Ahad, 2 Oktober 2011

Jin Hindu..

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
"Makcik ni diganggu oleh jin hindu,"kata pesakit yang datang membuat rawatan.Saya tanya balik,"eh!iya ke..macamana makcik boleh tahu.Sebelum ni makcik tu berubat di sebuah tempat dan hasilnya makcik tu kerasukan dan muncullah jin hindu yang mengatakan dia diarahkan oleh tukang sihir untuk menyakiti makcik ni,tetapi jin tu tak nak keluar kecuali setelah di sembahkan dengan sembelihan ayam sebagai syarat untuk dia keluar dari tubuh makcik tu dan kesudahannya perawat tersebut gagal untuk mengeluarkan jin tersebut.Maka menetaplah jin tersebut di dalam badan makcik tu.
Sewaktu memulakan rawatan..baru saja di bacakan"Bismillahillazilaa yaa durru" badan makcik tu dah mula bergegar.Saya menggelengkan kepala..terdetik dalam hati adakan jin ini memang benar benar sukar untuk di keluarkan kerana mengikut kajian saya jika pesakit belum sempat di rukyah dan jin sudah menunjukkan dirinya,ianya menunjukkan yang jin tersebut adalah jenis jin yang degil dan agak kuat kerana awal awal lagi dia dah berani menunjukkan dirinya tanpa perlu bersembunyi dan lari di setiap point yang berada di dalam tubuh pesakit.
Saya: Bismillah..kamu ni siapa?
Jin: (hanya mendiamkan diri)
Saya mula membacakan ayat ayat sihir dan jin tersebut mula menangis.Saya memberi sedikit dakwah kepada jin tersebut tetapi dia masih mendiamkan diri.Amboi amboi..sombong betul ye..aku tanya baik baik tak nak jawab..sekarang kau rasa ni."saya mula menoreh tubuh pesakit tersebut dan jin mula menggelelupur kesakitan."Aduhhh..sakiiit"..haah..boleh pun cakap,ingatkan kau ni bisu.Sekarang bagitahu,kenapa kau sakiti makcik ni?"
Jin: Orang **** upah aku
Saya: Asal dari mana ni?
Jin: Tokong Hindu
Saya: makcik ni kata sebelum ni ada jin hindu dalam badan dia.Mana jin tu?
Jin: Aku lah tu..(teringat cerita cikgu Jamaliah yg dia juga pernah jumpa kes jin siam yang berpura pura siam tetapi setelah di seksa boleh pulak bebrahasa melayu)
Saya: Cuba cakap india sikit..
Jin: yenede@$#^^** (ntah apa yang dia cakap)
Masa dia tengah syok layan cakap india tu saya toreh dia berkali kali..
Jin: DEII..saya nak keluarlah ni..kenapa buat saya macam ni..
Saya: Ni pengajaran namanya..(saya toreh lagi sehingga lah jin tu meraya rayu minta di lepaskan tetapi saya buat tak tahu dengan permintaan jin tu)
Jin: Deii..anne..kenapa buat saya macam ni..saya memang mau keluarla ni..kenapa mau seksa saya lagi.
Saya: kalau aku tak buat macam ni,lepas ni kau masuk balik
Jin: aku tak mau masuk lagi..aku dah serik..aku dah serik..
Saya: Baik kalau macam tu..nak masuk islam tak?
Jin: jangan cerita sama saya pasal islam..saya tak mau dengar
Saya: Ok..tak dak paksaan dala agama.sekarang keluar dan jika masuk balik kau akan rasa yang lebih teruk dari ini.Faham tu!(sambil tu sempat lagi saya toreh jin tu)
Jin: DEIII..sakit laaa.aku keluar
Alhamdulillah..jin tersebut pun keluar dan makcik tu dapat merasakan kesakitan pada badannya sudah beransur hilang.Saya bekalkan peskait dengan bahan rawatan tetapi makcik tu takut nak minum air rawatan tu sebab bila dia minum air rawatan saya, badannya akan bergegar dengan kuat.Saya kata pada makcik tu"ok sekarang cuba makcik minum air tu dan jika gangguan masih berada di tubuh makcik masa ni juga badan makcik akan bergegar.Alhamdulillah,segala puji pada Allah,tidak ada apa apa yang berlaku pada makcik tu.

Tiada ulasan: