Segala puji hanyalah bagi Allah,kita memujiNya,memohon pertolonganNya dan memohon keampunan dariNya.Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammmad adalah Hamba dan RasulNya.
Serba sedikit bercerita mengenai pengalaman merawat.Kali ini ana mendapat panggilan telefon dari pesakit yang mengadu badannya sakit seperti dihiris hiris dengan pisau pada bahagian tengkuk dan beberapa bahagian tubuh.Ana katakan pada pesakit yang ana tak dapat merawat malam ni kerana ada hal penting yang perlu ana selesaikan.Tapi pesakit mendesak yang dia dah tak tahan,kalau boleh malam ni juga dia minta dirawat.Kasihan dengan keadaan pesakit,ana bergegas kerumah pesakit sekitar jam 9.30malam.Suami pesakit menjemput ana dihadapan sekolah kebangsaan bukit jana.Sampai dirumah pesakit,ana terus mulakan sesi diagnosis utk mengetahui lebih lanjut akan punca penyakit.Pesakit mengatakan bahawa beberapa bulan ni,dia sering bermimpi menyusukan bayi.Terdetik dihati ana,"ni mungkin gangguan saka".
Ana mulakan rawatan tetapi tidak ada apa apa yang berlaku pada pesakit.Cuma pesakit merasakan rasa pedih semakin berkurangan.Selepas itu ana lakukan kaedah tarik penyakit dan bekalkan pesakit dengan cuka yang telah dirukyah untuk disapu pada bahagian sakit dan air rukyah untuk pesakit minum dan mandi sambil dicampur dengan tujuh helai daun bidara.Selepas rawatan,pesakit tanya ana samada dia terkena sihir atau tidak.Ana hanya katakan "Wallahu'a'lam".Ana suruh pesakit datang kerumah ana selepas 3 hari untuk buat rawatan susulan.
Selepas 3 hari,pesakit datang menemui ana dan mengatakan yang tanda tanda kesembuhan semakin ketara.Pesakit sudah boleh bekerja dengan cergas,dan pesakit menyatakan yang dia semakin yakin untuk meneruskan rawatan dengan ana.Ana katakan pada pesakit bahawa kesembuhan bukannya datang dari ana,tetapi hanyalah milik Allah.Ana cuma berikhtiar dan berdoa sahaja.Apa yang penting adalah kamu harus terus berikhtiar dan bertawakkal diatas segala yang kamu lakukan dan yakin bahawa pertolongan Allah sangat dekat terhadap hambaNya.Alhamdulillah..Ana teruskan dengan rawatan susulan,selepas rawatan pesakit menyatakan ada sesuatu seperti angin yang keluar ditelinga kirinya semasa proses rawatan.Ana bekalkan pesakit dengan kaedah mandian seperti yang disarankan oleh Ust.Syakirin(RIDAM).Terima kasih pada Ust.Syakirin.Beliau merupakan diantara guru guru yang ana sentiasa jadikan rujukan dan panduan dalam hal ehwal perubatan.Beliau banyak membantu ana dan menasihati ana.
Segala kesembuhan hanyalah milik Allah,kerana sesungguhnya tiada kesembuhan melainkan dengan kesembuhanNya.
Segala kesembuhan hanyalah milik Allah,kerana sesungguhnya tiada kesembuhan melainkan dengan kesembuhanNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan