Selasa, 13 Ogos 2013

Pelepas SAKA


3 tahun yang lalu, Keluarga A pada  telah mendapatkan khidmat rawatan dari seorang bomoh bagi merawat anak gadis mereka yang terkena gangguan sihir. Setelah di rawat makan nampaklah sedikit perubahan pada gadis tersebut. Walaubagaimanapun si bomoh masih ingin meneruskan rawatan pada gadis tersebut. Apa yang menghairankan, keluarga gadis tersebut seolah olah di pukau seperti lembu di cucuk hidung apabila mengiyakan semua perbuatan bomoh tersebut dan lebih malang lagi membenarkan bomoh tersebut tinggal bersama sama mereka. Maka jadilah bomoh tersebut seperti ahli keluarga mereka di mana bomoh tersebut tinggal dan makan minum bersama mereka. Dan sepanjang masa tersebut anak gadis mereka masih belum pulih sepenuhnya. Namun masih membiarkan bomoh tersebut tinggal bersama mereka. Hal ini berlanjutan selama lebih kurang 2 tahun tanpa mereka sedari apa yang telah berlaku pada diri mereka.

Di pendekkan cerita, maka entah bagaimana, pada suatu hari mereka tersedar dan menghalau bomoh tersebut dari rumah mereka. Maka bermulalah episod yang lebih menyedihkan pada keluarga tersebut apabila bomoh tersebut menghantar semua jin peliharaanya kepada keluarga tersebut dengan tujuan menyakiti mereka. Berpuluh puluh perawat di temui bagi menyelesaikan masaalah mereka. Namun, kesembuhan masih belum nampak sinarnya. 

Ketika sessi rawatan saya mulakan pembacaan Rukyah pada satu keluarga pesakit seramai 9 orang. Ketika pembacaan, 4 orang mengalami respon aktif. Alhamdulillah, gangguan pada 2 pesakit berjaya di keluarkan dengan mudah. Tinggal 2 pesakit lagi yang perlu di selesaikan. Ketika membuat rawatan pada Ayah pesakit, Jin yang menunjukkkan gaya panglima menghadirkan diri. Apabila di ajak berdialog, jin tersebut semakin mengemaskan sila nya sambil menunjukkan kesombongan. Muak dengan respon jin tersebut, lalu saya buat beberapa tusukan tanpa sentuh( TTS ) dengan niat mengazabnya. Jin mula mengesotkan tubuhnya sedikit demi sedikit. Saya agak yakin bahawa jin ini tak berapa nak feel dengan kaedah jurus jurus ni. Lalu saya pegang ubun ubun pesakit, lalu saya katakan padanya, sekuat mana pun kamu, kamu pasti di kalahkan dengan ayat ayat ALLAH. Jin hanya mendiamkan diri. Saya bacakan ayat pembinasa, baru beberapa ayat akhirnya jin mula berkata. Saya dari SABAH ni, Mau jaga dia. Haaa..Ngam! Aku pun orang sabah juga, siap suruh kau jaga dia? Ai na, marah betul aku ni, buat malu WARGANEGARA saja...agak panjang perbualan dengan jin tersebut al maklumlah dah lama tak sembang dengan bahasa IBUNDA. Hehehehe. Di ringkaskan cerita akhirnya jin tersebut akur untuk keluar dari tubuh pesakit dengan SYARAT.?????

Rawatan di teruskan pula pada anak gadis tersebut yang telah mengalami gangguan sejak 3 tahun yang lalu. Rawatan pada pesakit agak sukar memandangkan pesakit telah mengalami gangguan yang kronik dalam tempoh yang agak lama. ketika melakukan tolakan melalui perut pesakit, pesakit mula muntah dengan banyaknya. Adakalanya pesakit berperwatakan harimau dan adakalanya menangis seperi budak kecil. ANAK KERAK KE? mungkin Ya mungkin Tidak. Ariff namanya. Jin gaya RIMAU tak sempat di bereskan kerana lenyap begitu saja ketika serangan baru nak di lancarkan. Terakhir saya ikhtiarkan dengan kaedah PULAS bagi menarik gangguan. Ketika pulasan di lakukan pada bahagian mulut, pesakit mula mengeluarkan bunyi dengusan. dan akhirnya muntah sekali lagi. Nasib baik sempat alihkan botol, kelam kabut tadah dengan plastik. banyak juga muntahnya. Pesakit masih separuh sedar. Saya mohon pada ALLAH melakukan serangan pada TUAN PUNYA JIN SAKA. Maka gerak di salurkan dan serangan mula di lancarkan. ANEHNYA. seperti tak wujudnya TARGET sasaran. Selepas tu baru saya tahu, bahawa bomoh tersebut telah meninggal dunia 5 bulan yang lepas. 

Nampaknya kes menjadi semakin RUMIT. Rupa rupanya Saka saka tok bomoh dah di serahkan kepada keluarga pesakit tanpa pengetahuan mereka. Saya hentikan rawatan, saya sarankan keluarga pesakit datang berjumpa saya semula pada masa yang di tetapkan. Harapnya mereka datang semula. 

Sebenarnya, masih banyak yang tak saya ceritakan dalam artikel ini berkenaan simptom gangguan yang di alami anak gadis tersebut. Cuma jika anda mendengarnya pasti akan tercenggang dan mulut anda akan terngangga seluas luasnya. Pada sahabat perawat di sana, jika terdetik di hati nak ikhtiarkan bantuan untuknya. Hubungi lah saya. Sama sama kita ikhtiarkan apa yang terbaik untuknya..

1 ulasan:

DPF berkata...

Simptom aper tu tuan.. sy pernah juga trerlibat dalam perawatan, akan tetapi sy dah tak buat perawatan, pertama, sbb sy kerja, kedua, semakin hari, semakin besar masalah pesakit, sy berhenti sbb belum bersedia, ilmu belum cukup tuan.. sebab ketiga sy sdg mencari guru yg mampu utk menghancurkan jin yg menghuni tubuh sy, alhamdulillah sy bertemu dgn perawat yg mampu mengatasi jin tersebut, sbb nya sblum ini, 2 org perawat mengatakan, hanya kamu shj yg boleh menhalau jin tersebut dr tubuh kamu.. blur la sy, alhamdulillah doa sy dimakbulkan..