Sabtu, 8 Oktober 2011

Rahmat Dan Kekuatan Mu Ya Allah

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Puan K datang mengadukan masaalah sakit pada sebahagian anggota badannya.Setiap kali menjelang maghrib dia akan merasa gelisah dan di sebelah malamnya pula dia sering bermimpi pergi ke suatu tempat yang tidak di ketahuinya sehingga menyukarkan untuknya keluar dari tempat itu.Begitulah hasil perbualan saya bersama puan k sebelum memulakan proses rawatan keatasnya.Puan K juga pernah mendapatkan rawatan dari saya kira kira 3 bulan yang lalu.
Semasa memulakan sessi rawatan,dengan izin Allah saya dapat mengenal pasti kedudukan gangguan yang berada di tubuh Puan K, dan tindakan saya yang pertama adalah mengunci kedudukan gangguan itu dengan kalimat "Kof" dan "Nun".Dengan hal ini agar gangguan itu tidak mudah lari begitu saja semasa proses rawatan di lakukan sehingga ianya terbakar atau terbunuh dengan kalam Allah.
Semasa proses bacaan ayat ayat al quran berlangsung saya melihat hujung kaki Puan K bergegar dengan kuat yang mana ianya menunjukkan gangguan itu cuba keluar dari tubuh Puan k tetapi tidak dapat melepasi kuncian yang telah di buat.Saya teruskan bacaan sehingga Puan K mula merasakan sesak nafas, lantas saya membaringkan Puan K agar Puan K merasa lebih selesa."Bismillah..pada masa ini kamu terkunci dengan kalamullah,kamu tidak akan terlepas sehingga kamu terbakar dan terbunuh dengan kalamullah atau kamu berbicara dengan benar dan jujur kepada aku.Bismillah..siapa kamu"?.
Jin: kamu tak kenal aku!
Saya: siapa kamu?aku tidak mengenali kamu.
Jin: aku yang pernah engkau seksa.
Saya: Kenapa kamu kembali kepada tubuh ini?
Jin: Aku suka duduk di tubuhnya, dan aku akan tetap berada di tubuhnya.
Atas rahmatnya Allah,di ilhamkan kepada saya untuk menanam dan memasukkan besi ke bahagian ulu hati Puan K dan jin tersebut mula menangis dan dalam keadaan yang lemah tidak berdaya ia berkata.
Jin: Cukuplah..jangan seksa aku lagi.
Saya: Kematian adalah lebih baik bagi kamu!
Lantas saya beralih ke posisi jantung dan memasukkan besi dengan perlahan lahan ke jantungnya dan jin tersebut mula menanggis dengan kuat dan mengeluarkan air mata dengan deras sekali..dan akhirnya Puan K tersedar.
Langkah seterusnya ialah saya menyuruh Puan K memeriksa bahagian tubuhnya yang masih sakit dan ia mengatakan di tapak kaki kanannya masih terasa seperti benjolan sebesar biji guli.Dengan menggunakan kekuatan ilmu hikmah saya memohon pada Allah,jika benarlah ini adalah tapak dan rumah jin tersebut saya memohon padamu Ya Allah agar di hancurkan tapak ini dengan izin,redha,rahmat dan kekuatan Mu Ya Allah.Saya mula membacakan ayatul kursi di sertai dengan ayat payung rasul dan membuat tembakan ke tapak tersebut dengan hizib intikam.Selesai saja rawatan,Puan K mengatakan yang benjolan itu telah hilang sama sekali dan akhirnya Puan K berkata" Kak dapat rasakan,kali ini jin itu memang benar benar dah mati"!..Dan jika itulah kebenaranya,maka segala Puji dan Syukur hanyalah pada Mu Ya Allah atas segala izin,redha dan rahmatMU.
"ILAHII ANTA MAQSUDI WA REDOKA MATLUBI"

Tiada ulasan: