Selasa, 6 Ogos 2013

Jenis Batin-Selamat Hari Raya Maaf zahir Batin


ILMU BATIN:
Yang ni sure banyak yang duk cari..nak kebal,nak jalan atas air tapi sure kat kubur dah tak boleh nak aplikasikan ilmu batin. Dan banyak juga jin jin yang menjadi dalang di sebalik ilmu batin. Al maknanya, kena lah cari guru yang benar dalam bab dan belajar ilmu batin.

BATIN LEMAH:
ni bukan sebab tak pekena tongkat ali atau misai kucing sebagainya tau! lemah batin nie sebab kita tak bagi dia makanan yg secukupnya.kalau zahir kita perlukan makanan,zat,vitamin, siap ada supplement lagi tapi kenapa batin kita tak bagi makan? batin kita perlu ilmu,perlu amal,pastu perlu istiqamah, kena bagi makan selalu laa. bukan setahun sekali. cuba korang makan nasi setahun sekali, tak cekeding jadinya?

BATIN TERSEKSA:
kita ni selalu menyiksa batin kita sendiri tanpa kita sedari. dah la makanannya jarang nak diberi, seksa pulak dengan perbuatan tak senonoh macam mengumpat, mengata, hasad dengki dan etc. orang lain dapat nikmat kita tak pasal-pasal sakit hati. tak ke menyiksa dri sendiri namanya tu?

BATIN BERPENYAKIT:
kalau pening, demam kita laju je cari ubat tapi penyakit batin takde siapa yang ambil kisah.jangan pulak pergi jumpa tok batin, tu nak bagi lagi punah. masalahnya penyakit batin ni boleh berjangkit, tak cukup

BATIN POWER RANGERS:
nak mem'power'kan batin kena la cari ilmu. bukan ilmu gaduh atau gasak tapi ilmu tauhid, ilmu mengenal Tuhan yang paling power. tak kira apa power yg korang ada, korang tengok orang ada atau korang fikir ada kat dunia ni semuanya datang dari dan milik DIA. dah tu tak reti-reti nak jadi insan yang merendah diri pada DIA? korang ingat "power rangers" tu terer ke kalau nak dibandingkan dengan Allah?sesunggunya Allah maha kuasa..THINK!~hati dia sakit,dia jaja pulak fitnah dan tohmah bagi pakat ramai-ramai sakit sekali.

MAAF ZAHIR BATIN;
ni time raya mmg popular la tapi kat mulut aje, dalam hati cam gitu juga. masih ada lagi benci membenci, PhD dan doktor falsafah.apa salahnya tiap kali kita nak tidur atau mati sementara dan mungkin juga selama-lamanya kita maafkan semua orang. fadhilatnya selain dpt pahala, dapat hilangkan sakit jiwa,sakit mental,mungkin juga sakit fizikal.
SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tiada ulasan: