Khamis, 14 April 2011

Kesan Terapi Rukyah Yang Berterusan

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Artikel ni bukanlah bertujuan untuk membesarkan diri,bersifat riak,ujub,suma'ah dan sebagainya,tetapi tujuan saya menulis artikel ini semata mata untuk menunjukkan contoh terbaik seorang pesakit yang sentiasa sabar dan istiqomah dalam membuat beberapa sessi rawatan yang saya jalankan.Ada sebilangan pesakit,apabila kita katakan"minggu depan kena mai lagi",mulalah nak kata.."ai dah masuk dua kali x sembuh sembuh lagi",.."ni nak duit je ni"..apapun terpulanglah pada persepsi pesakit kerana bagi saya..tidak semua pesakit akan sembuh selepas pertama kali sessi rawatan(bergantung pada tahap gangguan),dan semakin istiqomah seseorang pesakit pada seseorang perawat,semakin besar peratus kesembuhannya..itupun dengan izin Allah juga..

Minggu pertama rawatan..
Mungkin gangguan jin hantu raya.Ianya berdasarkan pengakuan pesakit yang sering melihat bayangan lembaga seperti mawas besar samaada ketika tidur atau jaga.Pertama kali sessi rawatan,pesakit muntah dengan banyaknya dan pesakit mengatakan inilah kali pertama dia muntah setelah banyak kali mendapatkan khidmat rawatan dari beberapa perawat yang bagi saya tidaklah menggunakan kaedah rawatan yang mengikut syara'..bagi saya,ini semua adalah izin Allah.

Minngu Kedua Rawatan..
Pesakit menggigil dengan kuat ketika proses bacaan rukyah..rukyah dibacakan berulang ulang hampir satu jam lebih..pesakit mengatakan ketika bacaan tersebut..pesakit merasakan dirinya seperti berada didalam peti sejuk..pesakit diberikan beberapa ayat amalan..

minggu ketiga rawatan..
pesakit merasakan pergerakan pada betis ketika terapi rukyah dibacakan..gangguan ditarik menggunakan beberapa kaedah tetapi tidak berjaya..pesakit dinasihatkan agar terus menerus membaca beberapa ayat amalan..

minggu keempat rawatan..
Pesakit merasakan seperti pergerakan beribu ribu semut bergerak keluar kehujung kakinya semasa terapi rukyah yang seterusnya..berkemungkinan petanda gangguan telah keluar..Alhamdulillah..nampaknya ada perubahan..

minggu kelima rawatan..
pesakit tidak merasa apa apa semasa sessi terapi rukyah dibacakan..Alhamdulillah..

beberapa hari selepas rawatan..
Pesakit telefon.."Alhamdulillah nak..sekarang ni makcik dapat merasakan perubahan besar pada diri makcik..kalau dulu nak angkat kaki pun pun punyalah susah,tapi sekarang alhamdulillah..mimpi pun dah normal..takda mimpi yang buruk dan menyeramkan..

tapi ada satu malam tu makcik mimpi yang lembaga cuma melihat makcik dari jauh dan berlindung disebalik pokok..x berani nak datang dekat dengan makcik sampai makcik kata kat benda tu.."awat hang pandang aku dari jauh..mai la sini..tak berani nak datang dekat ke!tapi benda tu hanya diamkan diri dan terus hilang".Huish..berani jugak makcik ye..tapi apapun saya nasihatkan agar terus menerus membaca beberapa ayat amalan tersebut kerana tidak mustahil yang gangguan akan datang semula apabila kita lalai dari melakukan bererapa amalan amalan soleh..tabik spring kat makcik tu kerana sentiasa istiqomah dalam menjalankan bebrapa sessi rawatan..dengan izin mu ya Allah..

Tiada ulasan: