(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.(Al-Anfal 9)
Sabtu, 16 Mac 2013
Perkongsian Kisah Rawatan..
Saya di hubungi keluarga pesakit mengatakan bahawa pesakit berada dalam kedaan histeria sejak jam 8 malam lagi. Melihat jam di dinding, pesakit dah histeria dekat 3 jam. Pesakit dah di rawat oleh keluarga terdekat tetapi keadaan masih tidak berubah.
Sesiapapun tidak terlepas mengalami perkara seperti ini, tidak kira perawat manapun, begitu juga diri saya kerana saya beriktikad bahawa yang menyembuhkan bukan saya, tetapi ALLAH lah yang menyembuhkannya.
Dan Inilah sifatnya ilmu, kadang menjadi kadangnya tidak dan apa yang berlaku juga merupakan semata mata melalui keizinan ALLAH serta kemudahan yang ALLAH berikan pada si Perawat mahupun si Pesakit.
Saya cuba berdialog dengan jin melalui telefon, cuba memujuknya untuk keluar dari tubuh pesakit sambil membacakan ayat ayat al quran. Malangnya, tawaran yang di berikan tidak di terima dan jin tersebut menyanyi semasa saya membacakan ayat ayat al quran. Akhirnya saya katakan kepada jin tersebut bahawa saya akan berhadapan dengannya dan jin tersebut mula menangis tetapi tetap enggan keluar dari tubuh pesakit.
5 minit kemudian tak silap saya, keluarga pesakit dah sampai di rumah saya. Saya persilakan keluarga pesakit masuk, kelihatan si pesakit masih di kuasai dengan sedikit keegoan pada jin tersebut. Setelah segala pesrsiapan di buat saya cuba berdialog dengan jin tersebut sambil membacakan ayat al quran ke telinganya. Jin sedikit terazab. Jin itu mengatakan dia tak heran dengan pembacaan ayat ayat al quran kerana dia sendiri sering mendengar pesakit membaca al quran setiap hari.
Dengan izin ALLAH saya dapat mengesan kedudukan jin di dalam tubuh dan menikamnya dengan jari. Jin tersebut mula kesakitan. Saya dalamkan lagi tikaman hingga jin mula meraung raung minta di lepaskan. Saya azab pula dengan kedah toreh, maka bertambahlah tangisan dan raungannya minta di lepaskan. Oleh kerana jin masih berdegil walaupaun di azab, maka saya ikhtiarkan pula dengan kaedah yang lain. saya tiupkan hawa nafas ke rongga pernafasan pesakit dan membawanya perlahan lahan ke perut, kemudian menarik semula nafas yang di kirimkan dan di keluarkan semula melalui nafas pesakit. Alhamdulillah, pesakit sedar. Tetapi ianya berlaku hanya beberapa minit. Jin masuk semula ke dalam tubuh pesakit dan mula menguasai pesakit. Berat sangat ia nak meninggalkan pesakit ini.
Saya lakukan serangan dengan membutakan mata jin, sambil meniup zikir ke tapak tangan dengan hembusan nafas "Allah Hu"..saya halakan ke pandangan mata pesakit agar jin tersebut akan lumpuh segala pergerakanya. Persoalanya, mengapa mata yang di lumpuhkan, tidak anggota tubuhnya?. Ini kerana bagi saya, mata lah yang memandu segala galanya kerana tanpa mata gagallah segala pergerakan mahupun perbuatannya.
Setelah itu saya baringkan pesakit dan akhirnya cuba menyembelih jin tersebut. Setelah ayat ke tapak tangan di bacakan dengan iringan zikir nafas "ALLAH HU" di hembuskan. Saya sembelih jin tersebut dengan memfokuskan pencarian urat utama jin tersebut. Alhamdulillah, urat utama saya temukan dan sembelihan hanya di lakukan di point tersebut. Alhamdulillah, pesakit sedar semula cuma merasakan sedikit ketidak selesaan pada bahagian bermula dari leher ke bawah. Saya tahu bahawa jin tersebut dah tepisah kepala dan badanya, maka saya sudahi rawatan dengan menarik bahagian tubuh jin yang terpisah dan membuangnya dari tubuh pesakit. Selesai membuat penarikan, pesakit akui bahawa tubuh nya sudah kembali ringan dan hilang segala debaran yang meresahkannya.
Alhamdulillah, puji pujian hanya untuk ALLAH yang memudahkan segala kesulitan yang di alami oleh hamba hambanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan