Saya di datangi pesakit yang sering mengalami masaalah sakit belakang. Seperti biasa sebelum memulakan rawatan saya akan talkinkan syahadah sebanyak 33x kepada pesakit dan seterusnya merukyah pesakit dengan rukyah asas. Ketika sessi pembacaan selama 15 minit saya lihat pesakit langsung tidak menunjukkan respon adanya gangguan di tubuh pesakit. Saya bertanya pada pesakit, jika merasa berdebar debar, seperti semut semut yang berjalan di bawah kulit atau sakit pada sebahagian anggota badan semasa proses pembacaan tadi, tetapi pesakit langsung tidak mengalami tanda tanda atau gejala tersebut.
Saya beralih ke belakang pesakit dan merajahkan di belakang tubuhnya dengan huruf alif lam makrifat dalam kaedah zikir ZINK. Selesai melakarkan huruf tersebut, pesakit merasa panas pada bahagian belakang tubuhnya. Lalu saya lanjutkan dengan pembacaan zikir ZINK. Baru selesai 1x pembacaan zikir, saya lihat pesakit semakin tunduk dan mula membuka langkah silatnya, lalu saya membuka bicara :
Saya : Bismillah, siapa kamu?
Jin : Aku takkan bercakap dengan sebarangan orang!(Maksud jin tersebut, saya bukanlah lawanya dan tidak layak untuk berbicara dengannya).
Lalu saya azab jin tersebut dengan kaedah pasak dan toreh, jin memberi reaksi kesakitan.
Saya : Siapa kamu?
Jin : Aku takkan bercakap dengan sebarangan orang!
Jin tersebut semakin membuka langkah silatnya. Wah..sombong benar jin....
Saya : Cisssss! sumbang langkahmu. Biar ku uji sejauh mana kekuatan ilmu persilatan mu.(Cehhh!Dah jadi macam cerita pendekar mustar la pulak).
Saya mula mengikat jin tersebut dengan mengunakan Qof dan Nun..Jin terkunci. Lalu saya masukkan ubat antibiotik (heheheh) dalam dos yang banyak melalui kaedah nafas. Jin menjadi sesak nafas dan mula mengalah.
Jin : lepaskanlah aku, beri peluang kepadaku untuk menambah lagi ilmu ku.
saya : Jika aku melepaskan mu, pasti engkau akan datang semula untuk membalas dendam pada ku setelah engkau berjaya menambahkan kekuatan ilmu mu. Siapa guru mu? adakah dari golongan jin atau manusia?
Jin : Guru ku adalah manusia..
saya : Benar dia mengambil mu sebagai anak muridnya?
Jin : Tak! aku saja ikut semasa mereka buat latihan silat.
Saya : Huahuahuahua...Cissss!!!!! jika kail panjang sejengkal jangan lautan hendak Mu duga...
Malas nak sambung cerita...Agaknya pesakit tu selalu sakit belakang sebab jin dalam tubuh tu tak buat senaman sebelum nak bersilat ataupun memang langkahnya sumbang. Macam cerita pendekar bujang lapok daaaaa..silap tendang cawatnya KOYAK..hehehehe
TAMAT.....
P/S: Belajar biarlah berguru...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan