(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.(Al-Anfal 9)
Sabtu, 17 Ogos 2013
Sambungan Kisah Pelepas Saka-Ikatan Terlerai
Seperti masa yang di janjikan, keluarga pesakit datang bagi meneruskan rawatan susulan. Setelah mengharungi perjalanan selama 3 jam lebih, pesakit sampai di rumah saya kira kira jam 930 malam.
Rawatan di mulakan pada 4 pesakit yang mengalami respon aktif semasa rawatan pertama dahulu. Alhamdulillah, 2 pesakit telah bebas dari gangguan.
Rawatan pada Ayah pesakit, hampir lima belas minit di bacakan ayat ayat rukyah, pesakit hanya menunjukkan respon pasif. Saya tukar strategi rawatan dengan membacakan zikir ZINK. Ketika pembacaan zikir, tubuh badan pesakit seperti senget ke kanan dan ketika sampai pada kalimat zikir NUN..saya letakkan genggaman tangan saya ke dahi pesakit dan kepala pesakit mula bergoyang dengan kuat dan akhirnya pesakit rebah pengsan. Berlaku beberapa dialog, penganut agama kirstian, puas saya dakwah, tapi memohon kebenaran RAJA RIMBA untuk menukar agamanya. Saya beri jaminan, akhirnya jin tersebut saya islamkan. Minta di hantar ke Mekah.
Rawatan pada anak gadis mereka di teruskan.Saya tumpukan serangan pada bahagian perut, memohon pada ALLAH S.W.T di beri kekuatan pada tangan saya untuk memotong segala buhul sihir yang mengikat. Di kesan berada di perut dan kemaluan pesakit. Setelah membuat beberapa potongan, akhirnya jin hadir. Rupa rupanya jin yang hadir merupakan jin sihir yang menyerang pesakit 3 tahun yang lalu. dan yang menyebakan keluarga pesakit mendapatkan khidmat dari bomoh tersebut. Ikatan sihir pada bahagian perut, izin ALLAH berjaya di putuskan. Jin masih enggan keluar, setelah di azab dengan kaedah toreh dan pasak, akhir jin mengalah. Walaubagaimanapun jin mengatakan ia tetap tidak dapat keluar dari tubuh pesakit kerana barang sihir di kemaluan pesakit masih ada dan selagi barang sihir yang ada pada simpanan penyihir masih ada, selagi itulah kekuatan sihir tidak akan sirna. Saya buntu seketika. Saya membuat perjanjian dengan jin tersebut, sekiranya di izinkan ALLAH saya akan menghancurkan barang sihir yang ada pada penyihir maka jin tersebut harus berjanji untuk keluar dari tubuh pesakit. Jin tersebut setuju.
Saya pasrahkan diri dan memohon pada ALLAH. "INNAMA AMRUHU........KUN FAYAKUN". Saya mengumpulkan segala kekuatan yang ada lalu melepaskan nafas di iringi gerakan. ALHAMDULILLLAH, barang sihir di hancurkan. Semasa melepaskan nafas, tubuh badan pesakit di hadapan saya terangkat dan turut merasa kesakitan. Jin mengerang kesakitan. Ianya berlaku kerana ada hubungan di antara barang sihir yang ada pada penyihir dan barang sihir yang tertanam di kemaluan pesakit. Apabila di hancurkan maka kedua duanya akan merasakan kesannya.
Jin tersebut akhirnya keluar. Pulih akhirnya, setelah 3 tahun pesakit menderita. Satu masaalah terlerai akhirnya Saya lihat ayah pesakit mengalirkan airmata dan mencium pipi anaknya. Tanda kasih sayang seorang ayah. Si Ibu mengatakan akan menunaikan NAZARNYA. Anak gadis mereka berkata, cukuplah tak mahu lagi sakit setetlah bertahun lamanya. Kami mengucapkan syukur kepada ALLAH. Mohon agar ALLAH kekalkan kesembuhan. . Rawatan di hentikan, insyaallah akan bertemu di lain masa yang di rancangkan bagi mengeluarkan saki baki saka bomoh yang masih berada di tubuhnya.
Selesai rawatan, saya bertanya padanya..Ya..ia sedar dan tahu apa yang berlaku pada dirinya selama ini. Cuma seperti terkunci lidah dan anggota seperti tidak berfungsi. Tidak mempunyai kekuatan untuk membebaskan diri...
Hasbunallah Hu Wa Nikmal Wakil...
Selasa, 13 Ogos 2013
Pelepas SAKA
Di pendekkan cerita, maka entah bagaimana, pada suatu hari mereka tersedar dan menghalau bomoh tersebut dari rumah mereka. Maka bermulalah episod yang lebih menyedihkan pada keluarga tersebut apabila bomoh tersebut menghantar semua jin peliharaanya kepada keluarga tersebut dengan tujuan menyakiti mereka. Berpuluh puluh perawat di temui bagi menyelesaikan masaalah mereka. Namun, kesembuhan masih belum nampak sinarnya.
Ketika sessi rawatan saya mulakan pembacaan Rukyah pada satu keluarga pesakit seramai 9 orang. Ketika pembacaan, 4 orang mengalami respon aktif. Alhamdulillah, gangguan pada 2 pesakit berjaya di keluarkan dengan mudah. Tinggal 2 pesakit lagi yang perlu di selesaikan. Ketika membuat rawatan pada Ayah pesakit, Jin yang menunjukkkan gaya panglima menghadirkan diri. Apabila di ajak berdialog, jin tersebut semakin mengemaskan sila nya sambil menunjukkan kesombongan. Muak dengan respon jin tersebut, lalu saya buat beberapa tusukan tanpa sentuh( TTS ) dengan niat mengazabnya. Jin mula mengesotkan tubuhnya sedikit demi sedikit. Saya agak yakin bahawa jin ini tak berapa nak feel dengan kaedah jurus jurus ni. Lalu saya pegang ubun ubun pesakit, lalu saya katakan padanya, sekuat mana pun kamu, kamu pasti di kalahkan dengan ayat ayat ALLAH. Jin hanya mendiamkan diri. Saya bacakan ayat pembinasa, baru beberapa ayat akhirnya jin mula berkata. Saya dari SABAH ni, Mau jaga dia. Haaa..Ngam! Aku pun orang sabah juga, siap suruh kau jaga dia? Ai na, marah betul aku ni, buat malu WARGANEGARA saja...agak panjang perbualan dengan jin tersebut al maklumlah dah lama tak sembang dengan bahasa IBUNDA. Hehehehe. Di ringkaskan cerita akhirnya jin tersebut akur untuk keluar dari tubuh pesakit dengan SYARAT.?????
Rawatan di teruskan pula pada anak gadis tersebut yang telah mengalami gangguan sejak 3 tahun yang lalu. Rawatan pada pesakit agak sukar memandangkan pesakit telah mengalami gangguan yang kronik dalam tempoh yang agak lama. ketika melakukan tolakan melalui perut pesakit, pesakit mula muntah dengan banyaknya. Adakalanya pesakit berperwatakan harimau dan adakalanya menangis seperi budak kecil. ANAK KERAK KE? mungkin Ya mungkin Tidak. Ariff namanya. Jin gaya RIMAU tak sempat di bereskan kerana lenyap begitu saja ketika serangan baru nak di lancarkan. Terakhir saya ikhtiarkan dengan kaedah PULAS bagi menarik gangguan. Ketika pulasan di lakukan pada bahagian mulut, pesakit mula mengeluarkan bunyi dengusan. dan akhirnya muntah sekali lagi. Nasib baik sempat alihkan botol, kelam kabut tadah dengan plastik. banyak juga muntahnya. Pesakit masih separuh sedar. Saya mohon pada ALLAH melakukan serangan pada TUAN PUNYA JIN SAKA. Maka gerak di salurkan dan serangan mula di lancarkan. ANEHNYA. seperti tak wujudnya TARGET sasaran. Selepas tu baru saya tahu, bahawa bomoh tersebut telah meninggal dunia 5 bulan yang lepas.
Nampaknya kes menjadi semakin RUMIT. Rupa rupanya Saka saka tok bomoh dah di serahkan kepada keluarga pesakit tanpa pengetahuan mereka. Saya hentikan rawatan, saya sarankan keluarga pesakit datang berjumpa saya semula pada masa yang di tetapkan. Harapnya mereka datang semula.
Sebenarnya, masih banyak yang tak saya ceritakan dalam artikel ini berkenaan simptom gangguan yang di alami anak gadis tersebut. Cuma jika anda mendengarnya pasti akan tercenggang dan mulut anda akan terngangga seluas luasnya. Pada sahabat perawat di sana, jika terdetik di hati nak ikhtiarkan bantuan untuknya. Hubungi lah saya. Sama sama kita ikhtiarkan apa yang terbaik untuknya..
Selasa, 6 Ogos 2013
Jenis Batin-Selamat Hari Raya Maaf zahir Batin
ILMU BATIN:
Yang ni sure banyak yang duk cari..nak kebal,nak jalan atas air tapi sure kat kubur dah tak boleh nak aplikasikan ilmu batin. Dan banyak juga jin jin yang menjadi dalang di sebalik ilmu batin. Al maknanya, kena lah cari guru yang benar dalam bab dan belajar ilmu batin.
BATIN LEMAH:
ni bukan sebab tak pekena tongkat ali atau misai kucing sebagainya tau! lemah batin nie sebab kita tak bagi dia makanan yg secukupnya.kalau zahir kita perlukan makanan,zat,vitamin, siap ada supplement lagi tapi kenapa batin kita tak bagi makan? batin kita perlu ilmu,perlu amal,pastu perlu istiqamah, kena bagi makan selalu laa. bukan setahun sekali. cuba korang makan nasi setahun sekali, tak cekeding jadinya?
BATIN TERSEKSA:
kita ni selalu menyiksa batin kita sendiri tanpa kita sedari. dah la makanannya jarang nak diberi, seksa pulak dengan perbuatan tak senonoh macam mengumpat, mengata, hasad dengki dan etc. orang lain dapat nikmat kita tak pasal-pasal sakit hati. tak ke menyiksa dri sendiri namanya tu?
BATIN BERPENYAKIT:
kalau pening, demam kita laju je cari ubat tapi penyakit batin takde siapa yang ambil kisah.jangan pulak pergi jumpa tok batin, tu nak bagi lagi punah. masalahnya penyakit batin ni boleh berjangkit, tak cukup

BATIN POWER RANGERS:
nak mem'power'kan batin kena la cari ilmu. bukan ilmu gaduh atau gasak tapi ilmu tauhid, ilmu mengenal Tuhan yang paling power. tak kira apa power yg korang ada, korang tengok orang ada atau korang fikir ada kat dunia ni semuanya datang dari dan milik DIA. dah tu tak reti-reti nak jadi insan yang merendah diri pada DIA? korang ingat "power rangers" tu terer ke kalau nak dibandingkan dengan Allah?sesunggunya Allah maha kuasa..THINK!~hati dia sakit,dia jaja pulak fitnah dan tohmah bagi pakat ramai-ramai sakit sekali.
MAAF ZAHIR BATIN;
ni time raya mmg popular la tapi kat mulut aje, dalam hati cam gitu juga. masih ada lagi benci membenci, PhD dan doktor falsafah.apa salahnya tiap kali kita nak tidur atau mati sementara dan mungkin juga selama-lamanya kita maafkan semua orang. fadhilatnya selain dpt pahala, dapat hilangkan sakit jiwa,sakit mental,mungkin juga sakit fizikal.
Khamis, 1 Ogos 2013
Sembuh Akhirnya
Petang semalam bekas pesakit telefon saya..alhamdulillah setelah berbelas tahun mengalami masalah gangguan saka akhirnya pulih setelah menerima rawatan dari saya. Padahal saya cuma merukyahnya dan merawatnya hanya satu sessi..memang pesakit ni histeria masa tu. Sebelum ni dah banyak kali berubat dan dah banyak kali mengilai. Berubat sekali elok 3 hari dan begitulah kedaaanya berterusan sehingga ia mendapatkan rawatan di RITEQ.Kata pesakit," ustaz setelah sebulan saya tunggu jika simptomnya datang balik,tapi alhamdulillah,kepala dah tak sakit lagi dan badan dah ringan dan mudah nak solat.saya kagum dengan bacaan ayat ayat al quran yang ustaz bacakan dan nampak kesungguhan semasa ustaz merawat. terima kasih ustaz."..saya jawab..same same. :D
Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, apapun pun kaedah yang di gunakan,apa pun ilmu yang yang amalkan, yakinlah bahawa ALLAH yang menyembuhkan.Janganlah lah kita merendah rendahkan kaedah orang lain. sedih mendengar dan membaca apabila ada sesetengah perawat yang menghina perawat yang lain. Tak kiralah ilmu atau kaedah yang di gunanya asalkan tak salah di sisi agama. Ilmu Allah tu kan luas dan kaedah hanyalah melengkapkan sebuah cara. Jadi tunggu apa lagi, sempena syawal yang bakal menjelang tiba, sama samalah kita bermaaf maafan mengeratkan lagi hubungan silaturrahin sesama perawat. BerSama sama kita memartabatkan Kaedah Perubatan Islam. Oh ya..tahun ni Saya tak balik Sabah..Raya kat sini Bah..hehehe
Sabtu, 6 Julai 2013
Kau Ku Santet..Maka Al Quran lah Kaedah penyembuhannya
Pada
dasarnya ilmu santet adalah ilmu yang
mempelajari bagaimana memasukkan benda atau sesuatu ke tubuh orang lain dengan
tujuan menyakiti.
Benda ini boleh saja misalnya sebuah paku atau seekor
binatang berbisa yang dihantar secara ghaib untuk dimasukkan ke tubuh
seseorang dengan tujuan menyakiti orang tersebut. Seperti ilmu-ilmu lain
yang ada di dunia, santet boleh merupakan ilmu putih atau
ilmu hitam tergantung dari penggunaan ilmu ini sama ada untuk kebaikan atau
untuk kejahatan. Tetapi dalam aplikasinya ilmu putih ini dipadukan dengan
ilmu-ilmu lain sehingga boleh dikatakan diselewengkan (dihitamkan) oleh
pelakunya, misalnya yang asalnya digunakan untuk menidurkan bayi yang cerewet
agar bisa terlelap, oleh maling ilmu ini diselewengkan untuk menidurkan calon
korbannya.
Ilmu untuk meluluhkan hati orang yang keras atau kalap tetapi diselewengkan fungsinya untuk membuat orang lain terlena bujuk rayunya. Kes yang terakhir ini marak yang umum kita kenal dengan istilah gendam.
Walaupun proses santet yang ghaib ini sukar difahami secara ilmu pengetahuan, tapi secara logik santet boleh difahami sebagai proses dematerialisasi. Pada saat santet akan dihantar, benda-benda seperti paku, jarum, beling, ataupun inatang berbisa ini diubah dari materi menjadi tenaga.
Kemudian dalam bentuk tenaga, benda ini dihantar menuju sasaran. Setelah tepat mengenai sasaran, tenaga ini diubah kembali menjadi bahan. Sehingga apa-apa yang tadi dihantar, misalnya beling dan binatang berbisa akan masuk ke tubuh seseorang yang merupakan sasaran santet. Selanjutnya secara automatik benda-benda yang tadi dimasukkan melalui santet ini akan menimbulkan kesakitan pada tubuh orang yang disantet.
Selanjutnya penulis akan membahas ilmu santet lebih ke arah santet sebagai ilmu hitam. Berdasarkan pengetahuan penulis, ada dua jenis santet menilik dari jenis ekuatan yang dijadikan sumber kekuatannya.
Pertama adalah santet yang dalam prosesnya memanfaatkan kekuatan makhluk ghaib seperti jin, setan, dan makhluk ghaib lain. Dalam pelaksanaannya, pelaku santet akan bekerja sama dengan makhluk ghaib sebagai media penghantaran santet.
Untuk mengajak si makhluk ghaib untuk dijadikan "kurir" ini tentu saja pelaku antet harus memberikan ganjaran sesuai yang diminta oleh sang kurir. Ganjaran boleh berupa sesaji khusus yang diperuntukkan makhluk ghaib sebagai makanan untuknya. Ganjaran juga boleh berbentuk lain sesuai permufakatan makhluk ghaib dengan pelaku santet. Setelah ganjaran yang dijanjikan disepakati, maka "sang kurir" pun akan melakukan tugasnya membawa santet menuju sasaran.
Ada kes misalnya sesaji atau ganjaran yang disepakati lalai atau tidak dilaksanakan oleh pelaku santet, maka dalam kes ini boleh saja si makhluk ghaib akan meminta tumbal dari pelaku santet. Sehingga boleh disimpulkan hal ini lah yang merupakan risiko bagi para pelaku santet.
Kedua, adalah santet yang berpunca dari kekuatan batin. Santet dengan kaedah ini memerlukan kekuatan batin yang biasanya diperolehi dari laku spiritual.
Pada masa penggunaannya santet dengan kekuatan batin biasanya dibantu dengan kekuatan visualisasi ( pembayangan ) yang kuat dari pelaku. Misalnya santet dengan menggunakan media buluh apus yang ketika hendak digunakan terlebih dahulu dibacakan mantera-mantera tertentu, setelah itu pelaku santet memusatkan konsentrasi, visualisasi dan berniat menyumbat kubul dan dubur si jabang bayi (sasaran).
Konon, dengan cara demikian, seseorang yang dituju tidak boleh buang air besar maupun air kecil. Sehingga pada hakikatnya kekuatan santet ini berpunca dari memusatan kehendak batin saja. Sedangkan peranan dari ritual, seperti membaca mantera atau laku tirakat lain merupakan sarana penunjang yang mampu membantu visualisasi batin sehingga bertambah kuat.
RAWATLAH DIRIMU DENGAN AL QURAN
Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan
kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk
penyakit rohani dan fizikal. Tiap-tiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah
penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin
kepadanya.
AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR
تُدَمِّرُ كُلَّ شَيْءٍ بِأَمْرِ رَبِّهَا فَأَصْبَحُوا لَا يُرَىٰ إِلَّا مَسَاكِنُهُمْ ۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْقَوْمَ الْمُجْرِمِينَ
yang menghancurkan segala sesuatu dgn perintah Tuhannya,
maka jadilah mereka tak ada yg kelihatan lagi kecuali (bekas-bekas) tempat
tinggal mereka. Demikianlah Kami memberi balasan kepada kaum yg berdosa. Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin
Tuhannya. (Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka (punah
ranah) tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka.
Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa.
Sehebat mana dan sekuat mana pun sihir tersebut pastinya tidak dapat menandingi Kitabullah. Di dalam surah Al-Israa’ ayat 82, Allah (s.w.t) berfirman:
“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.”
Dan di dalam surah Fussilat ayat 44, Allah (s.w.t) berfirman:
“Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”.

Selasa, 25 Jun 2013
Perawat Kota Masai,Pasir Gudang JOHOR
Perawat merupakan seutama utama pekerjaan
Syeikhul islam Ibn Tamiyah mengatakan adalah merupakan
fardhu kifayah terhadap orang yg mempunyai pengetahuan untuk mengubati
kerasukan dan ia juga merupakan sesuatu yang disyariatkan dan seutama-utama
pekerjaan dan inilah yang dilakukan oleh para nabi dan solehin.
Alhamdulillah, Insyaallah kepada yang memerlukan khidmat
rawatanya, bolehlah menghubungi sahabat perawat di Kota Masai Johor. Cikgu Mohd Asyran di no 0139563495/017611247.
Selasa, 11 Jun 2013
Kisah Pengalaman Rawatan Pelajar
Pengalaman 1
Lebih kurang sebulan lepas,saya anggap peristiwa ini suatu
keajaiban.Seekor Kuching telah di langgar di bahagian kaki belakang sehingga ke
perut di rumah saya,kakinya mungkin patah.Saya dan Isteri ambil Kucing
itu,memang jika di lihat pada keadaan Kuching tu akan mati..saya belas dan
pegang perut nya dengan membaca ZINK.satu set.Lepas tu saya tinggalkan
bersama-sama isteri saya.Esoknya saya terperanjat bila lihat Kuching tu masih
hidup.Tapi masih lemah dan perutnya kelihatan macam rosak.Saya bacakan ZINK sekali
lagi,Secara ringkasnya saya baca ZINK 3 set,sehingga kini ,Kuching itu dah
pulih seperti sediakala...MIRACLE
Pengalaman 2
Merawat sekeluarga..yang bercampur Sihir dan Saka..memang
teruja teramat sangat..Allah izinkan saya membaca ZINK sahaja,apa nak jadi
nasiblah...sebab nak rawat seorang-seorang memang sussh sebab berangkai antara
satu dengan yang lain.
Gambaran makhluk gaya ala Jawa macam cerita JAWA..Zink dibacakan selepas 2 kali baca ..Induk Jin tu pada salah seorang ahli keluarga mula meraung..terpekik terlolong,saya terus baca sahaja sampai cukup 1 set..
Ternyata Jin tu mengaku kalah..nampaknya dia dah hitam..rentung dan menawarkan diri nak keluar melalu muntah..dia mengisyaratkan kepada rangkaiannya keluar dari tubuh pesakit..mulalah Muntah berlambak-lambak...Banyak lagi nak cerita..tapi tak larat nak taip..Alhamdulillah nampaknya Positif diakhirnya..

Pengalaman 3
Saya ingin berkongsi dgn sahabat RITEQ satu kejadian yang
terjadi kepada saya baru2 in.i Baru ni saya sakit gigi, sampai mengalir air
mata, punya la sakit. Saya teringat ayat2 yang ustaz peturunkan pada saya,saya
terus membaca ayat2 itu sambil menyapu pipi saya yang sakit, beberapa kali
menggosok tiba2 celah2 jari saya dimasuki oleh sesuatu yang pada perasaan saya
macam semut masuk celah jari,terasa dia bergerak macam seekor ulat, dan saya
terus hempas kelantai,tetapi tiada apa2 pun yang jatuh. saya terus kunci
dilantai.Lepas pada tu gigi saya beransur kurang dan terus baik, sampai
sekarang.Saya mengucap syukur banyak2 pada ALLAH kerana memakbulkan permintaan
saya.
Kesan bacaan ZINK ke atas pesakit..pengalaman merawat
seorang pesakit di Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur pada 11 Mei 2013.
Pengalaman 4
Hamba Allah ini di Sihir ,berpunca kerana menjadi isteri muda.Saya dan bang saya(berkemampuan melihat secara terang keadaan gangguan dan penyihirnya).Kami memulakan rawatan seperti biasa ,Aohamdulillah sebahagian Gangguan telah keluar.Cuma gangguan yang din kepala sukar dikeluarkan.Saya membacakan ZINK,Semasa saya membacakan Zink itu saya terasa aura ZINK itu mengelilingi saya.Yang paling menarik cerita abang saya yang Allah izinkan melihat auran ZINK dan keadaan gangguan itu.Dia menceritakan bila saya baca ZINK itu ,keluar cahaya putih/bersinar mengelilingi pesakit dan cahaya itu masuk keseluruh anggota pesakit sehingga abang saya nampak organ2 dalaman pesakit.,cahaya itu menolak semua gangguan itu keluar dari tubuh ke belakang pesakit dan terus naik ke udara,kelihatan tubuh pesakit itu bersih.Selepas itu abang saya melihat dari kepala keluar pesakit keluar jarum2 ,abang saya mengenggam jarum itu dan membuangnya..Alhamdulillah pesakit pulih..

Pengalaman 5
Pengalaman membacakan ZINK ke atas pesakit,dengan izin Allah
didatangkan kepada pesakit gambaran gangguan yang di alaminya..antara yang
terbaru pesakit digambarkan keadaan Jin yang berada ditubuhnya semasa ZINK
dibaca,Salah seekor dari JIN itu menangis ,seekor lagi pecah kepalanya dan
seekor lagi menutup telinganya ...semakin dibaca ZINK itu JIN2 itu terus lenyap
begitu sahaja.Sebelum ini ada pesakit digambarkan muka Hamba Allah yang mungkin
Penyihirnya..dan ada juga digambarkan Tukang Sihir itu sendiri yang sedang
melakukan sesuatu untuk bertahan semasa ZINK di bacakan.
Sebagai Perawat saya lebih suka gambaran itu didatangkan kepada pesakit,daripada kepada Perawat sendiri..Kerana sekiranya perawat yang bercerita hal-hal sedemikian kepada pesakit atau keluarga Pesakit mungkin akan timbul Fitnah..
Alahamdulillah terima kasih TGU..saya boleh diam sahaja,mulut tutup,tak cerita apa2..hanya tumpu kepada rawatan..sahaja..tak perlu menjawab soalan-soalan pesakit..terjawab dengan sendirinya apabila ditayangkan VIDEO itu..

Pengalaman 6
Seorang pelajar RITEQ memohon kebenaran saya untuk melakukan
rawatan terhadap seorang pesakit di sebuah hospital kajang. Niat si pelajar
hanya untuk membacakan zikir ZINK pada air rawatan. Semasa membaca Zikir ZINK,
tiba tiba pesakit hysteria dan berkata “Hei..jangan baca ..si pelajar
meneruskan bacaan.selesai bacaan zikir, pesakit melihat dalam gambarannya
makhluk jin yang menganggunya menjadi hitam terbakar.
Pengalaman 7
pesakit: Sakit..dia pun pejam mata.(guru saya kata: zikir)
saya: saya membaca beberapa ayat al Quran. pesakit pejam mata, tangan dia jadi kejang,hujung jari dia semua sakit.saya mohon pada Allah, tunjukan saya apa yang pesakit ni alami..maka dapatlah petanda yang pesakit ni kena sihir. Saya pun ruqyah lagi dan minta jin-jin tu tinggalkan tubuh pesakit. Saya terus membaca, pesakit mengetaq (menggigil) badan dia.Hampir-hapir jatuh kerusi.lalu saya susuh dia duduk di bawah. melunjur kaki.
pesakit: Saya rasa macam nak pengsan.
saya : Saya kata:tak pa.duduk dulu. saya berseloroh..pandai ternak no..banyak ni..he...he..(pujuk ati sebab agak kuat sihir tu) bila duduk saya pan guna kaedah ZINK..he..he..dah lama idam nak guna.masyaAllah..Allah punya kuasa, kesan zikir tu...pesakit tu sebut sakit..saya arahkan jin-jin tu keluar..saya tanya pesakit..rasa macam mana.
pesakit : saya rasa ringan badan saya.
saya: Alhamdulillah..saya kata banyak lagi..muka dia macan risau.saya pun guna kaedah tembak hawa...peh..reja sendawa saja pesakit.orang kedah kata belahak..he..he..bila dah selesai..saya cek guna teknik torehan..rupanya ada lagi saki baki hat ketegaq...saya tembak lagi..Alhamdulillah....pesakit kata ....
pesakit: Alhamdulillah..saya rasa tak sakit dah..
saya: Alhamdulillah....syukur pada Allah...pesakit pun balik dengan muka yang manis..

Pengalaman 8
lalu Allah gerakan hati saya untuk rujuk kes ni pada guru
saya...guru RITEQ (ustaz Shah) .saya ceritakan kes tersebut
.Alhamdulillah..saya mendapat tunjuk ajar dan pencerahan dari guru. berbekalkan
ilmu yang di ajarkan pada saya ..saya menuju ke pondok pada malam isnin bersama
seorang rakan perawat.(farid). saya kata : jom p tangkap hantu.(gurau saya)
jam 10 malam kami pun sampai di kawasan pondok yang agak gelap dan terpencil. kawasannya di kelilingi pokok getah dan kelapa sawit. jalam menuju ke pondok agak gelap kerana tiada lampu jalan.
bila sampai saya minta pada ustaz (guru pondok) untuk masuk ke dalam surau. lalu saya bacakan ZINK pada rawan perawat seperti yang diajarkan oleh guru saya dan saya mohon Allah beri kami petunjuk..tiba2???
rakan perawat kata..ustaz ada orang berjubah putih..
saya: ya ka.erm...erm...lalu saya gunakan beberapa teknik dan jin tersebut di pindahkan ke tempat lain.keesokan harinya saya tanya kepada ustaz ..pelajar tu kena ganggu tak lg..usaz bg tahu, pelajar tersebut dah tak kena ganggu dah..
alhamdulillah..puji syukur kepada Allah yang maha berkuasa atas tiap2 sesuatu.terima kasih kepada Guru Riteq yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar serta memberi semangat .

Pengalaman 9
ZINK ku wiridkan .. pesakit amat gelisah (diwaktu ini aku
niatkan supaya pesakit dapat melihat apa yang berlaku pada dirinya)
Diikuti dengan ayat-ayat azab..
kusudahi dengan ruqyah Yaasin..
Diikuti dengan ayat-ayat azab..
kusudahi dengan ruqyah Yaasin..
Pengalaman 10( Ilmu Kerohanian Karomah ayatul kursi)
Saya cuba kaedah jurus untuk scanning tubuh badan kawan dan
tangan saya mula bergerak buka jurusnya.dalam masa yang sama kawan saya rasa
dia macam dalam mimpi dan badan dia berpusing pusing.masa niat scanning tu
tangan saya aktif berlegar legar dgn gerakan jurus kea rah tubuh kwn saya
tu..al maklumlah ust.baru sangat lg dengan kaedah ni. Belum khatam lagi pun..
Pengalaman 11
Pelajar menggunakan kaedah bakar telor (ZINK) bagi menhentam tukang sihir yang mana pesakit yang telah di sihir selama 11 tahun mengakibatkan pesakit bisu. Pelajar tersebut telah membakar telor selama 3 hari 3 malam. Pada keesokan harinya, telor tersebut pecah dan pesakit boleh bercakap semula.

Dan masih banyak lagi pengalaman dan testimoni pelajar yang tak dapat saya lampirkan di sini. Tak Larat nak tulis..Inilah pertolongan ALLAH.
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)