Ahad, 17 November 2013

Sihir Tok Cha


Pesakit mengalami gangguan kronik selama 3 tahun dan pernah menghadapi saatnya seumpamanya nazak sakaratul maut. Terpaksa di letakkan di tengah ruang tamu rumah bagi memudahkan kaum keluarga dan kenalan menziarahinya. Pernah saatnya seperti nazak maka di panggilah jiran tetangga dan saudara terdekat membacakan yassin padanya. Di saat mereka membacakan yassin, pesakit berkelakuan aneh dengan mencekik lehernya sendiri. Puas suami pesakit membawa berubat ke merata tempat, ke utara dan ke selatan sehinggakan ada perawat yang terpaksa menolak pesakit ini apabila minta di rawat lagi. Hampir berputus asa dengan keadaan,maka terlantarlah si pesakit di tengah ruang tamu rumahnya hanya menunggu berlakunya keajaiban. Suatu hari si suami mendapat nombor telefon saya melalui rakannya yang juga pernah di rawat oleh saya. Maka temujanji pertemuan pun di adakan. 

Ketika sampai di rumah pesakit, pesakit mengarahkan suaminya agar menyuruh saya balik. Kelihatan tangan dan tubuh pesakit menggeletar dengan kuat. Saya hanya ,mendiamkan diri, lalu saya dekati pesakit perlahan lahan. Kesimpulan dari cerita si suami, saya beranggapan kuat bahawa jin yang menganggu pesakit ini bukanlah jin biasa, sehinggakan ada perawat yang menolak apabila di minta untuk merawatnya.

Saya pasrahkan hanya kepada ALLAH, tiada yang hebat melainkan ALLAH, tiada yang Agung melainkan ALLAH, Tiada yang memberi mudarat melainkan dengan keiizanan ALLAH. Saya alunkan Zikir ZINK ke telinga pesakit dengan harapan memberi manfaat pada pesakit. Masyaallah, Subhanallah. hanya ALLAH yang mengatur segala galanya dan memberikan apa yang terbaik buat hamba yang berserah pada NYA. Sedikit pun tidak kelihata jin tersebut terazab dengan zikir zikir yang saya bacakan, akan tetapi jin tersebut seperti tertunduk dengan segala perintah dan tegahan yang saya ucapkan. Benarlah rahsianya hanya pada pengetahuan Penciptanya.

Segalanya menjadi mudah selepas itu, walaupun jin tersebut sedikit pun tidak merasa terazab tetapi ia patuh pada setiap perintah yang saya ucapkan. Jin tersebut akur untuk mengeluarkan semua  barang sihir di dalam tubuh pesakit sambil membaca mantera yang tidak saya fahami(siam).Segalanya berlaku tanpa di rancang, saya hanya menanti sahaja sehingga semua barang sihir di keluarkan.

Seminggu selepas itu suami pesakit menghubungi saya. ALHAMDULILLAH, suami berkata tidak ada lagi tanda tanda gangguan pada diri isterinya. 

Yassin, demi Al Quran yang penuh Hikmah. Alif Lam Mim,kitab Al Quran itu tidak ada keraguan padanya dan menjadi petunjuk bagi orang orang yang bertakwa. .