Bismillahirrahmaniirahim.
Allahumma Solli A'laa Saidina Muhammad, Wa A'laa Ali Saidina Muhammad
Alhamdulillah,masih di beri kesempatan oleh ALLAH untuk berkongsi serba sedikit perihal bab dan kisah rawatan kepada sidang pembaca sekalian. sepanjang bulan mac ini saya seringkali menghadapi beberapa kes rawatan yang memerlukan kepada penyelidikan yang mendalam dalam menyelesaikan situasi gangguan.
Sebelumnya ada yang pernah bertanya kepada saya,bagaimana caranya apabila kita menghadapi kes/ situasi rawatan yang mana apabila kita membacakan ayat ayat rukyah, pesakit akan mengalami kesakitan yang amat sangat pada sebahagian anggota badannya sehingga pesakit memaksa kita agar menghentikan rawatan. insyaallah, akan saya kongsikan beberapa kaedah/ adab sekiranya sekiranya perawat menghadapi siutasi tersebut. berikut saya ambil beberapa contoh kes rawatan kepada pesakit yang mengalami situasi seperti yang di bnicangkan.
Contoh kes 1.
Puan A sebelum mendapatkan rawatan, telah mengalami mimpi yang agak menakutkan, di mana di dalam mimpi tersebut, beliau telah di belah oleh seseorang dan dari belahan itu keluar seorang bayi lalu di ambil oleh tukan belah tersebut. Pada keesokan harinya, puan A sering mengalami kesakitan yang luar biasa pada perutnya dan dia juga sering merasakan ada benda sepanjang 3 inci bergerak gerak di sekitar perutnya.
Sessi rawatan, ketika saya membacakan ayat ayat rukyah padanya, puan A merasakan kesakitan yang amat sangat pada perutnya dan meminta di hentikan pembacaan. Risau dengan keadaan pesakit, maka saya hentikan bacaan dan memmfokuskan untuk menarik sahaja gangguan dari perutnya.
Contoh kes 2.
Abang A mengalami sakit pada bahagian paha kirinya dan menyukarkan beliau untuk berjalan dan melakukan ibadah solat. Sebelumnya, abang A telah kencing di salah satu sungai dan selepas itu beliau mula mengalami kesakitan pada kakinya. Risau jika perbuatannya itu telah menyebabkan ada makhluk yang terkena, maka dia mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan.
Sessi rawatan, sebelum membacakan ayat ayat rukyah, saya terlebih dahulu menegaskan sekiranya ada makhlus halus yang marah pada perbuatannya, maka saya menegaskan bahawa sekali kali bahawa pesakit ini tidak melihat kewujudan anda di tempat tersebut, maka seharusnya andalah yang telah di berikan pengetahuan oleh ALLAH untuk mengelak dari pesakit tersebut. Jauh sekali untuk meminta maaf dan di arahkanjin tersebut keluar tanpa apa-apa syarat.
Cara dan kaedahnya:
Sekiranya anda mengalami situasi tersebut maka bacakanlah apa apa ayat rukyah pada tapak tangan, lalu letakkan tangan anda ke bahagian yang sakit. Lalu mohonlah pada ALLAH agar jin tersebut terikat sehingga ia tidak mampu mendatangkan apa apa mudharat atau kesakitan apabila anda membacakan ayat ayat al quran. Bacalah apa saja ayat yang terlintas di fikiran anda. Bagi pelajar RITEQ maka gunakan kaedah ikat Rantai dalam silibus tahap 1.Insyaallah, selepas anda melakukan kaedah tersebut, maka jin tersebut tidak lagi mempunyai kemampuan untuk menyakitkan pesakit apabila anda membacakan ayat ayat al-quran untuk mengazabnya.
Seterusnya anda bacakan ayat dalam kaedah menarik gangguan dan anda tarik secara makrifat gangguan tersebut keluar dari tubuh pesakit. Boleh juga selepas di ikat anda teruskan dengan bacaan ayat ayat rukyah untuk mengazab jin tersebut hingga ia menyerah untuk keluar dari tubuh pesakit.
Hasil dari kaedah tersebut, maka puan A dan Abang B hilang kesakitan dari tubuh mereka dengan serta merta.. Alhamdulillah..
Moga catatan serba ringkas dari yang faqir ini dapat di jadikan panduan..Wallahualam.
1 ulasan:
Asalamualaikum,
Jazakallah Khairu.
Ini antara masalah yang paling memeningkan kepala saya selama ini.
TQVM.
Catat Ulasan