Ahad, 7 November 2010

PERBEZAAN ANTARA IBLIS,JIN DAN SYAITAN

HAKIKAT IBLIS
Iblis laknatullah adalah bapa dan asal dari bangsa jin,sebagaimana Adam adalah bapa dan asal dari manusia.sebagaimana yang dikatakan Atthabari:dari Alhasan:
artinya: Tidak adalah iblis itu dari malaikat sekejap mata pun,dan sesungguhnya dia itu asalnya jin sebagaimana Adam asalnya manusia.
Tetapi kadangkala kita terkeliru mengenai ayat yang memerintahkan malaikat untuk sujud kepada Adam,adakah Iblis juga didalam golongan malaikat?untuk jawapanya perhatikanlah apa yang dikatakan oleh Azzamakhasyari dalam tafsir Al-kassyafnya:
Ertinya: Tatkala bersifat iblis itu dengan sifat malaikat maka dihimpunkanlah ia bersama malaikat didalam ayat tersebut dan kerananya dihayatilah suatu pengecualian dan telah diterangkan perkara itu didalam firman Allah: "kecuali iblis,adalah ia dari bangsa jin"
            
HAKIKAT JIN
Disebutkan didalam kitab Alkaukabul Ajuj halaman 152,seperti berikut:
Ertinya: Dan adapun jin itu,maka yaitu zat zat yang halus,yang dapat berubah ubah bentuk dengan bentuk yang berlain lainan dan dapat nyata darinya perbuatan yang aneh.sebahagian dari mereka ada yang beriman  dan ada yang kafir,ada yang taat dan ada yang derhaka.

HAKIKAT SYAITAN
Syaitaan adalah mufradnya dari Syayathin.Syeikh Ahmad Asshawi telah berkata mengenai makna dan asal Syaitan didalam tafsirnya,pada juz 1,halaman 5,sebabagai berikut:
Ertinya: Dan lafaz syaitan itu asalnya Syathana,ertinya jauh dari rahmat Allah.Ada juga dikatakan berasal dari Sya-tha,dengan makna ihtaroqa ertinya;terbakar.Dan syaitan itu nama  bagi tiap tiap yang derhaka dari bangsa jin dan manusia.
Daripada keterangan diatas,dapatlah kita pastikan bahawa syaitan itu adalah nama sifat dan tidaklah ia diberi bentuk atau asal tertentu.Kalau jin bersifat derhaka,maka dialah syaitan.begitu juga jika ia manusia yang bersifat derhaka,maka dialah syaitan.Kadangkala lafaz syaitan juga diberikan kepada Iblis laknatullah.Diterangkan dalam Surah Al-An'Am ayat 112,seperti berikut:
Ertinya: Dan demikianlah telah kami jadikan bagi tiap tiap nabi itu musuh musuh berupa syaitan yang terdiri daripada jin dan manusia,yang membisikkan setengah mereka itu kepada sesetengahnya akan kata kata yang dihiasi dengan tipudayanya,
Syaitan manusia itu kadangkalanya adalah diri kita,isteri kita,teman kita atau anak anak kita yang membuat kita berpaling dari taat kepada Allah.Malik bin Dinar berkata:
Ertinya: Sesungguhnya syaitan manusia itu lebih hebat keatasku daripada syaitan jin,maksudnya :apabila aku berlindung kepada Allah,maka berlalulah syaitan jin.sedangkan syaitan manusia itu datang kepadaku,maka diseretlah aku kepada segala kemaksiatan.
Hujjatul Imam Al-Ghazali berkata:
"berhati hatilah engkau kepada syaitan manusia.kerana sesungguhnya syaitan syaitan manusia itu telah memberi kesenangan kepada syaitan syaitan jin daripada keletihanya."
Daripada keterangan diatas,dapatlah kita perhatikan bahawa Iblis laknatullah adalah syaitan kerana ia telah membangkang dan derhaka pada perintah Allah untuk sujud kepada Adam.Sedangkan syaitan bukanlah iblis,kerana Iblis adalah lafaz untuk menyebut seorang jin yang tertentu yang bernama Azazil.Pada setiap orang  terdapat syaitan akan tetapi pada setiap orang tidak ada iblis.
"bahawa Aisyah,isteri Nabi s.a.w mengatakan,"Rasulullah s.a.w keliar pada satu malam daripada sisinya.Aisyah berkata"aku lalu berlari mengejar baginda hingga mendapatkanya."Melihat apa yang aku lakukan,Baginda berkata,"ada apa dengan kamu wahai aisyah,apakah kamu cemburu?"aisyah berkata,"bagaimana orang sepertiku tidak cemburu terhadap orang seperti kamu".Baginda kemudian berkata,"atau syaitan telah datang kepada kamu?aisyah berkata,"adakah padaku ada syaitan?Baginda berkata,"Ya".aisyah berkata lagi,"apakah dia juga ada pada setiap orang".Nabi berkata"Ya".aisyah berkata,"apakah pada kamu juga?Nabi menjawab,"Ya,hanya saja Allah menolongku untuk menakluknya sehingga ia memeluk islam" (riwayat muslim)

Tiada ulasan: