Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan

Ahad, 19 Januari 2014

Perawat-Mantapkan Diri Mu Dengan Ilmu Yang Bermanfaat


Pagi tersebut,aku merasakan sesuatu kelainan pada diriku.aku merasakan diriku seperti di hujani berbagai serangan dari setiap penjuru. firasat batin memimpin ku mencari jawapannya. serba tak kena.keadaan berterusan sehingga ke waktu maghrib. usai melakukan solat maghrib, tergerak bibir ku menzikirkan petikan dari surah Thaha ayat 69,.."tidak menang tukang sihir tersebut,dari manapun ia datang". Gedebuk..terdengar dengan jelas bunyi jatuh dan langkah kaki berlari di atas siling. aku hanya mendiamkan diri. anak dan isteri ku turut mendengarnya dan mula mengajukan berbagai pertanyaan pada ku. aku hanya mendiamkan diri dan hanya mengatakan bahawa aku tidak mendengar apa apa.dan aku berharap jawapan ku itu dapat menenangkan hati anak dan isteriku.Aku teruskan lagi zikir tersebut..sekali lagi terdengar bunyi yang sama. Nahhhh!!! ALLAH telah menunjukkan pada ku asbab bagi perasaan ku ini. Anak dan isteri mula menjadi risau.
Penyerang ku telah mula menunjukkan dirinya..maka ku mulakan langkah serangan. dua hembusan ku hembuskan ke arah mereka. ALhamdulillah, ALLAH memelihara ku dari perbuatan khianat musuh musuhku..

Risiko perawat..
Sebaliknya anda perlu mengambil kira akan kemungkinan sebarang serangan balas. Antaranya serangan balas itu boleh jadi dari jin yang mengganggu pesakit dan adakalanya sekiranya  sihir anda berkemungkinan akan menghadapi serangan daripada tukang sihir. Anda juga berkemungkinan menghadapi serangan dari mana-mana jin yang berniat buruk terhadap anda samada kerana anda melakukan sesuatu yang tak disukainya.

Bukan hanya anda...tapi ahli keluarga anda terutamanya boleh menjadi sasaran serangan balas. Maka amalan pendinding diri dan keluarga sangat penting. Merawat diri atau orang lain bererti anda berurusan dengan makhluk-makhluk ghoib. Walau mereka yakni bangsa jin juga adalah makhluk ALLAH seperti kita , namun anda perlu tahu risikonya...dan bersedialah menghadapi sesuatu yang diluar jangkaan anda sendiri. Wahai perawat. carilah dan penuhilah dada mu dengan ilmu yang dapat memanfaatkan diri dan ahli keluarga mu.

Selasa, 11 Jun 2013

Kisah Pengalaman Rawatan Pelajar


Pengalaman 1
Lebih kurang sebulan lepas,saya anggap peristiwa ini suatu keajaiban.Seekor Kuching telah di langgar di bahagian kaki belakang sehingga ke perut di rumah saya,kakinya mungkin patah.Saya dan Isteri ambil Kucing itu,memang jika di lihat pada keadaan Kuching tu akan mati..saya belas dan pegang perut nya dengan membaca ZINK.satu set.Lepas tu saya tinggalkan bersama-sama isteri saya.Esoknya saya terperanjat bila lihat Kuching tu masih hidup.Tapi masih lemah dan perutnya kelihatan macam rosak.Saya bacakan ZINK sekali lagi,Secara ringkasnya saya baca ZINK 3 set,sehingga kini ,Kuching itu dah pulih seperti sediakala...MIRACLE

Pengalaman 2
Merawat sekeluarga..yang bercampur Sihir dan Saka..memang teruja teramat sangat..Allah izinkan saya membaca ZINK sahaja,apa nak jadi nasiblah...sebab nak rawat seorang-seorang memang sussh sebab berangkai antara satu dengan yang lain.
Gambaran makhluk gaya ala Jawa macam cerita JAWA..Zink dibacakan selepas 2 kali baca ..Induk Jin tu pada salah seorang ahli keluarga mula meraung..terpekik terlolong,saya terus baca sahaja sampai cukup 1 set..
Ternyata Jin tu mengaku kalah..nampaknya dia dah hitam..rentung dan menawarkan diri nak keluar melalu muntah..dia mengisyaratkan kepada rangkaiannya keluar dari tubuh pesakit..mulalah Muntah berlambak-lambak...Banyak lagi nak cerita..tapi tak larat nak taip..Alhamdulillah nampaknya Positif diakhirnya..

Pengalaman 3
Saya ingin berkongsi dgn sahabat RITEQ satu kejadian yang terjadi kepada saya baru2 in.i Baru ni saya sakit gigi, sampai mengalir air mata, punya la sakit. Saya teringat ayat2 yang ustaz peturunkan pada saya,saya terus membaca ayat2 itu sambil menyapu pipi saya yang sakit, beberapa kali menggosok tiba2 celah2 jari saya dimasuki oleh sesuatu yang pada perasaan saya macam semut masuk celah jari,terasa dia bergerak macam seekor ulat, dan saya terus hempas kelantai,tetapi tiada apa2 pun yang jatuh. saya terus kunci dilantai.Lepas pada tu gigi saya beransur kurang dan terus baik, sampai sekarang.Saya mengucap syukur banyak2 pada ALLAH kerana memakbulkan permintaan saya.
Kesan bacaan ZINK ke atas pesakit..pengalaman merawat seorang pesakit di Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur pada 11 Mei 2013.

Pengalaman 4
Hamba Allah ini di Sihir ,berpunca kerana menjadi isteri muda.Saya dan bang saya(berkemampuan melihat secara terang keadaan gangguan dan penyihirnya).Kami memulakan rawatan seperti biasa ,Aohamdulillah sebahagian Gangguan telah keluar.Cuma gangguan yang din kepala sukar dikeluarkan.Saya membacakan ZINK,Semasa saya membacakan Zink itu saya terasa aura ZINK itu mengelilingi saya.Yang paling menarik cerita abang saya yang Allah izinkan melihat auran ZINK dan keadaan gangguan itu.Dia menceritakan bila saya baca ZINK itu ,keluar cahaya putih/bersinar mengelilingi pesakit dan cahaya itu masuk keseluruh anggota pesakit sehingga abang saya nampak organ2 dalaman pesakit.,cahaya itu menolak semua gangguan itu keluar dari tubuh ke belakang pesakit dan terus naik ke udara,kelihatan tubuh pesakit itu bersih.Selepas itu abang saya melihat dari kepala keluar pesakit keluar jarum2 ,abang saya mengenggam jarum itu dan membuangnya..Alhamdulillah pesakit pulih..

Pengalaman 5
Pengalaman membacakan ZINK ke atas pesakit,dengan izin Allah didatangkan kepada pesakit gambaran gangguan yang di alaminya..antara yang terbaru pesakit digambarkan keadaan Jin yang berada ditubuhnya semasa ZINK dibaca,Salah seekor dari JIN itu menangis ,seekor lagi pecah kepalanya dan seekor lagi menutup telinganya ...semakin dibaca ZINK itu JIN2 itu terus lenyap begitu sahaja.Sebelum ini ada pesakit digambarkan muka Hamba Allah yang mungkin Penyihirnya..dan ada juga digambarkan Tukang Sihir itu sendiri yang sedang melakukan sesuatu untuk bertahan semasa ZINK di bacakan.
Sebagai Perawat saya lebih suka gambaran itu didatangkan kepada pesakit,daripada kepada Perawat sendiri..Kerana sekiranya perawat yang bercerita hal-hal sedemikian kepada pesakit atau keluarga Pesakit mungkin akan timbul Fitnah..
Alahamdulillah terima kasih TGU..saya boleh diam sahaja,mulut tutup,tak cerita apa2..hanya tumpu kepada rawatan..sahaja..tak perlu menjawab soalan-soalan pesakit..terjawab dengan sendirinya apabila ditayangkan VIDEO itu..

Pengalaman 6
Seorang pelajar RITEQ memohon kebenaran saya untuk melakukan rawatan terhadap seorang pesakit di sebuah hospital kajang. Niat si pelajar hanya untuk membacakan zikir ZINK pada air rawatan. Semasa membaca Zikir ZINK, tiba tiba pesakit hysteria dan berkata “Hei..jangan baca ..si pelajar meneruskan bacaan.selesai bacaan zikir, pesakit melihat dalam gambarannya makhluk jin yang menganggunya menjadi hitam terbakar.

Pengalaman 7
pesakit: Sakit..dia pun pejam mata.(guru saya kata: zikir)
saya: saya membaca beberapa ayat al Quran. pesakit pejam mata, tangan dia jadi kejang,hujung jari dia semua sakit.saya mohon pada Allah, tunjukan saya apa yang pesakit ni alami..maka dapatlah petanda yang pesakit ni kena sihir. Saya pun ruqyah lagi dan minta jin-jin tu tinggalkan tubuh pesakit. Saya terus membaca, pesakit mengetaq (menggigil) badan dia.Hampir-hapir jatuh kerusi.lalu saya susuh dia duduk di bawah. melunjur kaki.
pesakit: Saya rasa macam nak pengsan.
saya : Saya kata:tak pa.duduk dulu. saya berseloroh..pandai ternak no..banyak ni..he...he..(pujuk ati sebab agak kuat sihir tu) bila duduk saya pan guna kaedah ZINK..he..he..dah lama idam nak guna.masyaAllah..Allah punya kuasa, kesan zikir tu...pesakit tu sebut sakit..saya arahkan jin-jin tu keluar..saya tanya pesakit..rasa macam mana.
pesakit : saya rasa ringan badan saya.
saya: Alhamdulillah..saya kata banyak lagi..muka dia macan risau.saya pun guna kaedah tembak hawa...peh..reja sendawa saja pesakit.orang kedah kata belahak..he..he..bila dah selesai..saya cek guna teknik torehan..rupanya ada lagi saki baki hat ketegaq...saya tembak lagi..Alhamdulillah....pesakit kata ....
pesakit: Alhamdulillah..saya rasa tak sakit dah..
saya: Alhamdulillah....syukur pada Allah...pesakit pun balik dengan muka yang manis..

Pengalaman 8
lalu Allah gerakan hati saya untuk rujuk kes ni pada guru saya...guru RITEQ (ustaz Shah) .saya ceritakan kes tersebut .Alhamdulillah..saya mendapat tunjuk ajar dan pencerahan dari guru. berbekalkan ilmu yang di ajarkan pada saya ..saya menuju ke pondok pada malam isnin bersama seorang rakan perawat.(farid). saya kata : jom p tangkap hantu.(gurau saya)

jam 10 malam kami pun sampai di kawasan pondok yang agak gelap dan terpencil. kawasannya di kelilingi pokok getah dan kelapa sawit. jalam menuju ke pondok agak gelap kerana tiada lampu jalan.
bila sampai saya minta pada ustaz (guru pondok) untuk masuk ke dalam surau. lalu saya bacakan ZINK pada rawan perawat seperti yang diajarkan oleh guru saya dan saya mohon Allah beri kami petunjuk..tiba2???

rakan perawat kata..ustaz ada orang berjubah putih..
saya: ya ka.erm...erm...lalu saya gunakan beberapa teknik dan jin tersebut di pindahkan ke tempat lain.keesokan harinya saya tanya kepada ustaz ..pelajar tu kena ganggu tak lg..usaz bg tahu, pelajar tersebut dah tak kena ganggu dah..
alhamdulillah..puji syukur kepada Allah yang maha berkuasa atas tiap2 sesuatu.terima kasih kepada Guru Riteq yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar serta memberi semangat .

Pengalaman 9
ZINK ku wiridkan .. pesakit amat gelisah (diwaktu ini aku niatkan supaya pesakit dapat melihat apa yang berlaku pada dirinya)
Diikuti dengan ayat-ayat azab..
kusudahi dengan ruqyah Yaasin..

Pengalaman 10( Ilmu Kerohanian Karomah ayatul kursi)
Saya cuba kaedah jurus untuk scanning tubuh badan kawan dan tangan saya mula bergerak buka jurusnya.dalam masa yang sama kawan saya rasa dia macam dalam mimpi dan badan dia berpusing pusing.masa niat scanning tu tangan saya aktif berlegar legar dgn gerakan jurus kea rah tubuh kwn saya tu..al maklumlah ust.baru sangat lg dengan kaedah ni. Belum khatam lagi pun..

Pengalaman 11
Pelajar menggunakan kaedah bakar telor (ZINK) bagi menhentam tukang sihir yang mana pesakit yang telah di sihir selama 11 tahun mengakibatkan pesakit bisu. Pelajar tersebut telah membakar telor selama 3 hari 3 malam. Pada keesokan harinya, telor tersebut pecah dan pesakit boleh bercakap semula.

Dan masih banyak lagi pengalaman dan testimoni pelajar yang tak dapat saya lampirkan di sini. Tak Larat nak tulis..Inilah pertolongan ALLAH. 

Khamis, 20 September 2012

ALLAHU AKBAR! Aku Di Uji

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Tidak kira samaada perawat mahupun pesakit atau sesiapapun di muka bumi ini pasti akan mendapat ujian dar Allah, cuma bentuk ujian itu berbeza beza pada setiap hambaNya..

Allah menguji ku..
Dengan memberi kemenangan pada orang yang berhasad dengki pada Ku..

Seminggu yang lalu..
Bomoh Sihir menghantar bala tenteranya untuk menyerangku..
Alhamdulillah..
Bala tenteranya tidak mampu menembusi ku..
Serangan di alihkan pada isteri ku..
Dengan izin Allah..
Aku berhasil mengusir sekaligus membunuh jin itu...
Dari yang ku tahu..
Si Bomoh keparat ingin memberi amaran awal kepada ku..
Kerana aku telah menganggu sumber rezekinya..
Kerana dia telah kehilangan ramai pelangganya, yakni pesakitnya
Bersyukur aku pada Yang Maha Esa..
Kerana..
Awam dah mula mengenal kaedah perubatan yang sebenarnya..

Aku tahu dan mengenali siapa bomoh itu..
Ianya merupakan penduduk setempat yang bertinggal bersebelahan dengan kawasan ku..
Yang menggunakan perantara keris sebagai simbolik rawatanya..
Dengan menggunakan khidmat jin keparatnya..
Alhamdulillah..
AKu berjaya menundukkanya..
Siapalah aku tanpa bantuan dari Yang Maha Esa..

Tapi kali ini..
Hari ini..
Aku di uji lagi..
Dengan ujian yang berbeza dari yang sebelumnya..
Namun begitu..
Aku bersyukur pada Allah..
Kerana sentiasa memilih aku sebagai hamba yang sentiasa mendapat ujian dariNya..

Wahai mata..jatuhkanlah air mu..
Kerana sesungguhnya ..
Ia akan menunjukkan betapa kerdilnya diriku di hadapan Tuhan KU..


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Al-Baqarah: 214)

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(at-Taghaabun: 11)

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.
(Taha: 131)

Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
(Al-Fajr: 14-17)

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
(Az-Zumar: 49)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah: 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah: 286)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
(Al- Baqarah :153)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
(Al-Baqarah: 45)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar
(Al- Baqarah:155)

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
(Al-Imran: 200)

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
(Al-Nahl: 96)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.
(Al-Kahf: 17)

Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.
(At-Taubah: 129)

Khamis, 19 Julai 2012

Mimpi Pelajar UIA Bertemu Rasulullah S.A.W Dan Di Rawat Sahabat Nabi

Dari Blog "Aku Bukan An Nisaa"

Assalamualaikum w.b.t

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. .. Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

 Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang berterusan menyakiti diri. Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yang mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..” Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya telah pun ‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor telefon ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku dengan izin Allah.

Kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah…Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapakah orang ini? Cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ” Subhanallah..Baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar).

Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi.

Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. .. Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yang dikejar di akhirat kelak. Ya Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w..” Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan.

Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina ini, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan Salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakar, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakar memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakar yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yang agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti..” Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

 “Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..Waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakar mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk.

Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah. Kemudian sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan Alhamdulillah..Dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya diberi tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..” Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk saja dalam bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin, kan. Mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian?

Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…” Keperibadiannya indah. Cerminan Al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.Mencintainya suatu kemuliaan… Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidaknmereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sebagai ummat nabi Muhammad S.A.W… Banyakkanlah berselawat dan mendengar zikir.. InsyaAllah kita semua akan mendapat syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..

Ahad, 1 Julai 2012

Dialog Bersama Panglima Jin Sami Buddha ( Part 1 )

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Simptom : Sihir Berulang
Jenis Jin : Panglima Berstatus Sami
Jumlah : Empat

Berbagai bagai teknik dan kaedah saya cuba untuk mengalahkan Panglima ***( nama di rahsiakan ), namun tidak mendatangkan hasil..Panglima **** hanya tersenyum apabila saya melancarkan serangan padanya.
 "Engkau tak boleh kalahkan aku! aku dah kaji kaedah Mu"!..Katanya..
Saya masih tidak berputus asas dan mula kembali kepada teknik asas untuk mengalahkanya dengan melakukan beberapa torehan pada kedudukannya.
 "Ahhhh...aduuh..Heii! lepaskan aku..!

Saya terus melakukan torehan dan saya yakin dia pasti kalah dengan kaedah ini kerana dari pengalaman hanya sedikit bangsa jin yang mampu bertahan dengan kaedah ini. Panglima **** terus merayu minta di lepaskan agar dia boleh keluar dari tubuh pesakit. Saya tidak menghiraukan permintaanya. Torehan demi torehan saya lancarkan hingga akhirnya saya melihat si panglima *** mengaku kalah dan benar benar meminta maaf serta bersungguh sungguh akan keluar dari tubuh pesakit.
Saya hentikan torehan dan membuat beberapa sessi dialog bersama Panglima ****.

Saya : Apakah yang membuatkan kamu boleh bertahan terhadap serangan serangan yang aku lancarkan sebelum itu?
Panglima **** : Baiklah..akan aku ceritakan semuanya pada Mu..ketika aku masuk kedalam tubuh ini aku telah mengkaji setiap kaedah yang telah engkau gunakan pada wanita ini. Selama seminggu aku mengkaji setiap kaedah mu dari segi kelebihan dan kekuranganya agar aku boleh bertahan apabila berhadapan dengan mu nanti.
Saya : Aku sedikit musykil..bagaimanakah engkau mampu mengkajinya...

Panglima **** : Untuk pengetahuan mu, mana mana pesakit yang telah di rawat, perawat pasti meninggalkan ISIM (gelombang ) ke badan pesakit..dan melalui ISIM itulah aku mengkaji kelemahan dan kelebihan Mu.
Saya : nampaknya engkau ihklas..mahukan kau beritahu pada ku apakah ayat yang mampu menghancurkan benteng mu?
Panglima **** : Baiklah..terpulang pada mu untuk mempercayainya..Hanya denga ayat Kursi dan Lauanzalna kamu sudah pasti mampu menghancurkan benteng Ku..tetapi...

BERSAMBUNG...




Jumaat, 5 November 2010

MAKHLUK APA NI?

  Salam sejahtera kepada semua pembaca blog.mlm ni,ana pun tak tahu nak tulis arikel tentang apa.Ada gak pesakit yg datang dari kuala kangsar petang tadi,tapi ana pun tak dapat nak ceritakan tentang kisah rawatan  pesakit tersebut kerana ana dah janji pada pesakit tersebut yang ana akan simpan rahsia mereka.Biarlah Allah,ana dan pesakit saja yang tahu masaalah mereka.semoga Allah memberikan kesembuhan kepada pesakit tersebut.Amiin..
    Cuma pada malam ni ana tergerak hati nak kongsikan gambar makhluk halus yg ana tangkap semasa berkelah bersama keluarga di kawasan air terjun,batu hampar,taiping perak.ana tak terfikir pun nak tangkap gambar ni tetapi oleh kerana keboringan yg melampau (ana ni bukan jenis yg suka pi duk lama lama dalam air),maka,ana pun saja sajalah test kaedah mata dalam(bukan mata batin ye)..masa nak tangkap gambar ni pun,ana tak nampak ada makhluk yg berdiri atas batu dan atas dahan pokok tu.cuma setelah menggunakan kaedah mata dalam,ana dapat merasakan(dalam hati ana le)ada satu aura negatif sedang memerhatikan ana.Inilah hasil yg ana dapat..Wallahu'a'lam..