Jumaat, 31 Disember 2010

SAMBUNGAN KISAH RAWATAN PRIMADONA SAKA MAKYONG

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala Puji Bagi Allah SWT,Tuhan seru sekalian alam,Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga serta sahabat baginda.
Seperti yang dijanjikan,pesakit datang semula berjumpa ana bagi melakukan rawatan terapi susulan.Nampak gayanya tak tengok bola lah ana  malam ni(final mas vs indon).Takpe,kerja kerja dakwah kena diutamakan.Semasa pesakit duduk dihadapan ana,pesakit mengatakan seakan ada satu suara bisikan pada hatinya yang berkata"aku nak tendang ustaz nanti,aku nak bunuh ustaz nanti".Hmmm,ana kata itu hanyalah bisikan syaitan,bukan kata hati kamu yang sebenarnya.Ini bermakna,awal awal lagi jin penganggu dah tak senang duduk dengan pertemuan kita.
Kali ini ana gunakan teknik RENTAP untuk merawat pesakit."BismillahimasyaAllah"..ana memulakan sebatan pada pesakit.Jin penganggu menjelmakan diri..seksaan demi seksaan ana lakukan."banyak mana jin yang tinggal dalam jasad ni"?..10,20,30..?jin menggelengkan kepala."Habis tu berapa..bawah seratus..?"jin menganggukkan kepalanya.
Seekor demi seekor jin penganggu ana sembelih..ada juga yang ana pasung pada buah limau dan masukkan kedalam botol.last sekali..sebelum ana nak hentikan rawatan,ana scan semula pesakit menggunakan besi yang disentuh pada hujung kaki pesakit dan ana dapat lihat dengan jelas seperti ada ketulan daging yang bergerak gerak dipaha kiri pesakit.Pesakit dan suaminya menjadi kehairanan..
Sekali lagi teknik RENTAP digunakan..kali ini jin penganggu mula membuka langkah seperti orang bersilat.Silat apa ntah..pesakit mula membuat beberapa tumbukan kearah ana..alhamdulillah berjaya ana tepis...nasib baiklah pesakit bersilat dalam keadaan menutup mata.kalau tak?????..ana katakan pada jin penganggu"ooo..yang ni lah yang duk bisik kat pesakit tadi nak tendang dan bunuh aku",last sekali jin tersebut ana sembelih juga dengan izin Allah..proses rawatan ana hentikan.
Alhamdulillah,rawatan pada malam itu dengan izin Allah dapat berjalan dengan lancar.Tahi besi yang sudah lama dalam simpanan pesakit,ana hapuskan.Namun begitu,bukan semua jin penganggu dapat dikeluarkan dan dihapuskan.Apapun,pesakit kena protect dirinya sendiri disamping iltizam agar diri pesakit pulih sepenuhnya.InsyaAllah..
Akan datang..akan ana ceritakan bagaimana sewaktu proses rawatan ana keatas salah seorang pesakit yang lain(rawatan dilakukan dirumah pesakit)terganggu dengan kehadiran bomoh yang bercakap siam yang menawarkan diri untuk merawat..Insyaallah..

Sabtu, 25 Disember 2010

JIN SIAM..pertarungan yang belum selesai


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
"Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh musuh kamu,(oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu)dan cukuplah Allah sebagai pengawal yang melindungi,dan cukuplah Allah sebagai penolong(yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka).Surah Ali Imran ayat 45

Ini merupakan pengalaman yang pertama kalinya ana merawat pesakit yang disihir dengan penangan bomoh siam.Ana bersama seorang sahabat dijemput untuk merawat pesakit yang sudah 3 tahun menderita sihir.Ana mulakan rawatan dengan membaca ayat pemanggil."Apa yang kamu rasa sekarang"?tanya ana pada pesakit.Pesakit mengatakan yang dia merasakan seperti air yang mengalir laju melalui seluruh urat darahnya,dan bahagian tengkuknya terasa amat panas.Ana minta pesakit untuk teruskan zikir.Tak lama kemudian pesakit mula bertingkahlaku seperti seekor harimau.Ana suruh ayah pesakit meletakkan limau nipis pada genggaman tangan anaknya,bukan apa..takut2 pesakit mencederakan dirinya sendiri.Tak lama kemudian,pesakit menjadi semakin garang dan mengunyah limau tersebut.Aii..rimau apa ni,punyalah ganas,habis tangan ana kena cakaran pesakit tersebut.Ana berubah keposisi belakang pesakit dan memegang bahagian tengkuknya dan membaca beberapa ayat azab.Si harimau pun mula kesakitan.
Tak lama selepas itu,perwatakan pesakit berubah menjadi seorang wanita tua yang mengelarkan dirinya sebagai tok cha.kali ini dialog berlaku..katanya dia adalah penjaga wanita ini,dia adalah cucu aku..aku tak boleh lepaskan dia.Setelah tiada kata sepakat dicapai..akhirnya ana bacakan ayat ayat pembakar jin.Tok cha mula meraung kesakitan dan tak lama lepas tu pesakit pun pengsan..ingatkan masaalah dah settle..tiba tiba pesakit yang pengsan tadi bangun semula dan menjeling tajam kearah ana dan bercakap siam dengan nada yang marah.Alamak..ini yang aku tak gemar ni.Dah la ana tak faham bahasa siam ditambah pula dengan gaya bahasanya seolah olah memaki hamun ana.Ana pegang belakang pesakit tapi dia mengeliat dan mengalihkan badannya.Ana ulangi bacaan rukyah..pada mulanya jin siam tu menangis kesakitan tapi selepas tu dia buat tak tahu je.Macam macam kaedah ana gunakan termasuk sembelih,tikam,bunuh tarik dalam botol,habis 17 surah pembakar jin dan penghancur kebal jin ana bacakan tapi jin tu buat dek je,siap nyanyi lagu siam lagi.Jin siam tu siap buat isyarat lagi yang tuan dia sekarang ni tengah sembahyang puja.Ana ajak jin tu masuk islam  tapi jin nak kekal dengan agamanya.Aduss..ana mula jadi hilang punca,nak buat macam mana ni.Inilah kali petama ana menghadapi keadaan macam ni.
Ana rileks sat..ana mula mengatur strategi..nak lawan ke tak lawan.Last sekali ana ambik keputusan untuk hentikan rawatan.Satu masaalah pulak..bila pesakit tu ana cuba sedarkan tapi tak sedar sedar jugak.Jam kat dinding dah menunjukkan jam 11.30.Dah masuk 2 jam setengah ana bertarung dengan jin siam ni.Ana tengok jin tu pun dah mula menguap.Akhirnya ana katakan kepada jin tersebut"macamnilah..kau dah letih dan aku pun dah letih..apa kata kita sambung lain kali..tapi yang pasti pertarungan akan datang akan lebih mencabar.kau nak tak?"Jin mula berfikir sambil menggaru garukan pipinya dan membuat isyarat tanda setuju..huii..brutal jugak jin ni.Last sekali ana tepuk belakang pesakit sambil membaca BISMILLAHIMASYALLAH.Pesakit sedar semula.Alhamdulillah...Ana sarankan keluarga pesakit beberapa nama pusat rawatan islam yang lebih arif untuk menyelasaikan kes ni.Bila ana sampai kerumah(masa tu mentua ana ada kat rumah)mak mentua ana kata"kuat betul bau kemenyan lekat kat hang ni!".Aduuh..masaalah ni..apapun kali ni ana nekad kalau bomoh siam tu serang ana,ana nekad hentam balik dengan maghrifat hifdzo ataupun yassin tunggal.Ana terus mandi dan solat..pas tu ana zikir dgn sebanyak banyaknya.Alhamdulillah..xda apa yang berlaku pada ana,tapi apapun ana tak harus lalai kerana bomoh dan jin siam tu akan sentiasa mengintai peluang untuk tembak ana.Apapun sampai sekarang ni ana masih terfikir fikir tentang kisah rawatan tadi....."BISMILLAH..TAWAKKALTU ALALLAH,WALAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAH"..
Kepada pesakit ana katakan"kesembuhan bukanlah ada ditangan perawat,tetapi hanyalah milik Allah.Perawat hanya berikhtiar tapi Allah yang menyembuhkan".

Khamis, 23 Disember 2010

PRIMADONA SAKA MAKYONG


Segala Puji hanyalah milik Allah SWT..,Selawat dan Salam semoga dicurahkan kepada Nabi Muhammad SAW,keluarga serta sahabat sahabat baginda SAW.
Niat kerumah pesakit bukanlah atas sebab ingin merawat tapi sekadar memenuhi permintaan pesakit untuk membuat pagar rumah.Pesakit mengadu yang dia sering melihat lembaga lembaga yang menakutkan disekitar rumahnya.Pernah beberapa kali bertemu dengan bomoh(bukan mualij ye)untuk menyelesaikan masaalahnya,keputusannya..tok moh kata rumah bermasaalah.Malam tu,ana pergi dengan hanya membawa botol spray sebab niat cuma nak buat pagar rumah saja.Sampai dirumah pesakit,serba sedikit pertanyaan diajukan kepada pesakit.Hasil perbualan,didapati pesakit mengalami 90% simptom simptom gangguan jin.Alahai..kena tukar strategi rawatan..kena rawat pesakit dulu.
Rawatan pun dimulakan dgn meletakkan tangan pada kepala pesakit..hanya dimulakan dengan ayat seru..maka hadirlah jin penganggu.!Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan.(Sebenarnya badan pun letih kerana sebelum tu kena pergi merawat dirumah pesakit yang lain.Pesakit tu suka menghantukkan kepalanya kedinding dan dah 2 minggu tak tidur.InsyaAllah,cerita rawatannya akan ana tulis dilain kali).Maka berlangsunglah dialog dengan jin tersebut.Tapi jin penganggu agak degil tapi tak bersikap agresif..oklah.mudah sikit kerja rawatan,cuma bila ditanya dia hanya main angguk angguk geleng geleng.Sekali sekala siap menari tarian MakYong.Hai..Jin kelantan agaknya.Proses rawatan agak mencabar kerana terdapat beberapa ekor jin yang duduk didalam badan pesakit.Rawatan mengambil masa hampir sejam.Akhirnya..dibacakan ayat ayat pembakar jin..jin mula ketakutan.."tidak..tidak..sakit..sakiiiit"..sambil tangan jin membuat isyarat tangan seperti memohon ampun stail budhha.Malas nak layan dah..ana teruskan pembacaan 17 surah.Alhamdulillah,pesakit sedar semula.Tapi..menurut pemerhatian ana,masih ada lagi jin yang berada ditubuh pesakit.Pesakit dibekalkan bahan rawatan bagi melemahkan gangguan.InsyaAllah..tunggu dan lihat macammana dengan sesi rawatan yang seterusnya.

Rabu, 22 Disember 2010

SIHIR GABUNGAN

Puji dan sanjungan hanyalah milik Allah SWT..,Selawat dan salam semoga mencucuri Rasulullah SAW.
Alhamdulillah..kali ini ana diberi kesempatan untuk merawat pesakit yang mana menurut pendapat ana terkena sihir yang melibatkan sihir melalui makanan dan minuman.Dan daripada pemerhatian ana pada borang rawatan yang diisi oleh pesakit,berkemungkinan juga pesakit terkena sihir pemisah dan sihir yang berbalik kepada diri sendiri.
Rawatan dimulakan pada jam 8malam.Semasa sesi rukyah jin penganggu hampir hampir menunjukkan reaksi kerana pada pemerhatian ana,raut wajah pesakit seperti berubah ubah dan seakan menjauhkan telinganya daripada bacaan rukyah.Ini kerana ana lebih suka melakukan pembacaan rukyah dalam jarak 5-7 inci dari telinga pesakit.Selesai merukyah,pesakit mengatakan yang badannya terasa panas dan seperti ada sesuatu yang bergerak gerak didalam perutnya.
Kebiaasannya,ana suka melakukan pembacaan rukyah dalam versi yang berbeza.Selepas itu ana sentuh belakang pesakit dan ana qasadkan serangan pada bahagian perut pesakit..Alhamdulillah..pesakit mula memuntahkan cecair yang berwarna kuning.Mungkin sihir telah berjaya dikeluarkan dari tubuh pesakit.Pesakit mula menjadi lemah.Ana scan semula pesakit dan didapati masih ada gangguan yg berbaki ditubuh pesakit.Oleh kerana keadaan pesakit yang terlalu lemah,ana sarankan pesakit untuk datang semula bagi rawatan susulan.Semoga Allah permudahkan pada proses rawatan nanti.

Sabtu, 18 Disember 2010

FAEDAH AYAT SATU:PENDINDING DIRI DARI KEJAHATAN MUSUH DAN ORANG ZALIM

Segala puji adalah milik Allah SWT yang mentadbir sekalian alam,selawat dan salam semoga tetap Allah curahkan keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga dan sahabat Baginda serta seluruh kaum muslimin yang mengikut jejak mereka dalam kebaikan.
Adapun lafaz ayat satu adalah seperti berikut:
Ertinya:
"Allah SWT adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu,bagi kami adalah amalan amalan kami dan bagi kamu adalah amalan amalan kamu,tiada sebarang pertengkaran antara kami dan kamu,Allah SWT menghimpunkan antara kita dan kepadaNya kita kembali"..(as-syura:15)

Khasiat ayat satu:
a. Apabila ia dibaca setiap kali setelah solat fardhu dengan membayangkan kehadiran lawan yang zalim dan menyakinkan hati untuk memohon perlindungan kepada Allah SWT,maka dengan izinNya akan dapat menghindari segala tipu muslihatnya.

b. Apabila sedang berhadapan dengan musuh,orang yang zalim atau orang yang ditakuti ataupun binatang buas,maka hendaklah membaca ayat satu sebanyak satu kali,InsyaAllah akan terhindar dari sebarang bahaya dan kejahatan.

Semoga amalan ini dapat memberi manfaat dan mendapat keredhaan Allah SWT..amiin.

Rabu, 15 Disember 2010

KENANGAN SEMINAR RAWATAN RIDAM DI TAIPING,PERAK

Alhamdulillah..Seminar rawatan islam bersama RIDAM diTaiping,Perak telah selamat diadakan dengan jayanya.Maaf dipohon kerana kelewatan menyiarkan gambar gambar semasa seminar tempohari.Moga setiap peserta beroleh manfaat.








 








Selasa, 7 Disember 2010

SHAH!KAKI AKAK TAK BENGKAK DAH!

Puji dan sanjungan hanya untuk Allah s.w.t.,selawat dan salam semoga dilimpah kepada Nabi dan Rasul termulia,Nabi kita Muhammad s.a.w.keluarga dan sahabat sahabatnya.
Kali ini ana ingin kongsikan mengenai pengalaman merawat seorang pesakit yang mengalami kesakitan dan bengkak pada kaki selama lebih dari 3 bulan.Puas sudah pesakit mendapatkan rawatan dari doktor namun tiada kesembuhan.Pesakit mula merasakan yang dia telah disihir.Sewaktu pesakit berkunjung kerumah,ana tengok pesakit berjalan dalam keadaan terhenjut henjut akibat kesakitan yang dialami.
Semasa melakukan sesi rukyah pada pesakit,pesakit merasakan kesakitan semakin terasa dari pinggang hingga kehujung kaki pesakit.Ana tarik gangguan tersebut menggunakan kaedah tarik dan pasung pada buah limau.Alhamdulillah,selepas itu pesakit sudah boleh berjalan seperti biasa,walaupun kesan bengkak belum surut sepenuhnya.Ana bekalkan pesakit dengan bahan rawatan untuk pesakit lakukan proses penyembuhan sendiri dirumah.
Petang keesokan harinya,pesakit datang menemui ana dalam keadaan riang,sambil menunjukkan kesan bengkak pada kakinya hilang serta merta dan pesakit sudah boleh berjalan seperti biasa.Terpancar cahaya kegembiraan pada wajah pesakit tersebut.Tidak ada yang perkara yang lebih mengembirakan seorang perawat apabila melihat pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya.Alhamdulillah,Allah makbulkan doa ana.Syukur pada mu ya Allah.
" Suara orang yang berterima kasih atas kebaikan dan pertolongan yang kamu lakukan adalah lebih indah daripada suara kicauan burung,cerahnya pagi,gemersik pohonan dan petikan tali gitar :"segala puji bagimu ya Allah "

Sabtu, 4 Disember 2010

MERAWAT DI WAD ICU..BERSABARLAH

Ya Allah hanya kepadaMu segala puji yang lebih baik daripada apa yang kami ucapkan,melebihi daripada yang kami ucapkan.Agung kedudukanMu,tinggi pujianMu,suci nama namaMu.Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,pada keluarga dan sahabatnya.
Petang semalam ana dipanggil untuk merawat pesakit diwad icu hospital taiping.Sampai diwad,pesakit masih dalam keadaan koma.Isteri pesakit mengatakan bahawa sudah seminggu suaminya terlantar tidak sedarkan diri.Hasil perbualan dengan isteri pesakit dan dari pemeriksaan klinikal,pesakit disyaki menghidap jangkitan kuman.Cuma siiteri minta suaminya diperiksa takut takut terkena bahana sihir.
Setelah melakukan scanning pada pesakit,ana dapati sisuami memang bersih daripada gangguan bahana sihir.Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Sedih melihat keadaan pesakit dan kagum melihat kekuatan seorang isteri menjaga suami yang terlantar.namun jauh dilubuk hati si isteri tersimpan perasaan duka,sedih,lemah dan takut pada keadaan yang menimpa suaminya.Ana cuma doakan pesakit agar cepat sembuh dan memberi kata kata semangat pada isteri pesakit agar tabah dan sabar.
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang orang yang terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa malapetaka dan kesengaraan,serta digoncangkan (dengan bermacam macam cubaan) sehinnga berkatalah Rasul dan orang orang yang beriman bersamannya:"Bilakah datangnya pertolongan Allah?"Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu amatlah dekat." (al-baqarah 214)
Sesungguhnya salah satu yang menjadi rahsia kekalnya agama ini adalah bahawa ia hidup bersama orang orang yang mendapat ujian,sehingga Allah dapat menampakkan kejujuran,ketulusan dan keteguhan iman mereka.
"kirimkan surat pada waktu fajar : dakwatnya adalah airmata,kertasnya adalah pipi,tukang posnya adalah harapan dikabulkan dan alamatnya keArasy.Lalu tunggulah jawapanNya."

Khamis, 2 Disember 2010

ADUH!PEDIHNYA BAGAI DIHIRIS

Segala puji hanyalah bagi Allah,kita memujiNya,memohon pertolonganNya dan memohon keampunan dariNya.Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammmad adalah Hamba dan RasulNya.
Serba sedikit bercerita mengenai pengalaman merawat.Kali ini ana mendapat panggilan telefon dari pesakit yang mengadu badannya sakit seperti dihiris hiris dengan pisau pada bahagian tengkuk dan beberapa bahagian tubuh.Ana katakan pada pesakit yang ana tak dapat merawat malam ni kerana ada hal penting yang perlu ana selesaikan.Tapi pesakit mendesak yang dia dah tak tahan,kalau boleh malam ni juga dia minta dirawat.Kasihan dengan keadaan pesakit,ana bergegas kerumah pesakit sekitar jam 9.30malam.Suami pesakit menjemput ana dihadapan sekolah kebangsaan bukit jana.Sampai dirumah pesakit,ana terus mulakan sesi diagnosis utk mengetahui lebih lanjut akan punca penyakit.Pesakit mengatakan bahawa beberapa bulan ni,dia sering bermimpi menyusukan bayi.Terdetik dihati ana,"ni mungkin gangguan saka".
Ana mulakan rawatan tetapi tidak ada apa apa yang berlaku pada pesakit.Cuma pesakit merasakan rasa pedih semakin berkurangan.Selepas itu ana lakukan kaedah tarik penyakit dan bekalkan pesakit dengan cuka yang telah dirukyah untuk disapu pada bahagian sakit dan air rukyah untuk pesakit minum dan mandi sambil dicampur dengan tujuh helai daun bidara.Selepas rawatan,pesakit tanya ana samada dia terkena sihir atau tidak.Ana hanya katakan "Wallahu'a'lam".Ana suruh pesakit datang kerumah ana selepas 3 hari untuk buat rawatan susulan.
Selepas 3 hari,pesakit datang menemui ana dan mengatakan yang tanda tanda kesembuhan semakin ketara.Pesakit sudah boleh bekerja dengan cergas,dan pesakit menyatakan yang dia semakin yakin untuk meneruskan rawatan dengan ana.Ana katakan pada pesakit bahawa kesembuhan bukannya datang dari ana,tetapi hanyalah milik Allah.Ana cuma berikhtiar dan berdoa sahaja.Apa yang penting adalah kamu harus terus berikhtiar dan bertawakkal diatas segala yang kamu lakukan dan yakin bahawa pertolongan Allah sangat dekat terhadap hambaNya.Alhamdulillah..Ana teruskan dengan rawatan susulan,selepas rawatan pesakit menyatakan ada sesuatu seperti angin yang keluar ditelinga kirinya semasa proses rawatan.Ana bekalkan pesakit dengan kaedah mandian seperti yang disarankan oleh Ust.Syakirin(RIDAM).Terima kasih pada Ust.Syakirin.Beliau merupakan diantara guru guru yang ana sentiasa jadikan rujukan dan panduan dalam hal ehwal perubatan.Beliau banyak membantu ana dan menasihati ana.
Segala kesembuhan hanyalah milik Allah,kerana sesungguhnya tiada kesembuhan melainkan dengan kesembuhanNya.