Isnin, 2 Mei 2011

Gangguan Qarin Atau Gangguan Saka(adakah kesamaannya)?

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semalam telah merawat satu kes gangguan.Masuk ni dah kali ke 3 pesakit datang untuk membuat rawatan susulan.Masa sesi scaning pertama dulu..saya gunakan kaedah dialog kaki kerana pesakit ni memang takkan kerasukan,cuma apabila dibacakan set rukyah hanya merasakan kepanasan pada bahagian tengkuk dan tulang belikat.Hasilnya..gerakkan kaki memberi isyarat,ianya adalah gangguan saka..saya gunakan teknik menarik gangguan.Hasilnya..kaki kiri pesakit menjadi kebas..dan saya tarik semula gangguan menggunakan kaedah akrine..alhamdulillah..rasa kebas mula berkurangan..pesakit saya bekalkan dengan air dan limau rukyah untuk mandian dan minumanan..
Sesi kedua..set rukyah dibacakan..simptom yang sama,pesakit merasakan rasa panas pada bahagian tengkuk.Ketika pesakit menutup mata semasa set rukyah dibacakan..pesakit melihat gambaran kaabah dihadapanya tetapi tiba2 hilang dan muncul pula gambaran seorang wanita yang berpakaian ala ala cleopatra dlm cerita mesir purbakala.sekali lagi rawatan menarik gangguan diikhtiarkan..pesakit dibekalkan dengan minyak zaitun yang telah dirukyah dan saya berikan beberapa amalan rahsia untuk pesakit amalkan..hasil amalan itu pesakit mengatakan beberapa hari permulaan tengkuk pesakit menjadi semakin panas..saya katakan,itu adalah hasil tindakbalas dan dengan izin Alllah,gangguan merasa terazab dengan amalan itu..
Setelah rawatan berakhir saya mula memikirkan apakah sebenarnya yang menggangu pesakit ini..simptom pesakit adalah sukar untuk tidur dan sering mendengar bisikan was was,selain lenguh pada bahagian tengkuk dan hanya kadangkala bermimpi melihat anak anak kecil yang bermain dihadapanya..tapi gangguan yang paling kerap ialah pesakit sering mendapat lintasan hati atau bisikan was was.Saya cuba mencari jalan penyelesaianya tetapi masih buntu..dan malam semalam sebelum pesakit datang untuk membuat rawatan sesi ketiga..saya melakukan solat hajat mohon Allah berikan ilham dan mohon ditunjukkan gangguan serta mohon kesembuhan untuk pesakit..
Sesi ketiga yang berlangsung semalam..Saya memulakan dengan teknik nun dan teknik tekanan untuk mengesan gangguan pada pesakit.Semasa teknik nun dilakukan pesakit merasakan kesakitan yang amat sangat pada dahinya dan dia merasakan jari saya teramat tajam hingga menembus ketulang..belakang pesakit saya kuncikan dengan lam jalalalah niat agar gangguan terkunci dan hanya akan keluar apabila cukup syaratnya seperti yang diterangkan oleh Ustaz Syakirin RIDAM dan belakang pesakit saya tekapkan dengan tuala yang telah dicelup dengan air cuka rukyah.kesannya..pesakit merasakan seperti berbaring diatas parang yang tajam.Set terapi rukyah saya bacakan ditambah dengan ayat ayat pembakar jin.bacaan berlangsung selama hampir satu jam lebih dan akhirnya saya azankan ditelinga kanan pesakit.Saya cuba tembak gangguan dengan tenaga dalaman..pesakit dapat merasakan seperti ada perpecahan pada seluruh anggota tubuhnya dan akhirnya pesakit melihat gambaran makhkluk seperti dirinya sedang beredar dan berlari kebelakang saya dan cuba mencekik saya dan terus lari kearah luar tingkap yang terletak dihadapannya.saya cuba tarik makhluk tersebut dengan kaedah tarik kedalam botol.Pesakit mengatakan makhluk tersebut telah hilang dan muncul semula beberapa minit kemudian tetapi berada didalam jarak yang agak jauh..
Entah kenapa secara tiba tiba terkeluar dari mulut saya mengatakan yang ini adalah gangguan qarin..mengapa saya katakan begitu..adakah kerana pesakit melihat makhluk yang serupa seratus peratus seperti dirinya(teringat tentang kembar kita semasa dilahirkan)atau adakah ianya ilham dari Allah atau cuma tafsiran saya..adakah kesamaannya dengan saka..

saya cuba mencari maklumat tentang qarin ini..

Tentang Jin Qarin
Tahukah anda setiap manusia dilahirkan dengan kembar masing-masing? Setiap kali lepas ibu kita bersalin, si ayah akan membasuh uri atau orang tua-tua kata itu kembar kita... Sebenarnya kembar yang dimaksudkan itu dipanggil sebagai Qarin. Di sebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik manakala Qarin kita akan berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara-perkara yang jahat.Dalam hadis dari Rasulullah S.A.W ada disebutkan dengan lebih terperinci tentang Qarin.
Seorang ustaz pernah bercerita beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam hari. Dalam perjalanan, dia bertembung dengan seorang perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis. Ustaz ini menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan itubalik ke rumah. Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa dia seorang pelajar UKM tahun 2. Ustaz ni pun belum berkahwin, berasa seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu. Tambahan pula Ustaz ni pun mengajar di UKM. Sampai di rumah perempuan tersebut berpesan supaya tidak lagi datang ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang.
Balik dari menghantar perempuan tersebut, ustaz ini pun berceritalah pada rakan serumahnya. Dia berkenalan dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak berjumpa lagi. Hendak dijadikan cerita, esoknya ustaz tersebut mendapati perempuan semalam tertinggal payungnya. Adalah peluang dia pergi ke rumah perempuan tadi. Sampai di rumah perempuan tu ibunya saja yang ada di rumah. Ustaz tu pun bertanya tentang perempuan tadi dan ceritalah tentang payungnya yang tertinggal itu. Ibu perempuan itu terkejut dan menerangkan bahawaperempuan itu memang tinggal di situ, pelajar UKM tahun 2, tapi telah meninggal dunia dua tahun yang lalu.
Jika peristiwa itu pernah anda lalui atau akan lalui, jangan terkejut kerana apa yang anda jumpa ialah Qarin seseorang yang telah meninggal dunia. Qarin ini akan mengulangi detik-detik kematian seseorang serupa seperti yang berlaku setiap malam.Qarin akan memakai pakaian yang serupa contohnya: Jika seseorang mati dilanggar kereta ketika sedang menahan teksi, Qarin juga akan dilihat sedang menahan kereta seperti keadaan sebelum seseorang itu mati. Untuk itu jangan takut kerana setiap makhluk di muka bumi ini tak kira jin atau syaitan atau Qarin, semuanya adalah makhluk Allah belaka.
Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan jangan lupa membaca: A'uzubillahiminasyaitonirrajim... InsyaAllah... Selamat dan sejahtera. Kepada kita yang masih hidup, buatlah kebaikan supaya kita dapat mendidik Qarin kita untuk turut membuat kebaikan dan akhirnya tidak berupaya menyuruh kita membuat kejahatan...
Wallahu'alam

2 ulasan:

mencari ketenangan berkata...

Assalamualaikum wbt...

ust...dalam sebulan ni sy mngalami masalah lintasan hati...
sy rujuk dengan seorang ustaz, katanya ini masalah qarin...
setiap lintasan itu datang...ia mnyebut segala kata2 y tidak baik kepada Allah swt.. sy mnjadi tkut yang amat sgt...

(buat pengetahuan ust,sy pernah mnjalani rawatan buang gangguan dengan beberapa org ust di tempat sy.sy mngalami gguan mudah takut dengan perkara2 remeh.jntung sy mnjadi laju.sy akan mnggenggam tgn sekuat2nya dan mundar mandir macam org gila..setelah mnjalani rawatan Alhamdulillah...dah tak jadi dah mcm tu..)

sy cuba mncari ketenangan dengan membaca alquran sambil meniliti maksudnya..setiap ayat y sy baca tu mesti terlintas kat dalam hati nak melawan..maksudnya bila Allah kata mcm ni hati ni persoalkan,kenapa?setiap ayat y melarang hati ni melawan...

sy juga selalu baca buku2 agama... mcm tu jugakla..stiap ayat y sy bca sy nak akui tp hati mnafikan...

dalam solat jugak slalu dtg lntasan hati...

terlalu kerap masalah ni jadi pd sy...stiap hari...stiap perbuatan..hingga sy rasa sy lntasan hati itu dtg dari sy sndiri...

sy nk jadi hamba y baik..cma hati slalu menafikan..sy tkut..adakah sy di antara y dtarik balik oleh Allah nikmat iman...?adakah sy sudah tidak dapat hidayah dari Allah lg....?sy amat takut...adakah ia bkaitan dgn gguan ataupun hati sy sndiri y bmasalah?

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz, sy ingn bertanya pndangan ustaz .

seorang pemuda telah mengalami gangguan yg dipercayai hasil buatan orang.
Ibunya bermimpi bertemu dengan seorang wanita yg mendakwa bahawa merupakan kembar bagi pemuda tersebut yang tidak disedari oleh ibunya semasa kelahiran pemuda tersebut.Wanita itu meminta untuk dijaga seperti mana adik beradiknya yang lain dijaga.

Maka, ibunya percaya bahawa gangguan yg dialami oleh anaknya berpunca daripada wanita kembar yg tidak dijaga itu.
Ibunya menjaganya dengan menyediakan katil kecil, pakaian, kasut yg berwarna kuning & buah-buahan yg kononya untuk menjaga hati kembar tersebut.

persoalannya, apa pandangan ustaz tentang situasi ini..?