(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.(Al-Anfal 9)
Sabtu, 25 Disember 2010
JIN SIAM..pertarungan yang belum selesai
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
"Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh musuh kamu,(oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu)dan cukuplah Allah sebagai pengawal yang melindungi,dan cukuplah Allah sebagai penolong(yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka).Surah Ali Imran ayat 45
Ini merupakan pengalaman yang pertama kalinya ana merawat pesakit yang disihir dengan penangan bomoh siam.Ana bersama seorang sahabat dijemput untuk merawat pesakit yang sudah 3 tahun menderita sihir.Ana mulakan rawatan dengan membaca ayat pemanggil."Apa yang kamu rasa sekarang"?tanya ana pada pesakit.Pesakit mengatakan yang dia merasakan seperti air yang mengalir laju melalui seluruh urat darahnya,dan bahagian tengkuknya terasa amat panas.Ana minta pesakit untuk teruskan zikir.Tak lama kemudian pesakit mula bertingkahlaku seperti seekor harimau.Ana suruh ayah pesakit meletakkan limau nipis pada genggaman tangan anaknya,bukan apa..takut2 pesakit mencederakan dirinya sendiri.Tak lama kemudian,pesakit menjadi semakin garang dan mengunyah limau tersebut.Aii..rimau apa ni,punyalah ganas,habis tangan ana kena cakaran pesakit tersebut.Ana berubah keposisi belakang pesakit dan memegang bahagian tengkuknya dan membaca beberapa ayat azab.Si harimau pun mula kesakitan.
Tak lama selepas itu,perwatakan pesakit berubah menjadi seorang wanita tua yang mengelarkan dirinya sebagai tok cha.kali ini dialog berlaku..katanya dia adalah penjaga wanita ini,dia adalah cucu aku..aku tak boleh lepaskan dia.Setelah tiada kata sepakat dicapai..akhirnya ana bacakan ayat ayat pembakar jin.Tok cha mula meraung kesakitan dan tak lama lepas tu pesakit pun pengsan..ingatkan masaalah dah settle..tiba tiba pesakit yang pengsan tadi bangun semula dan menjeling tajam kearah ana dan bercakap siam dengan nada yang marah.Alamak..ini yang aku tak gemar ni.Dah la ana tak faham bahasa siam ditambah pula dengan gaya bahasanya seolah olah memaki hamun ana.Ana pegang belakang pesakit tapi dia mengeliat dan mengalihkan badannya.Ana ulangi bacaan rukyah..pada mulanya jin siam tu menangis kesakitan tapi selepas tu dia buat tak tahu je.Macam macam kaedah ana gunakan termasuk sembelih,tikam,bunuh tarik dalam botol,habis 17 surah pembakar jin dan penghancur kebal jin ana bacakan tapi jin tu buat dek je,siap nyanyi lagu siam lagi.Jin siam tu siap buat isyarat lagi yang tuan dia sekarang ni tengah sembahyang puja.Ana ajak jin tu masuk islam tapi jin nak kekal dengan agamanya.Aduss..ana mula jadi hilang punca,nak buat macam mana ni.Inilah kali petama ana menghadapi keadaan macam ni.
Ana rileks sat..ana mula mengatur strategi..nak lawan ke tak lawan.Last sekali ana ambik keputusan untuk hentikan rawatan.Satu masaalah pulak..bila pesakit tu ana cuba sedarkan tapi tak sedar sedar jugak.Jam kat dinding dah menunjukkan jam 11.30.Dah masuk 2 jam setengah ana bertarung dengan jin siam ni.Ana tengok jin tu pun dah mula menguap.Akhirnya ana katakan kepada jin tersebut"macamnilah..kau dah letih dan aku pun dah letih..apa kata kita sambung lain kali..tapi yang pasti pertarungan akan datang akan lebih mencabar.kau nak tak?"Jin mula berfikir sambil menggaru garukan pipinya dan membuat isyarat tanda setuju..huii..brutal jugak jin ni.Last sekali ana tepuk belakang pesakit sambil membaca BISMILLAHIMASYALLAH.Pesakit sedar semula.Alhamdulillah...Ana sarankan keluarga pesakit beberapa nama pusat rawatan islam yang lebih arif untuk menyelasaikan kes ni.Bila ana sampai kerumah(masa tu mentua ana ada kat rumah)mak mentua ana kata"kuat betul bau kemenyan lekat kat hang ni!".Aduuh..masaalah ni..apapun kali ni ana nekad kalau bomoh siam tu serang ana,ana nekad hentam balik dengan maghrifat hifdzo ataupun yassin tunggal.Ana terus mandi dan solat..pas tu ana zikir dgn sebanyak banyaknya.Alhamdulillah..xda apa yang berlaku pada ana,tapi apapun ana tak harus lalai kerana bomoh dan jin siam tu akan sentiasa mengintai peluang untuk tembak ana.Apapun sampai sekarang ni ana masih terfikir fikir tentang kisah rawatan tadi....."BISMILLAH..TAWAKKALTU ALALLAH,WALAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAH"..
Kepada pesakit ana katakan"kesembuhan bukanlah ada ditangan perawat,tetapi hanyalah milik Allah.Perawat hanya berikhtiar tapi Allah yang menyembuhkan".
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Masya Allah bang mat..macam2 kisah dah kau lalui..semoga di permudahkan Allah
Catat Ulasan