Ahad, 19 Februari 2012

Pengertian Dan Di Sebalik Fungsi Hizib Intikam


سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Soalan..?
1.    Apa yang di maksudkan dengan Hizib ?
2.    Apakah kegunaan/ Fungsi Hizib Intikam ?
Jawapan..
1.  Hizib berasal dari bahasa Arab: HIZBUN. Yang ertinya: kelompok, golongan,  jenis, wirid, atau senjata. Hizib adalah himpunan ayat-ayat Al-Qur’an dan untaian kalimat zikir, Asma Allah (ismul a’azham) dan do’a yang disusun untuk diamalkan dengan membacanya atau diwiridkan (diucapkan berulang-ulang) sebagai salah satu bentuk ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT (Taqarrub Ilallah).

Jadi kandungan dari sebuah Hizib selain berisi pujian mengagungkan Asma Allah SWT dan shalawat Nabi juga mengandung doa untuk memohon pertolongan kepada Allah. Hizib juga mengandungi banyak rahsia (sirr) yang sulit difahami oleh orang awam, seperti kutipan beberapa ayat Al Quran yang terkadang isinya seperti tidak terkait dengan lafal rangkaian doa sebelumnya. Para ahli Hizib berpendapat bahwa dalam hal ini yang terkait adalah asbabun nuzul-nya.
Hizib yang Haq (benar) secara langsung atau tidak, akan bersumber dari ayat-ayat Al Quran, dalil hadist Nabi SAW dan doa-doa yang baik. Sedangkan Hizib yang bertentangan dengan nash (Al Quran dan Hadist) baik dalam lafal hizib maupun fungsi dari hizib, maka hizib tersebut di anggap sesat.

2.  Hizib  Intikam ini  termasuk  dalam  kategori  hizib  penghancur, dan  di kelompokkan  dalam satu paket keilmuan  dengan  Keilmuan Terapi nur Hikmah.
Hizib Intikam adalah terdiri dari 6 ayat pendek dari al-quran yang amat jelas ertinya sehingga mudah di fahami dan di resapi.  Jika  ada  yang  pernah  mengamalkan  amalan2  pendek  seperti  Hizib  Maghrobi  (1-3),  ASR  madura, Asma malaikat (1-5) juga Asma Suryani dan Hizib Kursi maka setelah mengamalkan Hizib Intikam ini akan  merasakan  perbezaan  dengan  amalan2  tersebut  kerana  lebih  cepat  hasilnya dan lebih dahsyat daya hancurnya pada segala bentuk kezaliman, sihir, santet dll.  Amat di galakan di amalkan bagi pesakit yang mengalami gannguan sihir, dan apabila  di  gunakan  untuk  menolong  orang  yang  mengalami gangguan dan serangan sihir,  maka  dengan  izin,  ridha  dan  rahmat Allah,  seluruh  jin2  zalim  beserta  bomohnya  beserta  yang  menyuruhnya  hancur  (paling  ringan terganggu jiwanya) karena terkena azab Allah.
Hizib  Intikam    ini  termasuk  dalam  kategori  hizib  penghancur. Dalam  aplikasinya,  dengan  Rahmat Allah, Hizib Intikam  mampu membalikkan serangan sihir / ghaib dengan kekuatan beribu2 kali lipat kepada  mahluk  yg  terlibat  dalam  menzalimi,  baik  dari  golongan  jin,  syaitan,  binatang  buas, maupun manusia.

Isnin, 23 Januari 2012

Merawat Pesakit Strok

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pagi tadi saya di jemput oleh keluarga pesakit bagi merawat ayah mertuanya yang telah sakit lumpuh selama lebih kurang 8 bulan. Berbagai kaedah telah di gunakan termasuklah rawatan traditional, urutan, fisioterapi, berbekam dan macam macam lagi. Hukum Allah..tiada kesembuhan melainkan dengan keizinanNya.Perjalanan ke rumah pesakit mengambil masa sekitar dua puluh minit.dalam perjalanan sempat juga berbual bual mengenai punca kenapa pesakit menjadi lumpuh.
Setibanya di rumah pesakit, saya terus mendiagnos pesakit bermula dari kaki kanannya.Bisa terasa menusuk ke tangan kanan hingga ke siku apabila saya menyentuh  kaki pesakit.Hmmm..maybe..benarlah ada gangguan. Saya membacakan beberapa potongan ayat ayat al quran sambil menepuk nepuk bahagian yang lumpuh dan di selang selikan dengan memicit micit pada bahagian point point tertentu. Seterusnya melakukan beberapa tikaman dan di akhiri dengan menarik aura negatif pada tubuh pesakit.
Setelah semua selesai..pesakit cuba mengangkat kaki kanannya yang lumpuh, Alhamdulillah..kaki pesakit sudah boleh di gerakkan dan pesakit mengangkat kakinya sambil mengoyang goyangkanya. Tangan pesakit pun sudah mula menjadi lembut. Di akhir rawatan, barulah keluarga pesakit mengatakan sebelum ni mereka telah membawa seorang doktor ke rumah mereka bagi merawat penyakit ayahnya, dan mengikut keterangan doktor tersebut, pesakit sememangnya tidak mengalami penyakit strok dan doktor tersebut mencadangkan agar pesakit melakukan rawatan fisioterapi.
Harapan saya pada pesakit agar sentiasa dan rajin melakukan senaman supaya segala urat saraf yang sudah sekian lama tidak berfungsi menjadi aktif semula. Moga kesembuhan berkekalan hendaknya. Amiin..

Ahad, 25 Disember 2011

Pentas Opera..Esok Bila Ayah Dah pergi


Bismillahirrahmanirrahim...
Artikel ni ana copy dari blog abg ana SaifulSkan atau lebih mendalam lagi maknanya Pedang Sandakan. Sedih dan sebak rasanya bila terbaca wasiat dari seorang ayah (arwah Cikgu Azam) pada anak-anaknya melalui blognya.....Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..Ameen...



ESOK BILA AYAH PERGI

Anak-anak ayah
Dengar betu-betul pesan ayah
Lepas ni tak boleh cakap dah
Apabila kelu mulut dan lidah..

Sekiranya esok ayah pegi
Jangan le anak ayah tangisi
Tapi kalau sedih di sanubari
Itu tanda anak ayah tetap dihati...

Nabi dulupun sedih juga
Bila anak lelaki dia pergi tiga-tiga
Tapi jangan nangis lama sangat
Banyak benda anak ayah kena buat....

Sedih lama sangat ayah tak mahu
Sebab tempat ayah pegi tu semua dah tahu
Ayah nak jumpa Dia
Ayah menyahut seruan Nya.....

 Mula-mula sekali
Pasal solat sudahlah pasti
Kena buat setiap hari
Jangan abaikan walau sekali.....

 Anak-anak ayah kena janji
Kena jaga diri sendiri
Ayah serahkan anak-anak pada Allah
Sebagai Penjaga, Pemelihara ayah berserah....

 Anak-anak ayah
Mama tu kena le dijaga
Waktu susah waktu selesa
Selama ni dia dah berjaga
Membesarkan kamu semua....

Kata-kata mama jangan dilawan
Ayah tak de nak dibuat kawan
Lagi satu ayah nak pesan
Mama nak kahwin sila izinkan.....

Bila ayah dah pergi
Ayah dah tak de sapa-sapa
Kalau anak-anak ayah sudi
Doa-doakan ayah kat sana....

Kalau anak-anak ayah simpati
Kirim-kirimlah fatihah
kalau ayah dekat dihati
Rajin-rajinlah bersedekah.....

Bukannya apa
Ayah dah tak de apa
Amal pun tak seberapa
Dosa yang bertimpa-timpa.....

Doa-doakanlah ayah
Semoga Allah tak marah
Banyaknya dosa tak tahu nak cakap dah
Soal jawab diharap mudah.....

Anak-anak ayah dah tahu dah
Ayah nak anak-anak ayah
Jadi hafiz dan hafizah
Jangan hampakan harapan ayah.....

Nanti bila ayah dah pergi
Anak-anak ayah jangan kelahi
Harta dunia ni macam daki
Semua orang boleh cari
Yang ada tu pakat le kongsi.....

Amalan setiap malam jangan dilupa
Surah Al Mulk Sejadah selalule baca
Solat malam diteruskan juga
Walau terpaksa bersengkang mata....

Al quran dan Sunnah jadi panduan
Ayah ingatkan sebagai bekalan
Tinggalan oleh Rasul junjungan
Buat umat sepanjang zaman....

Kawan-kawan ayah tolong beritahukan
Orang bawahan orang atasan
Segala silap tolong maafkan
Maklum le ayahkan Cuma insan....

Hutang ayah tolong selesaikan
Guna duit ayah dalam simpanan
Yang baki tu bahagi2kan
Untuk yg hidup jadi bekalan....

Ingat le anak-anak ayah nak kata
Pesan ni mesti dikota
Hidup jangan bersengketa
barulah kita tidak derita......

Sekian saja pesanan ini
Untuk yang hidup dari yang mati
Ayah ni jangan dilupai
Lawatlah ayah jengukle sesekali......

Di pusara ayah menanti
Amal sedikit temani diri
Wasiat ayah sila turuti
Supaya hidup bahagialah diri.....

p/s: Jangan lupa cium dahi ayah sebelum dikapankan yaa..

Sumber cerita http://pedangskan.blogspot.com

Sabtu, 17 Disember 2011

Gangguan Jin..Tanpa Di Sedari


سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apabila anda diganggu, terdapat banyak tanda-tanda yang menunjukkan anda sedang
diganggu oleh makhluk halus. Antara tanda-tanda tersebut yang mungkin anda alami sekarang adalah..

1.    Sakit kepala dan dada selepas waktu asar dan ke atas.

2.    Badan terasa berat dan menjadi malas.

3.    Sukar mendapat jodoh sehingga digelar bujang tua atau andartu.

4.    Badan terasa bisa atau gatal.
 
6.    Sukar untuk tidur malam.

7.    Sakit pinggang tanpa sebab.

8.    Mimpi melihat binatang berbisa seperti ular.

9.    Bermimpikan bayi atau kanak-kanak atau menyusukan bayi.
10.    Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.

11.    Bermimpi berada di tempat yang kotor.

12.    Sakit anggota badan tertentu seperti kaki atau tangan selepas waktu asar.

13.    Terasa seperti ada benda bergerak di bawah kulit.

14.    Bayi yang anda jaga kerap menangis.

15.    Bunyi guli jatuh dan bergolek di atas syiling.

16.    Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

17.    Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

18.    Malas beribadat.

19.    Panas baran dan marah tanpa sebab.

20.    Sikap berubah secara mendadak.

21.    Gelisah dan panas di tengkuk apabila mendengar bacaan al-quran.

22.    Suka melakukan tabiat buruk.

23.    Kerap sendawa apabila mendengar bacaan al-quran.

24.    Kerap keguguran.

25.    Gagal melakukan hubungan kelamin.

26.    Mengantuk apabila mendengar bacaan al-quran.

27.    Bermimpikan sesuatu yang sangat menakutkan.

28.    Darah haid tidak kering lebih dari 15 hari.

29.    Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.

30.    Selalu ditindih ketika tidur.

31.    Kuat berangan kosong.

32.    Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

33.    Nafsu seksual yang melampau.

34.    Selalu melihat kelibat di rumah.

35.    Terasa diri selalu diperhatikan atau diekori.

36.    Mandul.

37.    Kerap mendengar sesuatu bisikan.

38.    Melihat makhluk halus secara terus.

39.    Sakit mental atau gila.

40.    Sakit tulang belakang tanpa sebab.

41.    Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal.

42.    Loya atau sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.

43.    Sakit di bahagian tulang rusuk kiri atau kanan dan ulu hati.

44.    Sakit di bahagian tulang punggung tanpa sebab.

45.    Timbul rasa takut tanpa sebab.

46.    Sering pengsan tanpa sebab.

47.    Kerap mendengar bisikan atau hasutan untuk  melakukan perkara-perkara syirik.

48.    Ragu-ragu tentang keimanan yang boleh menyebabkan murtad.

49.    Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.

50.    Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa, sekiranya anda mempunyai tiga tanda daripada
tanda-tanda di atas, menunujukkan anda sekarang sedang diganggu oleh makhluk halus dan harus menjalani rawatan. 

Isnin, 12 Disember 2011

Mak Lampir Dengan Labu LabuNya


سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lokasi : Kediaman RITEQ Taiping, Perak.

Pesakit di rukyah seperti biasa. Hadirlah PTI (Pendatang Tanpa Izin) yang bermastautin di dalam tubuh pesakit.
Saya : Buat apa duduk dalam badan ni?
PTI : Aku nak buat dia sampai mati..
Saya : Soal mati urusan Allah !
PTI : Kalau tak boleh bagi mati, aku nak susahkan sepanjang hidup dia!
Saya : Balik lah ..senang cerita . Tak payah susah susah nak menyusahkan diri kamu nak menyusahkan dia. Sekarang ni pun..engkau gak yang susah.
Saya lakukan torehan..
PTI : Argghhhh..aku nak balik..tapi mak aku tak bagi..
Saya : Mak engko duk mana?
PTI : Sarawak
Saya : Uiiii..jauh tu..Macam ni lah..ko tak payah balik kat mak ko. Ko pegi je duduk kat mana mana tempat yang ko rasakan selesa.
PTI : Tak boleh..mak aku tak bagi aku keluar.Sebelum ni pun dah banyak kali aku keluar tapi bila aku balik je mak aku tutup pintu tak bagi masuk. Senang cerita aku memang takkan tinggalkan pompuan ni.
Saya : Oooo..samseng ye..
Saya lakukan beberapa torehan. Yang menariknya PTI ni cekap melarikan diri bila saya dah jumpa point tempat dia sembunyi. Bila di scanning dan jumpa point baru, toreh kejap dia lari pulak ke point yang lain.
PTI : Makkkk! aku dah tak tahan! mana aku lari dia cari aku..aku tak tahu nak sembunyi mana lagi!Waaaaaa..!
Saya diam sekejap. Take Five Mohd Salleh kata..Timbul ilham dan gerak dari Allah untuk guna ilmu menarik sukma ( bukan meraga sukma ye!). Untuk pengetahuan..menarik sukma ni macam cara nak panahkan hati/ lembutkan hati pengamal tu.
Saya fanakan diri sambil membaca **** dan kelihatan bayangan sorang wanita tua lebih kurang macam mak lampir. Rambut putih beruban..
Saya : Ni mak nya si*****kan? (budi bahasa kena jaga beb!). Sudah sudah le tu..Sian kat budak ni. Dah lama sangat ko seksa dia. Lepaskan..anak ko pun dah tak larat.(lebih kurang kurang lebih bincang dengan mak lampir tu maka keputusan pun di capai). Saya membuka mata sambil terukir senyuman ala ala P. Ramlee.
Saya: Amacam sekarang? Boleh keluar tak ?
PTI : O.k..aku keluar sekarang..
Alhamdulillah..pesakit sedar semula..namun begitu kes masih belum selesai sebab masih ada jin saka yang menyorok dalam badan tu..Fail kes masih di buka..!!!





Isnin, 28 November 2011

Hantu Penanggal..Balan Balan

Mungkin di sesetengah tempat ada yang mengatakan makhluk ini buka di kategorikan sebagai hantu memandangkan ia terjadi hasil dari orang yang mengamalkan ilmu sesat atau ilmu hitam. Makhluk ini juga mempunya banyak nama bergantung kepada kawasan. Antaranya hantu penaggal bagi masyarakat di semenanjung tetapi bagi masyarakat di sabah ia lebih dikenali sebagai hantu balan-balan. Malah bagi suku kaum Bugis, makhluk ini dikenali sebagai "popokan".
Biasanya sasaran makhluk ini menjadikan wanita bersalin sebagai sasaran dengan menghisap darah wanita bersalin dan juga memakan bayi yang baru dilahirkan. Tetapi bagi di kawasan Sabah, makhluk ini sering dikaitkan dengan pencurian mayat-mayat yang baru meninggal. Disebabkan itulah apabila berlaku kematian maka penjagaan ketat dilakukan malah sehingga seminggu setalah mayat dikebumikan. Biasanya mayat yang dicuri akan digantikan dengan batang pisang. Kisah ini pernah di filemkan satu masa dahulu.

Bagi mengatasi masalah gangguan penaggal ini, kebanyakan masyarakat menggunakan limau purut sebagai pendinding. Dipercayaai penanggal takut dengan limau purut. Selain itu terdapat juga ranting-ranting limau digantung di atas jendela kononnya bagi mengelakkan penanggal masuk kedalam rumah. Jika di fikirkan secara logik ada benarnya juga memandangkan keadaan fizikal penanggal yang hanya berupa kepala yang terbang beserta dengan organ dalaman seperti jantung, paru-paru dan juga usus. Jika terkena dengan ranting limau akan mendatangkan kecederaan kepadanya. Sebab itulah penanggal amat takut pada limau dan juga ranting limau.

Sabtu, 12 November 2011

Kaedah Membalikkan Ilmu Hitam

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Untuk membalikkan ilmu hitam (serangan gimbar kafir, polong, santau, roh jahat, hantu raya dan
seumpamanya), amalkanlah sebagai berikut:
1. Lakukanlah sembahyang Hajat 2 rakaat di waktu tengah malam.
2. Selesai sembahyang, bacalah sebanyak 1153 kali ayat di bawah (Surah An-Najm, ayat 58):
Lai salaha minduunillahi kaashiifah
3. Setiap 100 kali bacaan, selangkanlah dengan bacaan doa di bawah:
(Sebutkan namanya)
Maknanya: “Ya Allah, dengan berkat ayat yang mulia ini serta rahsia-rahsia murni yang terdapat
padanya, Engkau palingkanlah daripadaku tipu daya …(sebutkan namanya)… dan kejahatannya. Ya Allah,
kembalikanlah tipu jahatnya kepadanya sendiri. Ya Allah, berilah kebimbangan kepadanya dengan suatu
kebimbangan yang tiada mampu dikembalikannya. Ya Allah, ya Allah, ya Allah.”.
4. Setelah selesai, bacalah ayat di bawah (dari Surah Yasin, ayat 58) sebanyak 818 kali:
Sallamun Qoulammirrabbir Rahiim
Insya-Allah akan binasalah pengamal ilmu hitam yang zalim tersebut terkena ilmunya sendiri dengan izin Allah