinya merupakan hak miliknya. Boleh jadi juga sebagai tujuan agar apabila terjadinya perceraian maka mudahlah si saka menguasai tubuh orang yang di dudukinya..mungkin terjadi kerana si suami sering membwa isterinya berubat ke sana sini bagi membuang saka isterinya.
Saka : aku saka neneknya..
Saya : apasal ganggu kehidupan dia..adakah engkau yang menyebabkan hadirnya kecurigaan si wanita ini pada suaminya ?
Saka : Ya..aku lah penyebabnya. Hahahaha..padan mukanya..
Saya : Aku beri kata dua..keluar atau terbunuh!
Saka : Aku pernah keluar tapi saja aku masuk balik sebab badan orang yang aku duduk tu dah penuh..aku dah tak tau mana tempat lagi aku nak pergi..
Dalam diam saya menarik energi pedang dengan Hak Kaaf Ha Ya Ain Shod..Sambil mengenggam pedang saya sembelih saka tersebut. Saka menangis dan dusssh..jatuh terkulai..

Pesakit masih tidak sedarkan diri..energi pedang saya tarik sekali lagi dan cuba utk menyembelih. belum sempat di sembelih pesakit bingkas bangun..ada jin lain rupanya. Lantas saya kunci dengan Kaedah Nurunniyah Alif Lam Mim..agar jin x keluar begitu saja dari tubuh pesakit.
Jin tumpang : tolong jangan sembelih aku..aku nak keluar.
saya : Aku tak nak lepaskan ko. Ooo senang senang nak masuk senang senang nak keluar ye! apasal masuk dalam badan dia?
Jin Tumpang : aku saja saja masuk dalam badan dia..aku tengok dia selalu duduk luar rumah petang petang, jadi aku masuk la.

Saya : Aku tak kira..kau dah buat salah, jadi kau juga harus di bunuh! ( saya letakkan genggaman di leher pesakit dan berlaku sedikit tarik menarik. Jin tumpang menghalang saya dari membunuhnya sambil menolak tangan saya)
Jin Tumpang : Tolonglah jgn bunuh aku, aku janji aku takkan masuk lagi. Kau zalim jika kau membunuh aku..aku dah minta maaf..( sambil menangis).
Saya : aku tak kira,aku nak bunuh juga. Hari ni aku rasa macam nak jadi pembunuh aje.( saya acah acah je)
Jin Tumpang : kau zalim..kau zalim..aku dah pun sedar kesalahan aku..tolonglah lepaskan aku. Kau pasti meyesal jika membunuh aku.
Saya : Ehhhh..aku tak zalim, ko yang zalim sebab masuk dalam badan dia. Kenapa pulak aku nak menyesal. Seronok pe bunuh jin..
Jin tumpang : kau zalim kau zalim (hish hish hish)
Saya : Ok..kali ni aku lepaskan ko..lain kali jangan masuk lagi. kalau ko buat lagi aku ada hak utk membunuh engko..o.k mana jin saka tadi..
Jin tumpang : dah mati..jasadnya dah hilang..aku nak keluar sekarang.
Pesakit sedar setelah saya lepaskan genggaman pada ibu jarinya. Alhamdulillah. Sekian untuk dongengan pada kali ini sebagai tatapan pembaca.



Sabtu, 17 Mac 2012

Derita Sihir 12 Tahun


سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rawatan pada hari pertama saya fokuskan untuk mengeluarkan jin sihir yang berada di tubuh pesakit. Alhamdulillah, Jin bernama salmah berusia 300 tahun berasal dari utara dapat di keluarkan dan yang terakhir,  seekor anak lipan keluar melalui celah tangan pesakit.
Hari kedua pula saya fokuskan untuk mengesan dan mengeluarkan bisa mahupun objek sihir dari tubuh pesakit. Hasil diagnosis, pesakit sering sakit pada bahagian kepala, pinggang dan perut. Pencarian menggunakan kaedah batin, Allah memperlihatkan barang sihir yang berada di perut pesakit, alhamdulillah..pembuangan dapat di lakukan dengan sempurna melalui tarikan dari sebelah kiri ke kanan perut pesakit. Di bahagian kepala pesakit terdapat beratus ratus bilah jarum. Sebatang kayu dan paku yang telah berkarat menusuk di bahagian bahu, dada dan tulang rusuk dan dawai yang berselerak di bahagian pinggang pesakit. Saya merasa letih yang teramat sangat setelah menarik objek objek sihir tersebut. Alhamdulillah..kesemua objek sihir tersebut dapat di keluarkan dan pesakit sendiri dapat merasakan objek tersebut keluar dari tubuhnya semasa proses tarikan di lakukan. Cuma tarikan di bahagian pinggang, perut dan bahu menyebabkan pesakit sedikit mengerang kesakitan.
Moga Allah memberikan kesembuhan yang berkekalan kepadanya..Amiin..

Isnin, 23 Januari 2012

Merawat Pesakit Strok

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pagi tadi saya di jemput oleh keluarga pesakit bagi merawat ayah mertuanya yang telah sakit lumpuh selama lebih kurang 8 bulan. Berbagai kaedah telah di gunakan termasuklah rawatan traditional, urutan, fisioterapi, berbekam dan macam macam lagi. Hukum Allah..tiada kesembuhan melainkan dengan keizinanNya.Perjalanan ke rumah pesakit mengambil masa sekitar dua puluh minit.dalam perjalanan sempat juga berbual bual mengenai punca kenapa pesakit menjadi lumpuh.
Setibanya di rumah pesakit, saya terus mendiagnos pesakit bermula dari kaki kanannya.Bisa terasa menusuk ke tangan kanan hingga ke siku apabila saya menyentuh  kaki pesakit.Hmmm..maybe..benarlah ada gangguan. Saya membacakan beberapa potongan ayat ayat al quran sambil menepuk nepuk bahagian yang lumpuh dan di selang selikan dengan memicit micit pada bahagian point point tertentu. Seterusnya melakukan beberapa tikaman dan di akhiri dengan menarik aura negatif pada tubuh pesakit.
Setelah semua selesai..pesakit cuba mengangkat kaki kanannya yang lumpuh, Alhamdulillah..kaki pesakit sudah boleh di gerakkan dan pesakit mengangkat kakinya sambil mengoyang goyangkanya. Tangan pesakit pun sudah mula menjadi lembut. Di akhir rawatan, barulah keluarga pesakit mengatakan sebelum ni mereka telah membawa seorang doktor ke rumah mereka bagi merawat penyakit ayahnya, dan mengikut keterangan doktor tersebut, pesakit sememangnya tidak mengalami penyakit strok dan doktor tersebut mencadangkan agar pesakit melakukan rawatan fisioterapi.
Harapan saya pada pesakit agar sentiasa dan rajin melakukan senaman supaya segala urat saraf yang sudah sekian lama tidak berfungsi menjadi aktif semula. Moga kesembuhan berkekalan hendaknya. Amiin..

Isnin, 12 Disember 2011

Mak Lampir Dengan Labu LabuNya


سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lokasi : Kediaman RITEQ Taiping, Perak.

Pesakit di rukyah seperti biasa. Hadirlah PTI (Pendatang Tanpa Izin) yang bermastautin di dalam tubuh pesakit.
Saya : Buat apa duduk dalam badan ni?
PTI : Aku nak buat dia sampai mati..
Saya : Soal mati urusan Allah !
PTI : Kalau tak boleh bagi mati, aku nak susahkan sepanjang hidup dia!
Saya : Balik lah ..senang cerita . Tak payah susah susah nak menyusahkan diri kamu nak menyusahkan dia. Sekarang ni pun..engkau gak yang susah.
Saya lakukan torehan..
PTI : Argghhhh..aku nak balik..tapi mak aku tak bagi..
Saya : Mak engko duk mana?
PTI : Sarawak
Saya : Uiiii..jauh tu..Macam ni lah..ko tak payah balik kat mak ko. Ko pegi je duduk kat mana mana tempat yang ko rasakan selesa.
PTI : Tak boleh..mak aku tak bagi aku keluar.Sebelum ni pun dah banyak kali aku keluar tapi bila aku balik je mak aku tutup pintu tak bagi masuk. Senang cerita aku memang takkan tinggalkan pompuan ni.
Saya : Oooo..samseng ye..
Saya lakukan beberapa torehan. Yang menariknya PTI ni cekap melarikan diri bila saya dah jumpa point tempat dia sembunyi. Bila di scanning dan jumpa point baru, toreh kejap dia lari pulak ke point yang lain.
PTI : Makkkk! aku dah tak tahan! mana aku lari dia cari aku..aku tak tahu nak sembunyi mana lagi!Waaaaaa..!
Saya diam sekejap. Take Five Mohd Salleh kata..Timbul ilham dan gerak dari Allah untuk guna ilmu menarik sukma ( bukan meraga sukma ye!). Untuk pengetahuan..menarik sukma ni macam cara nak panahkan hati/ lembutkan hati pengamal tu.
Saya fanakan diri sambil membaca **** dan kelihatan bayangan sorang wanita tua lebih kurang macam mak lampir. Rambut putih beruban..
Saya : Ni mak nya si*****kan? (budi bahasa kena jaga beb!). Sudah sudah le tu..Sian kat budak ni. Dah lama sangat ko seksa dia. Lepaskan..anak ko pun dah tak larat.(lebih kurang kurang lebih bincang dengan mak lampir tu maka keputusan pun di capai). Saya membuka mata sambil terukir senyuman ala ala P. Ramlee.
Saya: Amacam sekarang? Boleh keluar tak ?
PTI : O.k..aku keluar sekarang..
Alhamdulillah..pesakit sedar semula..namun begitu kes masih belum selesai sebab masih ada jin saka yang menyorok dalam badan tu..Fail kes masih di buka..!!!





Sabtu, 5 November 2011

Di Ganggu Jin Sihir Selama 20 Tahun

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah..Gangguan pada Puan L sudah menunujukkan tanda tanda kesembuhan.Dah puas berubat namun kesembuhan belum sampai pada waktunya.Terima kasih pada perawat perawat yang pernah merawat Puan L kerana sedikit sebanyak telah melemahkan gangguan yang berada di tubuhnya.
Sewaktu pertama kali melakukan rawatan terhadap Puan L hadirlah jin sihir.Dah banyak kali di dislamkan oleh perawat2 di **** tetapi masih dengan sikap degil dan angkuh dan tetap mahu meneruskan misinya untuk menyakiti Puan L.Saya tidak mempunyai pilihan lain, terus saja sembelih.Pada malam itu juga saya memohon pada Allah agar di tunjukkan apakah sebenarnya punca gangguan yang melanda pada Puan L.Syukur pada Allah kerana di perlihatkan olehNya.
Sessi Kedua di lakukan dan muncullah sebanyak 3 jin sihir dan salah satunya adalah jin asyik, Dua darinya juga di sembelih.Jin terakhir muncul sambil tangannya menari nari ala tarian mak yong. Sepupu pesakit berkata" jin ni juga pernah muncul ketika di rawat di ****.Masa jin tu tengah syok layan mak yongnya, saya terus zass..terus jatuh terkulai.Terkejut jugak. Izin Allah..bagi saya mungkin inilah hasil dari amalan surah at taubah yang bersifat multifungsi. Rawatan saya hentikan.
Sessi ketiga..muncul jin yang bernama indra berasal dari seberang yang telah duduk di dalam badan Puan L selama 3 bulan.Alhamdulillah..setuju untuk keluar..namun begitu saya tangguhkan dia keluar dan saya arahkan dia menghadirkan jin lain yang berada di tubuh Puan L. Hadirlah jin yang saya namakan sebagai Ali yang mengaku jin sihir yang di tujukan kepada Puan L selama 20 tahun yang lalu. ALhamdulillah..semuanya adalah gerak dari Allah. Ali bersetuju untuk keluar setelah saya janjikan untuk menjadikan dia sebagai pemimpin di sebuah perkampungan yang bakal di dirikan. Ali memohon maaf pada pesakit dari atas segala perbuatan yang telah di lakukannya kepada Puan L, dan sebelum keluar ali mengatakan yang indra juga ingin mengatakan sesuatu perkara kepada saya.Hadirlah Indra..dan kata katanya cukup memberi kesan kepada saya dan semoga menjadi perangsang kepada pesakit pesakit yang mengalami gangguan di luar sana..dan ini adalah sebahagian dari kata kata jin yang bernama indra..
" sesungguhnya walaupun baru 90 hari aku duduk di dalam badannya, namun begitu aku telah melihat kesungguhanya melakukan amalan amalan soleh yang membuat jin jin yang berada di tubuhnya terseksa. Maafkanlah kesalahan ku padanya. Assalamualaikum Warahmatullah"..
Setelah Ali dan Indra keluar, Puan L sedar dengan sendirinya.Suatu petang Puan L menghubungi saya..dan mengucapkan terima kasih atas segala bantuan yang telah di lakukan.Terasa satu perubahan besar pada dirinya. Bangun pagi pun badan terasa ringan sangat, tak seperti selalunya.Segala Puji Milik Allah..Dia yang menyulitkan, Dia yang memudahkan dan Dia yang menyembuhkan.Tiada kekuatan, tiada Qudrat dan Iradat kecuali kekuatan Allah, Qudrat Allah, Iradat Allah, Af'alullah, Sifatullah, Asmaullah, Dzatullah. Ya Allah..hanya Engkau yang ku sembah dan Hanya Padam Mu lah aku memohon pertolongan. Engkaulah yang Maha Berkuasa Atas segala sesuatunya.
Semoga Allah memberikan kesembuhan sepenuhnya kepada Puan L.Amiin..