Ahad, 1 September 2013

Pelepas Saka Part 3 - Kunci

أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

Saya mendapat khabar bahawa gadis tersebut telah di masuki jin yang lain berdasarkan perbualan telefon melalui adik pesakit. Setelah mendapat sedikit gambaran saya sarankan pesakit datang, tetapi keluarga pesakit menetapkan untuk datang pada hujung minggu kerana pesakit perlu mendapat surat pelepasan cuti hujung minggu dari majikannya.

Rawatan pada hari yang di janjikan, pesakit tiba sekitar jam 830 malam setelah mengharungi perjalanan dari kuala lumpur. Semasa melakukan rawatan, saya agak buntu kerana tidak bertemu dengan punca gangguan. Alhamdulillah, setelah di scan dengan lebih teliti, rupa rupanya jin tersebut bersembunyi di bahagian tulang belakang pesakit. Saya lakukan ikhtiar dengan meletakkan tangan ke belakang pesakit dan menghentam gangguan dengan kaedah menahan nafas bersama bacaan ayat.

Akhirnya jin hadir..seperti biasa saya azab jin tersebut dengan torehan dan pasak. Jin setuju untuk keluar tetapi terkunci, dan kunci tersebut di letakkan di bahagian jantung pesakit. Setelah di teliti, kunci tersebut adalah objek sihir yang berbentuk pedal ayam.

Setelah membelah bahagian dada pesakit, dengan kurnia ALLAH, saya berjaya mengeluarkan kunci tersebut. Beberapa jin saka bomoh dengan izin ALLAH berjaya di keluarkan.

Kejayaan mengeluarkan kunci sihir tersebut telah membuka jalan bagi penemuan barang barang sihir yang seterusnya dan berjaya mengesan barang pemujaaan dan pelakunya. Rupa rupanya pada seluruh tubuh pesakit masih terdapat barang sihir terdahulu yang mana pada setiap anggota pesakit telah di masukkan tulang rangka seorang bayi bagi menghasilkan simptom atau perwatakan budak bagi menyakitkan pesakit. Dengan izin ALLAH jua, kesemua tulang rangka berjaya di keluarkan dan rangkan pemujaan pada simpanan penyihir berjaya di hancurkan. Rawatan selesai.

Alhamdulillah, setelah dua minggu berlalu saya saya mendapat khabar bahawa pesakit masih berada dalam keadaan kesihatan yang memuaskan. Moga ALLAH kekalkan kesembuhan itu.