Isnin, 14 Januari 2013

Al Kisah 3. Busung Tak Jadi..

Assalamualikum Ustaz, berkali kali kedengaran bunyi salam dari luar rumah. Dalam keadaan baju pasukan chealse masih tersarung kemas di tubuh (peminat fanatik)hehehe, Kelihatan jam di dinding menunjukkan jam 1230 tgh malam. Saya bangun dalam keadaan mamai sambil membuka tingkap rumah. Kelihatan 2 lelaki berdiri di luar rumah berhajat untuk mendapatkan rawatan. "Maaflah ganggu ustaz tengah malam begini. Kelihatan di sampingnya seorang pemuda berdiri dalam keadaan yang teramat lemah. "takpelah, pakcik masuk dulu, kat dalam nanti boleh sembang", kata saya pada lelaki tersebut.

Saya dudukkan pesakit, kelihatanya wajah pesakit dalam keadaan pucat sambil menahan kesakitan.Mata saya terus tertumpu ke arah perut pesakit yang kelihatan kembung dan menyenakkan. Lantas saya sentuhkan jari telunjuk saya kearah ulu hati pesakit sambil membaca syahadah dan pesakit mula memuntahkan cecair berwarna oren kekuningan. Setelah pesakit selesai memuntahkan  segala isi alamnya maka saya teruskan pembacaan ayat ayat rukyah sambil memegang perut pesakit. Pesakit akhirnya histeria dan berlakulah beberapa dialog dengan jin tersebut.

Jin tersebut mengakui di datangkan khas oleh bomoh sakai dari gua txxxxxxxxg bagi tujuan sihir.Izin Allah, akhirnya jin tersebut keluar setelah di azab dengan kaedah pasak bumi. Sekali lagi dengan izin Allah, saya dapat mengesan sebilangan jin yang lari bersembunyi di kawasan kemaluan pesakit. Setelah menyentuh bahagian ari arinya sambil membacakan ayat maka bergetarlah seluruh tubuh pesakit dan di akhiri dengan gerakan di bahagian hujung hujung jarinya.

Alhamdulillah, Allah mudahkan segala galanya pada malam tersebut. Perut pesakit yang kelihatan kembung semasa awal rawatan tadi menjadi kempis serta merta apabila kesemua jin (insyaallah) berjaya di keluarkan.
Apapun yang pasti, berkemungkinan pesakit akan mengalami serangan semula selagi objek sihir dalam genggaman penyihir belum di hancurkan. 

Wallahu'alam...


Tiada ulasan: