Khamis, 20 Februari 2014

Induk Pamungkas Pembangkitan Roh Amalan(IPRA)


IPRA ataupun Induk Pamungkas Pembangkitan Roh Amalan merupakan sebuah ilmu tunggal ataupun tunggak amalan yang sangat di rahsiakan oleh guru. Apabila ilmu ini di bangkitkan/di hidupkan, cukup dengan satu amalan(IPRA), maka ianya akan memberi kekuatan/ membangkitan dan menyatukan seluruh ilmu yang ada.
Amalan ini merupakan pintu masuk anda ke alam kebatinan dan ianya  merupakan sebuah teknik pembangkitan energy zikir dan merupakan pembangkitan kepada semua energy yang bersifat kerohanian.Ianya merupakan sebuah amalan zikir teknik dan teknik pembangkitan energy yang sangat di rahsiakan oleh guru guru perguruan. Cukup dengan satu amalan iaitu IPRA, maka ianya akan membangkitan segala ilmu yang ada dalam khazanah atau yang pernah anda amalkan.

MAHAR PELEPAS: RM400.00
Kaedah Pembelajaran : Bertemu/ Jarak Jauh

Selasa, 18 Februari 2014

Kisah Rawatan Pelajar/ Perawat




ZINK DAN IKAK SEBAGAI SENJATA TERAKHIR

Assalamualaikum wbt....
Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat….

Kisah rawatan ini berlaku seminggu yang lalu, tujuan saya coretkan di sini sekadar perkongsian pengalaman untuk kita sama-sama ambik iktibar betapa segala sesuatu itu letaknya pada kuasa dan izin Allah SWT..Sebenarnya rakan pesakit menelefon saya pada awal pagi Isnin lebih kurang jam 1.30 pagi tapi tak terjawab kerana saya dah “koma” lebih awal….keesokan harinya rakan pesakit menelefon kembali dan memberitahu masalah yang dihadapi oleh pesakit….
Menurut beliau pesakit telah kerasukan sejak 12.30 malam hinggalah akhirnya pesakit tertidur kerana kepenatan….mereka cuba mendapatkan bantuan pada malam itu dari beberapa orang perawat tapi tidak berjaya, termasuklah saya….rakan pesakit meminta pertolongan saya untuk datang merawat, dan saya janji untuk datang pada petangnya kerana pesakit telah mula sedar, dan saya juga sudah ada temujanji rawatan dengan pesakit di Taman Samudera Sandakan….

Petang hari tersebut, lebih kurang jam 3.00 petang saya tiba di rumah pesakit seorang diri…rakan pesakit ada maklumkan saya untuk bawa kawan kerana takut pesakit kerasukan dan tiada kaum lelaki di rumah pesakit, cuma isteri dan ibu mertuanya saja….Allahuakhbar…saya beritahu saya tak pernah bawa kawan pergi merawat, dan saya minta pertolongan rakan-rakan pesakit untuk datang membantu saya, selebihnya saya hanya pasrahkan dan bertawakkal pada ALLAH SW. Saya disambut mesra oleh pesakit, yang merupakan seorang tentera, ibu mertua serta isterinya…mereka berasal dari salah sebuah negeri di Semenanjung Malaysia dan bekerja di sini. Jelas kelihatan di wajah pesakit kepenatan dan kesakitan yang dialami, hingga wajahnya kelihatan suram dan tidak bermaya.

Setelah berbual-bual dan mengetahui serba sedikit “pucuk pangkal” kisahnya (kes sihir), saya memulakan rawatan ke atas pesakit…saya mulakan dengan pembuka kunci Terapi Amalan Nur Hikmah (TANH), dan diteruskan dengan Rukyah….pada ketika saya membaca Ayatul Qursi, saya ulang-ulang bacaan sebanyak mungkin pada lafaz “walaayauuduhu hifzuhuma” hinggalah tiba-tiba pesakit muntah dengan banyaknya. Dan ia tidak berhenti setakat di situ saja, pesakit terus muntah dengan banyaknya hinggalah saya tutup rukyah tersebut dengan Doa Nurbuwwah….

Pada ketika itu pesakit merasakan kaki kirinya kebas dan bahagian dada kirinya terasa panas….saya tidak berfikir panjang lalu membacakan Zikir Inti Nur Kalimah (ZINK) dengan niat dan tawakkal saya menyerahkan segala urusan atas kehendak ALLAH SWT…

Saya bacakan ZINK 1 set hingga selesai, Alhamdulillah pesakit tidak kerasukan sepanjang sesi rawatan, dan rasa kebas serta panas di dada telah hilang….rawatan saya tutup dengan memandikan pesakit dengan kaedah Doa Nubuwwah…kemudian saya bergegas untuk pulang kerana mengambil anak-anak dari sekolah….

Pada malamnya, lebih kurang jam 8.30 saya mendapat sms dari rakan pesakit meminta saya datang semula kerana isteri pesakit pula seakan mengalami gangguan…Saya maklumkan pada isteri terpaksa lewat pulang malam nanti, Alhamdulillah kerana isteri juga amat memahami….

Saya tiba di rumah pesakit dalam jam 9.15 malam. Ketika tiba, kelihatan wajah pesakit yang dirawat tadi tidak lagi kelihatan suram atau pucat seperti sebelumnya…dalam hati saya panjatkan rasa kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT……Walaubagaimanapun, isteri pesakit pula (saya namakan saja sebagai Puan S) mengalami perasaan yang tidak menentu terhadap suaminya sejak lepas maghrib lagi….dia seakan marah dan benci pada suaminya…ketika duduk berhadapan saya juga Puan S tidak mahu melihat ke arah saya dan sentiasa memalingkan mukanya….
Saya minta dia berwuduk, kemudian saya mulakan rawatan dan rukyah yang sama seperti sebelumnya….ketika sampai pada Ayat Qursi yang diulang-ulang, Puan S juga mengalami muntah-muntah yang banyak. Selepas saya membacakan ayat dari Surah ArRahman, saya memanggil nama Puan S, tetapi dia hanya diam dengan mata terpejam…tahulah saya beliau telah kerasukan. Saya cuba berdialog dengan gangguan yang ada dalam tubuh Puan S, tetapi tidak berhasil malah Puan S mula meronta-ronta dengan ganas sambil berteriak “Aku benci kau…aku benci kau!!!”. Bayangkan ketika itu 6 orang, termasuk saya memegang Puan S namun seakan tidak berdaya menahan rontaan Puan S yang amat kuat…saya sendiri cuba digigit dan diludahnya beberapa kali….
Saya cuba menggunakan beberapa kaedah mengazab dan rukyah pembakar namun semuanya menemui jalan buntu….gangguan masih berdegil tidak mahu keluar dari tubuh Puan S. Adakalanya gangguan tersebut seakan mengejek-ejek saya untuk melemahkan semangat kami yang cuba membantu Puan S, namun tidak saya pedulikan…kerana saya yakin yang gangguan itu juga sedang terseksa dan terazab dalam tubuh Puan S dengan bacaan Ayat Pembakar dan kaedah-kaedah azab yang dilakukan….Cuma saja ia degil dan masih mampu bertahan.

Saya melihat jam sudah hampir jam 11 malam….tak boleh jadi ni…..”Ya ALLAH bantu hambaMU(diri saya) yang hina ini”…..bisik hati saya….
Saya perbetulkan sila sambil kedua tangan saya memegang kepala Puan S, saya heningkan diri dan mulakan Kunci Pembuka ZINK….saya serahkan segala-galanya atas kehendakNYA Yang Maha Kuasa….Saya tenangkan hati, saya pejamkan mata, saya mulakan bacaan Zikir Inti Nur Kalimah dengan bacaan yang jelas dan tenang, tidak kelam kabut….saya hayati setiap bait-bait zikir yang diucapkan….kelihatan jelas setiap huruf-huruf yang dizikirkan pada “pandangan mata” saya bercahaya putih….satu persatu muncul senada dengan alunan zikir….Subhanallah….

Ketika bacaan ZINK pada set kedua, saya dapat merasakan rontaan Puan S semakin lemah….hinggalah pada bacaan ZINK set ketiga dalam keadaan samar-samar gangguan dalam tubuh Puan S bertanya kepada saya berulang-ulang…”Siapa kamu???....siapa kamu?....kenapa bantu dia???....kenapa kau bantu dia???....” Saya diamkan diri tanpa menjawab persoalan itu, saya tumpukan pada zikir ZINK yang dialunkan hinggalah ketika tiba pada bacaan zikir “Ya Siiin”….tangan kanan saya bergetar dan dapat saya rasakan aura gerakan seperti dalam Jurus IKKAK menggerakkan tangan saya pada leher Puan S kemudian membuat gerakan menyembelih….Zikir ZINK tetap saya teruskan hingga selesai dan akhirnya Puan S muntah sekali lagi….Alhamdulillah, Puan S sedar semula dan dalam keadaan yang cukup letih…..
Sebelum pulang, pesakit sekeluarga minta saya datang sekali lagi keesokan harinya untuk pagar rumah mereka, dan saya berjanji untuk datang semula malam keesokannya selepas Isyak…

Ketika sampai di rumah, secara tiba-tiba hati saya tidak tenang, tangan kiri saya sakit menyucuk dan kebas semacam….hmmm…apa pulak ni? Saya pejamkan mata dan berzikir, “hati kecil” saya berkata ada serangan dari luar rupanya….Saya perbetulkan sila menghadap kiblat, saya gunakan IKKAK untuk menangkis segala serangan yang dituju…kemudian dilanjutkan lagi dengan Hizb Sakron, dan saya akhiri dengan Zikir Inti Nur Kalimah sebagai pendinding diri dan keluarga….Al-hamdulillah rasa sakit dan kebas ditangan hilang serta merta dan hati saya kembali tenang….

…..bersambung……

Ahad, 26 Januari 2014

Pengajian Ilmu Al Hikmah-Jurus 7 Sendi


Merupakan amalan jurusan al hikmah yang menggunakan amalan zikir asmaul husna sebagai sarana pengisian kekuatan dalaman. Di namakan jurus 7 sendi kerana ianya memfokuskan serangan makrifat pada 7 anggota makhluk mengikut rahsia hari.

Mahar : RM260.00
Metode Pengisian : Zikrullah
Kaedah Pembelajaran : Hadir atau jarak jauh
Hubungi : 017-8942521

Ahad, 19 Januari 2014

Perawat-Mantapkan Diri Mu Dengan Ilmu Yang Bermanfaat


Pagi tersebut,aku merasakan sesuatu kelainan pada diriku.aku merasakan diriku seperti di hujani berbagai serangan dari setiap penjuru. firasat batin memimpin ku mencari jawapannya. serba tak kena.keadaan berterusan sehingga ke waktu maghrib. usai melakukan solat maghrib, tergerak bibir ku menzikirkan petikan dari surah Thaha ayat 69,.."tidak menang tukang sihir tersebut,dari manapun ia datang". Gedebuk..terdengar dengan jelas bunyi jatuh dan langkah kaki berlari di atas siling. aku hanya mendiamkan diri. anak dan isteri ku turut mendengarnya dan mula mengajukan berbagai pertanyaan pada ku. aku hanya mendiamkan diri dan hanya mengatakan bahawa aku tidak mendengar apa apa.dan aku berharap jawapan ku itu dapat menenangkan hati anak dan isteriku.Aku teruskan lagi zikir tersebut..sekali lagi terdengar bunyi yang sama. Nahhhh!!! ALLAH telah menunjukkan pada ku asbab bagi perasaan ku ini. Anak dan isteri mula menjadi risau.
Penyerang ku telah mula menunjukkan dirinya..maka ku mulakan langkah serangan. dua hembusan ku hembuskan ke arah mereka. ALhamdulillah, ALLAH memelihara ku dari perbuatan khianat musuh musuhku..

Risiko perawat..
Sebaliknya anda perlu mengambil kira akan kemungkinan sebarang serangan balas. Antaranya serangan balas itu boleh jadi dari jin yang mengganggu pesakit dan adakalanya sekiranya  sihir anda berkemungkinan akan menghadapi serangan daripada tukang sihir. Anda juga berkemungkinan menghadapi serangan dari mana-mana jin yang berniat buruk terhadap anda samada kerana anda melakukan sesuatu yang tak disukainya.

Bukan hanya anda...tapi ahli keluarga anda terutamanya boleh menjadi sasaran serangan balas. Maka amalan pendinding diri dan keluarga sangat penting. Merawat diri atau orang lain bererti anda berurusan dengan makhluk-makhluk ghoib. Walau mereka yakni bangsa jin juga adalah makhluk ALLAH seperti kita , namun anda perlu tahu risikonya...dan bersedialah menghadapi sesuatu yang diluar jangkaan anda sendiri. Wahai perawat. carilah dan penuhilah dada mu dengan ilmu yang dapat memanfaatkan diri dan ahli keluarga mu.

Rabu, 15 Januari 2014

Ilmu Karomah Nur Nubuwwah



Insayaallah, sebelum balik dan berpindah ke sabah april 2015 tahun depan.maka tergerak hati ini untuk mengijazahkan lagi satu khazanah ilmu yg sudah lama berada dalam simpanan saya.Dalam versi lain amalan doa nur nubuwwah merupakan amalan warisan keluarga kami dari arwah kakek/Datuk saya seterusnya di perturunkan kepada ayah saya.merupakan kumpulan amalan ilmu hikmah tingkat tinggi yang mempunyai kegunaan yang sangat banyak bergantung dari pengamalnya, semakin lama anda mengamalkan amalan ini maka semakin terkumpul kuat tenaga metafizik di dalam tubuh anda sehingga boleh dipergunakan untuk berbagai hajat dan keperluan di antaranya: 
  1. Benteng Badan Gaib.
  2. keselamatan mutlaq dari kejahatan kasar dan halus.
  3. Memagari Rumah, kedai, kilang, ladang, benda, dll.
  4. Melancarkan Rezeki
  5. Membayar Hutang.
  6. Menyerap Tenaga Metafisik (tenaga alam, karomah wali, dll).
  7. Silat Karomah / Bela Diri Setrum / Bela Diri Hubungi / Silat Ghaib.
  8. Merawat Penyakit perubatan maupun non perubatan
  9. Membuat Air Husada + minyak husada
  10. Terapi Halilintar
  11. Memindahkan Penyakit ke Dalam Telur
  12. Merawat Kesurupan
  13. Merawat santet
  14. Rawatan Dadah
  15. Pembungkam Orang Zalim atau Anjing Galak atau Buaya atau Ular.
  16. Menghilang Dari Pandangan musuh
  17. Menyingkirkan Mendung atau Hujan
  18. Memanggil Sukma Orang Lain
  19. Memanggil Jin atau Khodam lokasi
  20. Mengetahui dan Berkomunikasi Dengan Isi Pusaka
  21. Membuka Mata Batin dan Indra Keenam Serta Mengasah Ilmu.
  22. Meringankan Tubuh.
  23. Melihat Aura, Terawangan.
  24. Menawar Santet
  25. Menawar Sial / Membuang Tenaga Negatif
  26. Bedah Aura
  27. Membakar Jin / Terhindar dari Semua Kejahatan.
  28. Puter Giling atau Mengembalikan Barang yang Hilang.
  29. Dipenuhi Semua Hajat.
  30. Pemburu Jin atau Hantu.
  31. Mengendalikan Nafsu dan Kuat Sex.
  32. Menyatukan Suami Isteri atau Dua Hati (Pengasihan Tingkat Tinggi).
  33. Mustika payung rosul, dan masih banyak kegunaan lainya.
  34. Ilmu khusus terawangan
Mahar : RM260.00
Cara Pengajian : Hadir ataupun Jarak jauh
Hubungi : 017-8942521


Rabu, 1 Januari 2014

Perawat Sandakan, Sabah

Syeikhul islam Ibn Tamiyah mengatakan adalah merupakan fardhu kifayah terhadap orang yg mempunyai pengetahuan untuk mengubati kerasukan dan ia juga merupakan sesuatu yang disyariatkan dan seutama-utama pekerjaan dan inilah yang dilakukan oleh para nabi dan solehin.
Kepada yang memerlukan khidmat rawatanya, bolehlah menghubungi sahabat perawat m, Sdr. Saiful Ahmad di No tel : 014-2815708. Khidmat rawatan melalui temujanji sahaja.

Ahad, 17 November 2013

Sihir Tok Cha


Pesakit mengalami gangguan kronik selama 3 tahun dan pernah menghadapi saatnya seumpamanya nazak sakaratul maut. Terpaksa di letakkan di tengah ruang tamu rumah bagi memudahkan kaum keluarga dan kenalan menziarahinya. Pernah saatnya seperti nazak maka di panggilah jiran tetangga dan saudara terdekat membacakan yassin padanya. Di saat mereka membacakan yassin, pesakit berkelakuan aneh dengan mencekik lehernya sendiri. Puas suami pesakit membawa berubat ke merata tempat, ke utara dan ke selatan sehinggakan ada perawat yang terpaksa menolak pesakit ini apabila minta di rawat lagi. Hampir berputus asa dengan keadaan,maka terlantarlah si pesakit di tengah ruang tamu rumahnya hanya menunggu berlakunya keajaiban. Suatu hari si suami mendapat nombor telefon saya melalui rakannya yang juga pernah di rawat oleh saya. Maka temujanji pertemuan pun di adakan. 

Ketika sampai di rumah pesakit, pesakit mengarahkan suaminya agar menyuruh saya balik. Kelihatan tangan dan tubuh pesakit menggeletar dengan kuat. Saya hanya ,mendiamkan diri, lalu saya dekati pesakit perlahan lahan. Kesimpulan dari cerita si suami, saya beranggapan kuat bahawa jin yang menganggu pesakit ini bukanlah jin biasa, sehinggakan ada perawat yang menolak apabila di minta untuk merawatnya.

Saya pasrahkan hanya kepada ALLAH, tiada yang hebat melainkan ALLAH, tiada yang Agung melainkan ALLAH, Tiada yang memberi mudarat melainkan dengan keiizanan ALLAH. Saya alunkan Zikir ZINK ke telinga pesakit dengan harapan memberi manfaat pada pesakit. Masyaallah, Subhanallah. hanya ALLAH yang mengatur segala galanya dan memberikan apa yang terbaik buat hamba yang berserah pada NYA. Sedikit pun tidak kelihata jin tersebut terazab dengan zikir zikir yang saya bacakan, akan tetapi jin tersebut seperti tertunduk dengan segala perintah dan tegahan yang saya ucapkan. Benarlah rahsianya hanya pada pengetahuan Penciptanya.

Segalanya menjadi mudah selepas itu, walaupun jin tersebut sedikit pun tidak merasa terazab tetapi ia patuh pada setiap perintah yang saya ucapkan. Jin tersebut akur untuk mengeluarkan semua  barang sihir di dalam tubuh pesakit sambil membaca mantera yang tidak saya fahami(siam).Segalanya berlaku tanpa di rancang, saya hanya menanti sahaja sehingga semua barang sihir di keluarkan.

Seminggu selepas itu suami pesakit menghubungi saya. ALHAMDULILLAH, suami berkata tidak ada lagi tanda tanda gangguan pada diri isterinya. 

Yassin, demi Al Quran yang penuh Hikmah. Alif Lam Mim,kitab Al Quran itu tidak ada keraguan padanya dan menjadi petunjuk bagi orang orang yang bertakwa. .