Dari Blog "Aku Bukan An Nisaa"
Assalamualaikum w.b.t
Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W
Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang berterusan menyakiti diri. Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yang mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya telah pun ‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor telefon ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku dengan izin Allah.
Kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah…Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapakah orang ini? Cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”
Subhanallah..Baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar).
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana..”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi.
Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yang dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan.
Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina ini, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan Salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakar, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakar memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakar yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yang agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti..” Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..Waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakar mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk.
Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah. Kemudian sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan Alhamdulillah..Dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya diberi tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami;
“Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk saja dalam bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan.
Sekarang ini hati akak tenang sangat..Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin, kan. Mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian?
Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan Al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidaknmereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sebagai ummat nabi Muhammad S.A.W… Banyakkanlah berselawat dan mendengar zikir.. InsyaAllah kita semua akan mendapat syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..
(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.(Al-Anfal 9)
Khamis, 19 Julai 2012
Ahad, 1 Julai 2012
Dialog Bersama Panglima Jin Sami Buddha ( Part 1 )
سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Simptom : Sihir Berulang
Jenis Jin : Panglima Berstatus Sami
Jumlah : Empat
"Engkau tak boleh kalahkan aku! aku dah kaji kaedah Mu"!..Katanya..
Saya masih tidak berputus asas dan mula kembali kepada teknik asas untuk mengalahkanya dengan melakukan beberapa torehan pada kedudukannya.
"Ahhhh...aduuh..Heii! lepaskan aku..!
"Ahhhh...aduuh..Heii! lepaskan aku..!
Saya terus melakukan torehan dan saya yakin dia pasti kalah dengan kaedah ini kerana dari pengalaman hanya sedikit bangsa jin yang mampu bertahan dengan kaedah ini. Panglima **** terus merayu minta di lepaskan agar dia boleh keluar dari tubuh pesakit. Saya tidak menghiraukan permintaanya. Torehan demi torehan saya lancarkan hingga akhirnya saya melihat si panglima *** mengaku kalah dan benar benar meminta maaf serta bersungguh sungguh akan keluar dari tubuh pesakit.
Saya hentikan torehan dan membuat beberapa sessi dialog bersama Panglima ****.
Saya : Apakah yang membuatkan kamu boleh bertahan terhadap serangan serangan yang aku lancarkan sebelum itu?
Panglima **** : Baiklah..akan aku ceritakan semuanya pada Mu..ketika aku masuk kedalam tubuh ini aku telah mengkaji setiap kaedah yang telah engkau gunakan pada wanita ini. Selama seminggu aku mengkaji setiap kaedah mu dari segi kelebihan dan kekuranganya agar aku boleh bertahan apabila berhadapan dengan mu nanti.
Saya : Aku sedikit musykil..bagaimanakah engkau mampu mengkajinya...
Panglima **** : Untuk pengetahuan mu, mana mana pesakit yang telah di rawat, perawat pasti meninggalkan ISIM (gelombang ) ke badan pesakit..dan melalui ISIM itulah aku mengkaji kelemahan dan kelebihan Mu.
Saya : nampaknya engkau ihklas..mahukan kau beritahu pada ku apakah ayat yang mampu menghancurkan benteng mu?
Panglima **** : Baiklah..terpulang pada mu untuk mempercayainya..Hanya denga ayat Kursi dan Lauanzalna kamu sudah pasti mampu menghancurkan benteng Ku..tetapi...
BERSAMBUNG...
Ahad, 24 Jun 2012
Rawatlah Diri Mu..
سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Cara Mengatasi Sihir
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada
dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam,
tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada
penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi
penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas
bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal
dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa
terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal
bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Saka ( Keturunan )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.
Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan
saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan
bulan malah tahun.
Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu
bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu
sesudah mendirikan solat subuh.
1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )
Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum
air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu.
Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini
memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam
tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah
s.w.t. Insya Allah….
Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat
merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian
tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha
anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin
di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…..
Ahad, 17 Jun 2012
Tukang Urut Wanita - Hanya Untuk Wanita Sahaja
سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pihak RITEQ menyediakan khidmat rawatan Urut Traditional khusus untuk wanita sahaja. Antara rawatan dan perkhidmatan yang di sediakan ialah :
1. Ururtan selepas bersalin
2. Urutan seluruh badan
Tukang Urut Wanita : Puan Maryani Bt Mohd Noor
Sila hubungi/ sms untuk sebarang pertanyaan atau temujanji
012-4665364
017-8942521
Sabtu, 9 Jun 2012
Jin Bulan Jun..JIN JUN
Jenis Gangguan : Sihir
Simptom Penyakit : Lumpuh menjelang waktu maghrib
Jumlah Jin : Ratus
سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Saya mulakan dengan kaedah toreh pada kedudukan tapak jin di tubuh pesakit dan hadir jin bernama M******. last sekali, M***** beritahu Tuan Bomoh dah order jin baru dari selangor untuk TopUp Jin Jin yang dah semakin berkurangan. Boleh Caya ke?..Kesudahanya..Sembelih.
Saya ikhtiarkan dengan kaedah Nur Qolbu dengan pembukaan pada 3 point utama iaitu ulu hati, Pintu jamal dan ubun ubun, tapi x berjaya kerana di halang oleh jin jin sihir yang masih bermaharaja lawak dalam tubuh pesakit. Ya..semua jin mesti di keluarkan atau di lemahkan dahulu.
Saya ikhtiarkan pula dengan kaedah Gerak Qolbu..Bermohon pada ALlah agar tangan pesakit di beri kekuatan untuk mencabut dan mengeluarkan segala jin jin sihir yang berada di tubuhnya. Bersama dengan kekuatan zikir..tangan kiri pesakit mula bergerak dengan sendirinya mengeluarkan jin jin sihir dan adakalanya pesakit muntah dan mengerang kesakitan semasa menarik gangguan keluar dari tubuhnya. Tangan kanan pesakit masih tidak dapa bergerak kerana di pegang dan di halang dari bergerak oleh seekor jin yang berada di luar tubuhnya. Dan akhirnya pesakit keletihan yang amat sangat dan tidak mampu lagi untuk mengeluarkan jin jin sihir yang terlau banyak jumlahnya..Alhamdulillah..izin dan gerak darinya walaupun hanya setakat ini saja.
Saya ikhtiarkan kembali dengan Kaedah Nur Qolbu..alhamdulillah, pesakit dah mula nampak..pembersihan di lakukan walaupun banyak halangan..Allah mudahkan..terdapat gelang sihir yang mengikat di setiap sendi kaki, leher dan pergelangan tangan serta kepingan wafaq yang di tanam pada tapak kaki dan bawah lutut pesakit. Ketika saya melakukan tarikan, korekan dan penghancuran, pesakit menjerit kesakitan.
Terakhir..pesakit melihat 2 ekor jin di dalam kawasan bilik rawatan..seekor berbulu hitam dan seorang lelaki tua. Jin berbulu hitam saya pasung dengan Kaedah Alif Lam Makrifat dan sedut dengan Kaedah Nun..Lenyap..Pada jin tua saya cuba dengan kaedah yang sama, tapi Jin Tua hanya tersengih..ooo..kutuk aku la tu. Saya tarik Energi Pedang Nurunniyah..masa tarik jin tua dah siap cabut lari..xpe..rezeki engko...
Moga Allah berikan kesembuhan pada pesakit tadi..Amiin.
Pada si tukang sihir..lama kelamaan habis juga jin engko tu..tak habis kat aku..insyaallah, akan di habiskan oleh perawat perawat kat malaysia ni.
Isnin, 4 Jun 2012
Kaedah RITEQ
سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kali ni RITEQ kerap kali menerima panggilan yang bertanyakan tentang kaedah kaedah yang RITEQ gunakan di dalam rawatan..Alahai..Kepada pesakit pesakit yang ingin mendapatkan rawatan dari Pihak RITEQ..ingin saya maklumkan bahawa apapun kaedah yang di gunakan..doanya dari perawat semua tetap sama iaitu memohon pada Allah agar penyakit ataupun gangguan di hadapi pesakit di beri kesembuhan oleh Allah S.W.T. Kaedah hanyalah membezakan status kaedah rawatan yang di gunakan oleh mana mana pusat rawatan islam tetapi motif dan hala tuju kami semua perawat tetap sama iaitu memohon kesembuhan seratus peratus daripada Allah tanpa melibatkan bantuan dari mana mana pihak samaada jin tanah, jin pakai toceng, jin bara atau jin shamsudin..
Untuk lebih jelas lagi di sini saya jelaskan kaedah atau pun teknik asas yang di gunakan oleh RITEQ dalam merawat gangguan..
1. Bacaan Rukyah As Syariah
2. Bacaan zikir ZINK ( Zikir Inti Nur Kalimah )
3. Dialog Jari *** AKRINE
4. Kaedah Gerak Qolbu ( gerak batin pesakit mengesan barang sihir di dalam tubuh )
5. Kaedah Nur Qolbu ( Kasyaf Batin )
6. Kaedah kain Putih ( menarik bisa penyakit )
7. Kaedah Pasak Bumi
8. Kaedah Toreh
9. Teknik Nun ( menarik atau sedut gangguan di luar tubuh )
10. Kaedah Alif Lam Makrifat ( pasung gangguan di luar tubuh )
11. Teknik Pedang Nurunniyah
12. Kaedah Bakar Telur ( Counter Attack )
13. Dll Kaedah yang bersesuaian
Sabtu, 5 Mei 2012
Rawatan Di Sabah Siri 1
سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bagi sesetengah kes pasti ada yang beranggapan bahawa pesakit sudah pun di kuasai oleh jin penganggu. Tetapi keadaan seperti ini memerlukan kepastian yang lebih tepat agar kita tidak silap langkah menyoal pesakit kononnya jin penganggu yang telah kita interview. saya scanning menggunakan auranya..hmmm, tidak ada jin pada tubuhnya cuma energi barang sihir/ tangkal yang di tarik tadi membuatkan ketidakselesaan pada tubuhnya ( nampak gayanya suami pesakit nak kena rawat ni ) dan saya tarik kembali energi tersebut keluar melalui kakinya. Pesakit terus pengsan..
Setelah pesakit sedar kami bergerak ke rumah pesakit untuk mengambil sendiri barang sihir/ tangkal yang berada di rumahnya. Apabila masuk saja ke rumah pesakit, saya dan abg saya ( Bro Saiful merasakan energi yang sanagat panas di dalam rumah tersebut ). Saya duduk sekejap di ruang tamu dan bro saiful terus pergi mendapatkan barang sihir/ tangkal yang di gantung di celah atas berenda dapur pesakit.Fuhhh..memmang cun betul lokasi kedudukan barang sihir/ tangkal itu di letakkan..kiranya benda tu akan sentiasa berpusing apabila terkena tiupan angin.
Setelah barang sihir di ambil kami terus membawanya ke belakang rumah bagi menghapuskan/ mematikan barang sihir tersebut. Masa bawa benda tu, bro saiful bagitahu aku, " Hui..berat betul benda ni". Saya tersenyum mendengarkan pengakuannya..
Moga Allah memberikan kesembuhanya..Amiin.
Langgan:
Catatan (Atom)





