Rabu, 7 September 2011

Seminar Lanjutan RIDAM Di Taiping Perak

SEMINAR LANJUTAN SESI 3 .. pertama di adakan di TAIPING..!

Posted by Darul Manzil at 8:50 PM
Assalamualaikum wbt
Seminar ke-3 kali ini pertama kali akan di adakah di Taiping sebagai penghargaan penyertaan warga utara yang ramai menyertai seminar RIDAM sebelum ini selepas Kuala Lumpur diikuti seterusnya di Kuantan, Pahang.

Tarikh: 1-10-2011 (Sabtu)
Tempat: Dewan Solehin, No.32, Tingkat Atas,
Jln Medan Kamunting, Perak(diatas kedai kursus perkahwinan Hassani bersebelahan stesen bas kamunting)


Pada asalnya, RIDAM BERCADANG untuk mengisi modul kebatinan, sufi dan rohani dalam program lanjutan ke-3.. Dimana cadangan asal akan dibuat di kawasan rekreasi air terjun dan hutan belantara. Tetapi memandangkan masih banyak yang perlu diajar untuk rawatan am, maka skop rawatan dalaman mungkin akan dilanjutkan pada pengajian berikutnya. Lagipun RIDAM tak galakkan WANITA ambil bahagian sebab risiko di belantara yang penuh dengan aneka 'kampung' yang mungkin mengundang masalah.
Jadi, pada program terbaru kali ini, insyaallah, kita sama-sama akan berkongsi untuk merawat dan membantu di samping berikhtiar dengan permasalahan berikut:-
1. Badi: Pengenalan dan rawatan
2. Ilmu Pengasih: Pengenalan dan rawatan
3. Santau dan herba rawatan
4. Ilmu Pelaris: kaedah & rawatan
5. Doa booster untuk aktifkan peranan roh diri
6. Kaedah dan teknik merawat Amukan Isim
7. Rawatan Sakit Jantung dan doa: PENGIJAZAHAN
8. Rawatan Sihir saraf: kaedah bukaan saraf tunjang dan rawatan.
9. Ilmu Ros Merah: akan diterangkan dalam Seminar.. SMS X LAYAN bila tanya pasal bab ni. :D
Pendaftaran:
Sila buat bayaran sebanyak RM180.00 ke akaun berikut selewatnya 28hb September 2011 dan maklumkan maklumat bayaran ke 019-9891078 / 012-6763447 atau darulmanzil@yahoo.com
Akaun Maybank
Nama: Noor Syahida Mohd Suyud
No: 162085479181
Akaun CIMB
Nama: Khairul Syakirin Abdul Wahab
No: 1313-0000343-52-9
Memandangkan limit penyertaan hanya 40 orang, sila buat bayaran awal sebagai pengesahan awal. Harap Maklum

p/s:Call RITEQ bagi mengetahui lebih lanjut mengenai lokasi seminar

Khamis, 25 Ogos 2011

Konsentrsai dan zikir hati


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Konsentrasi dapat difahami sebagai penyatuan semua komponen tubuh fisik dan ruhani yang berimbas pada penyatuan energi fisik dan energi ruhani. Adapun cara berkonsentrasi adalah sebagai berikut :
Duduk bersila menghadap kiblat. Pejamkan mata dan kosongkan pikiran. Letakkan jari-jari tangan kanan Anda di bawah (maaf) susu/dada kiri. Ini merupakan salah satu titik lathifa dari tujuh titik lathifa yang ada di tubuh manusia. Pada tempat ini Anda dapat merasakan “detak” yang teratur. Dengarkan “detak” itu lebih kurang 10 menit. Kemudian lepaskan jari-jari tangan Anda dan dengarkan “detak” tanpa menyentuhnya selama 10 menit. Selanjutnya gantilah “detak” itu dengan kalimat “Allah Allah Allah” berulang-ulang sampai tidak ada yang Anda dengar kecuali kalimat Allah. Ini adalah Dzikir Hati sebagai salah satu cara termudah untuk mencapai konsentrasi tertinggi. Usahakan, kapan dan dimanapun Anda berada masukkanlah kalimat Allah seperti di atas semampu Anda. Insya Allah, Anda akan dekat dengan pertolongan dan perlindungan Allah. Mudah-mudahan cara ini dapat mempersempit jalan masuknya syetan melalui aliran darah kita.
Setiap membaca atau mengamalkan do’a apapun, masukkanlah setiap kalimat pada titik lathifa tersebut seperti Anda memasukkan kalimat Allah di atas. Hanya dengan cara inilah kekuatan Allah yang ada pada do’a atau ayat dapat bersatu dengan badan fisik dan ruhani Anda Insya Allah.
Ada beberapa syarat yang mutlak harus dimiliki seorang pengamal yaitu niat, yakin, khusu’. Tanpa syarat ini energi akan terpecah. Selain itu kebanyakan pengamal enggan atau kurang sabar dalam mempraktekkan sebuah keilmuan. Misalnya seseorang memiliki keinginan yang besar untuk dapat menembus alam jin namun keinginan ini tidak disertai usaha maksimal misalnya mendatangi tempat sepi pada tengah malam dsb. Mereka berharap dengan duduk manis dapat menembus alam gaib atau mencapai sebuah tujuan. Tentu saja tetap harus ada perjuangan dan hasil sangat tergantung kepada sejauh mana usaha yang kita lakukan.
Semua yang terjadi di langit dan di bumi termasuk yang berkaitan dengan ilmu tidak akan bisa terlaksana tanpa ijin Allah SWT. Oleh karena itu marilah sama-sama kita membersihkan hati agar jiwa kita yang terbatas dapat dekat-dekatnya dengan Allah SWT yang tidak berbatas agar kita senantiasa mendapat ijin dan ridho dari Allah Azawajalla.
Setiap amalan dzikir, do’a dan keyakinan akan membentuk medan energi gaib pada diri sang pengamal yang ketebalannya mulai dari beberapa centi sampai tak terbatas. Semakin tinggi amalan seseorang, maka medan energi gaib yang terbentuk juga akan semakin besar, demikian sebaliknya. Medan energi gaib inilah yang disebut dengan “Payung Rosul” yang dapat dilihat dengan mata bathin.

Selasa, 23 Ogos 2011

Penawar Rindu..RITEQ Ke Sabah

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


teringat kes rawatan masa merawat seorang wanita..bila dirawat jin berkata..aku tak larat dah..saya tanya balik..tak larat pasai apa?..dia ni jalan kuat sangat..aku tak larat..aku dah tua..hang ni besaq mana?..besaq ni ja(besaq bola)..kih..kih..kih..dalam hati aku berkata"padan muka"..biasalah bila time nak raya..dah tentu kak ni sakan pi shopping sini sana.Memang hebat gila suasana nak raya.Jin pun boleh mengalah dengan kerakusan manusia.Hai..macam macam ada.
Insyaallah..pada 26hb ini saya akan balik ke kampung halaman di Sandakan,Sabah.Bagi sesiapa yang berhajat dan ingin mendapatkan rawatan bolehlah mengubungi atau sms saya.Insyaallah..kita berjumpa di sana..

Ahad, 14 Ogos 2011

Tentang Kerasukan

Sebab sebab kerasukan?
1. Gangguan yang di sebabkan oleh permusuhan
Jenis ini terjadi disebabkan permusuhan dendam diantara puak puak syaitan terhadap manusia.Permusuhan ini seoerti yang kita ketahui telah mula berlaku sejak dizaman Nabi Adam lagi,dan oleh sebab itulah syaitan selalu berharap dapat merosakkan manusia walau dengan apapun cara yang akan di tempuhinya,kerana permusuhannya dengan Bani Adam as telah berlangsung sejak ia diciptakan Allah.
2. Gangguan kerana balas dendam
Perkara ini berlaku disebabkan seseorang manusia telah menzalimi seseorang tanpa ia sedari seperti ia melempar atau membuang air panas di suatu tempat perbuatanya itu telah menyebabkan kesakitan atau kematian terhadap jin tersebut.Dan oleh sebab itulah,jin tersebut membalas perbuatan orang tersebut dengan cara merasuk atau meyakitinya.Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah menyatakan terjadinya perkara ini adalah disebabkan kebodohan dan kezaliman jin terhadap manusia,maka ia segera membalas dendam melebihi apa yang seharusnya.
Berikut merupakan tanda tanda seseorang diserang jenis gangguan diatas:
Seseorang aakan menjadi lemah pada sebahagian anggota tubuhnya atau menjadi buta atau merasakan sakit yang amat sangat disekujur tubuhnya atau pada sebahagian tubuhnya sahaja sehingga doktor tidak dapat mengesan atau mengenal pasti punca dan penyebab peyakitnya.
3. Gangguan kerana hawa nafsu
Iaitu seekor jin lelaki mencintai seorang wanita atau jin wanita mencintai seorang lelaki.Masuknya mereka kedalam tubuh manusia adalah kerana disebabkan syahwat,hawa nafsunya dan kecintaanya,sama seperti yang terjadi antara manusia dengan manusia.Adapun gejala yang ditimbulkan adalah:
a. Mersakan seolah olah ada seseorang yang tidur disebelahnya ketika ia hampir tertena.
b. Merasakan seolah olah ada seseorang diatas tempat tidurnya.
c. Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin
d. Tidak mempunyai keinginan terhadap pasanganya.
e. Jika ia sudah berumah tangga,aia akan merasaka tekanan dari pasanganya khusunya ketika melakukan hubungan suami isteri
Ketika apakah Jin dapat mempengaruhi manusia sehingga akhirnya ia dapat masuk kebadannya?
a. Ketika manusia jauh dari Allah dan mengikuti syahwatnya serta lupa untuk mengingati Allah
b. Membiasakan diri dengan kemaksiatan hingga seseorang melupakan Allah
c. Kesedihan yang mendalam akan menbuatkan seseorang lupa kepada Allah.Kebanyakan kita apabila ditimpa musibah akan sangat berduka dan bersedih hatisehinnga terlupa bahawa segala musibah dan cubaan itu adalah ketentuan dari Allah S.W.T dan sebahagian dari kita menolak qadha dan qadhar Allah sehingga berkata"kenapa aku diuji sperti ini ya Allah!atau"apa yang aku lakukan sehingga engkau menghukum aku seperti ini!dan seterusnya berkata kata sehingga mengambarkan sesuatu perkara dan perbuatan yang menyesatkan.
Orang orang seperti ini sangat mudah dirasukioleh syaitan.Sedangkan seseorang mukmin,maka diantara sifatnya adalah redha,sabar dan memuji Allah atas ketentuan Allah S.W.T.Diriwatkan dari ABu Musa al-Asyari:"Rasulullah s.a.w bersabda:'Apabila anak seseorang hamba wafat,maka Allah berkata kepada para malaikat:'kamu telah mencabut nyawa anak hambaku?"mereka berkata:"ya".maka Allah berkata;"kamu telah mencabut nyawa buah hatinya;"mereka menjawab;"ya".Allah kemudian berkata lagi;"lalu apakah yang dikatakan oleh hambaku?"mereka berkata;"ia memujimu dan mengembalikanya kepadamu(innalillahi wa inna ilaihi rojiun).Kemudian Allah berkata:"Buatlah sebuah rumah untuk hambaku disyurga dan namakn dengan rumah pujian."
d. Ketakutan yang sangat mendalam sehingga ia lupa menginggati Allah.Adapun ketakutan terbahagi kepada dua iaitu ketakutan jabali dan ketakutan dari ALlah.
Ketakutan jabali adalah ketakutan alami oleh manusia seperti seseoran yang takut melihat singa atau ular,ini merupaka sesuata yang biasa.Allah telah menjelaskan ketakutan ini didalam Al-Quran ketiak menceritakan tentang Nabi Musa dan para penyihir(surah taha ayat 65-67).Rasa takut adalah tabiat manusaia,akan tetapi jika rasa takut ini disertai dengan hubungan hamba kepada Tuahanyadan mengingatiNya,maka ketakutan tersebut tidak akan membahayakanya.Sedangkan ketika ketaatan telah hilang dari diri seseorang dan lupa untuk mengingati Allah,maka syaitan akan menambah nambahkan ketakutan kepadanya sehingga seseorang itu merasakan ketakutan yang amat sangat.Allah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalahsyaitan yangg menakut nakuti(kamu)dengan kawan kawanya(orang orang musyrik quraisy),keran itu janganlah kamu takut kepadan mereka,tetapi takutlah kepadaKu,jika kamu benar benar orang yang beriman."
Ketika seseorang berada dalam ketakutan dan lalai mengingati Allah serta tidak menyebut nama Allah,maka waktu inilah syaitan dengan mudah dapat merasuk dan memperalatkanya serta menambah ketakutanya.

Rabu, 3 Ogos 2011

Jadual Rawatan DiBulan Ramadhan

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ramai yang sms dan telefon saya..RITEQ tak merawat ke di bulan posa ni?Apa pulak tak merawatnye kak oi..ingat jin xdak ke masa bulan posa ni..kalau perawat tak merawat masa bulan posa ni,alamatnya semakin ramai le puak puak ghaib tu yg bermaharajalela.Hehehe..
Jadual Rawatan RITEQ setakat ni:
Isini hingga khamis:(takdak rawatan kecuali kes kes kecemasan)
jumaat : Bermula 10.30 malam
Sabtu : Bermula Dari Jam 2 ptg hingga jam 6.30ptg.Dan disebelah malam bermula jam 10.30 mlm.
Ahad : Jam 2 ptg hingga jam 6.30 ptg sahaja.
Apapun saya harap pesakit call atau sms dulu sebelum nak datang..Ok..selamat berpuasa.

Ahad, 24 Julai 2011

Punca Gangguan Yang Sering Dihadapi Oleh Kaum Wanita

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dua punca utama terjadinya masaalah gangguan yang sering dihadapi oleh kaum wanita.
1) akibat sihir
2) kecenderungan jin ketika memandang wanita berkenaan

Umum sudah mengetahui bahawa serangan sihir adalah satu proses serangan yang disebabkan oleh satu rasa tidak kepuasan atau dendam pada seseorang yang menggunakan perantaraan jin dan syaitan.Namun begitu,ramai yang tidak sedar bahawa penyebab nombor dua juga merupakan salah satu penyumbang terbesar masaalah gangguan jin pada kaum wanita.Jin jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih lebihan,yang tidak menjaga solatnya,tidak membaca al-quran tetapi gemar mendengar muzik muzik yang melalaikan,suka membuka aurat,dan juga gemar duduk bersolek dihadapan cermin.
Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin jin.Mereka masuk kedalam bilik air,lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan bertelanjang,padahal bilik air adalah diantara tempat kegemaran jin jin jantan dan betina dan menyebabkan salah satu makhluk makhluk tadi tertarik pada jasdanya lalu ia meresap kedalam tubuh dan menngganggu wanita tersebut.
Manusia yang selamat dari gangguan jin,iblis dan syaitan adalah manusia yang sentiasa berada dalam tauhid (mengesakan Allah) melalui lidah,anggota dan hati.Mereka juga berakhlak dengan akhlak Rasulullah s.a.w.serta beramal dengan syariat syariat islam.
Jaln paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah ialah dengan kita mengambil contoh perbuatan dan kelakuan mereka yang setiap waktu dan masa berada dalam tauhid Allah seperti Rasulullah s.a.w,sahabat sahabat Baginda,para ulama soleh dan sebagainya.
Dengan itu insyaallah,kita akan selamat dari gangguan para jin,iblis dan syaitan selagi kita berada dalam tauhid Allah tidak kira disemua tempat,waktu dan masa selagi kita menyampaikan diri kita zahir dan batin dalam tauhid Allah melalui anggota,lidah dan hati kita.
Firman Allah:
SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG PENGARUH TERHADAP ORANG ORANG YANG BERIMAN DAN YANG BERSERAH BULAT BULAT KEPADA TUHAN MEREKA.SESUNGGUHNYA PENGARUH SYAITAN ITU HANYALAH TERHADAP ORANG ORANG YANG MENJADIKAN DIA SEBAGAI PEMIMPIN MEREKA DAN DENGAN ORANG ORANG YANG DENGAN SEBAB HASUTANYA MELAKUKAN SYIRIK KEPADA ALLAH(Surah An Nahl:99)

Isnin, 18 Julai 2011

Rahmat Allah

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lama tak menulis cerita cerita didalam blog.Hampir sebulan rasanya.Bukannya tidak ada cerita cerita menarik untuk dikongsikan tetapi hati ini baru tersedar semakin banyak kisah rawatan yang diceritakan...semakin tebal riak dan ujub sumaah dizahirkan.Tidak salah nak bercerita tentang rawatan,tetapi kadangkala hati terlebih ketika mentafsirkan(lepas ni kena hantar dulu ke JAIP untuk proses penapisan).Begitulah kita..manusia itu amatlah lemah jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah..KITA..sentiasa lalai dan alpa,hanyut dek perasaan sendiri.
Guru Hikmah ku bekata disaat pertemuan.."BUKAN engkau yang mengubat tapi ALLAH yang mengubat..BUKAN engkau yang menyembuhkan tetapi ALLAH yang menyembuhkan..engkau tidak lebih hanyalah seorang mayat hidup yang digerakkan oleh ALLAH,dihidupkan oleh ALLAH,dirahmati oleh ALLAH,dikuatkan oleh ALLAH,diilmukan oleh ALLAH....
ASTAGHFIRULLAHAL AZIIM.....
Walaubagaimanapun dengan izin dan rahmatnya ALLAH..saya masih membuka,meneruskan dan menawarkan khidmat rawatan kepada yang memerlukan..moga Allah merahmati usaha kita..AMIIN AMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
SUBHANALLAH..MASYAALLAH..BARAKALLAH..JAZAKALLAH