(Gambar Hiasan Sahaja Tapi Elok Di Jadikan Bahan Bacaan Anak Anak Kita.hehehehe)
Pekerja Indonesia Di Rasuki Jin Penunggu Rumah
Saya di panggil oleh pengurus mereka untuk merawat salah seorang pekerja wanita indonesia di hostel tempat tinggal mereka. Katanya dah kerasukan hampir 5 jam. Wati ( bukan nama sebenar ) bersama 8 lagi pekerja indonesia yang lain baru 3 bulan menetap di sini. Demi mencari sesuap nasi, tekad meninggalkan ibu bapa, suami dan anak anak agar kehidupan lebih terjamin dan dapat mengumpul duit lebih sebagai modal apabila balik ke kampung halaman nanti.
Ketika melangkah masuk, kelihatannya pesakit duduk di satu sudut bilik dalam keadaan termenung. Saya bertanya serba sedikit mengenai keadaan pesakit daripada teman temannya. Kata mereka, pesakit ketika kerasukan, jin dalam tubuh pesakit memarahi mereka kerana sering membuat bising di hostel tersebut. Duduk saja di tepi pesakit, lalu saya letakkan tangan di atas kepala pesakit lantas pesakit terus tersedar dan beritighfar berkali kali. Apa sudah jadi ?,katanya. Beberapa rakan menenangkannya dan menerangkan situasi yang sebenar. Allah mudahkan..Alhamdulillah.
Saya membuat beberapa pengesanan di sekitar ruangan hostel mereka. Hmmmm..Jin menyorok kat tandas rupanya. Saya teruskan saja rawatan dengan membersihkan tapak hostel tersebut.
Berdepan Jin Harimau
Pesakit mengalami batuk yang teruk..makan ubat semua tak jadi. Ketika di rawat, di bacakan ayat ayat rukyah asas, pesakit kadangkala hanya mengeletar. Saya ubah teknik kepada hawa nafas. Pesakit mula menjauhkan diri dan jin menunjukkan perwatakan yang sebenar. Grrrrrrrrr..grrrrrrr. Tangan mula mengejang dan jari mencengkam ke lantai. Aksi di lakukan seperti pelakunya seorang penjinak haiwan di pertunjukkan sarkas.Hehehehe...di sebat dengan kaedah tasbih dan akhirnya terpaksa di sembelih. Bunyi dengusan nafas sangat jelas kedengaran ketika sembelihan di lakukan.
2 hari selepas rawatan, pesakit bermimpi melihat satu jenazah di rumahnya dan ramailah orang orang hindu menziarahi jenazah tersebut. Pesakit bertanya mengenai perihal mimpi tersebut kepada saya. Saya teringat akan kes rawatan pada jin silat pada pesakit lain satu ketika dulu. Setelah jin silat berjaya di bunuh, pesakit juga mengalami mimpi yang hampir sama. Kisah tersebut http://qolbuinsan.blogspot.com/2012/12/merawat-puan-membawa-anak-saudaranya.html.Wallahualam. Kita hanya mengharapkan yang terbaik untuk kesembuhan pesakit.
Men ZINK kan Saka Monyet
Rawatan pada Puan A mengalami masaalah ketiduran yang melampau.hehehe..24 jam asyik nak tidur sahaja. Tidur yang tak mampu nak di kawal. Semasa rawatan, di bacakan ayat ayat rukyah, kelihatan kaki pesakit seperti kejang dan tangan pesakit seperti lagaknya seekor monyet..
Saya duduk di hujung kaki pesakit dan saya mulakan bacaan zikir dan lakarkan setiap huruf zikir ke tubuh pesakit. Masyaallah, jin sesak mengalami sesak nafas dan akhirnya lenyap begitu saja. Allah kan ada, tak beri sedikit mudharat pun melainkan dengan keizinan NYA.
Alhamdulillah, segala gerak datang dariNYA jua. Yang baik datangnya dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari kelemahan dari diri saya sendiri. Letakkan segala galanya pada kekuatan dan kebesaran ALLAH. Moga perkongsian kali ini dapat anda ambil iktibarnya..Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Taqobbalallahu Minkum..Minna Wa Minkum Taqobbal Ya Kariim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan