Khamis, 1 Ogos 2013

Sembuh Akhirnya

Petang semalam bekas pesakit telefon saya..alhamdulillah setelah berbelas tahun mengalami masalah gangguan saka akhirnya pulih setelah menerima rawatan dari saya. Padahal saya cuma merukyahnya dan merawatnya hanya satu sessi..memang pesakit ni histeria masa tu. Sebelum ni dah banyak kali berubat dan dah banyak kali mengilai. Berubat sekali elok 3 hari dan begitulah kedaaanya berterusan sehingga ia mendapatkan rawatan di RITEQ.

Kata pesakit," ustaz setelah sebulan saya tunggu jika simptomnya datang balik,tapi alhamdulillah,kepala dah tak sakit lagi dan badan dah ringan dan mudah nak solat.saya kagum dengan bacaan ayat ayat al quran yang ustaz bacakan dan nampak kesungguhan semasa ustaz merawat. terima kasih ustaz."..saya jawab..same same. :D

Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, apapun pun kaedah yang di gunakan,apa pun ilmu yang yang amalkan, yakinlah bahawa ALLAH  yang menyembuhkan.Janganlah lah kita merendah rendahkan kaedah orang lain. sedih mendengar dan membaca apabila ada sesetengah perawat yang menghina perawat yang lain. Tak kiralah ilmu atau kaedah yang di gunanya asalkan tak salah di sisi agama. Ilmu Allah tu kan luas dan kaedah hanyalah melengkapkan sebuah cara. Jadi tunggu apa lagi, sempena syawal yang bakal menjelang tiba, sama samalah kita bermaaf maafan mengeratkan lagi hubungan silaturrahin sesama perawat. BerSama sama kita memartabatkan Kaedah Perubatan Islam. Oh ya..tahun ni Saya tak balik Sabah..Raya kat sini Bah..hehehe


Tiada ulasan: