Assalamualaikum wbt....
Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat…. Kisah rawatan ini adalah kesinambungan dari kisah rawatan pelajar yang terdahulu "ZINK dan IKAK Senjata Terakhir"......semoga ada sesuatu dari kisah ini yang boleh kita ambik sebagai iktibar bersama, insyaAllah...
Seperti yang telah dijanjikan, keesokan harinya saya datang ke rumah pesakit selepas Isyak. Sewaktu tiba, saya disambut mesra oleh pesakit beserta isteri dan ibu mertuanya. Kelihatan isteri pesakit, Pn. S. kelihatan tenang tetapi masih agak lemah kerana keletihan dek kesan rasukan malam sebelumnya...Saya memohon agar Allah permudahkan urusan saya pada malam itu.
Pesakit minta dirinya dirukyah sekali lagi sebelum saya memagar rumah mereka....saya juga mengijazahkan beberapa amalan sebagai pendinding kepada mereka sekeluarga...
Selepas merukyah pesakit selesai(tanpa apa-apa tanda masalah atau gangguan), saya pun memulakan proses pemagaran rumah pesakit. Bahan-bahan yang saya minta pesakit sediakan adalah garam kasar, air mineral dan limau purut.
kesemua bahan tadi saya bacakan dengan ZINK dan ditutup dengan Doa Karomah Nur Nubuwwah.
Sebelum memagar rumah, saya membuat "pengisytiharan" bahawa saya akan memagar rumah pesakit. Sedang saya melafazkan pengisytiharan, ibu mertua pesakit sendawa dengan kuat sambil mendengus-denguskan nafasnya seperti hendak membuang sesuatu dari hidung beliau....saya biarkan saja keadaan beliau begitu, dan ia berlanjutan sepanjang saya memagar rumah tersebut.
Setelah selesai pemagaran, ibu mertua pesakit meminta izin pula untuk dirukyah, beliau pun menceritakan serba sedikit kisah bagaimana mereka sekeluarga di sihir.
Semasa peringkat awal rukyah, makcik hanya sendawa dan mendengus-dengus kuat....hinggalah ketika tiba pada ayat "Lauanzalna..." tiba-tiba macik bersuara...."Aku keluar....aku keluar....aku nak keluar....aku dah lama duduk dalam badan ni, aku nak keluar.....tapi dengan satu syarat"....
"Aku nak keluar dengan cara yang terhormat...."
Sesi soal jawab saya lakukan serba sedikit untuk mengetahui punca gangguan, jin tersebut adalah jin sihir orang asli, ditujukan kepada makcik bertujuan untuk membuatnya menderita sakit....oleh kerana sudah terlalu lama dalam tubuh makcik,hingga jin tersebut tidak tahu apakah jantina dirinya sendiri...
pada mulanya saya cuba bawa jin tersebut kepada Islam, tapi dia enggan....lalu saya bacakan ayat "Nuurunn'alaa nuur...." dan Selawat Tafrijiyyah lalu saya hembus lembut ke wajah makcik....Jin itu hanya diam, dan selepas seketika dia bersuara...."Ustaz....saya nak masuk Islam...."
"Saya nak tebus dosa-dosa saya pada perempuan ni, saya dah banyak menyeksa dia..." Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik hinggalah jin tersebut keluar dari tubuh makcik, walaupun mengambil masa agak lama....
Satu pengajaran dari makcik yang saya dapat dan terkesan dihati saya adalah sifat sabar dan redha makcik terhadap dugaan yang Allah turunkan...disamping itu juga makcik rajin menunaikan solat sunat Tahajjud setiap malam disamping mengajar kanak-kanak mengaji Al-Quran...ini memberi kekuatan rohaniah dan batiniah pada makcik melawan kejahatan sihir yang ditujukan padanya...Semoga Allah berikan kesembuhan buat mereka, kesembuhanNYA yang tiada sakit walau sedikit pun.....
Mualij Saifuk (Wakil Perawat Sandakan,Sabah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan